Saturday, December 4, 2010

Kalimah Allah di mana-mana?

Posted by salafus-sholih at 10:44 AM
Apakah yang mula-mula terlintas di fikiran anda apabila melihat gambar di atas? Kepulan-kepulan awan di langit? Sinaran cahaya matahari di sebalik awan? Tidak, tentu majoriti membayangkan melebihi perkara tersebut! Ya, kalimah Allah yang biasa kita lihat dan dengar semenjak dulu lagi. Kalimah yang dikatakan boleh terbentuk di langit, malah ramai juga telah terjumpa di celah-celah dahan pokok, kulit ikan, potongan timun, atas lautan malah juga di sebalik telinga bayi.

Pertamanya kita di sini langsung tidak ingin mempertikaikan kekuasaanNya. Allah maha kuasa lagi berupaya mencipta, membentuk dan mengubah sebarang objek di langit mahupun bumi yang dikehendakiNya. Tetapi apabila gambar-gambar sedemikian rupa disebarkan tanpa batasan di kalangan kita umat islam yang terlampau taksub dan obses, maka itulah yang kita ingin difokuskan di sini.


Kesahihan dan Imaginasi terlampau tinggi

Akibat terlampau takjub dalam melihat gambar sedemikian rupa, pernahkah anda terfikir apakah benar kalimah-kalimah yang terbentuk dalam gambar tersebut? “Eh, bukankah telah terbukti di atas gambar tersebut?” Ya, benar tetapi bagaimana pula dengan di sebalik bukti bergambar tersebut? Misalnya, kalimah Allah terjumpa terukit di atas kulit pokok, siapakah yang dapat menjamin tiada siapa yang telah mencoret kalimah-kalimah tersebut sebelum ini? Okey, lupakan yang itu. Dengan zaman serba moden ini, percayakah anda bahawa setiap gambar boleh diedit menggunakan photoshop untuk menyerupai bentuk apa-apa yang disukai? Persoalan-persoalan ini patut kita fikirkan bersama.

Sekiranya anda telah yakin bahawa tiada unsur tokok tambah dan gambar tersebut adalah benar tanpa sebarang editan, maka tahniah anda berjaya melepasi satu peringkat. Tetapi agak malang sekali apabila melihat kebanyakan gambar-gambar yang tersebar meluas, hanyalah mengikut imaginasi individu yang melihatnya. Kadang-kadang kita sendiri tidak mampu mengangak di mana kalimah tersebut tetapi hanya individu tersebut sahaja yang mampu membayanginya. Ini apa yang dipanggil orang sebagai mereka berimaginasi tinggi, terlampau kreatif mencorak apa-apa yang difikirnya. Apabila ternampak sedikit lengkungan sedikit bebelit, nah kalimah Allah! Percayakah anda peta dunia kita pun hendak disamakan dengan kalimah Muhammad juga. Memang cukup berimaginasi tinggi.


Memakan diri

Sebenarnya isu pertikaian kesahihan mahupun imaginasi yang terlampau tinggi itu bukanlah suatu perkara yang ingin dibincangkan sangat. Kita sedar bahawa tujuan penyebaran gambar-gambar sedemikian bertujuan baik malah juga sedikit banyak dapat membangkitkan rasa rendah diri dengan kebesaran Allah. Namun disebalik sifat ketaksuban yang melampau tersebut mendatangkan kebimbangan dan silap-silap memakan diri kita sendiri sebagai umat Islam.

Masih ramai tak sedar, sebuah gambar pokok-pokok membentuk kalimah syahadah yang seringkali kita jaja untuk membuktikan kebenaran Islam sebenarnya adalah palsu sama sekali. Gambar asalnya hanyalah sebuah potret lukisan seorang pelukis Mesir, tetapi apabila tersebar melalui orang perseorangan, melalui medium ke medium, maka kisah asalnya bertukar menjadi kisah yang cukup masyur sekali, “Pokok-pokok di ladang Jerman membentuk kalimah syahadah”.

Apabila kita terlampau asyik mencari kalimah-kalimah agung ini dimerata-rata ceruk dunia, mereka yang bukan beragama islam telah lama melakukannya. Tidak perasankah anda akan perihal satu video yang cukup tersebar meluas di Youtube, mengenai masyarakat di barat yang menemui sisa-sisa ketulan awan membentuk lambang salib? Adakah dengan penemuan mereka itu membuktikan kebenaran agama mereka? Sama-sama lah kita renungkan.



Untuk orang berfikir

Kita sebenarnya tidak memerlukan ukiran-ukiran ‘kalimah Allah’ tersebut untuk membuktikan keimanan kita kepadaNya. Begitu luas dan banyaknya ciptaan Allah, apalah sangat yang dapat dilihat dengan perkara-perkara "kecil" ini. Apalah sangat kalimah-kalimah Allah yang ada itu berbanding dengan seluruh penciptaan Allah yang lain di sisiNya. Inilah hakikat manusia sekarang, merasakan kekuasaan Allah hanya wujud apabila fenomena-fenomena "ganjil" seperti ini berlaku.

Apabila awan membentuk seperti kalimah Allah, apabila terdapat kalimah Allah pada tumbuhan-tumbuhan, apabila pokok kelihatan seperti orang yang sedang rukuk, dan banyak lagi, maka pada saat itu sahajalah mereka berasa takjub akan kekuasaan Allah. Mengapa kita tidak melihat pada ciptaan-ciptaanNya yang jauh lebih hebat? Kita lihatlah kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam, kejadian banjir, tsunami, taufan, dan gempa bumi malah pusingan orbit-orbit planet dan bintang yang cukup sempurna sekali. Tidakkah ini kebesaran Allah yang patut kita kagumi? Namun tidak semua yang mampu melihat melainkan orang-orang yang berfikir.


Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. (Al Hijr, 15:75)


Akhir sekali, marilah kita menghayati kisah yang diceritakan oleh saudara baru kita, Ruben Abu Bakr dalam tercari-cari tanda-tanda kebesaranNya. Juga renung-renungkanlah lirik lagu yang terselit bersama dan semoga kita semua dapat menjadi orang yang sentiasa berfikir. Wassalam




17 comments on "Kalimah Allah di mana-mana?"

Mimi on December 4, 2010 at 11:24 AM said...

"Kita sebenarnya tidak memerlukan ukiran-ukiran ‘kalimah Allah’ tersebut untuk membuktikan keimanan kita kepadaNya"

saya sgt brsetuju dgn kenyataan saudara! lihat saja peristiwa pengislaman saudara Ruben kita.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. (Al Hijr, 15:75)

Nurin Farhanah on December 4, 2010 at 12:03 PM said...

betul...
kalau kita kaji, walhal proses pembaikan luka pun sudah cukup membuktikan kehebatan Allah..

jangan sempitkan fikiran

Anis izyan Abd Rahman on December 4, 2010 at 2:39 PM said...

terime kasih kerana sy sudah lama berfikir tentang ini~
berfikir tentang kasut crocs yg bertulisan Allah
jubin lantai dan sbagainya..
bg sy juga itu imiginasi dan bergantung pada niat masing2 sebenarnya~~

Anonymous said...

assalamualaikum....betul!!nice post and very useful!!

::FAIZ:: on December 4, 2010 at 7:20 PM said...

Allah Maha Besar

Anonymous said...

alhamdulillah

Anonymous said...

Tu la..jgn t'lalu cpt percaya bnda2 yg wlupun menjurus ke arah islam,tetapi kita kena pikir...mgkn ada org yg mempunyai niat jht...cthnya gmbr syaitan dlm gua dan batu t'apung adlh palsu...tujuannya senang shj,org2 ini(musuh islam) mahu "PAMERKAN" komen2 bodoh kita dlm youtube kpd org ramai supaya org islam itu dilihat sbg bangsa yg mudah ditipu,tak berilmu dan p'caya kpd bnda khurafat(sesetghnya)..apa2pun mmg org yg punyai ilmu agama yg TINGGI shj dpt membezakan seswatu ilmu samada benar @ palsu...igtlah..fitnah plg besar dlm sejarah manusia/dunia adlh fitnah dr Dajjal...hnya org yg b'iman mampu menepis fitnah Dajal dan org2 yg tidak beriman akn terpesong akidahnya oleh si Dajal.

Anonymous said...

Sesungguhnya pd alam itu t'dpt tnda kekuasaan Allah bt mereka yg berfikir..
Mksud yg amat mendlm sekali...
Mgkn dgn berkata liht pd p'tukaran siang & mlm tidak cukup bt mereka yg t'lalu berpegang pd ilmu logik sains/jahil ilmu..
Mgkn anda blh gunakan ini...b'imaginasi semasa anda involve dgn alam...sy prnh m'dgr ttg: anggaplah seolah2 solatmu ini adlh yg terakhir,seolah2 kamu solat diatas siratulmustaqim..cth imaginasi ialah:
1) semasa berada gunung/jmbatan yg tinggi dgn cuba bygkan anda solat...solat yg sempurna jk slh anda akn masuk ke dlm jurang(neraka)
2) Lihatlah ketinggian langit itu ibarat besarnya pintu2 syurga yg lutsinar itu..tidkkah anda takjub melihat pintunya shj sudh luas,apalg isinya?
3) Lihatlah kubur..

manusia mmg memerlukan keajaiban utk b'iman kpd Allah...sb tu umat Rasullullah ni istimewa dibndingkan dgn umat dulu...krn mereka xsprt umt dahulu yg perlu MELIHAT DAHULU bukti kekuasaan/kebenaran sblm blh b'iman kpd Allah..sekadar b'bngga berada dlm jln yg betul shj tidak cukup jk tidak m'amalkan cara hdup islam...yg bkn islam semakin ramai memeluk islam krn terpikat dgn keajaiban kebenaran al-Quran & keajaiban hdup...tetapi yg islamnya semakin jauh dan perlukan keajaiban utk b'iman...sedangkn bencana alam sprt di Indonesia,Tsunami,Gempa bumi,Gunung Merapi yg b'laku tidak cukup membuatkn kita sedar dan asik mengatakan ia semata2 bencana alam..
Apalg keajaiban yg kita perlukan?Duit yg melimpah hngga menjadikan kita jutawan lupa akhirat @ ajal?

thcoxea on December 7, 2010 at 10:50 AM said...
This comment has been removed by the author.
thcoxea on December 7, 2010 at 10:55 AM said...

1st of all, thanks for this issues..
coz ianya adalah persoalan yang penting dalam penelitian.

sesungguhnya kebesaran Allah itu sendiri berada dalam setiap manusia cuma kita sahaja tiadak sedar contohnya: tangan / tapak tangan...Allah telah memberi tanda kebesaranya. Iaitu setiap belahan sendi tangan itu kita gunakan untuk berzikir yang setiap tangan mempunyai 20 belahan sendi. jalur tapak tangan kedua2 yang menandakan 99 nama Allah. Dan kuku pula peringatan Allah bahawa tanda manusia ~ Ketika manusia di syurga (Adam & Hawa), Allah memberikan kelebihan cahaya dan keindahan diri pada manusia sebaik-baik ciptaan. Apabila Adam dan Hawa memakan Kuldi. Allah mencampakkan Adam & Hawa kebumi dan menarik balik keindahan cahaya tubuh badan kecuali KUKU kerana supaya manusia perlu ingat bahawa manusia perlu kembali ke syurga di akhirat kelak dan bukan menjadi penghuni neraka.

Begitu juga dengan organ2 yang Allah ciptakan setiap satunya sudah cukup untuk kita beriman, apatah lagi dengan kejadian alam semesta ciptaan-Nya mempunyai unsur matematik dan sains hebat yang tersusun atur dengan ilmiah yang sememangnya pasti bukan satu kebetulan dan tiba-tiba.

Sebagai hamba-Nya kita perlu mengkaji untuk mendekatkan diri dengan pencipta-Nya. menilai dan mensyukuri dengan suruhan-Nya.

Anonymous said...

Apabila kita terlampau asyik mencari kalimah-kalimah agung ini dimerata-rata ceruk dunia, mereka yang bukan beragama islam telah lama melakukannya. Tidak perasankah anda akan perihal satu video yang cukup tersebar meluas di Youtube, mengenai masyarakat di barat yang menemui sisa-sisa ketulan awan membentuk lambang salib? Adakah dengan penemuan mereka itu membuktikan kebenaran agama mereka?

Saya setuju apa yg ditulis oleh penulis.

.. on December 30, 2010 at 3:14 PM said...

salam 'alaik.

kesimpulan.

carilah Dia dlm hatimu.

wallahua'lam.

p/s: kita hanya hamba. namun, kita gagal mngenal erti hamba.

Anonymous said...

nak share kt fb blh tak??

Anonymous said...

apakah kejadian spt banjir,gmpa bumi, tsunami hsil dari pencipataan allah y terhebat@hasil dr tgn2 manusia y merosakkn cptaan2 allah?klu gnung berapi n taufan sy xtaw la cmna pla wallhuallam sy akui pd zman2 nabi y terdahulu hnya org y ingkar dan jahil y x mnerima apa y nabi smpikn kpd mereka adalah utusan dr allah sja y mndapat bala bncana, tp bla tgk kjadian spt tu skrg ni byk melibatkn nyawa y tkorban y blm tntu dia bdosa atau tidak wallahuaallam, cba korg fkr adakah allah x pnya belas kasihan menimpakn bncana tu pd org2 y x pnya dosa? jd sy fkr tntu ada tgn2 y cba mrosakkn alam ini wallahualam...

Anonymous said...

bagaimana dgn mimpi melihat kalimah allah dilangit...saya telah bermimpi perkara yg sama sebanyak 2x...semuga ini semua bukan tipu daya syaitan..ada sesiapa yang dpt mentafsirkannya?

Anonymous said...

bagaimana pulak org yg tdk pernah terfikr akan terjumpa kalimah allah jauh sekali utuk berimiginasi seperti saya tak terfikir akan jumpa kalimah allah di kulit telur...

mamat on September 6, 2014 at 9:50 AM said...

serupa juga dgn dajjal..bahawa ramai orang mengatakan dajjal berbentuk mahluk yg besar yg mempunyai mata satu tingginya mencecah langit dan lautan dalam hanya separas buku lalinya..sejauh mana kebenaranya?disini sy ingin menjelaskan bahawa dajjal yg dikatakan mempunyai bermata 1 adalah,mari kita lihat zaman moden sekarang begitu tinggi teknologi manusia sehingga apa jenis fitnah dlm beberapa saat shj manusia boleh dapat maklumat seperti internet..berjuta orang hanya melihat benda yg satu itu..adakah anda perasan..yg dikatakan pula dajjal tingginya mencecah langit iaitu kita telah mencipta menara2 yg paling tinggi hingga mencecah langit..dan dikatakan pula lautan hanya paras buku lalinya ialah manusia telah pun menjelajah di dasar lautan..jadi kesimpulan disini semua perbuatan manusia..wallahualam...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates