Sunday, April 3, 2011

Tarian poco-poco: Antara haram dan harus

Posted by salafus-sholih at 1:52 PM
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya mengatakan tarian poco-poco adalah haram atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian [1].

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu kenyataan pula
mengatakan tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan [2]. Pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pula hampir senada dengan bekas Mufti Perlis tersebut dengan mengatakan tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara. [3]




Ulasan


Saya ingin memberi sedikit ulasan tentang pertelingkahan mengenai pandangan tarian poco-poco ini. Setelah diteliti pandangan-pandangan di atas, perbezaan pandangan hanyalah berkait dengan sama ada tarian poco-poco dipengaruhi dengan akidah yang silap yakni kepercayaan agama Kristian atau tidak. Dr. Mashitah Ibrahim memetik sebagai berkata tarian poco-poco yang diamalkan di setiap negeri mungkin berbeza antara satu sama lain. Jadi, jika kita terima alasan yang diberikan oleh beliau, maka kita boleh membuat misalan bahawa tarian poco-poco di negeri Perak berkait rapat dengan kepercayaan agama Kristian sedangkan di negeri-negeri lain pula tidak. Kita mungkin boleh bertolak ansur dengan perbezaan pandangan ini, tetapi bagaimana pula dengan batasan perbuatan yang salah untuk dikaitkan dengan tarian poco-poco seperti mana yang ditekankan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin?

Fenomena tarian poco-poco yang kita kenal pada hari ini bukanlah satu aktiviti yang dilakukan di kawasan tertutup di lingkungan rumah masing-masing, tetapi ianya dilakukan secara terbuka di kawasan tanah lapang yang disertai oleh segelinap masyarakat tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ianya terus dipraktikkan secara meluas tidak kira di sekolah, kolej, universiti mahupun agensi-agensi kerajaan sendiri sehingga sebahagian menjadikan tarian tersebut sebagai rutin harian.

Anda dapat bayangkan bagaimana disebalik ramai yang memperagakan tarian poco-poco, gerak geri wanita yang lincah itu diperhatikan oleh sebilangan lelaki. Hatta mereka yang berbaju dan bertudung labuh pun tidak akan terlepas untuk diperhatikan di mana ada kemungkinan tudung mereka terselak mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya akibat daripada pergerakan aktif ini. Ini tidak kira lagi buat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna yang berbaju ketat dan berseluar legging. Tambah-tambah pula, apabila pengajar tarian poco-poco kebanyakan di kalangan wanita ini berdiri di pentas kononnya ingin memberi tunjuk ajar, tetapi entah apa yang hendak ditayangnya. Allah telah berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (an-Nur ayat 31)

Jadi, buat mereka yang mungkin ingin mengikut pandangan yang lebih ringan tentang hukum tarian poco-poco ini, hendaklah mereka menilai semula bagaimana sebaik cara untuk memperagakan tarian ini dalam lingkungan patuhan syarak yang ditetapkan tanpa mengundang pelbagai fitnah. Saya lebih cenderung untuk mengikut pendapat Ustaz Abu Haseef supaya meninggalkan perkara yang meragukan dan syubahat memandangkan tarian poco-poco ini adalah suatu tarian yang meragukan kerana tidak diketahui siapakah pemilik budaya sebenar sama ada ianya tarian agama ataupun tarian budaya. Jika kita berbalik semua kepada kaedah yang diajar oleh Nabi SAW, insyaallah akan selamatlah maruah agama dan diri kita [4]. Wallahualam




[1] Perak haramkan tarian poco-poco
[2] Tarian poco-poco secara asasnya harus

[3] Mashitah: hanya senaman

[4] Kenapa poco-poco haram?

20 comments on "Tarian poco-poco: Antara haram dan harus"

Mikah Lurima on April 3, 2011 at 2:44 PM said...

oh? yekew? ade campuran budaya n agama lain? sy memang x suke poco2 n x pernah nak join even bnde ni termasuk dalam gerak tari JRobik. hehe...

thanx 4 dis new info...

DIN BOROY on April 4, 2011 at 12:01 PM said...

ada tak article yg menyatakan dr mohd asri mengatakan itu harus

Anonymous said...

kan ada rujukan no 2 kat atas tu. klik ja kat situ...

jourasmaney on April 5, 2011 at 10:57 AM said...

berbalik kpd pmimpin y pd sy kurg pahm benar mslh ini. inilah kata org kalu ikut separuh dan xikut separuh. berbalik ;ah pd rujukan yg asal.

Anonymous said...

kalau perempuan menari di tempat tertutup memang boleh.

ana setuju pendapat tuan tentang mata seorang lelaki dengan perempuan, hatta yang menutup auratpun lelaki akan mencari2 bila2 wanita tersebut terselak tudungnya lalu menampakkan auratnya yang terpendam sekian lama... dan apakah yang wanita tersebut pertahankan sehingga tarian tersebut mendatangkan keghairahan dikalangan lelaki ditambah dengan alunan lagu yang meruntun perasaan sang lelaki... dan syaitan pun memasukkun jarumnya...


saya tidak setuju sangat poco-poco ditempat awam... macam disco dangdut terbuka yang halal..

Anonymous said...

x pernah suka pun benda ni nampak macam orang bodoh je...... -_-'

Nisa' on April 6, 2011 at 8:19 PM said...

ada sahabat sya kata ustaz asri 2 pengikut wahabi. walla hu a'lam.

salafus-sholih on April 6, 2011 at 8:22 PM said...

wahabi tu apa?

lia berbicara on April 7, 2011 at 9:11 AM said...

klu kt tgk grk tarian tu seperti salib...cb tgk mcm mn org kristian klu menang ke ape ke menunjukkan rs syukurnye pd tuhan...tgk grk tgn dia pn sm mcm pergrkan tarian poco-poco...kekiri ke kanan..lps tu tgh...erm,terpulangla individu..rsnye ia termasuk dlm akidah kt jgk...klu dh tau nk bt pe bt ye x...

Anonymous said...

salahkan wahabi... asalkan islam sudah... amal 5 rukun islam, percaya 6 rukun imAn.

-azz jhr-

Nisa' on April 15, 2011 at 6:25 PM said...

ana pn krg pasti sal wahabi. tp sstgh org kata 2 ajaran sesat. walla hu a'lam. sila rujuk ngan yg lbi pakar..ana masih jahil..tp skg ana da xbrani tgk cramah2 ustaz asri..cuz ada dlm stu video dia kata ucap'ya rasulullah' tu bid'ah n selawat syifa' tu merosakkan akidah. ni link http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0
sorg shbt ana da tgur jgn tgk video ustaz ni. ana pn xtaw la. ana xbrani ckp dia sesat ka x. tp ana da ragu2 so ana x tgk da video or cramah ustaz asri. walla hu a'lam.

JayJay said...

sya stju ngn admin. bek xpyahla nk poco2 ni. nk sihat joging ja kn snang. pkai dah la ktat2 nmpk bih smua. goyang sana goyang sini kn dah mngundang bnda len klu gtu...ishq2...
klu nk poco2 gk poco ja kt lam umah.. :D

wahabi 2 mcm mazhab rsanya. stahu sya ianya bkn sesat tp cuma pengikut wahabi ni juz ikut berlandaskan al-quran n sunnah semata2 selain drpda 2 mereka xtrima pkai.

walla hu a'lam

Anonymous said...

setahu ana..wahabi x sesat. ia lgi bertegas menegakkan al quran n sunnah..

Anonymous said...

syiah lg sesat... mungkin Nur annisa'perlu mengkaji siapa sebenarnye wahabi..

Anonymous said...

org yg warak akan meninggalkannya.....

Anonymous said...

saya juga bersetuju dgn pendapat penulis sesuatu yg shubahah itu lbh baik kita tinggalkan tambahan pulak tarian ini bukannya terlalu penting/mendatangkan sebarang kemudaratan jika kita tinggalkan. Wallaahualam

Anonymous said...

Qiamullai adalah senaman yg terbaik!=)

Anonymous said...

wahabi ni setahu ana seseorang melakukan sesuatu ibadah terus daripada al-quran dan al-hadis..pendapat ulama' muktabar tidak diambil sbgai hujah kerana manusia biasa bkn nabi atau para sahabat..
bg ana tgk la isi yg hendak dismpaikan..dan rujuk la ustaz2 yg lain juga..jgn hnya bergantung pd seorang ulama' sahaja..ilmu ade di mrata-rata dan kite perlu mendapatkannya..wallahua'lam

Islam and Dajjal on July 12, 2011 at 4:16 AM said...

DAJJAL HAS BEEN IDENTIFIED!!

DO YOU KNOW THE DAJJAL (THE ANTI-CHRIST), THE ONE-EYED GIANT PROPHECISED BY THE MESSENGER OF ALLAH HAS ALREADY BEEN IN EXISTENCE FOR THE PAST 472 YEARS & HAS BEEN IDENTIFIED?

YOU MAY BE AMAZED TO KNOW THAT IT IS COMPLETELY DIFFERENT FROM WHAT IT IS THOUGHT TO BE TODAY. TO SEE WHAT IT ACTUALLY IS – VISIT THE WEBSITE www.hezbuttawheed.com AND READ THE BOOK “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!” AND WATCH THE DOCUMENTARY “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!”.

Anonymous said...

tak perlu bertelagah.kembalilah kpd Al-Quran dan hadis. jgn buat andaian atau tafsiran, kembali kpd hukum pasti selamat dunia dan akhirat.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates