Monday, July 19, 2010

Haram pakai jersi lambang salib

Posted by salafus-sholih at 2:59 PM
Piala dunia telah pun melabuh tirai lebih seminggu. Dalam penglihatan sepanjang kejohanan tersebut, sudah menjadi trend bagi remaja-remaja kini untuk memakai jersi-jersi pasukan pilihan mereka. Mungkin dengan pemakaian jersi-jersi tersebut, mereka akan dikatakan sebagai penyokong paling menonjol. Namun, terlalu ramai di antara kita masih tidak sedar akan jersi pasukan bola sepak yang mengandungi lambang-lambang yang tidak sepatutnya. Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Ini turut diakui oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot pada baru-baru ini. Beliau berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau turut berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. Pandangan beliau turut disokong oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir [1].

Dengan kembali bermulanya liga-liga eropah dalam sedikit masa lagi, diharap sekarang kita lebih berprihatin dalam soal ini. Janganlah terlampau bersifat taksub dalam menyokong pasukan kegemaran sehingga mengabaikan hukum halal haramnya. Saling mengingatlah antara rakan-rakan. Mudah-mudahan kita tidak terjatuh ke dalam syirik, suatu dosa yang tidak diampunkan Allah.


1.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2010&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

61 comments on "Haram pakai jersi lambang salib"

Anonymous said...

salam..bagaimana pula dengan pemilihan sabun mandi yg terdapat lambang seumpama ini. jika diperhatikan salah satu sabun yg biasa dan popular dalam iklan terdapat lambang ini. Apa hukumnya??

salafus-sholih on July 22, 2010 at 3:10 PM said...

al-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Salah seorang ulama Saudi) ada berkata, jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.

Kalau kita tengok lambang pada sabun mandi yang anda kata tu adalah bentuk pedang. Menurut syarikat yang keluarkan sabun mandi itu, simbol pedang adalah ibarat penentangan ke atas jangkitan kuman. Jadi rasanya tiada kena mengena dengan apa-apa keagamaan.

SangKunang on August 15, 2010 at 10:58 PM said...

assalamualaikum sheikh tuan punya blog..

bagaimana pula dengan logo kenderaan yang terang-terangan berkonsepkan salib contohnya chevrollet? seorang sahabat sudah membeli kereta tersebut. patutkah dia buang lambang itu?

Anonymous said...

Salam...macam mana kalau kita da beli baju tapi baru tahu ttg hukumnya?? Blhkan pakai sampai xblh guna dah??? Btul x????

salafus-sholih on August 16, 2010 at 3:13 AM said...

SangKunang: Salam. logo pada chevrollet tu insyaallah hanya kebetulan sahaja berbentuk salib. sahabat saudara tidak perlu buang logo tu melainkan dia asyik terbayang2 akan bentuk salib sahaja. saudara boleh rujuk artikel dari ustaz zaharuddin ini http://www.zaharuddin.net/content/view/944/72/

salafus-sholih on August 16, 2010 at 3:17 AM said...

Anonymous: Salam. Kalau anda sudah mengetahui, memang sangat perlu anda tidak memakai kembali baju tersebut. Anggaplah pelaburan mahal yang anda guna untuk membeli itu sebagai pengajaran untuk masa hadapan =)

Anonymous said...

Assalmulaikum.....aku x taw pun benda nie...bley x bagi list semua jersey yang ada lambang cros...jersey yang popular la.....real madrid???? =)

Anonymous said...

utk pngtahuan saudara di atas..pd lambang di jersi real madrid,di bhgian atasnya ada lambang salib kecil...cuba perhatikan betul2...-hanya berkongsi pngthuan-

En Zul on August 17, 2010 at 3:30 AM said...

Saya ada cadangan...apa kata lambang salib tu kita jahit sehingga menutupi objek yang melambanhkan salib hingga berbentuk lain dari salib...atau buang saja benang yang ada salib...selesai masalah, dan boleh pakai baju....ini cuma cadangan saya sahaja...Apa kata pemilik blog?

Zaff said...

Kalau mcm tu hampir semua jersey2 bola, org muslim tak boleh pakai.. bukan sahaja kerana terdapat lambang, tetapi kerna organisasi yg menjual product itu. Jikalau tuan punya blog sudah melihat the arrivals tuan punya blog mesti sudah tahu and lihat bagaimana kesemua benda skrg terdapat makna tertentu dan bukan sahaja tertakluk pada lambang salib sahaja. Wsalam.

Anonymous said...

salam..bagaimana pula dengan pemakaian t-shirt yang mempunyai lambang bulan sabit dan salib sebagai lambang rasmi Persatuan Bulan Sabit Merah?
mohon pendapat dan nasihat. terima kasih.

Anonymous said...

salam,..sekadar bertanya..bukankah segala yang kita lakukan bergantung pada niat seseorang?
sekiranya niat mereka hanya memakai jersey semata2 utk menyokong pasukan mereka, bukan kerana lambang yang berbentuk salib..adakah mereka berdosa?

hasrul said...

macam mana ngan bendera england?

Anonymous said...

senang citer pakai lah jersi pasukan bola sepak dan kebangsaan kita ! hehe

salafus-sholih on August 20, 2010 at 4:18 PM said...

Betul kata En Zul, boleh diubah bentuk salib supaya tidak menampakkan bentuk salib lagi. Misalnya terbeli perabot mempunyai unjuran salib, boleh dipatahkan unjuran salib itu. Apa yang penting, kita tidak mempromosi lambang salib itu secara tidak langsung... walau dengan apa sekali pon niat. Wallahualam.

salafus-sholih on August 20, 2010 at 9:53 PM said...

Setahu saya lambang persatuan bulan sabit merah telah bertukar kepada lambang bulan. Jadi tiada masalah kalau nak pakai uniform tu. Berkenaan dengan bendera england, palangnya berbentuk simetri. Jika ianya menyerupai salib pon, jersey england tidak mengandungi benderanya pon =)

Anonymous said...

salam.
yang belum beli, x pyh beli.
yang dh beli, sulam jer smula atas lambang tuh..

Anonymous said...

salam...
sy ade sdikit pertanyaan. slalu nya golongan yg ingin mmesongkan isalam ade brmacam cara. sy ingin menanyakan adakah pemakaian barangan sukan yg berjenama "NIKE" itu haram? kerana jenama "NIKE" itu sndiri diambil dari nama dewi mitos greek dan logo "swoosh" itu diambil dari syp dewi mitos greek. untuk rujukan tuan http://en.wikipedia.org/wiki/Nike,_Inc.
http://en.wikipedia.org/wiki/Swoosh

mozaz786 said...

Pakai la yg ada lambang PAS.. Promosikan besar-besaran..InsyaAllah dapat pahala kot..

EmanTheHalia on October 2, 2010 at 7:24 PM said...

bagus lah blog ni. syabas.

Anonymous said...

mohon share ;)

Anonymous said...

sabun mandi xpe la..drg xjeles..

Anonymous said...

mozaz786 : Pas? dapat pahala? itu politik...xder kena mengena...

Anonymous said...

PANDANGAN DARI: Sir. Can`t Though

Pada Pandangan saya... Bendera negara yang mempunyai lambang salib tertera pada pakaian sukan bukanlah jatuh hukum syirik.. Kerana lambang salib di logo itu bukan lagi suatu keagamaan tetapi identiti sebuah negara yang majoritinya agama kristian. Berbeza dengan rantai kerana rantai memang simbolik untuk religious atau tangkal.

Cuma tidak digalakkan pakai kalau was2 atau hendak beribadah.. .salam

Anonymous said...

slm..

kalau tuan2 tgk lambang cross (salib) yg ada pada jersey england @ barcelona dan seumpanya itu adalah dipanggil St George's Cross.. ia diambil daripada bendera Genoa.. di Genoa terdapat banyak gereja penting spt Church of San Donato, the Church of Sant'Agostino, the Oratory of San Giacomo della Marina, the Church of Santo Stefano, San Torpete dan the Basilica della Santissima Annunziata del Vastato. kesimpulannya memang sepatutnya st. george cross ini dipakai oleh umat islam..

myrayza on October 5, 2010 at 6:59 PM said...

Bahaya tu... nasib baik orang Kristian tak pakai lambang daun. Kalau tidak tak boleh pakai bentuk daun la kita. Nak pegang daun pun takut haram nanti... Wallahualam...

Ianya Aku.. on October 5, 2010 at 9:06 PM said...

Salam..sekadar utk berkongsi...logo 'salib' pada kenderaan chevrolet tu sebenarnya bukanlah merujuk kepada salib kristian..ia sebenarnya ia 'bow tie' kalau diikutkan pada sejarah penciptaannya...
waalahualam..............
http://en.wikipedia.org/wiki/Chevrolet
http://home.earthlink.net/~scrippsbooth/chevbowtiehistory.html

todd said...

salam... bg sy bnda cmni atas akidah masing2... xyah pki jersi de logo salib pn bleh terpesong gk akidah... kita dok sibuk2 ngn logo jersi bentuk salib, de masalah lg bsr yg kita ptut risau... tiap2 hari kita pakai tp kte x sedar yg ianya salah malah berdosa... bndanya ialah sistem duit kte...

fundamentally sistem ni berdasarkan interest (riba)... xkesah la klo thru conventional or islamic banking... sama je dua2 tu since they use the same sistem... klo x npe thun 1960s rm1 dh bleh bli mcm2 tp skrg stakat bleh bli teh o ais? maknanye de sumthing wrong ngn sistem ini... nilai dt kita telah dijatuhkn secara sistematik melalui inflasi a.k.a. interest a.k.a riba...

for further info, sila tgk video 'zeitgeist'... research konsep mata wang kita... pe yg dimaksudkn dgn currency exchange, kaitannya dgn US dollar, proses mengeluarkan US dollar... korg akan terkejut dgn deception yg diorg wat!!!

p/s: skrg baru sy tau npe Allah haramkn riba... bleh hancur ekonomi satu dunia psl riba ni je...

Anonymous said...

tak sakit,tak demam, takde apa2 yg rugi kalau tak pakai jersi mereka...dapat duitke..pakai jersi bendera sendiri lagi ada faedah!!!!!!!!!jgn byk tanyelah perkara yg haram...jgn jai munafik....

Anonymous said...

Kepada Todd.
Disebabkan masalah kecil ni tk dijaga la ia mnjadi besar. Senang citer kita pakai jubah/gamis. Ikut sunnah. Dapat pahala...

Anonymous said...

assalamualaikum, yahudi laknatullah senantiasa mncari jln utk memesongkan akidah umat islam,mrk menyerang dlm plbagai cara... antaranya melalui fizikal dan minda. Melalui fizikal sprti pnderaan trhadap umat Islam d palestin... di negara kita dan bbrapa buah negara Islam yg mengejar kemajuan pula mrk mnyerang minda melalui hiburan,muzik,sukan dan sbgainya jd sama2lah kita brhati-hati dlm mmbuat sesuatu perkara agar kita tdk terjerumus ke dlm umpan yg dirancangan yahudi laknatullah wallahua'lam....

hamba said...

mnurut ustaz Azhar Idrus.. hukum memakai pakaian yg mmpuyai lambang salib adlh haram srta merta..
klo bju 2 kte rse ad cket2 bntuk salib baik jgn pakai sbb tkot syubhah.. klo syubhah jtuh pd hukum haram.. baik xyah pakai... kte umat yg lmah kne slalu b'hati2..

sbb pakaian ni jgk la kte buat solat.. jd kne hati2 dlm pmilihan baju...

utusan said...

xsalah klu kite minat pada pasukan tu...jgn sampai kite ikut cara hidup mereka sudah la...bab halal haram nie Allah saje yg bleh tentukan...manusia xde kuasa nak menilai sejauh mana halal haram nie...jadi yakin la dgn ape yg kita lakukan...jgn was-was...

islam mohd noor on December 13, 2010 at 3:07 AM said...

apa yg dipelajari saya...bnda itu bole pakai tp jgn smpai kita tertarik dgn lambang itu...jikalau pakai itu tidak bermakna kita dh terkeluar islam...

Ida said...

Sebenarnya isu pasal ni dah banyak kali dipaparkan, rasanya hampir semua orang dah sedar hukumnya. Tapi biasalah, akan ada yang menolak kebenaran. Sentiasa niat tak menghalalkan cara.

Mia said...

Sekadar nak berkongsi walau out of topic sikit; Saya pelajar ipt yg mengambil pinjaman, tapi baru-baru ni baru saya tahu, itupun atas pendedahan ustazah saya, yang pinjaman tu hukumnya haram kerana mengamalkan riba. Hampir semua pelajar ambil pinjaman yg sama, malah sampai merayu untuk dapatkan pinjaman tu. Yang menjadi persoalannya, kenapa tak ada pihak yang buat apa-apa, sebaliknya biarkan saja semua pelajar terlibat dan melibatkan diri dalam satu perjanjian yang hukumnya haram ni??

Anonymous said...

saya juga meminjam ptptn.
tidak dapat mengelak lagi kerana untuk membayar yuran pengajian.
bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini

salafus-sholih on January 16, 2011 at 10:11 PM said...

Tentang riba, sesiapa yg bakal melanjutkan pelajaran ke menara gading, berusahalah untuk mengelak daripada meminjam PTPTN. Cuba untuk memohon JPA, atau biasiswa2 negeri masing2. Buat mereka yg sudah terpinjam, mohonlah keampunan Allah...

Shah said...

Bila sebut soal pinjaman, sekarang semua tentang isu bayar balik pinjaman jea, kenapa tak ketengahkan persoalan haram dan halal terlebih dahulu? Walaupun kita hidup berbilang kaum kat sini, tapi agama rasmi kat negara ni Islam. Tak puas hati bila banyak pihak tutup mata dan buat-buat tak nampak tentang ni sebab benda ni melibatkan anak-anak muda kita !

Anonymous said...

keyakinan itu penting...walau duduk di lembah hitam mana sekali pun..dikiri kanan..penuh maksiat dan fitnah....jika di hati tetap ada Dia..yang Maha Melihat..yang Maha Mendengar..yang Maha Mengetahui..tiada apa yang bisa memudharatkan akidah mu...renungkanlah...

Iza said...

Salam. Cuma nak mencelah sikit soal pinjaman tu.
Sekarang ni ptptn dah tak pakai interest dah. 1% yang ditulis dalam perjanjian tu dikira sebagai wang perkhidmatan. Itu yg baru saya dengar. Wallahualam.

zell on March 6, 2011 at 8:26 AM said...

salam
saya ada soalan.kalau nike haram kerana namanya dari greek false goddess,Adakah barangan berikut juga haram sebab namanya diambil dari false god?

1. asus laptop-rujuk asal namanya http://www.asus.com/ContentPage.aspx?Content_Type=AboutASUS&Content_Id=9

2. camera canon eos- http://ancienthistory.about.com/od/egodsandgoddesses/g/EosDawn.htm

3. kereta mazda-
http://www.mazda.com/csr/download/pdf/2006/e2006_p01.pdf

Muslimen'Z United on April 23, 2011 at 3:03 PM said...

Saya Apip.. Dari Sabah, nak kongsikan pendapat.. Jika jersi nie dah banyak buat koleksi, dan dijual kepada yang bukan Islam.. Boleh kah 2?

Unknown on May 31, 2012 at 8:32 PM said...

salam..sy hndak mnta pndangan mcm mne kalau kita pkai jersi yg ad lmbang salib mcm portugal?tp hnya skadar untuk brmain bola atau ftsal?

Anonymous said...

Salahka jika kita memakai barangan seperti beg yang ada bendera British?

Unknown on April 8, 2013 at 11:12 AM said...

Aha betul tu..apa hukum dia ek?? Nak tau jugak..sbb skrg ni byk yg pakai legging betul bemdera British tu..ritu ade sorg kenalan dia pakai suar bendera tu pastu kte xkp la cm salib la bntuk dia pastu dia mrh kita plak..

Anonymous said...

Thiѕ аrticle iѕ really а fastidiouѕ οne іt asѕists new the
ωeb viеωers, who are ωishіng for blοgging.


Fеel freе tο visit my pagе
:: Internal hemorrhoids

Anonymous said...

you're in point of fact a just right webmaster. The site loading velocity is incredible. It kind of feels that you're doіng any distinctiνe trick.
Morеоver, The contents arе masterwork.
you've performed a great job on this topic!

my blog Hemorrhoids Cure

Anonymous said...

Hellо! I sіmρlу wish to offer you a huge thumbs up for your excellent infoгmation you have
rіght here оn this poѕt. I will be
coming back to your sіte fоr more soon.


Fееl free to surf to my blog - web site

Anonymous said...

Hey there just wanted to givе you a quick heаds up.
Thе wοrdѕ іn your post seem to bе runnіng off
thе sсгеen in Firefox. I'm not sure if this is a format issue or something to do with web browser compatibility but I figured I'd
post to let yоu know. Thе desіgn
and ѕtyle lοoκ great though! Ηoρe уou
get the isѕue resolved soon. Kudos

Look at my sіtе: Http://Verdoppledeine-Dates.De/

Anonymous said...

Gгeetingѕ! I knοw this is κinda off
topiс but I wаs wondering if you knew wheгe І could locate a captсhа plugin foг mу comment
foгm? I'm using the same blog platform as yours and I'm haѵing problems finding one?
Thanks a lot!

Αlso visit mу pаge - Free Chat

Anonymous said...

Salam,

Apa pulak hukum bagi orang yang menjual produk ini..yg terdapat dimerata tempat terutama dari kalangan umat islam.?

Anonymous said...

salam, nak tanye ape sebenarnye hukum pakai jersey bolasepak yg ade tertera salib ??

bukan ape, baru2 nie sye baru je balik buat umrah, smasa berada di masjidil haram sye ade nampak ade seorang anak mude (warga saudi kot) di sane pakai baju barca, sye tanye kt dia "kenapa pakai jersi salib nie dan masuk masjid yg paling suci nie?" die jawab " apa salah sye pakai baju nie? sye x sembah salib mereka, hanya sokong team barca dan kehebatan mereka main bola je". sye ade diberitahu juga bahawa di saudi (dan beberapa negara arab lainnya) tidak pernah keluar hukum pasal salib di jersi bola spt mana berlaku di Malaysia.

mohon pencerahan sume yg arif dalam hal khilaf nie...

aditya said...

Brader2 skalian...klu rasa baju/jersey korang tu haram dan xnk pakai..mey bagi kt aku...hehehe

Unknown on June 14, 2014 at 1:00 PM said...

Apakah baju jersey yg mpnyai lmbang salib lngsung tk boleh dgunakan.. sepupu sy ramai yg muslim.. dan mreka tak kisah pn dgn lmbang salib.. baju tidak boleh dsalahkn.. kpercayaan anda terletak pd IMAN..

Unknown on June 14, 2014 at 1:01 PM said...

Apakh isu sbgini boleh mngugat iman anda??

Anonymous said...

camna plak ngan T junction,boleh ker lalu kat situ takut tergugat plak iman.....emmmm.

Anonymous said...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/5/50/Greece_National_Football_Team.svg/430px-Greece_National_Football_Team.svg.png

maaf bertanya, lambang ni ade rupe salib x?

Anonymous said...

Anon 5:21... anda pergi sekolah x?

rizo on October 25, 2015 at 5:45 PM said...

Itu bukan salib tapi bow

Anonymous said...

Bolehkah klau saya just tampalkan cellophane tape dkat lambang salib jersi barcelona yang saya ade.Kalau cabut logo atau buang benang daripada logo nanti akan rosak hampir keseluruh logo tersebut.Blehkah klau just tampal cellophane tape biler nak pakai

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates