Friday, July 9, 2010

Perihal Piala Dunia

Posted by salafus-sholih at 12:58 AM
Ketika artikel ini ditulis, Belanda dan Sepanyol baru sahaja memenangi perlawanan separuh akhir, bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir pada lewat pagi isnin nanti. Namun tidak terlambat bagi saya untuk mengulas sedikit mengenai kejohonan selang empat tahun ini.

Memetik kata-kata presiden FIFA, Sepp Blater, kejohanan piala dunia menyaksikan seolah-olah dunia telah terhenti seketika tatkala dunia tertumpu pada Afrika Selatan. Tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan, hampir kesemuanya mengikut perkembangan piala dunia. Saya cenderung untuk membahagikan pengikut perkembangan piala dunia ini kepada dua golongan. Golongan pertama merupakan mereka yang sememangnya seorang kaki bola. Mereka ini terdiri daripada mereka yang sentiasa bermain bola dan/atau mengikuti perkembangan liga-liga eropah mahupun domestik. Mereka ini tidak dapat dipertikaikan mengapa mereka mengikuti perkembangan piala dunia. Bagaimana pula dengan mereka yang sebaliknya? Golongan yang kedua ini kebanyakan terdiri daripada para wanita dan segelintir lelaki. Mereka ini tidak pernah mengambil tahu akan perihal bola sebelum ini, sekadar menghafal dua tiga nama pemain-pemain kacak seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Tidak pelikkah secara tiba-tiba mereka mengikuti perkembangan piala dunia ini? Ya, mereka tidak mahu dikatakan ketinggalan. Bagi golongan kedua ini, mereka akan memilih dan menaruhkan satu atau lebih pasukan pilihan. Sambil itu, mereka akan sentiasa memuji pasukan pilihan sendiri dan mengkritik pasukan pilihan rakan yang lain. Tidak hairanlah mereka mengikuti perkembangan piala dunia kerana mereka berharap pasukan pilihan mereka akan mara ke peringkat berikut dan seterusnya menjadi juara. Jika kecundang, dikhuatiri akan dikritik. Inilah piala dunia bagi mereka!

Begitulah hebatnya piala dunia seolah-olah ianya suatu sihir yang menghantui seluruh dunia. Banyak ulasan telah membicarakan mengenai ini. Hizbut Tahrir Malaysia telah mengulas panjang lebar mengenai Sihir Piala Dunia, dan Mohd Sufian Talib pula telah membincangkan mengenai konspirasinya di bawah tajuk Mesej Bawah Sedar World Cup 2010. Anda boleh membacanya dan akan tergeleng kepala melihat betapa kita sebagai umat Islam terus terpedaya dengan agenda barat. Pasti ada juga yang akan mendakwa bahawa mereka yang mengkritik kejohonan piala dunia ini merupakan seorang kaki bangku atau peminat Formula One! Walau bagaimanapun saya menyarankan mereka ini untuk menonton siri The Arrivals. Sebenarnya kita ini sudah terbiasa dengan suatu sistem hidup sekarang, jadi apabila untuk mengubah suatu sistem sedia ada memang begitu sukar sekali. Piala dunia telah hadir ke dalam hidup kita sejak kecil lagi, menyelang empat tahun sekali. Tidak hairanlah mengapa kita sukar untuk membuang pengaruh piala dunia di dalam diri ini ibarat seorang perokok tegar yang berusaha untuk berhenti merokok.

Kepada mereka yang telah terjebak, apa yang perlu dilakukan adalah sentiasalah berpada-pada akan sukan ini. Janganlah terlampau mengambil serius sehingga berasa sangat kecewa apabila pasukan pilihan mereka tersungkur, seolah-olah pasukan tentera yang kalah di medan perang. Sentiasalah kita beringat-ingat bahawa tidak ada manfaat bagi kita untuk kecewa mahupun bersedih. Janganlah membiarkan piala dunia ini mengawal emosi kita sehingga menjejaskan perkara lain terutamanya ibadat-ibadat kita yang tak seberapa itu. Bagi kita yang tinggal di Malaysia, kebanyakan perlawanan piala dunia adalah pada lewat pagi. Nak atau taknak, kita terpaksa mengubah pola tidur kita. Namun, tidakkah kita terfikir sejenak, sedangkan kita mampu untuk berjaga di tengah-tengah malam untuk menyaksikan perlawanan selama 2 jam, tidak mampukah kita pula untuk solat tahajud sekurang-kurangnya 10 minit pada waktu yang sama. Saya menyarankan kalian semua serta diri sendiri untuk menyelitkan solat tahajud sama ada sebelum, selepas atau semasa selingan waktu rehat perlawanan tersebut. Mudah-mudahan kita tidak terlampau lalai dengan piala dunia.

5 comments on "Perihal Piala Dunia"

Anonymous said...

Post awak memang best!!!!
Keep on saudara!!

Anonymous said...

keep up the good work my brother... =)

Anonymous said...

antara 1st half dan 2nd half ada rehat dlm 15 minit.. bleh je nak buat tahajjud...... nak @ xnak je yg menjadi persoalan diri...

Anonymous said...

vamos argentina!!

Anonymous said...

good

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates