Assalamualaikum warahmatuLlah wa barakatuhAlhamdulillah, selesai sudah melepasi bulan Ramadhan yang mulia, menyusuri pula bulan Syawal yang dinanti. Tidak banyak yang ingin dicoretkan di sini melainkan sekadar ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang terasa dan tersingung akan coretan melalui artikel mahupon video di dalam blog ini.
Kemaafan juga dipinta sekiranya blog ini kurang produktif tidak seperti mana Ramadhan yang lalu. Insyaallah, pada masa akan datang, akan diusahakan ke arah lebih baik memandangan terdapat ramai rakan yang sudi membantu dalam usaha blog ini. Kepada mereka yang ingin turut membantu, boleh berhubung melalui email salafussholih[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @).
Akhir kata, “Taqabbalallah Minna wa Minkum” , semoga Allah menerima ibadah kita semua. Sekian, Wassalam.

3 comments on "Salam Aidilfitri"
minna wa minkum, taqobbal ya kareem~
'eidus sa'iid mubarak! ;)
minna wa minkum, taqobbal ya kareem
salam Eid ul-Fitr 2 all muslims,
may Allah set us a beauty journey 2 achieve Islam's goal . . ameeen
Semoga Allah menerima amalanku & amalanmu.. Salam Aidilfitri...
Post a Comment