Wednesday, May 18, 2011

Renungan buat pendengar lagu dan muzik

Posted by salafus-sholih at 7:51 AM

Lagu dan muzik mungkin tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita pada masa kini. Di mana-mana sahaja anda berada pasti tidak terlepas mendengarnya. Hatta, ada yang menjadikan lagu dan muzik sebagai perkara utama dalam kehidupan sehingga menjadikannya sebagai kerjaya hidup dan tak kurang yang meleleh air mata dek kerana terlampau menghayati lagu-lagu cintan yang mengguris hati dan menggamit kenangan lampau.

Kita bukan hendak berbicara tentang hukum hakam lagu atau muzik, perbahasan mengenai ini mungkin sudah selesai lama yakni berlaku khilaf pandangan ulama tentang ini. Jika anda berpegang kepada keharusan mendengar lagu dan muzik, maka kita di sini ingin bertanya kepada anda, sejauh manakah anda dapat mengawal diri sendiri daripada terhimpit kepada kelalaian yang melampau sehingga menghancurkan roh-roh Islam yang ada pada diri? Maka renung-renungkanlah.

***



Anda menghabiskan masa yang banyak dengan mendengar lagu dan muzik, jadi bilakah anda mendengar Al-Qur’an?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
«Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk Jahannam itu banyak daripada jin dan manusia. Mereka mempunyaï hati-hati yang mereka tidak memahami dengannya, dan mereka mempunyaï mata-mata yang mereka tidak melihat dengannya, dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya. Mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai» [Al-A`raf: 179]

At-Tabariy menyebut ta’wil ayat ini sebagai:
وكذلك قوله:(ولهم آذان لا يسمعون بها)، آيات كتاب الله، فيعتبروها ويتفكروا فيها، ولكنهم يعرضون عنها
Dan demikian kata-Nya: «Dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya» ayat-ayat Kitabu Llah, dan mengambil pengajarannya dan berfikir tentangnya, tetapi mereka menjauhi daripadanya.



Anda menghabiskan usia anda untuk menghafal dan berhibur dengan lagu dan muzik, tetapi tidakkah anda membaca ayat berikut?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
«Orang-orang yang beriman dan yang tenang hati-hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuïlah bahawa dengan mengingati Allah ia akan menenangkan hati-hati» [Ar-Ra`d: 28]



Anda berhujah bahawa ia dibenarkan selagi tidak melalaikan. Tetapi tidakkah anda terlalai daripada ayat Allah di bawah ini?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ * أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
«Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknat mereka, dan Dia memekakkan mereka dan membutakan penglihatan mereka. Tidakkah mereka meneliti Al-Qur’an? Atau terdapat di atas hati-hati mereka kunci-kuncinya?» [Muhammad: 23-24]



Tidakkah lagu dan muzik itu melalaikan anda daripada meneliti dan memahami Al-Qur’an? Sedangkan Allah menyuruh mengingati-Nya?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالإِبْكَارِ
«Dan ingatlah Tuan kamu banyak-banyak, dan bertasbihlah ketika petang dan pagi» [Ali `Imran: 41]



Jika anda hanya mendengar satu atau dua lagu sehari, yang mungkin memakan hanya lima hingga sepuluh minit, maka itu tidaklah menjadi suatu kesalahan. Namun, jika earphone anda sentiasa di telinga, dengan iPod atau mp3 player anda sentiasa di sisi, tidakkah itu melalaikan anda daripada-Nya?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
«Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, setiap itu – terhadapnya – akan disoal» [Al-Isra’: 36]



Maka apakah jawapan anda terhadap soalan itu nanti?

WaLlahu a`lam.





50 comments on "Renungan buat pendengar lagu dan muzik"

Anonymous said...

thanks ingatkan huhu.

T.T

salafus-sholih on May 18, 2011 at 8:39 AM said...

Ya, sama2. Peringatan untuk diri sendiri juga...

cik qiqilala on May 18, 2011 at 9:48 AM said...

thanks for remain me. :)

Anonymous said...

saya tak lalai mengingati Allah dgn muzik. Mungkin penulis asal artikel patut menyelami masyarakat, bagaimana muzik mampu menyentuh hati umat Islanm dan bukan Islam. Membuat mereka terfikir akan keindahan islam. bagaimana pula dgn muzik yg diguna sebagai soundtrack perjuangan Palestin, tidakkah gambar dan video itu dpt masuk ke dalam hati dgn lebih?. Sebagaimana internet itu menjadi medan dakwah, sebegitu juga dgn muzik mampu menjadi medan dakwah. Mungkin post ini patut dispesifikkan, muzik yg tidak berfikrah dan tiada unsur islami dan tidak membina. :)
sekadar pendapat melalui pembacaan dan pemerhatian saya dalam masyarakat yg berbilang Iman.waallhualam.

hamba. said...

setuju dgn anon, muzik yg tidak berfikrah, tidak membina dan tiada unsur islami, selagi muzik itu tidak melalaikan kita dari berfikir dan melakukan ibadah sunah dan wajib, selagi itu ia tidak menghancurkan umat islam :)

salafus-sholih on May 18, 2011 at 10:08 AM said...

Rasanya artikel di atas tidak pun menghukum semua jenis muzik dan lagu sebagai lalai atau tidak berfaedah. Cumanya, kita sekadar tanya ja, adakah anda dapat menjawab persoalan2 yang diutarakan di atas? Jika anda lepas, maka alhamdulillah... :D

Anonymous said...

too much of a good thing is bad... di akhir zaman, ingatlah yang kamu sangkakan air itu api, yang kamu sangkakan api itu air.... we have been deceived... we are trained since childhood to think that music can ease and relax our mind, can make us happy and smile.....it just another way to distract us daripada berusaha untuk mendapat pahala.... ingatlah pesan Allah dalam surah al-'asr : demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

pdaus on May 18, 2011 at 2:24 PM said...

Internet bukan medan dakwah yang sesuai...Berlambak music Islam kat Youtube..tapi Islam sama aje....

Dakwah kena ikut cara nabi dan para sahabat....talk face2face...

Unknown on May 18, 2011 at 3:14 PM said...

Good one, bro.
But I listen to music almost every hour, but God is still my number one priority.

Nurel on May 18, 2011 at 6:38 PM said...

Thank you for sharing TTvTT

Zurina J. on May 18, 2011 at 8:19 PM said...

Penerangan yang baik...

Saya akui muzik memang amat melalaikan, membuai perasaan, menghanyutkan jiwa...

Semoga manusia² lebih memahami kalimah² yang datang daripadaNya berbanding lirik² lagu yang kebanyakannya datang dari akal fikir manusia...

Kita tidak salahkan muzik, tetapi berwaspadalah... Semoga perkongsian ini bermanfaat...

Anonymous said...

Cuma nak berkongsi, perbezaan umat Islam dulu dan sekarang; pergantungan kepada al-Quran. Sekarang ni kita bergantung kepada banyak sumber kan, nak tenangkan hati, dengar lagu, nak memotivasikan diri bukak tv atau radio. Berapa ramai yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama mereka?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...ana just nak share info. http://www.youtube.com/watch?v=M1l6ghhHEJA
kaji dan selidik asal usul muzik. tentang apa kaitan muzik dgn zouk (lau x silap ana dari bahasa arab) dan bagaimana zouk itu mempengaruhi kita bila mendengarnya. Niat tidak menghalalkan cara. Ana skarang cuba minimize sehabis boleh dgn muzik even ana sndiri ahli muzik. semoga kita semua mendpat petunjuk dan hidayah.

Anonymous said...

terima kasih!! sgt mmbntu!

salafus-sholih on May 19, 2011 at 8:43 AM said...

Mohamed Firdaus Shajahan: Saya sedikit tak bersetuju dengan pandangan anda. Internet sekadar satu teknologi yang diambil manfaatnya untuk tujuan dakwah. Kegagalan umat Islam pada hari ini tidak semestinya kita harus letak kesalahan pada dakwah semata2. Nabi Nuh berdakwah hampir 1000 tahun, tetapi pengikutnya sangat sedikit. Adakah dakwah baginda gagal? Wallahualam.

Anonymous said...

betul tu..kemudahan yang ada apa salahnya digunakan..TMK merupakan salah satu kaedah, cara dan strategi dalam mengembangkan dakwah..spt contoh apa yang telah dilakukan penulis blog ini, ustaz zaharuddin, ustaz azhar idrus...pandangan, video dakwah mereka disebarkan melalui internet..

thcoxea on May 19, 2011 at 7:42 PM said...

Salam....untuk menjawab soklan admit..ini just renungan peribadi dan pengalaman sendiri....

pada awal remaja dulu, sy seperti teenager lain music itu satu kemestian baik ke kuliah or makan n tidur...walau sy tdo pc sy tetap on tuk lagu....menjadi habit lagu adalah sebahagian besar dlm hidup.

bila usia semakin meningkat tahun ke tahun, sy dpti semakin kerap mendengar lagu semakin kosong jiwa sy...sehingga sy mengambil langkah kurang mendengar music..jiwa sedikit tenang tetapi itu tetap tidak memberi kepuasan jiwa....Alhamdullilah beberapa tahun kebelakangan ini...music islam semakin diketengahkan. jadi langkah pertama sy ambil adalah mengambil lagu dakwah utntuk ditukar kan mainan tidur sy...kerana tanpa music sy x boleh tdo.

bagi sy mengingati Allah itu dlm setiap perkara dan setiap kaedah, dan music juga adalah salah satu unsur yg sesuai untuk memandangkan dunia sekarang ni lebihkan entertaiment. setiap apa jua unsur itu adalah dari Allah jua kerana Dia yg menciptakannya.jadi gunakan sesuatu unsur itu dengan positif dan tujuan mengingatinya.

sanie khairul on May 20, 2011 at 2:01 PM said...

Assalaumalaikum....
sy ingin kongsi skit ttg MUzik nie....
jika kita lihat pada sejarah asal-usul muzik..
manusia PERTAMA yg mencipta muzik adalah org2 yahudi.. yakni, pd zaman jahiliyah dulu mereka mencipta alat2 bunyian utk menyembah berhala2 dan tuhan2 mreke pd masa itu... dan sehingga lah hari ini...org2 yahudi adalah pengeluar syarikat MUzik yg TERBESAR DI DUNIA... spt contoh HOLLYWOOD.. dll
Rasulullah pernah bersabda "barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
(HR Abu Daud dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

marilah kita sama2 menghayati firman Allah s.w.t ini berkaitan dgn muzik... semoga kita semua diberi hidaya oleh Allah utk bertaubat kepadaNya dgn sebenar-benarnya taubat...



وَذَرِ الَّذينَ اتَّخَذوا دينَهُم لَعِبًا وَلَهوًا وَغَرَّتهُمُ الحَيوٰةُ الدُّنيا ۚ وَذَكِّر بِهِ أَن تُبسَلَ نَفسٌ بِما كَسَبَت لَيسَ لَها مِن دونِ اللَّهِ وَلِىٌّ وَلا شَفيعٌ وَإِن تَعدِل كُلَّ عَدلٍ لا يُؤخَذ مِنها ۗ أُولٰئِكَ الَّذينَ أُبسِلوا بِما كَسَبوا ۖ لَهُم شَرابٌ مِن حَميمٍ وَعَذابٌ أَليمٌ بِما كانوا يَكفُرونَ


"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan Agama mereka sebagai permainan dan HIBURAN, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)".
(6 : surah Al-An'am : ayat 70)

geek on May 20, 2011 at 2:04 PM said...

terima kasih krn telah memberi peringatan yang amat berguna.
:D
teruskan...
:D

Anonymous said...

salam barokatillah 'alaik

p'tama skali, hargailah niat pnulis utk mmberi ksedaran kpd kita bahawa, KITA LBH BANYAK MNDGR MUZIK DRPD MEMBACA AL-QURAN..

kalau, mndgr muzik islami..timbul rasa insaf n taqarrub pd diri shingga mmbenihkan amal2 yg mantap..nah, silakan..

kalau bc Al-Quran, satu huruf dh 10 pahala..dpt ketenangan jiwa..dpt sucikan hati..mndekatkn diri dgn Allah..mmberi kesedaran.. yg paling pnting, dpt rasa CINTA ALLAH.. ayat al-quran kan kata2 cinta dr Pencipta kpd makhlukNya..

bukankah kalau ingin mndengar kata2 cinta dr Allah..blh mndengarnya dgn bacaan al-Quran.

jd, usahlah dip'debat soal muzik 2. kata2 pnulis ada benarnya. kita sndiri kne refleks diri.. allahua'lam..

Anonymous said...

salam...dulu2,ana pun rase dgr muzik islamik lame2 pun tak pe...alaaaa...muzik islamik kan bertujuan untuk menyuruh kite lebih mengingati Allah...tapi sejauh mane kite ingat Allah dan kite mempertingkatkan lagi amalan kita untuk mendekatkan diri kepada Alla??kalau setakat dengar aje lagu,tp kite sendiri tak de inisiatif untuk mempertingkatkan diri,same aje kot...maybe ia nya lebih baik dari mendengar lagu-lagu lagho,tp sebenarnya kebaikan tu x sampai taraf lagi dengan mendengar ayat-ayat suci al-quran atau mendengar selawat2...keranan itu adalah sebaik-baiknye.jzkk....sekadar pendapat ana

cahaya keharumanku on May 23, 2011 at 3:16 PM said...

syukran ya penulis..suka sgt entri ni..=) sbb sy sndri rasa kelainan ketika diri hnyut dgn muzik n slepas dri mula gantikan semuanya dgn alunan bcaan alquran n zikrullah.. mmg kalamNya sgt agung..n mampu mlahirkan cinta pda si pndengar kpd Yang Maha Mencipta bila btol2 memahami n mghayati..

elok bhentila dgr muzik2 yg mlalaikan..mmg lebih byk kburukan dri kebaikannya..hati makin jauh n sesat..hnyut dm mainan alunan muzik ciptaan manusia..lagu2 munafik yg mlebihkan cinta manusia drpd cinta Rabb..lagu2 dri pnyanyi wnita yg mmg haram didgr lelaki ajnabi..

utk lagu2 yg ala2 islamik pula, seeloknya tapis la juga..sbb byk juga yg sy tgk video2 klip mereka ade mnyangkan wanita yg xtutup aurat,pdhal lagu ketuhanan..pelik kan akhir zmn ni...backup singer pon ade wanita..huu konsert pula dibuat dgn bcampur2 lelaki prempuan melihat sdg lagu yg dismpaikn mnyebut Allah.. astagfirullah..mmgnya syaitan mggoda dlm pkara yg dilihat baik..sama2 fikirkan..

moga Allah sentiasa melindungi..=)

Anonymous said...

walau bagaimana pun pendapat sekalian yang menganggap muzik tidak melalaikan,tapi ada benarnya juga post ini pada segelintir mereka yang lain..

post ini bukan menyoalkan tentang hukum muzik atau 'blame' kita sebagai pendengar, tapi hanya sekadar renungan umat islam zaman ini yang mungkin sedikit terlupa dengan Islam yang menjadi satu cara hidup.


ini hanyalah pendapat saya.. :)
>>Khaerizwan<<

Anonymous said...

Tips untuk rakan-rakan.mungkin sudah menjadi habit kita menyumbat earphone tuh dalam telinga.Jadi kita tukarlah dari dengar lagu yang tak berfaedah kepada perkara yang lebih bermanfaat.Ceramah agama atau ayat2 suci al quran sebagai contoh..
Download ceramah agama kat sini: http://www.mymaktabaty.com/

Kalau nak dengar bacaan ayat2 suci al-quran, saya cadangkan dengar Misyari rashid, lunak suara beliau :)

Then dengarlah bila2 ja.sambil tunggu bas, naek kereta, dalam lrt, beratur nak beli kfc ke..

Anonymous said...

perubahan tu dilakukan hendaklah secara berperingkat..insya Allah, lama2 boleh tinggalkan dengar lagu secara berlebihan..peringatan buat diriku juga :)

Anonymous said...

hhm, kalau earphone yg sentiasa lekat kat telinga tu dgr ayat quran n lagu nasyid xleh ke ? =)

Anonymous said...

perkongsian yg sangat baik utk kita semua renungkan dan muhasabah diri.

Sayap Pejuang on June 3, 2011 at 12:48 AM said...

syukran atas perkongsian...=)

PrincessHafizah on June 5, 2011 at 11:38 PM said...

berhibur diharuskan dalam islam, tetapi ia mesti berpada-pada dan tk lari daripada Islam itu sendiri. antara kebaikan berhibur, dapat menghilangkan stress. Muzik dan hiburan yang berlebihan hanya melemahkan daya ingatan manusia.

zieraQ said...

Sy cuma dgr music orchestra, contohnya background music dlm filem. sesekali dgr trance music, tapi sgt memilih nak dgr yg mana. lain dari tu Nasyid & bacaan Quran. Music zaman sekrg sgt merosakkan. Ia merangsang nafsu & mudah mengkhayalkan pendgr. Kadang2 liriknya mmg straight cerita kepada sexual pleasure. Seni juga dah jadi "gray area" iaitu apabila sebut saja seni, maka hukum agama menjadi tidak relevan sama sekali. Itulah moto industri hiburan (ya industri hiburan bukan industri seni) kita maka apakah kita akan terus membiarkan music2 sebegini meracuni minda kita? dinyanyikan oleh manusia yg diragui ketaatannya pada Allah?

Wallahua'lam

Murni Yusoff on June 20, 2011 at 8:58 PM said...

Salam alaik..maaf nk tnya skit tntg muzik nie,btl ke Imam Ghazali prnh cakap selain ilmu islam yg plg ingin dipeljrinya ialah ilmu muzik? Dulu saya mcm prnh terbaca tp xberpa psti...ianya bnrkah?

miss khairani on June 21, 2011 at 2:54 PM said...

salam.pada saya,kita boleh dengar lagu,tapi hanyalah lagu yang mengingatkan kepada allah.
terima kasih atas perkongsian =)

♥ nOr_sEteNaNg LaLaNg ♥ on June 24, 2011 at 3:45 PM said...

assalammualaikum...
entry ini sangat bagus di kongsikan...
isi nya cukup menarik...
:)

fuad ansari on July 3, 2011 at 3:32 AM said...

peringatan yg baik..

ramai yg suka kepada kebaikan..
tetapi tidak ramai yang suka kepada kebenaran..
kerana kebenaran itu sukar untuk ditelan..
(",)

Anonymous said...

Muzik adalah salah satu cabang hiburan dan ia bersifat bila perlu sahaja. Muzik adalah untuk kita hilangkan stress, relax, santai, membina kekuatan semula atau keluar dari masalah untuk sementara. Di zaman ini muzik ada bermacam genre. Yang Jelasnya bila muzik itu menjadikan kita lebih jauh dari pencipta maka itu yang silapnya.
Muzik sepatutnya menjadi rangsangan kepada minda ke arah pemikiran yang positif, kreatif, segar dan apa saja yang membawa kepada kesedaran tentang tanggungjawab kita. Muzik yang berlebihan pasti membawa kemudaratan dan yang ditakuti akan mengundang kemurkaan dari NYA. Wallahuallam.

Iklankopi on July 19, 2011 at 10:12 PM said...

zaman dah semakin maju..bukan lagi muzik yang menjadi pendorong kepada melupakan tuhan tapi juga teknologi..yang patut disalahkan bukannya muzik atau zaman perubahan,tetapi diri sendiri kerana diri sendirilah yang menyebabkan diri tu melupai tuhan..

Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia

Anonymous said...

para peng'coment',jgn sekadar coment shj.korg ada ke tdk usaha menyedarkan umat islam mcm saudara kita ni?saudara salafus, insyaAllah usaha anda diberkati dan diterima di sisiNya..

LyaLuna on July 25, 2011 at 9:01 PM said...

sama sama la kte perbetulkan niat n diri kta ini kn :) thx

Anonymous said...

insyaAllah sy akn usaha sedaya upaya .... :)

Anonymous said...

insyaAllah sy akn usaha sedaya upaya .... :)

Anonymous said...

yg pasti muzik tu haram...sama spt rokok...tp masih ramai pandang mudah...tepuk dada tanya selera itulah jadinya.ikut rasa binasa, ikut hati mati...islam mengajar kita ikut akal

Anonymous said...

confuse pula sy, muzik genre mana yg halal, dan muzik genre mana yg salah?.

kemudian apa hukumnya bermain gitar jika kita niat untuk kebaikan?

Anonymous said...

Terima Kasih kerana sudah menasihati umat umat islam yg sudah tertinggal jauh :)

muslimsays on January 24, 2012 at 1:08 PM said...

salam ukhuwah dan salam perjuangan..

bantu dan dukung kami dalam menjawab citra buruk yang dilancarkan musuh-musuh Islam terhadap agama Islam..

Jazakallah khoiron..

Muslims Says

Unknown on July 10, 2013 at 2:31 PM said...

yg bela musik sampai mati dengan dalih apapun,, sungguh dia telah lalai dari Alqura-an dan Assunnah. jujur lah dari dalam hatimu wahai teman seiman..

Anti DAP on September 3, 2013 at 10:47 PM said...

sy suka dan sgt setuju dgn salafus salih dlm isu syiah. Dan sy terus terang anti syiah. Tukang komen terhadap Salafus salih juga sy rasa kurang arif perkataan syiah & aswj, bid'ah dan sunnah termasuk penggunaan istilah wahabi. Sy hrp blog ini terus kekal.
Namun pd sy, sy kurang bersetuju dgn isu muzik. Penerimaan muzik setiap org berbeza, mlh muzik itu juga berbeza. sy juga gemar 'mendengar' muzik tp muzik x melupakan sy dgn al-quran. Yg x mbaca al-quran juga kdg2 juga x sukakan muzik.
Jika hukum muzik masih abstrak dan x dpt diukur dgn 'kayu' nas, rasanya elok dikembalikan kpd hukum asalnya 'dibolehkan'. muzik cuma isu (yg perlu disebutkan juga) khilafiyah, supaya x kelihatan da'ie terlalu keras.
Tuan blogger...
blog ini sgt menambah ilmu buat sy.. tlg kekalkan... ;)

Anonymous said...

Setuju sangat dgn apa yg d coretkan oleh salafus sholeh. Tepat sekali. Seandainya penggemar, pecinta dan pemain muzik merasakan muzik itu semakin mendekatkan dirinya dgn Allah semakin merasakan imannya semakin bertambah, semakin tunduk n patuh kpd segala suruhan Allah, semakin banyak meninggalka sgala larangan Allah, semakin khusyuk n tawadhuk hatinya kpd Allah baik d dlm mahupun diluar solat, MAKA teruskanlah, mudah2an syurga yang d janjikan menjadi milik anda. Amin
Seandai d sebaliknya, maka jauhilah ia. Mudahah2an kita sentiasa d dlm petunjuk Allah dn keampunan sera rahmatNya. Amin

Tapi seandai d sebalikya, maka jauhilah

Unknown on December 11, 2014 at 10:58 AM said...

Tidak ada orang islam yang berani membantah atau kurang yang berani mengklarifikasi bila ada tulisan yang memakai dalil al-Quran.. Semua mempunyai kecenderungan mau tau tak mau semua di telan mentah-mentah tanpa berpikir semua itu karena iman islam.. TAPI YANG JELAS DALIL DALIL AL-QURAN YANG DI TULIS DI ATAS TIDAK ADA MEMBAHAS TENTANG MUSI... Tapi karena nafsu sipenulis maka MAKNA YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN ITU DI ALIH FUNGSI KAN UNTUK MENJASTIFIKASI MUSIK.. Anda kalau ingin memakai dalil dari Al-Quran maka anda harus terlebih dahulu mengetahui sebab musabab ayat-ayat Al-Quran yang Agung itu di turunkan.. Maka kalau Anda penulis tidak mempunyai pengetahuan itu maka semua kesimpulan anda cuma akan MENDISTORSIKAN MAKNA DARI AYAT-AYAT AL-QURAN untuk menuruti nafsu argumentasi anda..

Unknown on December 11, 2014 at 3:51 PM said...

Anda penulis hidup di jaman ULAMA KALAF.. BUKAN HIDUP DI JAMAN ULAMA SALAF.. Maka kalau Anda penulis mau jujur seharusnya anda menamakan laman Web anda ini adalah JALAN KALAFUS SHOLEH bukan salafus sholeh.. Itu baru jujur namanya. Tapi kalau anda memakai nama salafus sholeh maka timbulah pertanyaan.. Apa maksud anda memakai label nama salafus sholeh..??

Lucas Smith on May 28, 2021 at 11:41 PM said...

WPS pin on HP printer represents the "Wi-Fi Protected Setup", it is a 8 digit number that is produced by HP printer for remote association with switches.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates