Sunday, September 26, 2010

Antara ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’

Posted by salafus-sholih at 11:00 PM

Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.

1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?


2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?


3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai?

Dan sekarang anda memilih kaedah mana untuk menentukan tahap kerosakan masyarakat kita yakni mereka yang ‘terlanjur’? Ya, memang tidak munasabah untuk menggunakan mana-mana kaedah, malah jika kita menggabungkan kesemua kaedah-kaedah tersebut pun belum tentu untuk mencapai bilangan sebenar jumlah mereka yang ‘terlanjur’. Malah, mana mungkin dapat mewakili 5% daripada mereka yang 'terlanjur'? Itu baru sahaja mereka yang ‘terlanjur’, bagaimana pula dengan mereka yang hanya berjinak dengan aksi ‘ringan-ringan’? Astagfirullah, memang tidak dapat digambarkan betapa sudah rosak masyarakat pada hari ini.

Couple penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?

Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan? Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin. Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’sms’, ber’yahoomessenger’ atau/dan ber’facebook’ untuk memenuhi perasaan rindu yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, couple-putus, couple-putus, couple-putus, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.

Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa' yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu. Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu tidak lain adalah kaum hawa.

Wahai kaum muslimah, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’, yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.

Allah telah berfirman, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur :26)

Sebagai penutup kata, perihal mengenai buang bayi tidak akan sampai ke penghujung jika kita masih tidak sedar akan pangkal asalnya. Alangkah lebih baik jika kita mencegah daripada merawat. Seringkali kita melontar kekecewaan terhadap mereka yang membuang bayi sedangkan kita sedang diseliputi budaya yang menjurus kepada pembuangan bayi tersebut. Selagi kita duduk mempertahankan budaya ini, selagi itulah berita-berita menyentuh jiwa ini tersebar meluas. Tidak cukupkah lagi dengan komentar para ustaz mahupon ilmuan tempatan yang mengulas mengenai isu ini? Mereka yang mempertahankan couple sering berselindung di atas hujah seorang yang dipanggil 'ustaz' sedangkan jumhur yang lain berkata sebaliknya. Mengapakah tidak mengikut jalan majoriti tetapi mengikut jalan minoriti ibarat bertanyakan hukum merokok daripada 'ustaz' yang merokok? Jangankan bila sudah tertanam benih yang haram baru hendak bertaubat. Nauzubillah… sesungguhnya kita sudah berada pada penghujung zaman seperti yang diperkatakan nabi.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. ( Hadis Riwayat Muslim)

Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung. Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka. Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple' bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui bakal 'tak sengaja melanjur'? Tepuk dada, tanya iman. Sekian.

p/s: Istilah ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’ pada artikel di atas hanyalah retoris kritis semata-mata. Untuk penggunaan istilah yang tepat, sila rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

38 comments on "Antara ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’"

Ikan Lemas on September 27, 2010 at 12:48 AM said...

artikel yang kool
sape makan cili dia terasa pedasnya
kalu boleh kupas lagi isu2 semasa yang panaz tapi di pandang remeh oleh orang ramai

Ismi Ijmi on September 27, 2010 at 8:13 AM said...

artikel yang menarik,habis semua yang terkena merasa ...

apa2pun memang bermanfaat InsyaAllah,. minta izin untuk copy di blog saya,harap dapat disebarkan risalah semacam ini.

Ana Aisyah on September 27, 2010 at 11:32 AM said...

the important is,back to the basic...

zonkuliah on September 27, 2010 at 6:01 PM said...

Assalamualaikum, alhamdulillah. Terima kasih atas artikel yang sangat baik. Izinkan saya copy paste dan kongsikan di page KOSUKE. Terima kasih sekali lagi.

conan on September 28, 2010 at 12:37 PM said...

Perasaan malu patut di tanam dalam diri setiap umat islam. Malu terhadap Allah kerana Allah sentiasa nampak perbuatan kita dan juga kata hati kita. Sama-samalah kita berasa malu terhadap Allah

faizal on September 29, 2010 at 6:14 AM said...

Artikel yang baik..
Kasihan apabila ramai yang tidak sedar hakikat cinta sebenar..
Ramai juga yang sedar tapi masih belum berupaya melawan nafsu..
Tambahan lagi, ramai juga yang berusaha menolak kebenaran..

Seimura on September 30, 2010 at 1:28 AM said...

sangat setuju

Anonymous said...

salam, izin untk copy ke blog untuk edarkn terima kasih

sleepy on October 3, 2010 at 5:45 PM said...

yess..tepat..bukan terlanjur kerana ter seperti tak sengaja dan menjadi alasan berbuat begitu.. melanjur istilah yg tepat skali..

ice_soul on October 3, 2010 at 5:56 PM said...

i totaly agreed wit ur article..remaje skrg mengaggap sesape y x couple ketinggaln zmn..xlaku..so,dak2 ne..decided to couple..actually drg couple tok enjoyed n proved kt kgkwn drg y drg ne laku..pape kte bkn sesape pon pd pandangan manusia..yg pentg pd pangan Allah..sy ingatkn dr sy hamba Allah y hina n alpha ne dan seluruh umat Muhammad S.A.W..amin..sm2 kt berubah..

Anonymous said...

alhamdulilah...agar sume dapat jdkan panduan dalam hidup..

Anonymous said...

bagus artikel ni..minta kebenaran untk share ngan kawan2..

Anonymous said...

setuju benar dengan ice_soul tue..memang pun..la nie seronok la bercouple..nanti berduka dan berair mata la..ambik la nak sangat couple..tiru org putih wat apa...

Anonymous said...

Terima kasih buat artikel ini...jika terjebak dlm kancah alam melanjur ini, pasti ssh utk elak dr brulang lg..jadi sediakn benteng iman sebelum mengenali seseorg yg brname pasangan (yg masih blom sah)...sume ini dr pengalaman diri sendiri...sy tau ia adalah dosa besar...tp tlah lakukn nyer...jijik nyer trase pade diri sendiri...sy brdoa & sy brharap sy tidak akan mengulangi nyer lagi...amin~

Anonymous said...

subhanallah... nseb baik sy xpnh couple lg...alhmdulillah...akn ku elakkan.

todd said...

mne de terlanjur nye... melanjur de la... they have the choice nk lanjurkn or x. n they choose to do so...

tp sy x setuju u samakn couple n zina... bg sy, couple is a period to learn relationship management... zina is an action that yields nothing but temporary pleasure n worse, creates more problem...

Ilzaf RAfiq said...

to todd
jangan kamu hampiri zina
couple is the one reason 4 u to close with zina
think about it
x kenal maka x cinta
x cinta maka x ............

Anonymous said...

sy sudah tingalkn semua itu lama dahulu.........
alhamdulilah.............

salafus-sholih on October 7, 2010 at 2:23 AM said...

Kepada todd... fahami firman Allah "...janganlah kamu MENDEKATI ZINA..."

jadi couple = mendekati zina

Anonymous said...

Artikel yg bagus...izin nak share kat blog... thanks =)

Anonymous said...

astaghfirullahal'adziim

hamba sedih said...

dgrlah..... couple 2 haram.... tolong la dgr.... jauhi la couple.... jauhi la jauhi la... jauhi la couple.... tolong la dgr wahai umat Nabi S.A.W..

couple dgn niat baik atau sebaliknya adalah haram.... bukankah jodoh itu ketentuan Allah.. jd yakinlah dgn jnji Allah....

kte mmg dminta untuk usaha mncari bkal isteri kte.. tp bkn couple crenye... brpasangan d usia muda ap faedahnya???? tolonglah sedar dr sgala pnipuan syaitan.

apbila ad org bgtau bhawa couple 2 haram.. mcm2 kte lwn blik smate2 untuk buktikn yg ap yg kte buat iaitu b'couple' 2 x slh d sisi Islam... tahukah kita sbnrnya scara x sngaja tlh menghalalkn ap yg tlh dharamkn dlm agama... ini bleh mnyebabkn kte kluar dr Islam scra x sngaja.

yang haram ttp haram... mrlah kwn2ku skalian sedarlah dr sgala pnipuan mainan syaitan... kmbalilah kpd ajaran Islam yg sbnr... org yg b'tunang msih dianggap ajnabi...

psanan sy kpd kaum hawa semua... kamu semua adalh ibarat bunga yg sgguh cntik.. kmuulah sebaik2 hiasan ddunia.. jgalah kcntikn kmu itu spaya suatu hr nnt kmu dpt brdepan dgn Allah S.W.T dlm keredhaan-Nya... jdlah bunga yg seharum iman Rabiatul Adawiyah....

Al - Mu'allim on October 17, 2010 at 4:02 PM said...

salam 'alaik

Pelik. kita sering menggunakan istilah yg meringankan perbuatan yang keji.
Kenapa terlanjur?kenapa tidak menggunakan istilah zina terus supaya lebih rasa perbuatan itu keji. Terlanjur membawa maksud lain jika digunakan dlm konteks yg lain. Sedangkn zina tetap keji.

Pasangan terlanjur vs pasangan berzina

Nur Akhmalina said...

assalamualaikum , dengan rasa rendah diri saya berterima kasih kepada tuan punya blog . Saya bersyukur kerana dijauhkan dari ber'couple' sejak dr sekolah rendah . Saya tahu dalam seminit hati seseorang boleh berubah . Oleh itu , saya sentiasa jaga jarak hubungan sesama kawan lelaki di sekolah saya . Ilmu yang tuan blog berikan sangat bermanfaat :)

ramawan said...

assalamualaikum

terima kasih tuan punya blog...isu yang menarik sepanjang zaman..satu cara untuk menyedarkan umat yang membaca artikel ni..tpi yang tak baca takkan tau..yang ramai terlibat dalm melanjur ni orang kita....

Anonymous said...

cool!!
padat dgn fact yg mungkin shja dpt kita bendung drpd terjerumus..
bgus blogger ni..stylo,,

t.i.n.t.a. PEMUDA. on November 16, 2010 at 2:47 PM said...

shukran atas perkongsian..
semoga kita dapat tangani masalah ini

ann... said...

NAUZUBILLAH.......

Wan Nur Amirah on December 5, 2010 at 7:06 PM said...

Salam. Mohon izin share di FB. URL akan diletakkan. Moga tulisan saudara ini mampu mendetikkan keinsafan pada saudara2 kita yg lain =)

Anonymous said...

salam 'alaik..

istilah 'couple' x slh..
apatah lg couple islami.
yg slhnya adlh cr..
couple islami yg halal hnyalah slps nikah.

jd, tnpa nikah? anda fhm2 sndiri.

couple dr segi istilah pn xmmberi erti yg negatif..

mcm bunga.. blh jd bunga mawar, bunga melur..
tp, bila digunakn sbg bunga bank?
kn dh lain...

by da way, say NO 2 COUPLE BE4 NIKAH, AVOID ZINA!!

wallahua'lam

Sirrul Jiddan on January 9, 2011 at 11:51 PM said...

Salam...
artikel yang mantap dan santai...
said no to couple...
minta izin copy & paste kat blog..
terima kasih atas perkongsian..

achik said...

assalamualaikum....
sy harap sgt artikel nie dpt mengurangkn gejala bercple...terutama d kalangan student sek.men. .....AMIN

azrera said...

hurm . so macam mana cara selamat nak b'hubungan dgn lelaki sebelum nikah ?

ada tak yg bleh bgtaw sy ?

salafus-sholih on January 17, 2011 at 8:13 PM said...

azrera: Kita berhubung antara satu sama lain apabila ada keperluan yg mustahak. Misalnya ketika sedang berada di dalam kelas dan kuliah. Apabila benar2 bersedia untuk nikah sahaja baru saling berkenalan, itupun kena ikut syariat yg ditetapkan, berjumpa keluarga dulu dan sebagainya. Bukan spt fenomena hari ni, masing2 nak cuba sesuai ke tak hubungan ni, mcm eksperimen pra-suami isteri pula. Nauzubillah

Anonymous said...

kepada penulis blog :

sesungguhnya saya pelik tapi saya ingin tahu ,
pastinya orang yang bernama ustaz pernah bercinta,
tapi bagaimana ?
sy mengharapkan seorang ustaz yang telah berkahwin dapat menerangkan hal ini kepada saya , sejujurnya

bagaimana bibik percintaan mereka sebelum perkahwinan/pernikahan itu terjadi ?

saya berharap cara beliau dapat menjadi guidance kepada saya dalam menjalani sebarang percintaan sebelum perkahwinan

Unknown on March 1, 2011 at 5:08 PM said...

kpd Anonymous,

cuba tngok filem "ketika cinta bertasbih".filem ni byk menonjolkan perhubungan cara islam yg sgt baik

Anonymous said...

assalamualaikum...

walaupun penjelasan sudah dibentangkan dengan panjang lebar dalam artikel ini,amat malang sekali jika artikel ini hanya akan tinggal sebagai bahan bacaan sahaja...
sbb ramai couple2 di luar sana hanya mementingkan nafsu dari iman (walaupun belum sampai tahap melanjur @ terlanjur)dan berapa keratkah dari mereka yang ingin membuka & membaca artikel yang berunsur islamik ini lalu memuhasabahkan diri ???

apa2 pun terima kasih buat tuan blog ...teruskan jihadmu demi sebuah ketaatan terhadap allah !!!!

mohon untuk share...

Anonymous said...

salam....ape mksd 3gp?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates