Pernahkah anda pergi ke suatu majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah perdana, kem mantapan diri dan lain-lain lagi di mana anda merasakan diri anda benar-benar di’brainwash’ sehingga anda menitis air mata menandakan penyesalan melalui jalan hidup penuh kemaksiatan? Tamat sahaja kem tersebut, anda berasa sangat insaf dan berkeinginan untuk memulakan hidup yang baru. Tetapi tidak sampai sebulan kemudian, anda kembali bergelumang dengan maksiat. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?
Atau...
Anda sedang dilanda pelbagai masalah. Sudahlah pelajaran merosot, anda pula dibuang kekasih yang disayangi. Anda berusaha menyelamatkan hubungan tersebut, tetapi menghadapi kegagalan yang teruk. Anda benar-benar tertekan, tidak punya penyelesaian. Tiba-tiba anda terdetik membuka laman web iluvislam.com, terbaca satu artikel menginsafkan menyedari betapa silapnya hubungan cinta sebelum nikah. Sejurus selepas itu, anda terus insaf dan mula mendekati cinta Allah dan RasulNya. Namun, cinta hakiki tersebut tak bertahan lama, anda akhirnya akur menerima kehadiran sekali lagi cinta yang tiada kepastian. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini pula?
---------------------------------------------------------------
Apakah persamaan antara kedua-dua situasi di atas? Ya, walaupun tampak melalui jalan yang berbeza, tetapi kedua-dua situasi melalui tempoh penginsafan, namun amat malang sekali ianya tidak bertahan lama, yang kita panggil di sini; INSAF EKSPRESS. Apakah yang menyebabkan kita melalui insaf sekejap ini? Cubalah kita muhasabah sebentar. Di sini kita cuba senaraikan segala sebab musabab yang menyebabkan diri anda tewas, menggadaikan keinsafan diri.
Tarikan rakan?
Apabila anda berubah dan berkeinginan untuk terus dengan watak yang berubah tersebut, tetapi anda kena ingat rakan-rakan anda masih lagi seseorang watak yang lama. Anda sudah ingin mula mendekati masjid tetapi dalam masa yang sama rakan-rakan baik anda menonton wayang. Apakah yang paling kuat mempengaruh anda? Rakan baik anda mengajak anda menemani dia lepak bersama-sama rakan dia yang lain walaupun hari sudah lewat malam, tambah-tambah lagi bercampuran lelaki perempuan. Sanggupkah anda melukakan hati rakan baik anda?
Keadaan sekeliling?
Anda berazam tidak mahu mengulangi kesilapan lama lagi, tetapi keadaan sekeliling benar-benar menduga anda. Ramai lelaki bertekad untuk menjauhi menonton video lucah, tetapi apakan daya di luar sana sahaja sudah cukup tahap lucahnya. Siapakah yang kerap menghiasi segenap ruang televisyen di rumah kita melainkan artis-artis yang ghairah mendedah diri? Setiap kali berjalan di luar sana pula, terpandang muslimah bertudung pendek mendedah perhiasan tersembunyi miliknya. Tambah lagi, sewaktu melayari facebook, lambakan gambar-gambar muslimah menjaja diri tak dapat dielakkan untuk dipertontonkan. Bagaimanakah lelaki yang ramai ini mahu mengekalkan rentak keinsafannya selagi keadaan sekelilinginya sebegini?
Rasa terkongkong?
Mengamalkan kehidupan Islam sepenuhnya memerlukan anda melupakan segala keseronokan melampaui batas dulu. Jika dulu anda boleh bergaul rapat antara rakan bukan sejantina secara terbuka, tetapi kini anda terpaksa mengehadkan pergerakan. Terasa leceh bukan? Semasa zionis menyerang umat palestin di sana, anda mendapat kesedaran untuk memboikot barang keluaran milik zionis di sini. Tetapi setelah habis musim zionis menyerang, anda pun habis musim memboikot bukan? Mengapa ini berlaku? Adakah anda mula berasa diri anda rimas kerana banyak batasan yang perlu dipatuhi sehingga tak dapat hidup melainkan memenuhi kepuasan anda?
Perasaan terasing?
Anda merasakan kehidupan baru yang penuh ‘keinsafan’ ini tidak dapat memenuhi kepuasan anda. Ramai perempuan tewas dalam menjaga maruah diri disebabkan merasakan diri mereka terasing sangat. Rakan anda mengenakan pakaian berfesyen menarik perhatian ramai, sedangkan anda mengenakan pakaian membungkus diri tiada siapa peduli. Malah dipandang serong pula. Siapakah yang dapat bertahan bukan?
Bantuan teknologi?
Seberapa gigih anda berusaha bertahan dengan istiqamah perubahan tersebut, memang tidak akan kekal lama jika anda masih tak dapat mengawal segala teknologi yang mencorak kehidupan anda. Jika dulu, lelaki yang hendak melepaskan gian mencuci mata perlu menyusuri kelab-kelab malam bertebaran di bandar, tetapi kini Internet ada sahaja di depan mata, tak perlu membuang masa, dengan satu klik terpampang segala hidangan yang diingini. Adakah teknologi bertindak sebagai pemudah dalam melakukan dosa? Ketika zaman nenek moyang kita, mereka yang hendak berdating perlu menyusuri berbatu-batu jauhnya kampung, tetapi kini dating sahaja di yahoo messenger! Luahkan segala bagai perasaan cinta yang terpendam. Adakah peluang melakukan dosa lebih tinggi sejak kehadiran teknologi yang semakin berkembang ini?
---------------------------------------------------------------
Kita sebenarnya memang sengaja tidak mahu menghurai lanjut jawapan untuk setiap persoalan-persoalan yang diberikan. Fikir-fikirkanlah kerelevanan kata-kata King ke-6 terakhir, iaitu semenjak kalah dalam perang salib terakhir, dia telah berwasiat sebelum mati, ditulis dengan emas di London:
"..kepada semua pemimpin-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita berperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi. Kita perlulah melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam."
Sekarang anda patut tahu, mengapakah yahudi tidak gentar membiarkan umat Islam berdakwah melalui teknologi ciptaannya. Kerana mereka tahu, kebanyakan umat islam kini hanya insaf ekspress!
Jadi, sudah tiba masanya anda tentukan apakah sebab musabab anda terhalang untuk terus istiqamah dalam perubahan. Mampukah anda melawan tarikan kawan? Tidak mempedulikan keadaan sekeliling? Mengetepikan perasaan terasing dan rasa terkongkong? Dan tidak membiarkan teknologi memperalatkan anda? Semua jawapan ada ditangan anda. Ayuh, masa untuk istiqamah dalam keinsafan. Tidak perlu insaf ekpress lagi!
38 comments on "Insaf ekspress"
terbaik...
subhanallah, thanks. sering shj brhdpn dgn insaf express ni. setiap hari, usahalah utk mnjadi yg lbih baik, insyallah.
syukran..
mmg b'manfaat artikel ini.
sangat bermakna :)
Subhanallah, syukran atas peringatan. :)
assalamualaikum...awak ni pelajar ASiS ke?
Salam. ASiS? Sekolah ke tu? dah 5 thn tinggalkan sekolah la =)
terima kasih kerana membantu sy yg konfius.. jd apakah flatform untuk sy terus perpegang teguh??, walaupun dilanda taufan ganas diluar sana ia xkan goyah. Admin tak jelaskan pun, bagaimana cara2 dan jalannya ??. Admin hanya bagitau tentang sbb2 terjadinya insaf ekspress je. takkan sy masih nak ikut2 cara2 insaf yg telah dihidangkan diluar sana,.. cara, mungkin berbagai cara kot. tp apa flatform-nya?? jgn lah tinggalkan sy bergantung x bertali..
http://thewakeupproject.blogspot.com/2010/10/matrix-this-world-must-readwatch.html
meh tgk video ni tapi x de subtitle dlm malay
perkongsian yg menarik..ada sesetengah orang yang dah pernah pergi mcm2 kem islamik tetapi perubahan sebentar je..sy ckp dkt dr saya sekali..tp yg paling sedih bila kbnykan student yg zaman sekolahnya dr sekolah agama bila da masuk alam U jd lain...kononnya diorg da season dgn bnde2 cmni..sedih..sy bknlah dr sekolah agama pon..x alim cam diorg..sume tahu..tp bila nk ajak diorg punya susah
cara yg insyaAllah berkesan...kenalilah DIRI kamu itu...yakni DIRI sebenar diri...
lepas da kenal,bru lah mengaji bab tauhid@akidah@usuludin..
kemudian,belajar la bab syariat yakni hukum fekah@fiqh...
kemudian bertasawwuf la...cari la guru yg mursyid..
ade 4 jalan yg perlu kita lalui..
syariat...
tarekat...
hakikat..
makrifat..
ni la jalan yg dilalui oleh para2 solihin,wali2 Allah....
ISLAM da tnjuk care da....tinggal sama ada kita nak buat atau xnak aje..
dan..carilah guru yang mursyid.....ilmu2 kt internet ni hanye sekadar pengetahuan aje...bukan pnghayatan dan amalan...
memang tidak dinafikan kata-kata Mr.cUrB-uP, tetapi lihatlah dalam konteks yg meluas, bukan sekadar Pengisian 'Puisi' sempit, jika kita masih sekadar menyanyi dan berpuisi dikala sunyi, bagaimana dgn waris??.
Secara Am-nya kita sudah merdeka, tetapi kita masih ditipu dan dikelirukan oleh "kebetulan". Dimana "kebenaran" ??? . Jika ditanya, Semua orang dan Golongan akan cakap mereka benar. Hakikatnya???. Hal ini akan menyebabkan Semua orang akan keliru dan mengambil jalan tengah.
Jujurnya, kita telah di takut-takutkan oleh perkara sebegini, dan akibatnya setiap individu akan bersifat nafsi2 dan hilang rasa kesatuan islami, sebagai contoh, alasan yg diberikan kubur masing2. Hal ini sebenarnya harus dipandang serius dan dibanteras.
betul3!!! SAYA SETUJU 100% kalau nak di lihat memang banyak.. yahudi laknat memang sengaja melaga-lagakan kita,.. membuatkan kita berpecah sesama sendiri. Cube kita lihat dasar2 yg telah dibuat oleh kuasa2 veto, semuanya kearah memecah belahkan manusia, supaya mereka senang untuk menyerang dan memang kompom lah kite punye defend x kuat. hahahaha kita kene tipu!!! cth. pecahnya China dgn Hongkong, Macau. Malaysia dgn Singapura, Korea utara dgn korea selatan. Eh. ntah la banyak lg oooo, supaya kita rasa takut dan akan sokong mereka. Ada yg boikot,.. tetapi tiada alternatif kukuh sbb mereka dah kewal semua... wakakakaka.. setiap saat kita ditipu..
Abih, nak bersatu cam ner,.. otak semua bingai, nak harapkan saluran politik jew, pon gaduh gak, macam mana.. tula Dulu bapak suruh mengaji Quran ponteng. Skunk jd macam buih2 , sekali datang banyak,tp Abok pon xdak.. tak kuat. memang la orang menyampah, Cakap je lebih, buatnye x.. Adess
assalamualaikum..betul tue...mmg bnyk terjadi nie..kat ana pon;..dan rakan...
Anonymous 8: Bagaimana cara2 dan jalan utk atasi insaf ekspress ni? Sebab2 dah dibincangkan kat atas. Masing2 kena muhasabah diri, cuba berusaha atasi setiap sebab yg menyebabkan insaf sekejap tu. Cara atasi tu ada juga dah dibincangkan kat blog ni... boleh tgk artikel 'Dari setan menjadi ustaz'. Contohi bagaimana azmil mustapha istiqamah dalam keinsafan beliau.
Lain2: Thanks atas pandangan. Sesiapa yg ada cadangan sendiri utk atasi insaf ekpress ni, boleh la bantulah rakan2 kita. Berfikir secara ramai lg baik dr berfikir sendiri2...
kite tak amalkan IHSAN..masih sebatas IMAN & ISLAM...klw dah sampe IHSAN,Insya Allah akan Istiqomah INsyafnye..karena merase Allah selalu mengawasi kite..
semua pendapat adalah betul. minta maaf saya katakan, setuju atau tidak jika saya cakap kita masih nafsi-nasfsi(pentingkan diri). tepuk dada tanya iman. ia telah menular menjadi kudis dan barah bg ummat kita.
kerana dari kejatuhan Empayar islam, dan dasar pecah perintah tanah melayu, kita telah dikawal sepenuhnya oleh undang2 british dan inilah yg diinginkan musuh kita.Kita telah disebokkan dgn dunia dgn bersifat *bias (berat sebelah).
Ada sesetengah golongan pula, asyik dgn kerja Akhirat sahaja tanpa mengendahkan keadaan masa hadapan, ada juga yg bercita-cita tinggi tetapi tidak mengkaji, ada yg sekadar cukup2 makan dan menyerahkan tanggungjawab kapada ustaz2 dan ulama'2 sahaja. Ada yg sudah ditempat tinggi lupa diri dan tidak berani.bermacam-macam lg corak golongan2 islam kat Malaysia sekarang.
Islam berkembang dgn ilmu bukan dgn mata pedang, jadi carilah dan sampaikanlah ilmu tentang kebenaran islam secara bijaksana. Haruslah kita bersatu kembali menjadi ummat yg kuat dan hebat. Keluarlah kalian dari tempurung. Mencari Redha Allah. Demi cinta tiada lain, Demi cinta.
Ada petikan yg sy baca, berbunyi begini,"kami tidak takut dgn pertambahan orang2 islam, dan pertambahan manusia memeluk agama islam,kerana kamilah yg membentuk islam kini.Islam tidak seperti dahulu, Ianya sekadar Nama dan bukannya lagi sebagai cara hidup."
Pergh!! geram ada, takut pon ade.. patutla diorang senyum jew ngan islam sekarang..
yes. petikan inilah yg sy cari selama ini.. ooo..cam tue bunyi nye. Betul lah.Org akan cakap islam looserr. sbb x pertahankan. Org dulu2 hebat dgn Al-Quran je. sekarang? nak mengajar Al-quran pon kene ada Tauliah lah ape lah, macam kene sekat je islam. Bapak aku ngajar aku ngaji dulu xde tauliah pon,.. elok je, Mengarotlah!!. Aku setuju dgn pendapat kat atas, islam sekarang islam buatan, acuan Yahudi. Semuanya dikawal. Mane yg mata duitan, yg kurang iman, yg bongok tu, ikut je. Sbb die dah jd imam besar, mane nak dgr ckp orang bawah.
Dah dibutakan
nk share..
aduh terasa siott.. sama ada situasi ptama atau kedua, dua-dua pun aku terasa.
mm sy nak tanya satu soalan ni. saya pernah diberikan hadiah teddy bear oleh seseorang yang boleh dikatakan sebagai admirer sy. sekarang ni patung tu ada lagi dalam bilik sy. sy semakin hari semakin serabut melihat patung tu. sy tk ingin mengingati lg tntang lelaki tu. soalan sy, boleh atau tidak sy mendermakan teddy bear tersebut kpd org lain? contohnya memberi nya kpd sepupu perempuan sy yg masih kecil. adakah derma itu akan menjadi suatu derma yg haram kerana patung itu sbenarnya untuk sy? atau, haruskah sy membakarnya? atau pandangan2 lain? bantulah sy... =(
Awak bermasalah dgn teddy bear ke? dgn lelaki itu ?. hihi. Atau disebabkan keduanya sekali?. Bagi je lah saudara kecil anda abih cerita.huhuhu
Thank you for this post,
Remember that everything starts within your heart. Perubahan yang dilakukan adalah untuk siapa dan demi Siapa? Untuk kebaikan diri sendiri Demi Allah Subhanawataala. Jika kita tetapkan dalam hati, segala perubahan dan pengorbanan duniawi yang adalah untuk yang terbaik seperti Allah telah firmankan, adalah tidak lain supaya kita menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri..insyaAllah, tiada sebab kita tidak dapat raih kemenangan yang dijanjikan. Close your eyes to your enemy, and love them...truly only Love can conquer swords and wisdom. But, before you can love your enemy, your brothers, and your sisters...you need to first love yourself.
Again brother, thank you for posting this article. Keep up the good work. May Allah bless your effort. JazzakAllahkhairan.
p/s: tak perlu geram kepada mereka manusia yang cuba jatuhkan kita. geram lah pada diri sendiri kerana tidak menjatuhkan 'syaitan' dalam diri sendiri...percayalah, Tuhan itu adalah Pelindung yang Al Rahman lagi Al Rahim. He is where close, when you are Close to HIM.
Subhanallah..sgt menyentuh hati..
Perubahan itu memerlukan pengorbanan segalanya. jangan pula memilih jalan singkat untuk ke tarikat. pilihlah manhaj yg benar. perkongsian yang baik akhi...
Sebarkanlah Ilmu, Sebarkanlah Cinta
syukran for the article...
actually saya alami benda yg sama...
rasa macam sedih sgt sebab terasa diri ni amat lemah..bab2 berpakaian la terutamnya..kadang2 saya sangat menitiknberatkan bab2 berpakaian tp kadang saya macam juz let go jer.somtyme saya sedar cara saya berpakaian even still menutup aurat tp still tidak manis dan bukan yg dituntut sebenar-benarnya dlm Islam tp saya still buat.Saya mula goyah ble saya bergaul dgn mereka yg bukan tak baik(kawan2 saya semua baik,,insyaAllah)tp mybe kurang menitikberatkan hal2 pakaian ni.Tapi bila saya bergaul dengam mereka yg sgt alim(pada sayalaa) saya jadi sgt jelez dgn cara hidup diorang n saya akan Insya mcm berubah la...So conclusionya..kawan sgt mempengaruhi cara hidop kta especially those who r staying in the hostel like me..we doesnt have parentz to guide us but we ve got fren to lead us to the right path.Kawan sejati kawan yang membimbing kte ke jalan Allah
SubhanaAllah...Astaghfirullah...
Mmg ramai yg boleh berubah menjadi baik dan lebih baik tetapi hanya sedikit yang boleh istiqamah...Tepuk dada tanyalah iman...Sama-samalah kite istiqamah dengan muhasabah diri kite sendiri setiap hari, insyaAllah...
Istiqamah nie lah yang memerlukan iman dan taqwa,, Kuatkanlah imanku Ya Allah, utk aku terus beristiqamah dalam keinsafanku. Amin Ya Rabbal Alamin.
assalamualaikum...
saya dah lama cari something yang boleh mengubah hidup saya...saya sendiri kecewa dgn diri saya..
ada x ttg cara utk mengubah diri?
sangat bermakna......
salam 'alaik..
to fragile heart, izinkn ana mmberi masukn yg x sberapa ini.
seorg Kristian b'tanya kpd seorg Muslim.. bgmn bisa kamu mmp'cayai ssuatu yg x p'nah kamu lihat? Malah mengagung2knnya?
kamu sujud pd ssuatu yg xklihatn di matamu...
Muslimin itu hnya mnjwb dgn p'tanyaan yg mudah..
"Apakah Tuhan itu, hanya utk seorg yg melihat? Justru, si buta tidak bisa mrasakan cinta kpd Tuhannya?"
***************************
kdgkala kita sering mrantau jauh utk mncari jwpn. hakikatnya, jwpn pd stiap p'soalan itu ada pd kita.. di dlm hati yg dlm..
p'tama skali.. ktahuilah hakikat pnciptaanMu sbg manusia..knalilah ma'rifatullah...andai shj mnusia mngenal Allah..pasti mreka xakan mlupakannya walau sesaat dek lantaran cintaNya yg x t'gmbr..
b'gaul-lah dgn org2 yg solih..
p'nah dgr x, lg ubat hati?
ana sarankn kamu mndengar bait lagu itu dgn baik. mudah2an kamu b'oleh apa yg kamu cr..
insyaAllah.
wallahua'lam.
salamalaykum. hi
umphh i've been following this blog for quite some times now. first off so sorry i cant speak (or write in) malay very well, but i do understand most of your posts. i'm afraid i'd only embarrass myself if i submit anything in malay here. i've a question for you. it's a simple one, act. but for me it's hard to understand. my girlfriends said it's wrong, and forbidden in islam. some said it's okay as long as i can take good care of mu pride as a muslimat? finally i decided to aks u. my question is; can i have crush on guys?
can i pray for a 4ever-lasting relationship (married, of course) between me n the guy from Allah? i dont fall for guys easily, so when i do, means the guy seems to be perfect for me to take me to the jannah. btw i want a LONG explanation, if possible. u can reply in malay if u want to i dont mind.
p/s: sorry my quetion isn't related to ur post. but i believe u're experienced enuff to answer me. pleasee
waalaikumsalam, hi.
it's normal for each of us to have crush on someone with diff. gender. it's fitrah. but to have a relationship with him/her before marriage, mix & mingle are forbidden, as it can lead to fitnah~zina. ( i bet you know about this).
17:32 "Nor come nigh to adultery: for it is a shameful (deed) and an evil, opening the road (to other evils)"
it is no wrong if u mention his name in your dua, but it'll be much better if u ask Allah to give u the best person as a husband one day, provided that u also have to be a good muslimah in the first place. he knows best, dear. who knows, he's the man. just keep on praying. make yourself busy doing good deeds to deviate your attention from thinking of him all the time yea.
"Seek the love of your Creator, and He will place in the hearts of the creation the love for you"
sorry if this explanation is not that satisfying. wassalam.
boleh beri ulasan lanjut ttg boikot x? sy masih bingung.. thx 4 d info..
salam~
ini pengalaman saya yang selalu insaf express~
alhamdulillah insaf express tu bila sudah dikumpul2kan, disatukan, insyaALLAH akan jadi satu insaf yang sangat kukuh...
betul~
setiap kali nak insaf itu ada sahaja dugaannya....
dan saya melalui kelima2 dugaan ni....
macam mana saya overcome kelima2 dugaan ini...??
saya pun tak tahu~
tapi yang saya tahu ALLAH yang membantu saya kembali ke jalanNYA...
sebelum itu, bila kita benar2 nak insaf, reset niat dan fikiran kita...
install kat dalam hati dan minda...
'aku lakukan ini kerana ALLAH~aku lakukan ini kerana aku mahu meraih cinta ALLAH dan RasulNYA serta aku mahu bertemu dengan ALLAH dalam keadaan gembira serta bahagia diakhirat kelak...aku taknak bertemu dalam keadaan menyesal dan sedih...kerana aku cintakan MU, wahai PENCIPTAku'~
lepas tu solatlah solat sunat taubat...
solatlah sekhusyuk2nya~
'ya ALLAH terimalah taubatku, ya ALLAH'...
bila ada jer perkara yang buat kita rasa macam nak patah balik ke perkara maksiat dan mungkar...
ingat ALLAH~(supposely, each time we breathing, we should remember ALLAH)
astagfirullah~astagfirullah~astagfirullah~
'tolong aku ya ALLAH~aku tidak mahu berpatah balik pada diriku yang dulu~'
sori la kalau saya terkomen panjang...
tapi saya memang nak share akan pengalaman saya...
macam mana saya overcome dugaan2 niy...??
kawan: setiap kali kawan ajak keluar, saya akan bawa telekung~(yang muslimin bawalah kopiah ke kain pelekat)...ianya membantu saya dari segi psikologi yang mana setiap kali saya nak pergi ketempat2 kurang baik, saya rasa berat kerana saya tidak mahu pakaian ibadah saya yang suci ini dicemarkan...
mengenai kawan menjauhkan diri...kita dekatkan lagi diri kita kepada mereka...ajak mereka ke ceramah2 dan forum2 agama...niatlah bahawa kita mahu berkawan dunia dan akhirat...saya tak sampai hati melihat kawan2 saya sendiri dicampakkan ke neraka...ajak mereka, nasihatlah mereka...
environment: ubah sendiri environment tu...seyes memang susah~tambah2 lagi bab nak jaga mata...bila ada jer dugaan ingat ALLAH banyak2, ingat yang kiri kanan kita ada 'bodyguard' yang sentiasa mencatat amalan kita...try kaburkan pandangan takpun pandang perkara2 yang mententeramkan contohnya baby, kanak2, pokok, tanah, rumput, xpun hp(guna nama ALLAH kat screen hp)...
terkongkong: ingat balik kesengsaraan dan kepayahan saudara2 Islam kita yang berada di luar sana(contoh, pengharaman memakai burqa di peranchis)...tiada kebebasan bagi mereka untuk beribadah, tetapi kerana iman yang teguh, mereka lakukan juga...kita...tiada apa2 yang menghalang, tetapi kita kufur akan nikmat kebebasan yang ALLAH berikan ini...so, jangan rasa terkongkong, rasalah bebas~
terasing: ingat kita sebenarnya tidak beseorangan...kita ada ALLAH...cubalah melibatkan diri dengan usrah serta kelas2 agama...insyaALLAH akan dipertemukan seorang kawan yang sama2 berjuang untuk istiqomah dalam keinsafan ini...
teknologi: buka web yang baik2 jer...contoh macam salafus-sholih nyer blog, iluvislam, blog2 mualaf...klu kat fb tu, elakkan la tengok gambar2 'blue' tu...dan ingatlah akan 'bodyguard' yang ada dikiri kanan kita niy...imagine 'bodyguard'pegang rotan~
tu jer~heee~
Post a Comment