Saturday, September 18, 2010

Dari 'setan', menjadi ustaz

Posted by salafus-sholih at 2:04 AM
Saya pasti, ramai yang sudah mengetahui akan kisah penghijrahan pelakon Azmil Mustapha daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Namun, saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sesama kita untuk meneliti segala pandangan dan pengalaman yang dihadapinya dalam sepanjang proses penghijrahannya. Semoga kisah ini dijadikan dorangan kepada kita semua untuk melakukan penghijrahan yang serupa. Kisah ini dipetik dari blog WanWMA.
_____________________________________________________________________________

Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.


Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’

Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”

Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Wallahualam.....



109 comments on "Dari 'setan', menjadi ustaz"

pelangi88 said...

..alhamdulillah..setiap manusia berhak utk berubah ke arah kebaikan..suka tngok citer 'ali setan'.. =)

fArhAnA on September 18, 2010 at 10:26 AM said...

seronok nya. Allah beri hidayah pada beliau..moga2 Allah terus tetapkan kita di jalanNya xkira kat mana kita berada insyaAllah

Si Pengemis Iman on September 18, 2010 at 1:52 PM said...

alhamdulillah
bersyukurlah krn beliau dipilih oleh ALLAH utk mndpt hidayah
kita yg masih terkapa-kapai ni,berusahalah..
hidayah ALLAH xkn dtg sndiri..

Ismi Ijmi on September 18, 2010 at 2:07 PM said...

sangat menarik,saya nak copy paste ke blog

muhsina hassan on September 20, 2010 at 7:51 PM said...

subhanallah.. hidayah itu hanya milik Allah.. minta izin utk di copy paste ke dlm blog..

Anonymous said...

memberi keinsafan...amat baik buat muhasabah diri...

Anonymous said...

DI bRUNEI PUN KALAU ANDA PERGI SOLAT TERAWIH DAPAT 10 US DOLLAR.....KALAU KAT MALAYSIA TENTU KURANG DAH BUDAK MELEPAK

Anonymous said...

Kalau Brunei No Wonder la bab drng kan manyak income. Negara pon Kecik. Tp sangat bgs jg digunakana ke arah yg bertepatan. Alhamdulillah Allah beri rahmat dan hidayah. Tdk dinafikan skrng bnyk sngt budaya yg melencong dr landasan agama.... klu xda jati diri yg kukuh bleh jd lupa diri and tros sesat. nauzubillahiminzalikh. mdh2an kita dalam peliharaan Allah Amin

Lily on September 23, 2010 at 12:39 AM said...

mohon copy paste insyaAllah

Anonymous said...

ayuh sahabat islam ku kalau hamba artis boleh berubah benar2 kerana ALLAH SWT kenapa kita tidak boleh melakukan nyer, yang mana kita mampu buat kita buat yang sebaiknya dan mana yang terlalu berat kita hendak melakukan nyer kita hanya mampu beserah kepada Pencipta kita iaitu ALLAH SWT InsyaAllah maka ALLAH akan selalu membuka jalan kepada org yang benar2 ingat berubah.....AMIN

zarinaf said...

kagum dgn kekuatan yang ada pd diri saudara azmil kerana berjaya menjaga diri dan anak-anak dari fitnah dan perhiasan dunia.

Anonymous said...

salam.izinkn saya share perkara ini

Anonymous said...

Alhamdulillah, kebetlan usrah ana hari ini berbincang tentang bersyukur, ada berbincang ttg kisah nabi Musa. nabi Musa yg dahulu pernah membunuh org, but Allah memberi wahyu (surah 27;11), "kecuali org yg berlaku zalim,lalu mengubah dirinya dengan keaikan dari kejahatan, maka sungguh, Aku Maha Pengampun,lagi Maha Penyayang"

Anonymous said...

salam, minta izin share

::FaQirah alHawari:: on September 26, 2010 at 5:06 PM said...

subhaanallah..mta izin share pnulisan disini..t.ksh..

yati on September 28, 2010 at 11:25 AM said...

Kuasa dan kehendakNYA tiada siapa yg dapat menhalang. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Alhamdulillah, seronok saya dengar segala permulaan En. Azmil untuk berubah, sy kini juga sedang mempelajari agama dan menghafaz ayat2 Al-Quran serta terjemahan dgn lebih mendalam untuk mencari keredhoan Allah Yang Esa...

Anonymous said...

bagaimana hendak bermula? boleh rakan2 bantu sy berubah..?

salafus-sholih on September 30, 2010 at 10:39 AM said...

Jika azmil mustapha yg tersangat2 jahil (seperti yg diceritakan) pon mampu berubah, apatah lagi kita yg mempunyai sedikit asas ilmu agama. Tinggalkan segera perkara duniawi2 yg melaghokan (hiburan melampau), inyaallah kita mampu bergerak langkah demi langkah pd jalan yg sepatutnya.

salafus-sholih on September 30, 2010 at 12:03 PM said...

pada sesiapa yang ingin berkongsi apa-apa yg terkandung di dalam blog ini, tidak perlu minta izin. digalakkan utk disebarkan. =)

Anonymous said...

menakjubkan..inilh kuasa n hidayah kepunyaan NYA yg Maha ESA.....

Anonymous said...

sanjug. hidayah milik allah

Anonymous said...

Ya Allah, Matikan daku dalam iman. Amin

ZahirZ™ on October 2, 2010 at 9:54 PM said...

=)

Basikal Tua on October 2, 2010 at 10:01 PM said...

Saudara Azmil ada datang ke tempat kerj saya sebagai ahli panel yang berkisar tentang solat. Boleh terkedu bila dia menceritakan tentang wuduk Zahir dan Wuduk batin(leh search). Paling penting ialah "turning point" beliau yang diceritakan. Ia terjadi apabila dia mengikuti bengkel penerbitan di USA dalam deligasi Malaysia ke sana. Beliau sempat bergaul dengan masyarakat Islam di situ dan dihadiahkan Al-Quran dengan tafsir dalam English. Saat dia diberi hidayah membaca tafsir itu, dia membacanya tanpa henti sehingga khatam dan diulangi lagi sehingga genap 3 kali.. renungkan adakah kita mempunyai senaskah tafsir dalam rumah kita? kalau adapun adakah kita diajar/sendiri membaca tafsir tersebut?
Kita doakan moga Allah menambah lagi ramai rakyat Malaysia yang diberikan hidayah sepertinya dan jadikan kita di kalangan orang yang dirahmatinya sepertimana kita baca dalam solat dalam ayat terakhir Al-fatihah.
Doakan kesejahteraan beliau kerana semalam berita menyatakan beliau dimasukkan hospital di Syria.

Anonymous said...

semua org impikn hidayah dri Allah,beusaha tuk mndpt nye bley tp tuk mndptnya hya Allah yg thu..:)

idaKraft on October 3, 2010 at 4:46 PM said...

Terharu mendengarkan keakraban saudara seagama di Syira membantu orang yang kesusahan.. semoga saudara2 kita disana sentiasa dalam perlindungan Allah dan Rahmat Nya dan kepada saudara Azmil semoga cepat semboh Amin...

Anonymous said...

Subhanallah kebetulan memang saya meminati Azmil (sebagai pelakun dulu)... dan sekarang dia telah berubah menjadi insan lebih baik dari kita... AllahuAkbar...

Azmil ada blog dia sendiri ke atau, email? I would very like to contact him... impian saya dgn dia sama... i.e. untuk menguasai bahasa arab, bahasa syorga, bahasa kubur, bahasa al-Jannah, bahasa al-Quran, bahasa pertuturan Rasulalalh SAW... sampai ke UIA saya cuba mendalami 2 semester... selagi tidak bercampur dgn orang arab setiap hari memang susah nak menguasai bahasa yg cantik ini... you have to live arab with or amongs arabic speakers...
sesiapa ada contack no. (tel) atau email please share ye.. Jazakumullahu khairan kathira... :)

Anonymous said...

suka sangat baca psl azmil mustapha ni. :)

Anonymous said...

mohon share dgn rakan2.
tq

Anonymous said...

Jauhnya Islam ini dgn malaysia... Umat Islam ramai.. tapi Islam jauh lagi..berbanding Syiria yg di ceritakan Ustaz Azmil.

Semoga Malaysia berubah supaya azab tidak tertimpa. Supaya di rahmati Allah

Anonymous said...

Harap2 semue artis pown boleh amik iktibar....

Anonymous said...

hidayah yg paling berharga....seronok dgr cerita dan pengalaman beliau

Unknown on October 4, 2010 at 8:35 PM said...

alhamdulillah.....

hanifa said...

Alhamdulillah.. Satu pengajaran buat saya juga :D

Unknown on October 5, 2010 at 1:10 AM said...

alhamdulilla.. penerimaan baik.. syukur la bg yg dapat hidayahh..

sid on October 5, 2010 at 11:03 AM said...

alhamdulillah... saya akan jadikan ini sebagai pengajaran yg amat berguna utk diri saya.. minta izin share di blog saya.. tq

Anonymous said...

syukur...salah seorang yang menjadi pilihan Allah untuk mendapat petunjuk dan hidayah..alhamdulillah

azri_linggi said...

Masih belum terlambat utk mencari keredhaan Allah swt....

addy on October 5, 2010 at 1:33 PM said...

minta izin share di blog sya...share utk kebaikan

ryn on October 5, 2010 at 1:35 PM said...

alhmdullah..suatu pgajaran yg sgt baik.. ku insan yg msh lemah iman, mohon copy crta ni..trm ksh.

Anonymous said...

satu contoh teladan yg baik.. semoga saudara Azmil terus sihat utk mendalami Ilmu Allah dan juga utk disebarkan kepada rakan2 artis yg lain. Semoga rakan2 yg lain juga akan mendapat hidayah dariNya..
Insya'allah...

Anonymous said...

Mahu tidak mahu kita kena berubah..! Kenapa kerajaan kita takut untuk mempratik dasar islam sebenar sedangkan kita laungkan kita negara Islam.Adakah soal agama soal Individu? Siapa kita kalau bukan Islam untuk memajukan Islam di Negara sendiri?Renungkan lahhh..Kita kena terima hakikat yang masyarakat Melayu dah lama terpesong oleh sikap dan penyampaian ahli politik dan kuasa luar yg mudah mempengeruhi.Sekian.

Anonymous said...

baca ceritani menunjukkan jauh beza antara kita dgn bumi ambia tu.. nampaknya kat sana kita tak perlu kejar harta macam kat sini.. masyarakat di sana begitu pemurah.. kat sini walaupun kita ada organisasi terancang dlm menguruskan bantuan maca baitulmal dsbgnya.. masih ramai lagi yg susah.. kemudian sumer org harapkan kerajaan.. sumer org bagi duit kepada kerajaan dan sumer org suruh org lain mintak kat kerajaan. Kalau buat stail Azmil kat sini pakat mati kebuluran le jawabnya..

Azrin Urid on October 5, 2010 at 11:52 PM said...

semoga sumer antara kiter mndapat rahmat ILAHI...terus-terusan hingga ke satu masa ditentukan...kita kembali kepadaNYA...amin...

Anonymous said...

mohon izin copy

Anonymous said...

Alhamdulillah! Surah al-baqarah...alif lam mim....hudanlilmuttaqeen. Berapa ramai yg 'mencari2' identiti dan jati diri mendapatkan Al-Quran untuk mencari dirinya. Betapa ironi bila membaca Azmil 'bertemu' dirinya di bumi bukan Islam di kalangan 'true practicing Muslims'. Pengalaman peribadi 'bertemu' Islam di USA membuka mata saya mengimbas Islam di Malaysia. Carilah dirimu dgn ikhlas melalui Kitab Allah nescaya kamu akan dibimbingNya.

Anonymous said...

alhamdilillah...kepada sape2 yang ade email azmil harap dapat panjangkan kepada saya..kerna saya amat minati dia dan ingin bertanya banyak soalan dan kehidupan dia dalam mengharungi hidup ini dg anank dia.....

Anonymous said...

alhamdulillah...
saya akui ramai yang buta huruf zaman skarang..
kalau bolaeh pulang ke tanah air dan bawa ilmu dan pengalaman bantu saudara2 yang masih tak dapat cari jalan pulang... banyak yg bolah di kongsikan..

rozzanah said...

Alhamdulillah tahniah saudara Azmil kerane telah berhijrah daripada dunia khayalan kepada dunia realiti.....Syukurlah kepada Allah..Allah maha pengasih, penyayang lagi maha pengampun....kun fayakun....khabarnya saudara sakit....kalau ada rezki unutk sembuh cubalah pengubatan berbekam..insyaAllah ada kemajuan....

aku hamba nya on October 7, 2010 at 12:08 PM said...

Ya Allah aku ingin hidayah seperti yg Kau berikan kepada saudara ku ini, nur yg menujuk jalan kepada mu Ya Allah.. permudahkan lah jalan ku menuju Mu Ya Allah..

Anonymous said...

mengikut beberapa pendapat pada akhir zaman islam akan kembali bangkit dari timur dan ada cerdik-pandai meramalkan bahawa mungkin Malaysia yang dimaksudkan.
Malaysia Boleh...
Bolehkah Malaysia?? dengan cara kehidupan kita sekarang ini "I don't think so"

Anonymous said...

slm...dr segi penbentangan di atas.jelas ALLAH telah membuka hati.semoga terus dirahmati ALLAHs.w.t.insyallah.allahualam

Anonymous said...

slm...bule bagi contact azmil mustapha tak..
send kt email saya nabil.nordin@gmail.com

insan yg lemah said...

sesungguhnye fikir iman n fikir umat itulah yg sangat dicintai oleh nabi kita..fikir sesaat boleh mengubah segalanye tp fikir yg mulia ialah bgaimana umat ini dapat petunjuk dr allah dan dapat d selamatkn dr azab allah nnt d hari yg sudah tiada fikiran lg psal org lain...

salafus-sholih on October 10, 2010 at 3:41 AM said...

Salam, saya tidak mempunyai sebarang contact saudara azmil mustapha. Harap rakan2 lain boleh tolong. Saya berharap kita semua jadikan beliau sebagai perangsang dlm melakukan perubahan. Insyaallah...

Anonymous said...

salam
saya rasa begitu pelik macammana saudara ini tidak boleh membaca Al Quran sehingga besar.Bagi saya sistem pendidikan di Malaysia terutama di Selangor mendidik pelajar agama islam dgn baik dan terpulang kepada individu dan ibu bapa.Malah sistem yg kita ada lebih baik dari di negara Arab sendiri melalui pengalaman saya bercampur dengan orang arab yg tak semuanya pandai ilmu agama Islam.Bagi saya tepuk dada tanya selera,tak kalah Malaysia dalam pendidikan Islam,setakat tamat darjah 6 sekolah agama sepatutnya semua dah tau.malah rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dgn sistem pendidikan Islam kita kecuali orang orang yg menjauhkan diri dari pendidikan yg telah disediakan.

+AnamuSafir+ on October 12, 2010 at 2:47 PM said...

salam..

smoga Allah membantu ust n keluarga..

em.. saya rasa, xpayhla kite persoalkan masa lalu ust,.tntg xtau baca quran..

pengalaman hidup manusia lain2..

wslm

Anonymous said...

mohon izin share...

me? on October 18, 2010 at 3:28 PM said...

salam,minta izin share..

Anonymous said...

alhamdulillah...bilela artis yg lain nk dapat hidayah mcm ni...diorang bangga bile pegi mekah,pg umrah.sampai tampal2 kt majalah n poster..tp hakikatnye?xde perubahan pn..lepas balik je x lame lepas tu,mulela nk bukak sane dan bukak sini balik...
niat kenelah ikhlas,bukan sekadar nk cari publicity je..

Anonymous said...

Assalamualaikum saya sempat bertemu mata ke mata dengan beliau saya bersyukur pada allah krn dipertemukan dengan beliau dengan penampilan yang soleh lemah lembut tidak ada ego langsung...saya bertemu beliau di salah sebuah kafeteria di kl. Sesudah subuh tatkala saya dan sahabat saya ke kafeteria tsb kami melihat wajah seorang insan berjubah putih siap dengan berserban sedang menikmati sarapan pagi yang simple dan sambil membaca surat khabar. Selepas saya menyedari beliau merupakan pelakon tersohor era 80an saya menyapa beliau dan seterusya bersalam dgn beliau.Untuk pengetahuan anda beliaulah orang pertama di kafeteria kami mmg kena tabik kerana pada usia begini beliau seolah-olah rasa cergas mmg betul hadis rasulullah sesiapa yang bersolat pada tengah malam spt tahajjud maka Allah pelihara kesihatan kecergasan badan....sebelum beliau balik saya meminta izin dengan beliau untuk bergambar kenangan dengan beliau dengan rasa gembira beliau izinkan bergambar dengan beliau... drp mddin78@streamyx.com

Anonymous said...

Alhamdulillah sdr azmil dapat hidayat, amat bruntung... dan mula dimedia-kan dan dah mula dakwah orang pas

Anonymous said...

harap beliau mediakan kepada muda mudi kita, lagi efektif dari medan politik... tak perlu partisan atau di guna parti politik... beliau tunjuk kontradiksi orang ajak kepada islam tapi boleh jadi tidak islamik kalu masuk kancah melayu gaduh (pas umno) tapi tak mampu satukan semula... misalnya seruan pada yang tua-tua, sudahlah gaduh, mai ikut pesan nabi, BERSAUDARA........ JADI TAK DUPLICATE seruan partisan undilah aku syarat islam. ajib

Anonymous said...

maksud saya yusof islam contohnya dah khatam baru keluar dakwah

Anonymous said...

mohon izin share!!!!

Anonymous said...

beruntungnya saudara azmil...allahhuakbar!

Anonymous said...

subhanallah..alhamdulillah
teringin mau pegi syria!

Anonymous said...

Alhamdulillah.. mendpt hidayah dr Allah
Minta izin tuk share blog ni.

Rehany said...

Subhanallah. saya nak mintak share ya. terima kasih :)

zulhusrey on November 6, 2010 at 3:26 PM said...

marilah kita bukak kan minda...jadikan kisah ini sebagai pedoman

Anonymous said...

harap dpt keLuar dr buMi Malaysia ini juga..
teRima kaSih.

Omar Nawawi on November 6, 2010 at 4:09 PM said...

Kalau macam nie,besar nanti saya pun nak pergi ke sana....tetapi caranya macam mana nak hidup tetap disana?

salafus-sholih on November 7, 2010 at 1:47 PM said...

Tak semestinya kena pergi ke syiria semata-mata utk berubah. Kita di sini, mampu juga untuk berubah asalkan ada usaha ke arah itu. Ambil pengajaran dari kisah ni, jauhi hiburan melampau, budaya yahudi, perkara syubhah dan lain2 yg menggugat iman...

Anonymous said...

mohon copy to share

Azeri on November 12, 2010 at 10:33 PM said...

Betul tu tuan admin.Yang penting istiqamah.

Anonymous said...

Assalamualikum..

saya rasa x perlu media dan semua orang utk ungkit blk kisah lama 'abg' Azmil kite.. dia berubah pun bukannya baru.. cuma kita sama2 doa spy beliau, kita (saya) sendiri dan umat ini sentiasa dapat hidayah.. klo kite asyik m'imbas kisah lalu beliau, lagi susahla usha beliau untuk mmbuang nama setan yang sdh sinonim dgnnya.. biarla hari ini dgn akan dtg kita kenal beliau dgn ustaz Azmil..

wassalam..

p/s; n3 yg bgs.. saudara admin teruskan usha anda..

Afiqah Umairah Mohamed on November 26, 2010 at 9:04 PM said...

syukur ke hadratNYA.... allah yubarikkum....

Anonymous said...

alam.izinkn saya share perkara ini

Anonymous said...

alhamdullillah...semoga kita semua mendapat manfaat yang sewajarnya...

ann... said...

Alhamdulillah....sama-samalah kita pon berhijrah kepada yang lebih baik....=)

Achu Tra on December 7, 2010 at 12:12 PM said...

salam...

minta izin utk share...t kasih

dontpushpush on December 8, 2010 at 6:22 PM said...

Kenape x de article berkaitan ustaz akil hai yang dulunya rockers juga.

Anonymous said...

mintk share..

Abu Muhammad said...

Semoga rahmat Allah jua mengiringi ayahande aznil dalam mendamba RedhaNya...sebegitu saya, sedang berusaha utk ke Yaman sebagai satu Hijrah diri dan keluarga kearah membentuk kehidupan yang bermakna disisiNya, InsyaAllah.. Mohon doa dari semua, amin.

Anonymous said...

alhamdulilah,seorg drpd umat islam tlh menemui jln yg bnr...sy bangga dgn en.aznil...

zack said...

askum...

saye ade impian dan niat untuk mempelajari ilmu agama terutamanya berkaitan solat dan mempelajari selok belok membaca al-quran dgn betul tp saya tak tahu mcm mana nak mulakan dan tak tahu dimana ada tempat pengajian tersebut khusus dijohor bahru.ada sape yg boleh bantu saya x?

dr manusia jahil

Anonymous said...

bgosnyew....:)

DeaN on January 9, 2011 at 2:31 PM said...

sungguh ku xsngke slame ini ku hidup pnuh dgn kejahilan. Trime kasih atas artikel ini..

Anonymous said...

As salam..minta share ye :)..Semoga fikrah Islam dpt dinikmati oleh kita semua..AllahuAkbar

Anonymous said...

:) indah dan bererti kehidupan walaupun sesaat tidak terasa nanti..

Anonymous said...

saya peminat azmil dan saya amat bersyukur kerana hidayah allah saya juga sedang ke arah mendekatkan diri kepadaNya

Anonymous said...

like this story...

استاذة ليلا on February 25, 2011 at 9:52 PM said...

sronoknyer! :)
mintak izin nak share yah :)

Anonymous said...

alhamdulillah syukran ats perkongsian.....

mardhotillah said...

sesungguhnya hidayah itu milik Allah...
syukran for sharing...

Anonymous said...

Alhamdulillah.Semoga kita selalu berdoa agar kita sentiasa dalam hidayah Allah,keluarga,masyarakat,yang paling penting kepada pemimpin negara kita.Ameen Ya Rabb...

razif on March 24, 2011 at 4:32 PM said...

Alhamdulillah.. Kisah yg boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua... InsyaAllah...

Anonymous said...

mohon share.. terima kasih

Anonymous said...

khabar yg baguuss mudah'an bermanfaat buat kita yg sedang mencari kbenaran... amiieenn

Zurina J. on April 21, 2011 at 10:46 AM said...

Alhamdulillah...

semoga semua terus istiqomah...

safire on May 17, 2011 at 10:51 PM said...

Alhamdulillah dia mendapat hidayah daripada Allah semoga kita dan keluarga termasuk rakan dan jiran terdekat di selamatkan Allah dengan kekuatan iman, taqwa and ilmu yang bermanfaat dan Dia dapatkan kita teman dan guru guru dan sheikh yang benar benar boleh membimbing kita ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat. amin

Anonymous said...

alhamdulillah..benar2 membuka mata pembaca..sy harap agar 1 hari nanti undang2 islam akn dtegakkan dinegara ini..wallahualam

Mencari diri on August 28, 2011 at 6:08 AM said...

Indahnya kalau saudara islam saling membantu

Anonymous said...

Saya suke sgt citer 'ali setan'..mohon share ye...

Anonymous said...

Setiap manusia akan berubah...dari kejahatan kepada kebaikan atau sebaliknya...beruntung kalau berubah kearah kebaikan...

Unknown on April 5, 2012 at 1:19 AM said...

assalamualaikum...
salam persaudaraan dan salam ukhuwah islam..
mohon do'anya saya ingin melangkahkan pijakan hidup saya ke arah islam yang sepenuhnya...
karena ALLOH SUBHANAHU WATA'ALA berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِين


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS. Al Baqarah (2) : 208)
jazakalloh khoiron katsiron...
aku berlindung kepada ALLOH dari kesesatan setelah diberikan petunjuk...

Unknown on April 5, 2012 at 1:23 AM said...

subhanalloh walhamdulillah wala ila ha illalloh wallohu akbar...

“Allah memberikan petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki”. (QS. Al-Baqarah [2]: 213).

… tetapi, Allah memberikan petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki dan menyesatkan siapa saja yang dikehendaki. (QS. An-Nahl [16]: 93)

Sesungguhnya engkau sekali-kali tidak dapat memberikan petunjuk kepada orang yang engkau cintai, melainkan Allah memberikan petujuk kepada siapa saja yang dikehendaki. (QS. Al-Qashash [28]: 56)

... Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk. Akan tetapi, Allahlah yang memberikan petunjuk [memberi taufik] kepada siapa yang dikehendaki .... (QS. Al-Baqarah [2]: 272)

@daudayey on March 4, 2014 at 3:07 PM said...

Assalaamualaikum, Boleh minta emailnya Bpk. Ali, Terima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates