Sunday, February 27, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Posted by salafus-sholih at 9:46 PM
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah...











----------------------------------------------------------------

Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
لتوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]


----------------------------------------------------------------



[Video ini juga didedikasikan buat diri sendiri yang sedang menempuh pelbagai rintangan, masalah dan kesedihan yang melanda sejak kebelakangan ini. Semoga diri tabah dan cekal menghadapi kesukaran ini. La tahzan innallaha ma'ana... Sekiranya ingin berhubung, sila add di FB: fadsmart87@gmail.com, YM: fadsmart87@yahoo.com]

53 comments on "Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Mohd Rafie on February 28, 2011 at 11:59 AM said...

terasa dlm hati!

Anonymous said...

muhasabah diri....

zaidatul salwa on February 28, 2011 at 5:41 PM said...

:)

Irnie on March 1, 2011 at 1:17 AM said...

santapan rohani sebelum berehat sebentar dr memikir :) jazakallahu khair

miss raihan on March 1, 2011 at 9:14 AM said...

=)

Anonymous said...

Assalamua'laikum, thanks for sharing the video. Jazakumullahu khair

Anonymous said...

Assalamualaikum...TQ diatas perkongsian video ni.

MR.Screamo on March 2, 2011 at 4:51 PM said...

terdiam seribu kata..bersentak kebenarannya

Anonymous said...

apa tajuk lagu background ni yaa??terima kasih

Anonymous said...

terima kasih tuan punya blog

beym on March 3, 2011 at 11:41 AM said...

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."(2:152)

Anonymous said...

nice...alhamdulillah...hati tgh bersedih...jadi sejuk semula...

nurayunni on March 3, 2011 at 9:41 PM said...

Aku bersyukur dengan nikmatMU YA ALLAH!!

salafus-sholih on March 3, 2011 at 10:22 PM said...

Backround muzik boleh search "The Elegance of Pachelbel - Serenade"

Ceramah penuh Dr. MAZA boleh search "Dr Asri - Mencari Sakinah"

AMR on March 4, 2011 at 4:05 AM said...

terima kasih ya.. semoga Allah merahmatimu atas perkongsian ini... :)

littleMuslimah on March 4, 2011 at 10:20 AM said...

subhanAllah.. sangat menyentuh hati dan terkesan.. (T.T) semoga Allah menganugerahkan kebahagian dunia dan akhirat buat kita semua

Anonymous said...

Terima Kasih Hanya PadaMu ya Allah

fad said...

salam. video ini sgt bagus sehingga saya menitiskan air mata. jika saudara ada video ceramah ustaz ini secara penuh, sudi-sudilah upload utk kita sama2 berkongsi. sangat bermakna setiap kata-katanya. terima kasih kerana berkonsi video ini. =)

Amoi on March 8, 2011 at 11:32 PM said...

salam alaik,
alhamdulillah, video ini buat sy menitiskn air mata...menyedarkan sy..:'(

Amoi on March 8, 2011 at 11:33 PM said...

harap tuan ad video full version..smoga akn ada lgi video kesedaran yg mantap sebegini agar memberi peringatan kpd sy juga ummah lain

Amoi on March 9, 2011 at 12:34 AM said...

knp de kne tahan?? xfhm...

Anonymous said...

لاتحزن و نحزن.

Anonymous said...

mintak izin share kat FB ye....timekaseh:)

Muhammad Taqi on March 17, 2011 at 2:36 AM said...

kata orang syam...

Allah Ma'anaa, tapi Nahna muw ma'ahu :)
bukan begitu ?

Mahmud Bukhari on March 27, 2011 at 12:26 AM said...

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hadid: 28)

kehidupan on March 27, 2011 at 3:03 PM said...

semoga ALLAH memberikan kebahagiaan di dunia dan diakhirat..teguh kan iman dan ingat lah org tersayang..

Anonymous said...

saya sangat suka ceramah ini....syahdu meresap d hati saya

mohalim said...

Untuk ceramah/video yang penuh, boleh ke channel paradisewoodDRMAZA -> http://www.youtube.com/user/paradisewoodDRMAZA

klik playlist Mencari Sakinah

Antara ceramah yang paling baik oleh DrMaza. Cukup menyetuh hati, menimbulkan kesedaran.

Anonymous said...

tq benar2 menitis air mata keinsafan, t,ksih semoga kita sentiasa d rahmati d kasihi d maafkn oleh yg MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Nur annisa' on April 6, 2011 at 8:22 PM said...

assalamualaikum. bukan ustaz ni pengikut wahabi ke?ada siapa2 taw?

salafus-sholih on April 6, 2011 at 8:32 PM said...

cuba jelaskan dulu, wahabi tu apa?

mawaddah on April 8, 2011 at 11:19 PM said...

Bismillah,
Assalamua'laykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Penjelasan tentang apa itu Wahhabi http://www.alqiyamah.wordpress.com

mawaddah on April 8, 2011 at 11:33 PM said...

Dan ini blog saya
http://servantoallah-mawaddah.blogspot.com disini saya berdakwah..

salafus-sholih on April 9, 2011 at 12:53 AM said...

Tak, kita taknak anda tempek mana2 link, tapi ceritakan apa yang anda faham tentang wahabi.

mawaddah on April 9, 2011 at 11:39 AM said...

Menurut kefahaman saya, Wahhabi adalah suatu ungkapan yang berunsur negatif yang ditujukan kepada Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan dakwah beliau. Kalau kita mahu membuat sedikit reseach, maka kita akan ketahui bahawa dakwah Sheikh bukanlah suatu dakwah yang baru, malah beliau sebenarnya berdakwah kepada mensucikan Allah subhanahu wa Taala dalam ibadah, yang mana dakwah inilah dakwah para rasul dan orang-orang yang bersama denganya.

salafus-sholih on April 9, 2011 at 8:03 PM said...

Alhamdulillah... satu penjelasan yang baik. Terima kasih atas perkongsian tersebut.

Anonymous said...

trima kasih..=)

nana said...

salam... mana nak dapat contact Dr. MAZA yerk... sy teringin nk jemput Dr utk ceramah di masjid kawasan tempat tinggal sy...

sue said...

alhamdulilah...sgt2 tersentuh. setiap kali menonton video ini setiap kali itu juga air mata ini mengalir. terimakasih salafus sholih.

rams on April 24, 2011 at 1:17 PM said...

Ramli Sarabi...
salam ziarah...muda2han ummah sedar tiada lagi manhaj yg benar melainkan manhaj salaf...salafus soleh..perician yg penuh membangkitkan kesedaran.. alhamdulillah.

Ramli on May 4, 2011 at 2:09 PM said...

Terima kasih utk perkongsian penuh makna nie

Anonymous said...

alhmdulillah sedikit sebanyak mengingatkan kita betapa berharganya diri ini...

TintaPena on May 12, 2011 at 9:36 PM said...

mohon share ye..

Zulhilmi on May 19, 2011 at 5:23 PM said...

salam ya akhi, minta izin share video ini di dlm fb ana....jazakumullahu khairan kashira...

Anonymous said...

Salam,

Terima kasih...

Anonymous said...

minta izin share di FB

TQ

saudagar kerbau on June 24, 2011 at 6:16 PM said...

tidak sedar air mata jatuh berlinangan....subhanallah...semoga salafus sholih di berkati dan dipanjangkan umur untuk beribadah..insyaallah...syukran jazilan....

Islam and Dajjal on July 12, 2011 at 4:17 AM said...

DAJJAL HAS BEEN IDENTIFIED!!

DO YOU KNOW THE DAJJAL (THE ANTI-CHRIST), THE ONE-EYED GIANT PROPHECISED BY THE MESSENGER OF ALLAH HAS ALREADY BEEN IN EXISTENCE FOR THE PAST 472 YEARS & HAS BEEN IDENTIFIED?

YOU MAY BE AMAZED TO KNOW THAT IT IS COMPLETELY DIFFERENT FROM WHAT IT IS THOUGHT TO BE TODAY. TO SEE WHAT IT ACTUALLY IS – VISIT THE WEBSITE www.hezbuttawheed.com AND READ THE BOOK “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!” AND WATCH THE DOCUMENTARY “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!”.

Syarfa' Hebat on July 23, 2011 at 2:23 AM said...

minta copy:)*tujuan tarbiyyah diri dan insyaAllah pembaca muda:)

azam on August 16, 2011 at 9:47 AM said...

mohon copy, pengisiaan yang bagus..

Anonymous said...

sesungguhnye ketenangan itu datang tanpa diduga..alhamdullilah..terima kasih

Anonymous said...

salam... Jazakallah.
Ni ada pembetulan skit.
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوه
Ni dari surah an-nahl(16:18)
bukan dari surah ibrahim

Anonymous said...

menitis air mata di saat hati resah diubat dengan ketenagan dari jiwa yang mencari ketenangan...terima kasih di atas hidayah ini..search benda lain,keluar benda lain..allah tau kita susah hati..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates