Jersi lambang salib

Piala dunia telah pun melabuh tirai lebih sekian lama. Dalam penglihatan sepanjang kejohanan tersebut, sudah menjadi trend bagi remaja-remaja kini untuk memakai jersi-jersi pasukan pilihan mereka. Namun, tidak sedarkah mereka terdapat berlaku syirik secara tidak disedari...

TABARRUJ di facebook

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Namun di sebalik penggunaan facebook, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna.

Betulkan tudung anda

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung tetapi sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat.

Dari 'setan' jadi ustaz

Azmil Mustapha adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Ikuti kisah beliau

Lelaki dan blue

Blue, suatu istilah yang tak perlu diperkenal lagi. Ianya cukup sinonim dengan kaum lelaki pada masa kini. Mereka tidak kira pelajar sekolah, kolej dan universiti, baik penganggur dan pekerja awam, kesemuanya pasti cukup mengenalinya.

Grand dinner mungkar

Tahukah anda masquerade berasal dari pesta topeng yang dijalankan secara turun temurun oleh kelompok bangsawan eropah pada satu ketika dulu? Apakah kaitan pesta topeng ini dengan festival St. Stephen’s Day yang diraikan pada 26 Disember setiap tahun?
Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Demi masa

Posted by salafus-sholih at 12:38 PM 32 comments
Tahun baru menjelang tiba. Hari dan waktu terus datang dan pergi. Tatkala kita mengharapkan ianya berlalu dengan cepat, tiada siapa mampu menghalang kedatangannya. Dan tatkala kita mengharapkan ianya untuk tunggu sebentar, tiada siapa mampu menahan pemergiannya.

Kita sememangnya tidak mampu mengubah masa, tetapi kita boleh menjadikan masa itu penuh keberkatan. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa, banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi tiada siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Video dari madmiechannel, semoga kita semua dapat input yang sedikit banyak mengubah diri masing-masing . Sekian



Tuesday, August 9, 2011

Bukan fantasi, tapi realiti

Posted by salafus-sholih at 10:19 PM 23 comments
Sempena meniti hari demi hari di bulan ramadhan yang mulia ni, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai diri sendiri sejauh mana kedudukan kita.

Kredit kepada purpletiger9090 atas video ni, suatu video merangkumi beberapa isu semasa melanda umat Islam, yang perlu diberi perhatian oleh kita.


p/s: Maaf jika blog in masih tak berupaya hasil video terbaru. Sekurang-kurangnya thumbnail Dr. MAZA di sebelah sudah bertukar :D



Wednesday, April 6, 2011

Tuhan?

Posted by salafus-sholih at 5:46 PM 21 comments
Menempuh suatu era sains moden pada hari ini, muncul suatu golongan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan dan berpendapat bahawa alam ini terjadi secara sendirinya. Dokumentari hasil daripada produksi Bushwack ini, akan cuba merungkai dan menjawab segala hujah pandangan dan kepercayaan golongan atheist dan ini akan dihuraikan secara terperinci merangkumi hujah saintifik, logik, falsafah dan matematik sebagai bukti kewujudan tuhan yang diragui mereka.

Antara perkara yang dikupas di dalam siri ini adalah:
-Persoalan mengenai kewujudan alam dengan sendirinya tanpa sebab
-Sedikit kaitan teori sains dengan al-Quran
-Kejuruteraan alam yang mengagumkan sebagai bukti kewujudan pencipta
-Mukjizat yang terkandung di dalam al-Quran
-Isu-isu yang melanda masyarakat kita pada hari ini

Semoga siri ini dapat memantapkan lagi kefahaman akidah kita. Terima kasih kepada Fr33DoMFighT3Rz atas video-video ini dan terjemaahannya.














Sunday, February 27, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Posted by salafus-sholih at 9:46 PM 51 comments
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah...











----------------------------------------------------------------

Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
لتوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]


----------------------------------------------------------------



[Video ini juga didedikasikan buat diri sendiri yang sedang menempuh pelbagai rintangan, masalah dan kesedihan yang melanda sejak kebelakangan ini. Semoga diri tabah dan cekal menghadapi kesukaran ini. La tahzan innallaha ma'ana... Sekiranya ingin berhubung, sila add di FB: fadsmart87@gmail.com, YM: fadsmart87@yahoo.com]

Tuesday, February 8, 2011

Kisah kau dan aku

Posted by salafus-sholih at 6:53 PM 36 comments
Semua orang pasti ada pengalaman tersendiri, saya tidak terkecuali. Maka sempena bulan kekasih ini, dipersembahkan sebuah kisah berdasarkan pengalaman diri sendiri, tentang kau dan aku. Semoga buat sesiapa yang menonton, dapat menghayati dengan baik...









Saturday, January 15, 2011

Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?

Posted by salafus-sholih at 9:36 PM 29 comments
Apabila sebut pasal 'khilafah', tidak ramai yang berminat hendak mengambil tahu. Perkataan 'khilafah' adalah asing buat kita, malah mungkin ada yang baru pertama kali dengar. Bagaimana kita hendak fokus kepada persoalan khilafah, sedangkan umat Islam yang lain terlalu sibuk mengejar cita-cita dan kerjaya, asyik menggelamun mengidam kekasih ideal, mengagungkan hiburan, dan lain-lain lagi.

Maka di sini, luangkanlah sedikit masa (35 minit), untuk memahami apakah itu khilafah dan mengapa soal khilafah adalah amat penting buat kita semua, hatta untuk mazhab syiah sekalipun tidak terkecuali. Memang sengaja kita bawakan dari segi video kerana lebih mudah memahami disamping dapat mengatasi sikap kita yang malas membaca artikel berjela-jela.

Video ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, antara point-point yang dapat kita highlight adalah seperti berikut: punca kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kesan ketiadaan khilafah ke atas keseluruhan umat Islam dan saranan buat keseluruhan umat Islam.

*Kredit untuk Hizbut Tahrir Malaysia




Monday, January 10, 2011

Dosa 24 jam di facebook [upgrade version]

Posted by salafus-sholih at 3:09 PM 154 comments
Facebook merupakan sebuah laman sosial yang paling menonjol setakat ini. Namun sedarkah anda di sebalik penggunaan facebook, terdapat dosa yang berlegar-legar tanpa kira masa dan tempat, yakni DOSA 24 JAM?!!









Friday, December 17, 2010

Mungkar di bumi merdeka

Posted by salafus-sholih at 10:04 PM 12 comments
Pertamanya, maaf kerana tak update video sendiri kerana sibuk dengan pelbagai tugasan sejak akhir-akhir ni. Maka, dengan ini dipersembahkan satu video yang agak mantap dari pihak KOSUKE dan UNGGAS. Digalakkan untuk sertai page mereka di sini.

Video yang berdurasi hampir selama 24 minit ini terbahagi kepada dua bahagian. Semoga kita semua mendapat input yang bermanfaat melalui isu-isu yang dikupas dalam video ini.







Sunday, November 28, 2010

Orang yang terasing

Posted by salafus-sholih at 1:04 AM 25 comments

Pernahkah anda berasa terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketahuilah buat mereka yang rasa terasing ini, sesungguhnya Rasulullah SAW memberi khabar berita gembira buat anda.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing" (HR Muslim)





Wednesday, November 3, 2010

Kitab dari langit

Posted by salafus-sholih at 11:58 AM 22 comments
Dokumentari ini adalah hasil daripada produksi Noreaga dan pasukannya, mengandungi 10 siri episod tentang kesamaan yang dinafikan antara dua agama yang paling besar di dunia iaitu Kristian dan Islam, dan perbezaan yang dibuat oleh kebodohan manusia. Kisah ini menyelami sifat Tuhan Yang Maha Esa, dan satu mesej besar yang sama disampaikan oleh Nabi Musa, Isa, dan Muhammad. Semuanya nabi-Nya.

Dokumentari ini harus ditonton oleh setiap orang yang mencari kebenaran mutlak tentang ilahi. Harap sangat meluangkan masa untuk menghabiskan kesemua siri-siri ini dan insyaallah dapat mengukuhkah lagi akidah kita semua. Terima kasih kepada Fr33DoMFighT3Rz atas video-video ini dan terjemaahannya.




















Sunday, October 17, 2010

Penyakit wahan

Posted by salafus-sholih at 2:16 PM 29 comments
Apabila kita melihat kekejaman zionis terhadap umat islam di sana, lantas kita mengutuk dan melaknat mereka. Tidak pernahkah anda terfikir, Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita akan kehadiran suatu penyakit di kalangan umat akhir zaman. Dan penyakit inilah yang menyebabkan umat islam terus tertindas. Masih ramai tidak menyedari lagi?






Friday, October 1, 2010

Dunia Akhir Zaman

Posted by salafus-sholih at 11:09 PM 258 comments
Video yang mengagumkan ini merupakan hasil daripada edit saudara brofat (blog beliau kini sudah ditutup). Video yang berlansung selama 22 minit ini, terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini. Jadi, marilah kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.

p/s: Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak benar. Anda disarankan untuk membaca artikel ini dahulu, Panduan Memahami Ilmu Teori Konspirasi.




Wednesday, September 29, 2010

Di sini bermulanya zina

Posted by salafus-sholih at 8:58 AM 118 comments
Video ini ditujukan khas buat mereka yang sedang ber'couple' atau berhasrat ingin ber'couple'.... moga-moga dapat bermunasabah diri.











Wednesday, September 15, 2010

Jahiliyah moden

Posted by salafus-sholih at 11:10 PM 47 comments
Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah di tengah-tengah antara masyarakat jahiliyah arab. Baginda berjaya membuang sedikit demi sedikit perangai jahiliyah mereka sehingga membentuk masyarakat berakhlak terpuji. Namun perasankah anda, masyarakat kita kini mewujudkan kembali perangai jahiliyah mereka dulu. Apakah persamaan masyarakat kita kini dengan mereka? Saksikan video ini.







Wednesday, September 1, 2010

Isi dunia yang rapuh

Posted by salafus-sholih at 7:56 PM 33 comments

Sempena raya ini, salafus-sholih.blogspot.com ingin mempersembahkan sebuah video mega berdurasi selama 7.18 minit, bertajuk 'Isi dunia yang rapuh'.

Video ini memaparkan kemusnahan bumi dan seluruh alamnya serta menyaksikan bagaimana keegoaan manusia terhancur sekelip mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui gambaran sebenar kedasyatan hari penghabisan ini. Marilah umat Islam sekalian bersama-sama menghayati mesej yang cuba ingin disampaikan. Mudah-mudahan kita sedar dari tidur lena dibuai mimpi enak...






Friday, August 27, 2010

Di manakah kita?

Posted by salafus-sholih at 5:30 PM 31 comments
Berfikirlah sejenak... semenjak kita lahir ke muka bumi ini, apakah peranan yang telah kita mainkan untuk membela saudara kita di sana. Apakah rutin harian yang telah kita lakukan di sini... dan di manakah kita berada sebenarnya?

Video ini diadaptasi daripada 'ini peranan kita'. Sila rujuk artikel ini peranan kita untuk mengetahui lebih lanjut.





Monday, August 23, 2010

Peringatan Rasulullah yang dilupai muslimah

Posted by salafus-sholih at 9:09 PM 51 comments
Rasulullah SAW pernah memberi peringatan yang cukup jelas kepada seluruh muslimah. Namun muslimah kini seolah-olah kurang memberi perhatian serta tindak balas sewajarnya terhadap peringatan itu. Apakah peringatan yang dilupai itu? Saksikan video ini. Semoga mendapat manfaat buat muslimah mahupun muslimin... Insyaallah.







Thursday, August 19, 2010

Kerana mereka berzina!

Posted by salafus-sholih at 11:41 PM 35 comments
Hampir setiap hari kes buang bayi menjadi catatan akhbar. Yang menjadi tumpuan sudah tentu pasangan pembuat bayi secara haram tersebut. Ya! Mereka berzina, namun sejauh manakah hidup anda sekarang dapat mengelak dari kancah penzinaan tersebut?










Friday, July 30, 2010

Ya Rasulullah... layakkah kami menjadi umatmu?

Posted by salafus-sholih at 3:27 PM 49 comments
Rasulullah SAW meninggalkan kita, kalam Allah yang berupa mukjizat serta sunnah yang begitu jelas. Namun, adakah kita benar-benar mengikuti peninggalan Rasulullah itu? Adakah kita cukup layak untuk menjadi umatnya? Saksikan video ini. Insyallah... mudah-mudahan kita dapat manfaat bersama.







Tuesday, July 6, 2010

Nasib bumi palestin

Posted by salafus-sholih at 1:11 AM 11 comments
Video ini merupakan kompilasi video mengenai penderitaan dan perjuangan penduduk palestin. Semoga kita dapat menghayati dan mendapat manfaat bersama.










 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates