Monday, December 6, 2010

Alasan kebiasaan si pelaku dedah aurat

Posted by salafus-sholih at 10:19 PM

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

---------------------------------------------

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]


4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. [3]





Sumber:

[1] http://abuumair1.wordpress.com/2010/02/26/buat-apa-pakai-tudung-kalau-hati-tak-betul/

[2] http://latahzan00.blogspot.com/2010/07/alah-perempuan-pakai-tudung-pun.html

[3] http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=898&Itemid=72

69 comments on "Alasan kebiasaan si pelaku dedah aurat"

fezaL Mohd on December 7, 2010 at 2:11 AM said...

betul juga apa yg diperkatakan :)

TZ on December 7, 2010 at 6:32 AM said...

betul, itulah situasinya..
namun, papepun, sentuh hati mereka dulu ^_^

Anonymous said...

subhanallah.
Allah maha Mengetahui atas setiap apa yg diperintahkannya. :)

Umm Khadeejah on December 7, 2010 at 8:30 AM said...

tidak menyokong org tidak bertudung, tapi memang hidayah bertudung tu memang milik Allah. kalau kita terdidik begitu mungkin kita rasa biasa dan mudah sj bertudung, untuk mereka yang tidak terdidik begitu, itu nikmat Allah yang sangat-sangat besar.Boleh menasihati, menyampaikan dan doakan mereka lah.

Fariza_Hata on December 7, 2010 at 9:17 AM said...

nak share yea (^__^)

Insan Qerdhil said...

hukum Allah jangan diperlekehkan wahai kaum hawa tiada alasan untuk tidak menuruti perintah Allah dan Rasullullah saw

syazana on December 7, 2010 at 1:54 PM said...

saya suka baca blog ini.

Anonymous said...

setuju dengan jawapan yang diberikan...alangkah bagusnya jikalau mereka2 diluar sana (wanita tidak bertudung)tersentuh hatinya untuk menilai balik jawapan yang dikemukakan dan terbuka hati mereka untuk berubah...Sama2 lah kita doakan untuk kesejahteraan umat islam...tapi, kebanyakan yang saya kenal sepanjang hudup 22 tahun ini (Alhamdulillah), kebanyakan mereka sedar bahaya mereka sedang melanggar perintah Allah, namun langsung tidak timbul rasa bersalah dalam hati mereka...ada dengar pandangan dari ustaz2, hati mereka telah kotor...malah menyalahkan orang lain yang cuba memberitakan kebenaran..inilah masalah sebenar umat islam sekarang..peringatan ini juga untuk diri sendiri yang cuba untuk berhijrah ke arah yang lebih baik...May Allah bless me...

~lordok~

believer said...

perintah menutup aurat adalah untuk 'believers'...rasanya believers yg saya baca nie..ialah org2 mukmin...iaitu org Islam yg mengakui tiada tuhan selain Allah dan muhammad saw ialah pesuruhNya. Jadi jika kita rasa kita nie believers....so tutupla aurat seperti yg diperintahkan oleh Allah. Sama juga perintah ke atas lelaki menjaga matanya dari memandang kaum wanita.

believer said...

lagi satu...ajarla anak2 ttg ilmu tauhid dulu...ttg ALlah itu satu. Ttg kalimah syahadah...explain kan apa maksud kalimah tersebut. Baru la ajar anak2 ttg solat dan puasa. BArula mereka tau apa tujuan mereka solat dan puasa. Tauhid amat penting dlm Islam. SBb tu kita disuruh ajar anak2 solat dlm umur 7-10 tahun...bila umur 10 tahun baru kita boleh pukul itupun kalau ikut Nabi Muhammad saw pukul pun yg ringan2 je. Tanam ilmu tauhid ketika diperingkat awal lagi...supaya anak2 kita sayangkan Allah dan nabi saw. Setiap kali kita nampak perkara yg baik, kita puji Allah dan biar anak2 kita dgr..supaya mereka pun tahu. Then kita ajar solat,puasa...lps tu barula mereka nie akil baligh..kita suruh mereka tutup aurat.

wani eam on December 8, 2010 at 4:22 PM said...

minx izin share ye,terima kasih ;)

::FAIZ:: on December 8, 2010 at 5:15 PM said...

kadang2 ada yg pakai tudung sbb bf suruh je..hm....

Anonymous said...

bagus2

zulhusni said...

bagus2 artikel tuan. cuma saya nak berkongsi sikit. Pertama, saya melihat bahawa kebanyakan anak2 mudi kita kurangnya penghayatan agama. bukan mereka tak tahu bertudung itu wajib, tetapi tidak benar2 menghayati dan mengamalkan suruhan Allah. Contoh mudah, bila masuk ke sekolah atau kolej atau universiti, kita sudah dimaklumkan bahawa peraturan2 yang perlu diikuti. Masa nak exam, tak boleh meniru sebab takut kene gantung, tak boleh bergaduh sebab nanti kene buang, tak boleh tak datang kelas, nanti kene tahan exam dan sebagainya dan syarat atau peraturan yang paling kelaka tak boleh pakai baju bila mandi kat swimming pool mana2 hotel kat malaysia ni (yg ni bagi lelaki, siap dengan etika pakaian kalau nak turun mandi kat kolam -> sedihnya). buleh pulak ikut benda tu semua. sebab apa, bila salah kesan nya nampak di depan mata, dan ada orang yang akan marah atau masuk mahkamah dan seterusnya masok jail kalau salah. Tapi, cik2/puan2 sekalian isu tudung ni peraturan Allah. Dah jadi ahli yang beragama Islam, kenelah ikut.. memang lah tak nampak kesan hukuman Allah sekarang sebab Allah Maha Penyayang dan Pemurah. Tapi ingat, Allah Maha Pendendam. Semoga Allah swt ampuni dosa ibubapa, guru2 kita, adik beradik, saudara mara kita, saudara seislam, pejuang2 islam dan diri kita semua. sungguh tak mampu untuk masok ke neraka Mu Ya Allah.. Nauzubillahhiminzalik.. Wallahua'lam..

!.~@Dark Kurosaki@~.! on December 10, 2010 at 10:20 AM said...

bagus artikel ni...saya mohon untuk share didalam blog saya

Anonymous said...

Bertudung memang diwajibkan dan membuka aurat berdosa. Sifat dan perangai pula lain ceritanya. Jika seseorang itu berperangai buruk sekali pun disebabkan ia menutup aurat ia terlepas dosa dari membuka aurat

Anonymous said...

kenapa ek????? bila orang sebut aurat jer...terus tertumpu kt rambut? tudung? ...apakah aurat itu hanya pada rambut??????? macam mana dgn yg lain? apakah dgn hanya menutup rambut ,pakai tudung...bisa tertutup segala aurat yang ada?????

Anonymous said...

suke komen no.16. bagi saye lak, ibarat kite makan la. kata lah seseorang tu dipelawa makan walaupun die tak berapa lapar tapi kenyang tu die tetap dapat@rase walaupun makannye disuruh@dipaksa. same lah dengan bende lain termasuklah bab tutup aurat. sape la kite nak menilai keikhlasan seseorang tu. -n@z-

Anonymous said...

Zulhusni, Allah maha pendendam? dimana datangnya pendapat awak ni?

Anonymous said...

Zulhusni, Allah maha pendendam? dimana datangnya pendapat awak ni?

~ Mr Somebody ~ said...

nama Allah yg no berapa ek Maha Pendendam?
nak tahu juga

Anonymous said...

Question 2:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).

What is this. If u can answer that way, than i can answer this way:

okay first, let say that we have this situation:
A girl with tudung mengumpat mengutuk sana sini and girl without shawl yang jaga maruah tak mengumpat tak mengutuk.and girl without shawl datang give some advices such "jangan lah mengumpat tak elok dapat dosa free"
and if ever that girl with tudung says "alaah, tak tutup aurat nak nasihat orang"

BUKAN KE THAT GIRL WITH TUDUNG SEOLAH OLAH SEDANG MEMPERLEKEH INSAN YANG SDG MENTAATI PERINTAH ALLAH? DONT GET IT WRONG.BUKAN HANYA TUTUP AURAT PAHALA YANG DAPAT MENJAMIN KE SYURGA.

-jangan pandai letak dialog orang tak bertudung saja
-cuba masukkan skali dialog orang bertudung yg mengumpat
-cuba masukkan skali dialog orang tak bertudung yang menyeru kebaikan such as for sedekah amal jariah
-biar semua dapat compare
-kalau bertudung mengumpat, WILL their dosa be erased ?
-kalau tak bertudung, sedekah sana sini menyeru kbaikan, their pahala tak berkurang hasil dr sedekah kan?

-conclusion is, setiap org ada baik ada buruk. Biar Allah yang tentukan nak bagi extra dosa atau pahala untuk apa yg mereka dah buat in their life.

Anonymous said...

Betul betul.ini lah zaman sekarang,

nak bagi jawapan.nak compare.tapi kenapa letak bukti satu pihak saja(yg bertudung saja)?
mana dialog orang tak bertudung yang menyeru spy jgn mengumpat, bersedekah ?

yang pakai tudung, dosa buat fitnah sana sini pegangan tangan dgn lain jantina, Allah ampun ke kalau tiap2 hr buat fitnah? Tudung dapat lindung ke dosa tu?

yang tak pakai tudung , ajak sedekah puasa sunat tiap2 hari jgn fitnah orang, dapat je pahala kann? entah entah pahala2 tu dapat masukkan dia ke syurga.

YangKeliru.. said...

salam..tumpang bertanya..kat mane video2 yang diletak gambar orang tu ye..bkan ke dh ditutup gambar2 yang ditayangkan..harap respon..tq.

salafus-sholih on December 11, 2010 at 8:08 AM said...

Zulhusni: Saya paham pa yang saudara ingin sampaikan. Cuma mengenai Allah Maha Pendendam tu ada sedikit kekeliruan. Mungkin saudara nak katakan Allah Maha Penghukum?

Anonymous 17: Sudah dinyatakan di atas, juga tertumpu pada muslimah bertudung pendek, memakai pakaian sendat, dan juga kaum muslimin yang mendedah aurat.

Anonymous 22: Kita sedang berbincang mengenai isu aurat, maka tentulah tertumpu pada isu aurat sahaja. Jikalau nak masuk dialog mengumpat, menfitnah, mengeji dan sebagainya, kena buat thread baru la nampaknya. Sekiranya, si pengumpat ditegur oleh si pelaku dedah aurat memberi alasan seperti yang anda beri itu, maka kita tak akan terima juga. Sebab tu, sudah dinyatakan diatas, jangan membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Jika setiap kali kita ajak mematuhi hukum Allah, mereka asyik banding dengan si pengumpat, si pemfitnah, si pengeji dan lain2 lagi, maka punah la agama, menyebabkan hukum Allah takkan tertegak selamanya.

Anonymous 23: Saya tak pasti anda sama dgn orang di atas ke tidak. Kenapa pula perlu diletakkan dialog orang yang mengumpat? Bukan tajuk artikel ni 'Alasan si pengumpat'? Yela, insyallah... nanti kita buat thread pasal mengumpat pula.

YangKeliru: Saya masih tak paham. Tentang apa ya?

Lain-lain: Terima kasih bagi pandangan. Tak perlu minta izin utk share... saya pon kumpul rujukan lain juga =)

Anonymous said...

assalammualaikum.

mintak pendapat, macam mana pulak wanita yang pakai tudung mungkin sebab ibubapa yg suruh atau bak kata comment no:12, ada yang pakai tudung sebab boyfriend yang suruh, padahal tujuan utama menutup aurat adalah kerana perintah Allah SWT.

tidakkah sebab beliau menutup aurat itu telah terpesong? saya percaya ada wanita yg bertindak begitu.

apa pendapat anda?

salafus-sholih on December 11, 2010 at 9:19 AM said...

Jawapannya ada pada alasan no. 3. Contohnya, katakanlah dia menutup aurat tidak seberapa ikhlas, maka dia akan peroleh ganjaran sekadar keikhlasan yg ditentukan Allah. Walaupon mereka tidak ikhlas, at least tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahir. Dan mereka juga dapat mengelak dari percambahan dosa yang menjadi penyebab laki2 menjadi ghairah melihat aurat wanita.

Anonymous said...

Bole x salafus sholih buat n3 pasal tudung dan fesyen? skrg ni ramai yg kai tudung sbb ikut fesyen..Ramai jge yg buke akaun fb jual tudung2 pendek =P

Anonymous said...

Haah la.. Salafus Sholih kalo bertudung Sebb ikut fesyen lak cmner ye?

khalil said...

salam..

sya setuju ngan believer.

awwaluddin makrifatullah...awal agama ialah dgn mengenal Allah.

mcm mana nak memakai tudung, kalau masih belum kenal siapa Allah?

jadi, kena kenal Allah dulu, then bila dah knal, dgn sendirinya kita akan taat pada Allah;)

cantik kan islam?

Anonymous said...

Anonymous 22..knape xmasukkan skali semua yg Allah telah larang trus?apesal mengumpat ngan tudung je?mgkin kena makan masa lama kan..satu2 laaaa..

Hotneuzs on December 12, 2010 at 10:15 AM said...

sebab tu allah letak tanggungjawab lelaki kepada beberapa perempuan dalam hidupnya yg akan dipersoal kelak di akhirat allah...jaga ibunya,jaga adik perempuannya, jaga kakaknya, jaga isterinya, jaga sedara perempuan yg lainnya...kalaulah lelaki ini cukup tegas tentang aurat terhadap perempuan2 ini setiap kali mereka melangkah kaki keluar dari rumah, sy yakin 90% masalah aurat ummat islam akan selesai...kerana itu allah lebihkan kuasa di tangan lelaki, kudrat & karisma di tangan lelaki, kerana mereka mempunyai kelebihan yg lebih berbanding kaum hawa...termasuk pertanggungjawaban ini juga adalah kelebihan lelaki..allah maha mengetahui, sy yakin jika seorang semua bapa memasukkan roh islam kepada anak perempuannya dari bayi lagi &putus usahanya selagi anak perempuan itu belum berkahwin, tak perlu jadi papadom punya cerita ikut anak perempuan ke lubang cacing kerana risau tak tau jaga diri, ROh islam itu sendiri akan menjaganya dari segala yg haram...wallahua'alam..

Anonymous said...

macam mane nak tegur org yg pakai tudung...tp masih tak ckp syarat...contohnya tudung tak ttp dada...pakaian ketat?

hamba Allah on December 14, 2010 at 8:09 PM said...

assalamualaikum...

sudah ternyata yg tak tutup aurat..akan dapat dosa kerana tidak menutup aurat..walaupun dikatakan tidak tinggal solat atau tidak berbuat kejahatan yg lain....maka dosa yg di terima kerana tidak menutup aurat tetapi juga memperolehi pahala kerana melakukan solat dan kebaikan yg lain....

begitu juga yg menutup aurat..jika ada yg mengumpat atau berlaku kejahatan..maka akan mendapat dosa mengumpat dan kejahatan yg dilakukan tetapi dosa menutup aurat terselamat..

maksud saya..setiap yg kita lakukan akan mendapat pahala atau dosa setimpal dgn perbuatan kita....sebaiknya berusaha menuju ke arah yg mendatangkan kebaikan dan mendapat pahala bukannya memberi alasan seperti yg di nyatakan di atas....alasan tidak menyelesaikan masalah..

masalah sebenar yg berlaku kerana kurangnya pemahaman mengenai iman dan takwa...sekiranya mempunyai keimanan dan ketakwaan maka masalah aurat ini amat mudah untuk di selesaikan...

wallahulam...

Anonymous said...

thanx for the info

Anonymous said...

Salam.

Saya seorang Islam. Tetapi saya tidak bertudung. I bu sy sendiri tidak memakai tudung. Tolak soal diri saya.

Saudari penulis lelaki ya ?

Mmg menutup aurat adalah wajib. Sy sendiri rasa berdosa.

Tapi kadangkala saudara, menutup aurat terutamanya bertudung mmg memerlu kan masa. Dari sudut pandangan saudara atau wanita yg di ajar bertudung dr kecil oleh keluarga untuk menutup aurat, tentu ia semudah ABC. tapi bagaimana dgn perempuan yg tidak pernah di ajar atau disuruh oleh ibu atau bapa sendiri ? Memang menutup aurat adalah sesuatau yg sukar bagi nya. Memakai tudung memang memerlu kan hidayah terutama nya org2 yg saya nyata kan tadi.

Cuma pendapat dan luahan rasa.

Doakan sy kuat dan peroleh hidayah-Nya Aminn

Anonymous said...

HIDAYAH? hidayah x datang bergolek saudari, saudari kena cari. hidayah ni macam makanan. kalau saudari lapar, saudari tunggu org datang suap saudari ke? atau saudari berdoa semoga makanan turun dari langit? x kan, mesti saudari pegi kedai atau masak. macam tu jugak dengan hidayah nak dapat hidayah ni kita kena BERUSAHA. bukn cakap je atau tunggu hidayah tu. mmg x kan datang la. CARI hidayah tu. wallahualam sekadar pndapat saya sahaja

salafus-sholih on December 15, 2010 at 11:46 PM said...

Anonymous 36: Alhamdulillah... saudari ada kesedaran dan pengetahuan akan penutupan aurat adalah wajib. Bayangkan org2 yg di luar sana, yg jahil tidak mengetahui kewajipan menutup aurat akibat keterbatasan penyampaian ilmu? Semoga Allah mengampun mereka. Jadi saudari seharusnya bersyukur dan beramal berdasarkan pengetahuan saudari peroleh itu. Ya, berusahalah cari hidayah, bukan sekadar menunggu seperti dikatakan anonymous 37.

Anonymous said...

hmm sebijik macam alasan2 artis islam MODEN. nk tunggu kawin dulu lah, tunggu sampai seru dululah.. nk tngu apa lagi? tunggu 'seruan' sangkakala ke kakak2 ku sekalian?

fifymeow on December 22, 2010 at 2:48 PM said...

salam. sy link kt blog sy.

Anonymous said...

thanks for this entry

ash_mza on December 22, 2010 at 7:19 PM said...

thanks 4 d info=)

yang wajib ttp wajib. hidayah perlu di cari bukan dinanti.

Anonymous said...

sy stuju yg 37 ckp 2..
tp berdoa juga usaha utk hidayah nih...
mcm2 kite bleyh lakukan utk dpt hidayah ini.
cuma alasan jer yg membantutkan....
wallahualam

Anonymous said...

salam semua. saya seorang perempuan yg sebelum ini tidak bertudung. tp sekarang alhamdullilah, saya dah bertudung. Syukur ke atas rahmat-Nya yang memberikan Hidayah ni. Benar sahabat sekalian, Hidayah itu perlu dicari. Janganlah pertikaikan hukum Islam yang sudah wajib tercatat dalam Al-Quran. Kita tidak boleh membandingkan dosa tidak menutup aurat dengan dosa-dosa yang lain keran setiap apa yang dikerjakan di dunia ada ganjaran pahala atau dosanya di akhirat kelak.Tips yg saya boleh kongsikan di sini, banyaklah membaca tentang pembalasan di negeri akhirat kelak. Na'uzubillah.. takutnya kita akan azab Allah. Hayati dan bayangkanlah dgn bersungguh2 kalian sedang berenang dalam lautan api meminta dikembalikan di dunia. Tp malangnya tangisan dan rintihan itu sudah tak berguna lagi.Takutlah dengan azab Allah yang pasti. Malaikat maut tidak ada istilah "sekejap la. aku tak bertaubat lagi ni". Kembalilah ke jalan Allah. Carilah bekalan dan persiapkan lah diri kita. Dunia sudah semakin uzur. Kita sudah semakin sampai di penghujungnya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 mukmin yg Allah redhai dan mendapat nikmat Jannah Allah. Wallahualam.Salam.

ameerah said...

smga Allah mmbuka hati mereka utk kmbli ke jln yg diredhainya..dn mntpkn dr kita utk sntiasa bertaqwa kpdnya...insyaAllah..Amin

Anonymous said...

Credit untuk penulis. saya sokong berkenaan Hidayah, ia tidak akan datang jika kita tidak mendekatinya. Jika nk tunggu ia datang baik lepak clubbing. Post ini merupakan salah satu jalan mendekatkn diri kita dgn hidayahNYA, maka ambillah pengajaran dan manfaat darinya kerana apabila anda berada disini anda semakin hampir meningkatkn keimanan da ketaqwaan diri maka bertudunglah. ingat azab Allah swt rambut2 kamu akan digantung dan dibakar di neraka kelak. wallahualam.

P/S : Menutup aurat adalah Wajib dan dah tentu2 berdosa jika tidak melaksanaknnya, berbanding mengutuk mengumpat selagi tidak mendatangkan keburukan dan keaiban org lain maka diharuskan demi kebaikan bersama.

Anonymous said...

sy ad kawan...bertudung labuh...persepsi org...mesti budak baik..hmmm...ntah lar...Allah shj y tahu...
pernah minx maaf ngan dy pasal bende that cn be classified as remeh-cos dy pun wat cam 2 gak kat sy-...tp langsung x pandang muka saya n x cakap2 ap2 pun...terase hina n malu...biaq pi lar...urusan dy ngan Allah...
so skang neh...sy x pandang sume perempuan bertudung labuh as baik...

shams on January 8, 2011 at 8:33 PM said...

ibarat langgar traffic light warna merah...

AJIE on January 9, 2011 at 8:43 PM said...

share ye.thankx!
:)

Anonymous said...

salam..macam ni..bagi ana,kalau kita nak wat perubahan ke arah kebaikan,kita jangan anggap kita akn jadi hipokrit.tapi anggaplah itu satu usaha untuk berubah.mungkin mula2 kita "hipokrit" dan wat secara terpaksa dan berat hati atau tidak ikhlas,tapi setelah kita sering melakukan dan sudah terbiasa,insyaAllah secara automatik kita akan melakukannya dan insyaAllah kita tidak lagi wat secara terpaksa dan berat hati..dan ana yakin kita dapat mengikhlaskan hati kita..insyaAllah..=)

Anonymous said...

Sy br bertudung, Alhamdulillah, syukur kpdNya. Masa bljr langsung xterpikir, pernah dibgtau satu rambut terdedah 70 thn di neraka, rasa takut tp lepas tu lupa. Bila kerja rasa muda lagi, lagipun org bukan islam xsuka sgt org bertudung, lagipun sy rasa muka sy mcm makcik2 bila bertudung. Bila diberhentikan kerja, mula sedar sket bila org2 terdekat meninggal dunia. Sedar lagi bila bc buku2 agama yg sudah lama jd hiasan & dgr ceramah dimedia. Membaca terjemahan Al-Quran jg byk menyedarkan sy ttg dosa2 sy. Sy juga cuba mendekatkan diri dgn Allah krn selama ini mengalami gangguan tanpa disedari. Tersentak bila terbaca kalau xtutup aurat xdpt mencium bau syurga, juga akan menarik org yg dipertanggungjawabkan menjaga kita turut sama ke neraka. Sy nk syurga & xmau suami turut berdosa masuk neraka akibat sy. Sy berharap Allah mengampunkan dosa bapa dan arwah ibu kerana sy dulu tidak memakai tudung.

Sy tidaklah sempurna, tp bila difikir2kan, ramai membuka tudung bila di rumah bersama ipar duai lelaki terutama bila ada kenduri kendara. Ramai juga lupa bahagian kaki sedangkan kain dipakai tidak labuh menutupi kaki dan tidak pula memakai stokin. Ia spt perkara biasa dlm masyarakat kita.

Anonymous said...

saudara mengatakan entry tersebut ditujukan termasuk sekali utuk mereka yang bertudung sendat, tidak menutup dada.. tetapi apabila saya membaca entry tersebut.berulang kali. entry itu lebih kepada mereka yang tidak bertudung. saya dengan rendah diri nya sangat mengakui apa yang saudara suara kan di dalam entry tersebut. tetapi saya juga amat berharap saudara yang bijak pandai serta mempunyai kelulusan dalam tafsir and menganalisa al quran serta sunnah, hadis, ijma dan qiyas tokoh tokoh terlibat, untuk menjawab soalan-soalan yang lain.
sebagai orang yang tergolong dalam golongan tersebut, saudara dilihat gagal untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan orang lain tentang hukum mereka yang bertudung tetapi tidak bersifat sebagai sepatut nya. seperti berbonggol di kepala nya, bertelanjang tetapi berpakaian..
oleh itu, saya mohon supaya kebijaksanaan saudara yang dipinjam kan dari Allah itu untuk digunakan dengan sebaik yang mungkin.

fikrah islamiah on January 15, 2011 at 3:56 PM said...

Tahniah menarik pendedahan itu. Realiti inilah yang perlu kita basmikan.

Anonymous said...

izin share-amani,mansoura egypt-

Anonymous said...

question 22 totally pawn this double standard entry...

Anonymous said...

orang sekarang ni cetek ilmu agama. tiada ilmu macam mana nak mengamalkan. carilah ilmu utk kita semua kembali ke sunnatullah. Subhannallah.

ein ziin on January 17, 2011 at 7:26 PM said...

adakalanya kesalahan mebuatkan orang itu membaiki diri...
tak pernah bersalah itu "sombong diri"!
Itulah kesilapan yang tidak disedari...

yang wajib tetap wajib...astaghfirrullah....

Anonymous said...

tertarik dgn tulisan 51....
memakai tudng atas dada,sendat,x memakai stokin,
x memakai tudung dgn ipar duai sperti mnjadi kebiassan bg org kiter....
tp hamba ader terperasaan satu lg kes yg ramai x perasaan...cth situasi nyer...
ali ke rumah abu...
dlm rumah ader keluarga abu...
ali memberi hormat dgn memberi salam,bersalam dgn ahli keluarga abu..
tetapi raser bersalah utk menyalami ibu abu..
x salam nnt aper kater family abu,salam bukan muhrim..
hamba byk melihat dan mengalami situasi begini..
kesimpulannyer..
walaupun bersalam dgn org yg lebih tua dari kter..
tp berlainan jantina
tetap haram
melainkan pangkat datuk nenek maybe bleyh dimaaf kan
ini sudah menjadi kebiassan dlm masyarakat kiter..
wallahualam

Anonymous said...

Akum

Anonymous said...

slm..
kpd mrka yg msh blum brtdung..brusahalah mncari hidayahNya agr dibukakan pn2 hati kalian untuk mngikut apa yg tlh disyariatkn dlm Islam..& kpd mreka yg tlh brtdung..thniah...nmun..jgn prnah ptus untk trus mmbaiki dri agr brjaya mnjd muslimah yg briman kpd stiap printahNya & brtaqwa kpdNya..
wasalam...

kin nikiyhsa said...

assalamualaikum....
mohon share kat fb...
syukra....

lia berbicara on April 7, 2011 at 9:57 AM said...

menutup aurat itu wajib...sebagai seorg wanita,nikmat tubuh bdn kt adalah utk seorg suami yg sah merasainya...jg la aurat n segala nikmat yg ade di tubuh bdn kt dgn sebaik nya...insyaAllah,syurga menanti wanita2 yg solehah...

Anonymous said...

amat risau apabila ramai antara wanita diluar sana masih memepersoalkn lg keWAJIBan bertudung...
mereka mmpersendakn agama Islam dan hukum Allah SWT..sedangkn diri sendiri masih jahil ! nauzubillah..~

Anonymous said...

assalamualaikum. thumbs up for this article. mohon share untuk kawan2 usrah saya boleh tak? insyaallah.

Blue Salvia on September 25, 2011 at 4:46 PM said...

Assalamualaikum..
di sini, ingin saya berkongsi pendapat.
Kepada gadis2 di luar sana, apabila anda bertudung, anda akan dapat merasai nikmat yang belum pernah anda rasai... memang, ramai yang ckap, panas la.. berpeluh, x selesa... tapi, hakikatnya, kepanasan yang dirasai itu, terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan kepanasan azab Allah....
Memakai tudung, akan membuatkan kita lebih menghargai apa yang kita ada...
Saya setuju dengan Anynomous 44

manusia akan mati bila-bila masa mengikut ketetapannya...
oleh itu,wanita di luar sana, banyakkan membaca... Menjadi seorang wanita, banyak kelebihannya yang tersendiri..
menjadi hamba Allah pun dah memberi kita kelebihan.. akal, tubuh badan, roh... Fikirkanlah, sebab kenapa anda berada di dunia ini sebagai manusia?? Kenap bukan sebagai rumput, pokok dan lain2??
kerana kehendakNya kan? Di buminya ini, untuk apa kita dijadikan di bumi ini??
ya, Allah mahu hamba2Nya mentaati perintahnya, Allah mahu hambaNya sedar dan tahu akan KebesaranNya..
kenapa kita diberikan akal?? Ya, Allah mahu kita memikirkan KebesaranNya,KekuasaanNya dan seterusnya dapat berkongsi dengan saudara seagama.. Ilmu Allah itu MAHA Luas... Kerana itu juga kita diberikan akal.. teknologi hari ini apalah sangat jika nk dibandingkan ilmu yang menjadi RahsiaNya...
Tubuh badan?? Allah mahu dengan tubuh badan yang dianugerahkanNya kepada kita, kita beramal di jalanNya... Kita sama-sama menyebarkan kebaikan di kalangan manusia.. Bekerja mencari rezeki untuk keluarga.. turut merupakan jihad di jalanNya.. Untuk belajar dan banyak lagi....
Kenapa ada yang tidak sempurna tubuh badannya? Manusia itu kadang2 terlupa.. terlupa untuk bersyukur... maka perlu diingatkan... agar kita yang sempurna tubuh badan ini mensyukuri nikmatnya... Astaghfirullahhal'azim...

Sama-samalah kita mencari dan mohon berada di jalanNya yang lurus.....

Insya-Allah, kita terhindar dari azab Allah....
Wallhualam...

Blue Salvia on September 25, 2011 at 5:07 PM said...

http://www.youtube.com/watch?v=dTkl0f8usV0&feature=colike


http://www.youtube.com/watch?v=JKvKlUON4F4&feature=colike

Anonymous said...

sayang... ramai yang hanyut kat luar tuh... bkn sekadar bukak aurat tp melebih lagi... saya asal dari persekitaran yang elok dan terjaga n saya bersyukur sangat... selama ni tgk kat paper n media shj ....bila saya masuk university bru saya nmpk rupa2ny akhlak org islam di malaysia ni dah macam telur dihujung tanduk.. sebak ati bila sy dah sedar kenyataan kt di malaysia hari ini..

Anonymous said...

Salam.. sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pendapat.
Syukur Alhamdulillah..saya baru sahaja bertudung.. kenapa? saya 'cari' dan saya 'dapat'. sebelum ini saya seorang yg terlalu mengikut trend semasa, nak pakai baju lawa2,style.kdg2 rasa seronok bila org puji penampilan saya.suka, lama2 timbul rasa riak tanpa kita sedari.saya mengaku dulu saya agak sexy. tp bila terpandang org yg bertudung/menutup aurat, timbul rasa malu. mmg ada perasaan nak berubah, tp saya takut dgn penerimaan org. saya tkt sebab saya tak confident.stupid!
last month my uncle passed away. kami sefamily berada disisi arwah semasa dia menghembuskan nafas terakhir. Ya Allah, itulah pertama kali saya melihat org menghadapi sakaratul maut didepan mata... saya nampak arwah uncle saya seolah2 menangis. semasa saat2 akhir, mulutnya masih menyebut2 kalimah Allah. timbul kesedaran dlm diri saya, adakah semasa sy meninggal nanti saya mampu menyebut kalimah Allah dgn betul? sakit nya sakaratul maut.. melihat jenazah dikafankan, membuat sy terfkir, kita suka,kita bangga dpt beli baju baru,cantik,stylo.tapi.. bila kita mati, hanya kain putih..itu pun tak berjahit.Demi Allah, saya takut.
dear friends,
if people ask u bila lagi nak pakai tudung, just smile and say InsyaAllah.. u don have to say, belum sampai seru or whatsoever.or nak bandingkan dgn org yg bertudung tp perangai tak elok,U DONT HAVE TO.honestly, mula2 saya agak ragu dan takut.mcm2 dugaan yg kta dpt sekiranya kta nak berubah ke arah kebaikan.. jadi besabarlah.. even ada org ckp tak berape cantik, just IGNORE :)

"Be more concerned with what ALLAH thinks about you, than what people think about you. Our goal in this dunya is to please ALLAH not people"

Assalammualaikum...
p/s; sorry panjang sgt..heee (^_^)

Anonymous said...

salafus-sholih, LU CAKAP SEMUA BETUL. GUA SOKONG. GUA BUKAN BAIK SANGAT, DOSA SUDA BERBAKUL2. TAPI GUA AGREE SETIAP APA YANG ALLAH PERINTAHKAN. PERINTAH ALLAH TAK PERLU LA MAKHLOK2 (YANG BANYAK ALASAN) NI PERSOAL. ADA JE YANG TAK KENA NAK PERTIKAI SOAL MENUTUP AURAT CONTOHNYA TUDUNG. ITU SUDAH MENJADI HUKUM YANG TERCATAT DALAM AL QURAN. PERSOAL SANA SINI, KAITAN SANA SINI. NANTI KELAK LU SEMUA (MAKHLOK2 BANYAK SOAL PERINTAH TUHAN) KASI JAWAB SAMA TUHAN. TAK PA BRO, LU TERUSKAN BERDAKWAH. YANG PENTING MANUSIA TAK SEMPURNA.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates