Saturday, October 1, 2011

10-1=0

Posted by salafus-sholih at 12:30 PM

Pasti semua antara kita ingin berusaha menjadi orang yang lebih baik, sentiasa ingin melakukan kebaikan, atau melakukan sesuatu sumbangan dalam agama. Tetapi, dalam menuju ke arah yang dimaksudkan itu, kadang-kadang kita tersilap, tergelincir mahupun tersasar. Seperti sedia maklum, tiada siapa manusia yang sempurna di sini. Namun, sikap sesetengah manusia yang gemar menghukum secara total adalah amat menggusarkan kita. Kami ingin membicarakan beberapa isu yang sering dibangkitkan dalam masyarakat kita. Semoga kita semua diberi kefahaman dan seterusnya dapat membetulkan persepsi ini.


Ingin berubah tetapi dihukum

Tiada siapa yang tidak ingin berubah menjadi lebih baik. Tetapi apabila ada segolongan melontarkan kata "Kau tidak bertudung, pasti masuk neraka!", apakah yang dapat kita fikirkan tentang perasaan mereka? Ungkapan seperti ini seringkali dijaja oleh sesetengah daripada kita di mana niatnya cukup baik dalam mengajak insan mendekati tatacara sebenar seorang muslim, namun intipatinya jauh tersasar. Adalah tidak benar menghukum seseorang masuk neraka sewenang-wenangnya seolah-olah kita yang memegang kunci pintu neraka. Haruslah diketahui, setiap amalan insan di muka bumi ini akan dihisap oleh Allah SWT, jika amal kebaikannya melebihi keburukan, maka terlepaslah dia dari azab api neraka, juga sebaliknya. Masih ingatkan kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW tentang masuknya syurga oleh seorang pelacur setelah dia memberi minum kepada seekor anjing (HR Bukhari)?


Ingin belajar tetapi ditakut-takutkan

Kadang-kadang apabila kita sedang asyik melayari internet, membaca artikel-artikel keagamaan, kita disergah "Menuntut ilmu tanpa berguru ibarat belajar dengan syaitan!" Ungkapan ini cukup terkenal sekali pada hari ini sehingga kita sangka ianya adalah sabda dari Nabi SAW. Sekali dengar memang agak pelik, sekiranya menuntut ilmu tanpa berguru ibarat belajar dengan syaitan, adakah menuntut ilmu berguru ibarat dengan malaikat? Apakah jaminan sekiranya kita menuntut ilmu dengan guru kita tidak sesat? Kita tak nafikan betapa pentingnya berguru terutamanya membabitkan dalam menuntut ilmu-ilmu yang asas dan kompleks. Namun, tindakan menakut-nakutkan orang ramai dengan ungkapan ini menyebabkan mereka menjadi takut dan malas untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Zaman dahulu mungkin sukar untuk menjumpai sumber ilmu melainkan dari guru, tetapi pada hari ini mudah sahaja diperoleh menerusi kitab, buku, internet dan sebagainya. Apa salahnya mereka memanfaatkan kemudahan yang ada dalam masa yang sama menyemak kesahihan ilmu yang diperoleh mereka?


Ingin berdakwah tetapi dikondem

Sesetengah dari kita berfikiran sempit menganggap urusan dakwah hanya dikhususkan di masjid atau hanya dilakukan oleh para ustaz dan ulama semata-mata. Bagi mereka, dakwah oleh orang kebanyakan di alam maya, seperti blog, facebook, youtube dan sebagainya adalah tersasar kerana tidak ada 'lesen' atau tauliah untuk berbuat demikian. Sebahagian dari mereka lagi menganggap kata-kata ustaz mereka adalah mutlak belaka, dan barang siapa yang berbeza pandangan dengannya dikatakan sesat! Ini juga berlaku apabila, sesetengah anak muda yang cukup berdakwah secara kreatif cuba menyedarkan orang awam, mengkaji perihal fenomena yang tidak kena dengan kehidupan kita masa kini, (kita kenal dengan hari ini sebagai 'teori konspirasi'), mereka diherdik, diperlekehkan, dan dihina hanya kerana dikatakan banyak mengemukakan pandangan yang silap dan membuang masa.


Ingin melakukan kebaikan tetapi diprejudis

Meneliti senario politik di negara kita, terasa amat lucu sekali melihat telatah pak menteri, para YB dan ahli politik yang lain apabila mereka saling bercakaran. Apabila pihak kerajaan menaikkan harga barang, mereka akan dimaki pihak pembangkang, tetapi
apabila mereka menurunkan harga minyak, disindir pula macam-macam. Di sebelah pihak pula, apabila pihak pembangkang merobohkan tapak penjaja haram, mereka akan dikutuk pihak kerajaan, tetapi apabila mereka baik hati memberi wang sagu hati kepada golongan miskin, dituduh pula ambil wang haram. Amat bingung sekali melihat situasi yang kebudak-budakan ini. Mengapakah sukar kita untuk bersangka baik akan kebaikan yang dibuat mereka, seolah-olah mereka datang dari parti cap sampah yang tiada langsung sumbangan buat negara?


***

Sedarilah kita bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih banyak menghukum berbanding memperbetulkan mereka. Alangkah indah sekiranya segala kekurangan yang dimiliki kita, cuba ditampung secara bersama semula, bukan dihukum secara mutlak seolah-olah tiada peluang untuk memperbetulkan semula. Kehidupan kita sememangnya tidak akan sempurna, maka tak perlulah seolah-olah menganggap kita semua cukup sempurna. 10-1 adalah bersamaan dengan 9, bukan 0. Wallahualam

14 comments on "10-1=0"

aqilah mazalan on October 1, 2011 at 2:09 PM said...

:)

Anonymous said...

erm? senyum ja?

aidil razahli on October 2, 2011 at 4:08 AM said...

Allah...Allah..Allah

dini on October 5, 2011 at 9:39 AM said...

yes....good article

Faiqah Umaira on October 7, 2011 at 12:16 AM said...

entri yang sangat meninggalkan kesan buat hamba yang lupa seperti saya .. Thanks :)Keep writing !

PAS Reform said...

salam,

Itulah yang berlaku kepada Ustaz Aduka Taruna yang cuba berdakwah dan mengeluarkan pendapatnya, tetapi dikondem!

thcoxea on October 15, 2011 at 12:45 AM said...

Salam....
artikal atas mmg betul malah makin menjadi2 dalam masyarakat.

sy suka mengatakan tentang mencari ilmu agama dengan guru diatas, jika balik pd sejarah kejadian itu pernah berlaku - bila Nabi Ibrahim A.S mencari2 siapa Tuhan yg sebenar ini adalah salah satu mencari ilmu.semoga Allah membimbing diri kita dengan memberi Ilham dalam mencari ilmu.

contoh drama kita boleh lihat contoh dlm 'Tahajjud Cinta' tak semestinya dia Ustaz atau orang lebih tua itu betul belaka.maksud disini bukan lah untuk merendahkan mereka but ilmu itu subjective cuma terpulang sumber yang kita terima itu benar2 sahih, kata lebih tepat adalah "balik kepada Al-Quran dan Sunnah" dan mengkaji alam semula jadi dengan cara yang betul.

Rasanyer sy nak syer satu doa yang diamalkan nabi dan para sahabat untuk amalan setiap hari dengan dunia semakin mencabar ini :

1) Doa memohon empat macam kebaikan

“Ya Allah limpahkanlah daku dengan ilmu pengetahuan dan indahkanlah daku dengan sifat lapang dada dan muliakanlah daku dengan ketakwaan serta baguskanlah daku dengan kesihatan” – Riwayat Ibnu An Najjar dari Ibnu Umar

2) Doa menghindar empat macam keburukan

“ Ya Allah aku berlindung diri padaMu daripadahati yang tidak khusyuk’, dan dari doa yang tidak didengar dan dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari ilmu pengetahuan yang tiada manfaat. Aku berlindung diri padaMu dari empat macam keburukan ini” – Riwayat Tirmizi dari Ibnu Umar

elise on November 1, 2011 at 1:40 PM said...

jazakallah, entry yg mmberi semangat kpd sy especially ttg dakwah :) smua org bole bdakwah, bukan ustaz ustazah sahaja..

Anonymous said...

saya always nak belajar but ble org ckp 'belajar sendiri mcm belajar dgn syaitan' mmg sgt2 rsa demotivated n serba slh. :(

Nuruddin Azri ibn Zulkifli on November 28, 2011 at 8:47 AM said...

salam.nice post.

besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.

moga sama2 dpt kongsi ilmu utk menegakkan Islam dan meneruskan hunusan pena2 dakwah.

apa2 pun semuanya tertakluk kepada admin blog ini sama ada handak bersetuju dgn perkongsian ini atau tidak.

sama2 dpt manfaat.

boleh lawati saya di

http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

Anonymous said...

Great! :)

anneanne said...

salam, ape lagu background music utk video yg terbaru dgn UZAR?? vid yg dlm youtube under islamicknow

Anonymous said...

Assalamualaikum

BANI TAMIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai persinggahan untuk mendapatkan pautan-pautan terkini tentang
SEJARAH l KONSPIRASI l BERITA l DAKWAH.

Tujuan blog ini dibina adalah untuk mengumpul seberapa banyak mungkin pautan blog-blog yang selari dengan penulisan tentang pendedahan sejarah yang sebenar, konspirasi kebatilan, berita semasa serta berinterprestasikan dakwah.

Alamat : http://banitamim.blogspot.com/

Anonymous said...

Ooooo... 10-1=9....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates