Saturday, January 15, 2011

Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?

Posted by salafus-sholih at 9:36 PM
Apabila sebut pasal 'khilafah', tidak ramai yang berminat hendak mengambil tahu. Perkataan 'khilafah' adalah asing buat kita, malah mungkin ada yang baru pertama kali dengar. Bagaimana kita hendak fokus kepada persoalan khilafah, sedangkan umat Islam yang lain terlalu sibuk mengejar cita-cita dan kerjaya, asyik menggelamun mengidam kekasih ideal, mengagungkan hiburan, dan lain-lain lagi.

Maka di sini, luangkanlah sedikit masa (35 minit), untuk memahami apakah itu khilafah dan mengapa soal khilafah adalah amat penting buat kita semua, hatta untuk mazhab syiah sekalipun tidak terkecuali. Memang sengaja kita bawakan dari segi video kerana lebih mudah memahami disamping dapat mengatasi sikap kita yang malas membaca artikel berjela-jela.

Video ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, antara point-point yang dapat kita highlight adalah seperti berikut: punca kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kesan ketiadaan khilafah ke atas keseluruhan umat Islam dan saranan buat keseluruhan umat Islam.

*Kredit untuk Hizbut Tahrir Malaysia




29 comments on "Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?"

salafus-sholih on January 15, 2011 at 10:03 PM said...

Anda mungkin tidak bersetuju dgn sesetengah point yg dikemukakan, maka berhujahlah dgn baik. sekian...

Anonymous said...

teruskn perjuangan akhi.....

Raudhah Hayy on January 16, 2011 at 9:53 AM said...

tak sanggup melihat mereka diseksa. kasihan sungguh kepada saudara2 islam ku. takbir ALLAHU AKBAR!

Mahmud Bukhari on January 16, 2011 at 11:54 AM said...

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Tawba: 111)

Mahmud Bukhari on January 16, 2011 at 11:57 AM said...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' " (Al-An'aam: 14)

Anonymous said...

kalau boleh syahadah yg last skali blh edit x.. sbb x smpai hbs die sebut...
yg sy dgr
"Aku bersaksi tiada tuhan..."
smpai sini je
jd takut salah mksd nnti jd len lak..
mule2 dh sedap cite.. last2 suh jd len..

salafus-sholih on January 16, 2011 at 10:08 PM said...

A'ah, baru perasan. Video yang asal pun sekerat begitu juga. Terima kasih atas teguran ini. Insyaallah akan berusaha melakukan sesuatu...

soutulmujahid.com on January 16, 2011 at 11:11 PM said...

jom turut serta dalam perjuangan menegakkan semula daulah khilafah seperti yg dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah saw yg bermaksud:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [TMQ an-Nur:55]

"...kemudian, akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad]

Hizbut Tahrir Malaysia

Anonymous said...

assalamuaalaikum...

video yg sgt menyentuh perasaan dan menimbulkan muhasabah dlm diri.saudara ada download link utk video ni tak?

abu idris on January 17, 2011 at 9:19 AM said...

Ar Rayah World News -
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam
( Daulah Khilafah )

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Anonymous said...

asLmuaLaikum w.b.t..

macam maNa kita mau berjuang? menolong saudara2 kita d sana? tolong beri jawapan pada y kurang arif ini...

terima kasih.

Anonymous said...

waalaikumussalam..
ade carenye nk menolong..
dgn doa.. solat hajat..
tiap2 solat bace doa qunut nazilah..
nabi juga melakukannya.. ade kalenye sehingga sebulan..
tu care yg boleh.. buat mase skrg..
klu kamu rase boleh pergi berperang.. peranglah.. di malaysia pn boleh.. perang dgn care kembalikan anak muda malaysia yg dikatakan sbg pewaris negara supaya kembali taat kepada Allah dan rasul.
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kamu.

salafus-sholih on January 17, 2011 at 8:05 PM said...

Anonymous, 9: boleh cari addon untuk mozilla. Copy paste url ni untuk download: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/video-downloadhelper/

Anonymous, 11: Sahih sekali apa yg dikatakan anonymous 12. Kita sedar tak mampu untuk berperang, jadi kita di sini berusahalah perbaiki diri masing2 dan cuba mengajak famili, rakan2 dan seramai mungkin kembali menghayati ajaran Islam yg sebenar. Bila kita dah kuat, insyaallah dipermudahkan untuk menaikkan semula daulah khilafah islamiyah.

Anonymous said...

kalu ditanya pada semua org tentang matlamat hidup mesti dapat disimpulkan kpd matlamat untuk "mencapai KEJAYAAN"...
key word adalah KEJAYAAN..

-selamatkn palestine
-hancurkan zionis
-kekayaan
-nikmat syurga disana
-dll byk lg la

semua diatas boleh ditakrifkan sbg KEJAYAAN,atau lebih tepat lagi KEJAYAAN di dunia dan KEJAYAAN diakhirat (dan terlepas azab neraka)

diulang sekali lagi, key word adalah KEJAYAAN...

jadi sehubungan dgn itu, samada kita sedar atau tidak perasan atau lupa atau tidak tahu, sebutan KEJAYAAN paling kurang 5kali dilaungkan setiap hari....ya, seruan azan, hayya 'ala al-FALAH...
tok bilal seru dan panggil kita kearah kejayaan..
maknanya(seolah-olah tok bilal kata) mai la kat sini(masjid) untuk mencari dan mendapatkan KEJAYAAN..
pula yg pastinya seruan azan adalah panggillan menunaikan solat (bersama-sama/berjemaah)...

ringkasannya, KEJAYAAN>masjid>solat berjamaah

maka jika kita inginkan,perjuangkan,mahukan KEJAYAAN (termasuk list diatas,
-selamatkn palestine
-hancurkan zionis
-kekayaan
-nikmat syurga disana
-dll byk lg la)
turning point(pokok pangkal) nyer adalah SOLAT BERJAMAAH...

:.marilah kita sama2 berkunjung,mengimarahkan dan mendirikan SOLAT BERJAMAAH di MASJID..nah rahsia dah terbongkar..tunggu ape lagi...jom!!!


sekian,dr abdullah

Anonymous said...

Terima kasih kepada Anonymous 12 dan saudara jalan salafus sholih...

nak tanya lagi,
berperang itu khususnya untuk lelaki sahaja...
jadi, kaum Hawa boleh pergi berperang juga andai tiba masanya menentang kejahatan? (selain amalkan doa Qunut Nazilah)

Anonymous said...

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adh-Dhaariyat: 55)

Anonymous said...

maaf la saya menjawab dgn ilmu yang sedikit..
saya x jumpe lg hadis2 yg mengatakan kaum hawa boleh brperang dan pernah pergi berperang di zaman Rasulullah..
jika ada sesiapa yg tahu boleh kluarkan disini..
pendapat saya, perempuan boleh brperang jika darurat..
ni pendapat la..
tp jika ada pendapat yg lebih sahih, tglkn pendapat sy dan ikut pndapat tu..
dan kepada Allah kita kembali segala urusan.

Anonymous said...

insaf. malu dgn diri sendiri

Anonymous said...

Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. (At-Tawba: 82)

Anonymous said...

masya-Allah..menangis tgk video klip ni...betapa umat Islam dah lame tertindas dan x siapa yg sggup membantu even negara2 islam pun ikut telunjuk kafir...

Abu Idris on January 26, 2011 at 11:53 AM said...

Seruan Khilafah Bergema di Bumi Eropah

http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/demonstrasi-menentang-lawatan-presiden.html

Anonymous said...

Dah terhantuk baru nak terngadah.. Itulah yang layak bagi kita, bahkan lebih teruk lg, kita masih menegakkan benang yang basah, berbalah sesama sendiri dan sedangkan, kita hanyalah bagai keldai yg memikul 80 buah kitab.. Xkan tersesat kata nabi jika berpegang teguh kepada Al kitab dan Assunnah. Kalau kita buang air besar,kita tutup x pintu tandas????.. Jadi kenapa nak dicerita rahsia kebangkitan secara terang. Supaya musuh lebih tahu cepat???..

Anonymous said...

tunisia dh melawan..mesir sedang melawan..tba masa kta melawan..
cma kaedah berbeza..
kembalikn diri ke masjid, majlis ilmu..supaya dekat dgn pencipta

izzati wanie on February 8, 2011 at 7:34 PM said...

Salam..sebagai seorang hawa..kami masih lagi boleh berjuan seperti serikandi islam pada zaman dlu.. Harap penulis dapat memaparkan kisah srikandi islam pada zaman dahulu kerana hawa juga memainkan peranan penting dalm kehidupan seorang adam.

The Lightseeker on February 27, 2011 at 4:54 PM said...

kaum hawa dibenarkan berperang tetapi mestilah bersama-sama muhrimnya atau golongan seangkatan dengannya.. Berikut ada terdapat cerita pada zaman Rasulullah dan pada zaman para sahabat bahawa ada segolongan kaum hawa yang ikut bersama berperang dalam Islam.. Ini hanyalah sedikit ilmu pengetahuan dari saya.. Minta diperjelaskan lagi.. Wallahu'alam..

AHA said...

Laungan untuk membentuk khilafah memang mudah. Tapi adakah orang Islam benar-benar sudah faham dan bersedia? Kena faham bahawa dengan mengangkat khilafah/amir/imam bererti kita WAJIB memberi taat setia kepada orang tersebut. Ini mungkin akan disalah ertikan sebagai otoritan yang kebanyakan ditentang oleh pengkagum sistem demokrasi.

lia berbicara on April 7, 2011 at 10:14 AM said...

sesungguhnya Allah taala lebih mengetahui dr segala-galanye...hanye menunggu ms yg sesuai terbukti segala-galanye...ketika itu,tiada lg kemaafan..hanye menunggu seksa neraka jahanam yg bakal meratah jasad kt berulang kali...segala2nya dihitung...agama n org islam mmg hina di sisi org2 kafir...tp sgt indah dan disygi oleh Allah yg maha mencipta umat2nye termsuklah org2 kafir...

Anonymous said...

terasa amat benci apabila setiap kali org2 kafir menjajah bumi Islam,mereka mesti akan merogol wanita2 muslimah dan mendera anak2 kcil yg tidak berdosa...tidak adakh sifat perikemanusian dlm diri mereka ini..apakah mereka tidak berfikir sekiranya ahli keluarga mereka sendiri diperlakukan seperti binatang oleh org lain..?? ya Allah..engkau bantulh kami smua ya Allah..engkau bukalh pintu hati kami ya Allah...agar dpt kami smua org Islam bersatu bagi menentang org2 kafir ini ya Allah..engkau berikanlh kekuatan kpd kami ya Allah...Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Anonymous said...

vedio yg asal
http://www.youtube.com/watch?v=So-uSLO3V0Q&feature=youtu.be

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates