
memahami Islam berasaskan Quran & Sunnah sebagaimana generasi salaf
memahami Islam berasaskan Quran & Sunnah sebagaimana generasi salaf


Assalamualaikum warahmatuLlah wa barakatuh

“Di dalam syurga ada pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang yang berpuasa masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada orang yang masuk selain daripada mereka yang berpuasa. Apabila masuk orang yang berpuasa, pintu ini ditutup. Tidak dapat masuk orang lain melalui pintu ini.” (HR Bukhari dan Muslim)


“Barangsiapa yang membuat sunah di dalam Islam sunah yang baik maka baginya pahala dan pahala orang yg mengamalkannya sesudahnya tanpa mengurangi pahala orang yang mengikutinya. Dan barangsiapa yang melakukan sunnah dalam Islam sunah yang buruk maka baginya dosa dan dosa orang yangmengikutinya tanpa mengurangi dosa orang tersebut.” (HR Muslim)


Saya mendapat mesej tentang pemberitahuan kewujudan satu page di facebook iaitu “pengumpul gambar awek bertudung” seperti yang ditunjukkan pada screeshot di bawah. Page tersebut mungkin sudah tiada, tetapi kekalutan kebanyakan ramai dalam menghadapi masalah sebegini yang kita ingin ulas.

Secara umumnya, apa yang dapat difahami adalah page tersebut giat mengumpul koleksi gambar-gambar perempuan bertudung dan kriteria utama yang dipilih semestinya adalah mereka yang comel, kiut dan menawan. Tidak jelas apakah motif pemilik page tersebut, barangkali bersangkut paut dengan hobi umpama mengumpul setem, penutup botol, kulit siput dan sebagainya. Siapa tidak marah akan kewujudan page tidak bertanggungjawab ini yang jelas mengeksploitasi “privacy” pengguna facebook. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, mereka yang menjadi mangsa tentu lagi geram dan rungsing melihat bagaimana gambar mereka sewenang-wenangnya terpampang di wall tersebut sambil dikomen berjela-jela oleh orang ramai.
Pasaraya lambak
Perihal sebegini sebenarnya mematuhi satu konsep yang kebanyakan kita sangat mengetahuinya iaitu “supply & demand”. Ia umpama perniagaan jual beli, pengilang-pengilang akan supply botol kicap jenamanya sendiri apabila ianya mendapat demand yang tinggi dan market menjadi orang tengah antara kedua-dua supply dan demand. Maka konsep ini juga diaplikasi untuk perihal page tersebut, ianya hanya bertindak sebagai market yang sekadar memenuhi demander (baca: lelaki miang) yang tinggi tatkala memanfaatkan supplier (baca: gambar awek bertudung) yang terlampau banyak. Sekarang sepatutnya anda memahami, market tersebut yakni page “Pengumpul awek bertudung” hanya bertindak sebagai orang tengah bagi memenuhi keperluan permintaan ramai. Kini, kebanyakkan lelaki tidak perlu lagi menge-add seorang demi seorang perempuan kerana mereka hanya perlu like satu page ini sahaja untuk memuaskan nafsu mereka.
Tindakan lanjut
Sekarang apa yang perlu dibuat untuk menghentikan page tidak bermoral ini? Cadangan kebiasaan yang kita selalu dengar dari kebanyakan orang adalah report page tersebut kepada pihak facebook secara beramai-ramai. Bukan untuk menidakkan cadangan sebegini, tetapi jikalah tindakan ini berjaya, apakah jaminan anda tiada page sebegini akan tumbuh berulang kembali? Seperti yang dikatakan sebelum ini, page itu hanya bertindak sebagai market yang menghimpun segala bagai koleksi gambar, sekiranya market itu runtuh, mereka boleh membangunkan semula market yang lain disebabkan permintaan masih tinggi disamping penawaran yang sangat banyak. Nah, memang berlambak pun market ini tersebar di serata internet atas nama blog. Anda boleh google dan semak la sendiri betapa banyak koleksi gambar-gambar awek bertudung bertaburan di merata-rata.

Syor terbaik
‘Mangsa’ teraniaya daripada page tersebut sering mengaduh mengapa mereka menjadi mangsa, sedangkan mereka bertudung? Amat malang sekali mereka lupa cara memakai tudung yang sepatutnya, yakni menutup aurat dengan sempurna. Mereka juga tak mengendahkan perihal dosa tabarruj. Kedegilan mereka ini menjadi ‘rezeki’ buat sang durjana.
Untuk mengatasi kekalutan ini, maka,kita cadangkan hapuskan terus sahaja tawaran-tawaran yang berlambak tersebut. Dengan berkurangnya penawaran, permintaan makin berkurang, apatah lagi market yang bertindak sebagai ejen ini. Itulah sebabnya Rasulullah SAW telah memberikan peringatan penting tentang perihal ini, namun kita semua mengambilnya sebagai remeh.
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (HR Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Apabila gambar mereka dicuri dan dipaparkan di mana-mana, mereka mengecam sebagai pengaiban. Cuba anda perhatikan sendiri apakah yang dilakukan oleh kebanyakan wanita sekarang yang disangkanya telah menutup aurat dengan sempurna, sehingga tanpa segan silu mengupload gambar pelbagai posing di facebook. Mereka sendiri yang mendedahkan keaiban mereka dahulu dan pemilik page tadi sekadar menyambung keaiban mereka.
***
Akhir kata, cubalah bermusahabah diri masing-masing. Kita suka nak menyalahkan orang lain, sedangkan segalanya adalah berpunca dari diri sendiri. Mengapakah kita hendak menyalahkan market tersebut, sedangkan kita sendiri yang bertidak sebagai supplier untuk memuaskan nafsu demander!
Gambar kredit kepada http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/04/wajib-baca-facebook-pengumpul-gambar.html
Menempuh suatu era sains moden pada hari ini, muncul suatu golongan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan dan berpendapat bahawa alam ini terjadi secara sendirinya. Dokumentari hasil daripada produksi Bushwack ini, akan cuba merungkai dan menjawab segala hujah pandangan dan kepercayaan golongan atheist dan ini akan dihuraikan secara terperinci merangkumi hujah saintifik, logik, falsafah dan matematik sebagai bukti kewujudan tuhan yang diragui mereka.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (an-Nur ayat 31)

Tatkala sedang membelek satu persatu muka surat akhbar hari ini, terdetik di fikiran, benarkah ini sebuah akhbar? Benarkah akhbar ini dijual secara terbuka yang dibaca oleh semua peringkat umur? Adakah akhbar inilah yang diberi secara percuma di sekolah-sekolah rendah?
Kisah sensasi

Siapa yang tak kenal dengan beberapa akhbar tempatan yang sering menyiarkan tajuk-tajuk panas di setiap muka depan akhbar mereka. Bahkan memang bukan menjadi satu kebetulan, setiap hari ada sahaja kisah-kisah sensasi berlaku di negara ini untuk dimuatkan ke dalam akhbar. Ini diakui sendiri oleh seorang editor akhbar tersebut dalam satu rancangan temu bual di salah satu stesyen radio popular yang menurutnya memang disengajakan untuk meletak cerita-cerita sedemikian untuk menarik minat para pembaca untuk membeli akhbar mereka. Tidak hairanlah apabila kita sering melihat trend akhbar-akhbar utama yang berlumba-lumba meletak cerita dengan tajuk-tajuk sensasi, sedangkan isinya agak merapu dan entah benar atau tidak ceritanya. Malah, memang terdapat bukti mereka sengaja mengada-adakan cerita.
Berunsur lucah
Kisah sensasi tersebut pula sering dikaitkan dengan unsur-unsur menggoda, mengiurkan serta mengghairahkan. Masakan tidak, setiap kali menjenguk kedai, ternyata gambar-gambar wanita berposing sana sini mendominasi muka depan kebanyakan akhbar yang kadang kala dikaburi dengan pelbagai tajuk berunsur ‘nasihat’. Malah jika hanya ingin membelek ruang sukan sekalipun sudah tidak ada jaminan selamat buat anda daripada melihat perkara tidak sepatutnya. Pihak akhbar dengan sengaja menonjolkan gambar-gambar pemain
wanita sedang tunduk menanti balingan pukulan bola pihak lawan yang kebanyakannya diletakkan hampir sebesar saiz separuh muka surat! Ditambah pula dengan selingan iklan-iklan yang menonjolkan wanita-wanita berpakaian ketat dengan pelbagai promosi, perkhidmatan dan sebagainya. Barangkali mereka sudah memahami ‘kelemahan’ lelaki dan ini membuatkan kita berfikir bahawa tidak perlu lagi nampaknya bersusah payah mengeluarkan duit mahal membeli majalah "playboy" yang berada di pasaran gelap sedangkan di pasaran terbuka pun sudah berlambak koleksi gambar sedemikian rupa.
Di manakah fungsi akhbar?
Jikalah benar apa yang dicoret ini, maka kita tertanya-tanya apakah fungsi sebenarnya akhbar pada masa kini? Apakah hanya sekadar mengejar title akhbar nombor satu negara sahaja sedangkan segala kandungan isi merangkumi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat diabaikan begitu sahaja? Secara asasnya anda membongkar kisah kejatuhan moral masyarakat, tetapi pada hakikatnya laporan yang anda tulis terus menerus memburukkan lagi keadaan, ditambah meningkatkan lagi remaja terangsang, berkhayal dan seterusnya membuka lorong mendekati maksiat!
Jikalah keuntungan diutamakan, kita teringat satu kisah si penggali kubur pencari makan, gembira tak terkata apabila setiap kali seorang demi seorang meninggal di kampungnya. Adakah si penggali kubur itu dapat disamakan dengan pihak akhbar yang menanti berlakunya peristiwa-peristiwa kontroversi untuk dimuatkan dalam akhbar mereka? Kita harap tidak. Dan amat menyedihkan sekali apabila memikirkan fungsi akhbar pada hari ini amat jauh sekali untuk dibandingkan dengan akhbar-akhbar sebelum merdeka suatu ketika dulu seperti “Warta”, “al-Imam” dan sebagainya.
Seruan buat akhbar
Kita menyeru akhbar-akhbar kita supaya disamping mencari keuntungan, janganlah sesekali mengabaikan tanggungjawab sosial. Anda melaporkan berita “Kes rogol kian parah”, tetapi disebelah ruang berita tersebut tersiar pula iklan memperagakan susuk tubuh wanita. Anda melaporkan berita “Artis wanita paling seksi”, sedangkan di ruang sebelahnya menceritakan tentang “Indahnya hidup bersyariatkan Islam”. Ternyata amat bahayalah buat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan, tetiba terangsang dek pekena dajal oleh akhbar sedemikian rupa, maka seringlah terjadinya insaf ekpress.
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (An-Nur : 19)
Jikalah pihak akhbar masih teruskan sikap sebegini, kita cadangkan supaya mereka menklafikasikan akhbar mereka dengan tanda 18+ untuk dijual secara tertutup, atau lebih baik ditanda sebagai ‘only for non-muslims’. Jika tak mampu, elok dibakulsampahkan sahaja akhbar-akhbar sebegini!

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates