Friday, December 31, 2010

Drama, filem dan wayang

Posted by salafus-sholih at 3:33 PM

Pada hari ini, hampir mustahil untuk berjumpa dengan isi rumah yang tidak punya sekurang-kurangnya sebuah televisyen (TV). Penggunaan TV telah dibahas panjang oleh para ulama, dan tidak perlu rasanya untuk menghurai secara lanjut. Cukuplah kita fokus kepada pendapat yang paling ringan, yakni mengatakan penggunaan TV adalah HARUS. Semua sedia maklum bahawa alat teknologi ini sekadar bertindak sebagai suatu alat pengarahan dan hiburan, maka hal-ehwal setiap alat ini boleh dilihat sama ada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Ia ibarat pedang, ditangan mujahid ia digunakan untuk berjihad manakala ditangan perompak pula digunakan untuk kejahatan.

Ini yang disokong oleh ulama kontemporari, Syeikh Yusof Qaradhawi menerusi bukunya, Al-Halal Wal Haram Fil Islam. Namun pandangannya itu juga disertai dengan beberapa SYARAT yang perlu dipatuhi. Tetapi amat malang sekali, umat Islam kini mengambil kesempatan terlampau mengambil mudah dalam soal ini sehingga meringan-ringankan syarat yang ditetapkan. Kita mahu berbincang dan bertanyalah kepada diri sendiri, sejauh manakah kita mematuhi syarat yang ditetapkan di mana penggunaannya dilakukan dalam kerangka yang dikatakan harus, tidak berubah kepada haram?


Penayangan aurat

Sudah menjadi lumrah, setiap rancangan di TV pasti tidak terlepas daripada menunjukkan pendedahan aurat. Ini termasuklah slot iklan, rancangan berita sekalipun, malah rancangan yang dicanang-canangkan sebagai ‘drama islamik’ juga tidak terlepas dalam soal ini. Apakah dibolehkan untuk menonton pendedah aurat ini? Menurut fatwa ulama al-Azhar, hukum melihat aurat di kaca TV adalah DIHARUSKAN dan ini disokong juga oleh fatwa lajnah ulama Kuwait. Namun, ianya disyaratkan tidak mengandungi elemen berlebih-lebihan sehingga merangsang nafsu. Kita kira dengan mengambil pandangan para ulama ini, adalah tidak muktamad lagi kerana turut disertai dengan syarat lanjut. Kita akan terus bincang dengan lebih teliti.


Elemen maksiat

Adegan merokok, minum arak, pergaulan bebas, dan lain-lain lagi sering dijadikan selitan sebagai pelengkap suatu rancangan drama dan filem. Walaupun sesetengah plot mempamerkan pengajaran namun kebanyakan plot lagi mempromosikan secara langsung kemaksiatan tesebut. Lihatlah lambakan filem Hollywood tidak kira genre aksi, seram, cinta mahupun lain-lain, pasti akan mempamer gaya hidup sosial mereka. Drama korea yang digilai oleh majoriti kaum wanita pula penuh dengan ketaksuban kisah cinta. Tidak banyak pengajaran terkandung melainkan mempromosikan sebuah kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, ditambah dengan plot konflik yang melanda mereka dan akhirnya diakhiri dengan kejayaan penyatuan mereka di penghujungnya (Adakah SEKS?). Mudah bukan jalan ceritanya yang kini boleh dihafal skrip oleh budak sekolah rendah sekali pun.


Merangsang nafsu

Tak perlu nak dihurai panjang juga, kerana sudah dihuraikan dalam artikel 'lelaki dan blue' sebelum ini. Semua orang pasti tahu wanita sering dieksploitasi untuk tujuan meningkatkan rating drama atau filem mereka. Adegan-adegan jijik wajib untuk diselitkan dalam setiap filem Hollywood. Paling tidak pun, drama dari jepun sering menjaja seorang watak heroin berwajah menggoda. Nah, tanyalah diri anda sejujurnya, mampukah anda mengawal nafsu melihat filem atau drama sebegini? Tidak ternaikkah sedikut pun nafsu seketika watak tersebut beraksi? Dan kaum wanita juga tidak terlepas. Tidak perlu menipu diri, masakan gambar Ikuta Toma dijadikan gambar profile di facebook, huh?


Campuran lelaki dan perempuan

Tidak cukup menonton TV di rumah, sudah menjadi trend kini untuk masyarakat kita menonton wayang. Menonton wayang umpama gaya ‘menonton TV’ secara berskala besar, yakni menonton secara beramai-ramai. Maka keadaan sekeliling turut memainkan peranan dalam menentukan hukumnya. Sebagai tambahan daripada syarat yang dibincangkan tadi, Syeikh Yusof Qaradhawi menambah, perlu elak dari bergaul di antara lelaki dan perempuan ajnabi dan lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap! Apabila melihat fenomena menonton wayang pada hari ini, apakah anda masih berfikir ianya dalam kerangka syarat yang ditetapkan?


-------

Sudah tiba masanya kita semak kembali penggunaan TV dan wayang oleh kita sendiri. Kita bukan menyuruh anda untuk mencampak TV ke sungai, tetapi tidak mahu menjadikan teknologi sebagai pemudah cara untuk melakukan dosa-dosa besar yang lain. Jadi, sudah menjadi satu keperluan untuk setiap orang mempunyai suatu ‘filter’ yang mampu bertindak memilih rancangan yang mampu memanfaat diri dan membuang rancangan yang membawa kemudaratan. Ini yang ditekankan oleh Syeikh Yusof Qaradhawi lagi,

Setiap insan itu adalah ibarat mufti bagi dirinya sendiri. Ia berupaya menutup pintu keburukan dan kerosakan terhadap dirinya. Jika tidak berupaya menghalang dirinya, maka lebih baik tidak terjebak dengan sistem yang bakal membuka pintu kejahatan!


21 comments on "Drama, filem dan wayang"

A Garden on December 31, 2010 at 11:12 PM said...

hebat.alhamdulillah,
tazkirah mendidik jiwa

.. on December 31, 2010 at 11:28 PM said...

salam 'alaik.

2 blum kira filem2 yg mnggunakn tiket 'da'wah' lg 2..

crita tahyul yg kononnya nk bri pngajaran tp lbh byk mrosakkn aqidah.

kisah cinta yg suci mnurut islam katanya..tp pmbwaan x mngikut garis syarp'at yg sbnar.

nnt, bkl ditygkn drama b'siri ustaz amirul pulak...

(p/s: filem aku masih dara.. lbh byk lagha dr pngajarannya)

wallahua'lam

zieraQ on January 1, 2011 at 8:44 AM said...

Saya dah 5 tahun x tgk TV. Ternyata minda saya lebih tajam & cergas. Bg saya tv ini adalah haram kerana terlalu bnyk sampah & kita sebg org biasa tiada kuasa untuk menentukan apa yg tv akan hidangkan pada kita. Menteri pun x bole diharap untuk pantau siaran tv & buat saringan. Prof. Diraja Ungku Aziz pernah sebut '70% program tv adalah sampah'. Ibarat makan McD setiap hari apa akan jadi pada badan kita? Begitu jugalah minda kita dah jadi korup & bnyk perkara buruk menjadi kebiasaan. kalo kaji topik social engineering TV ni adalah weapon of mass destruction. Ada org kata 'saya cuma ambil pengajaran yg elok & buang yg tidak elok. Tapi adakah itu berkesan? Bnyk org melihat pada micro scale effect yg bersifat individu. Bagaimana pula dgn macro scale effect pada masyarakat? tgk le kadar perceraian & kes buang anak, juga kes2 jenayah. Anyway selamat tahun baru semua. Harap2nya bulan 9 nnti kita nampak pengurangan kes anak luar nikah.

salafus-sholih on January 1, 2011 at 10:00 PM said...

hamiz: alhamdulillah... kita sama2 termasuk diri sendiri perlu muhasabah diri

..: benar sekali. kita paling bimbang drama atau filem sebegini menggunakan nama 'islam' sedangkan langsung tak berkait sedikut pun melainkan penuh dgn tahyul, khurafat, syirik dan sebagainya.

Mohd: Saya kagum dgn anda. Anda benar2 bertindak sbg 'mufti' seperti yg disarankan Syeikh Yusof Qaradhawi. Sebab tu, kebanyakan ulama KSA mengeluarkan fatwa agak 'keras' mengharamkan terus menonton TV. Tetapi kebanyakan kita yg mengikut fatwa yg lebih 'ringan', terus meringan2kan fatwa tersebut...

muslimah sejati said...

alhamdulillah..terima kasih atas pendapat menarik..ana pun alhamdulillah jarang sangat tengok tv...bg ana byk yg buruk daripada baik...cerita yang dirasa membawa pengajaran juga selalu salah caranya...pendedahan aurat sangat tak terkawal...kadang2 ana jadi bimbang bile melihat golongan lelaki terutamanya mnonton tv..kerana terlalu banyak element godaan daripada model2 wanita...=(

.. on January 4, 2011 at 11:59 AM said...

ape2 pn, smuanya b'gantung pd iman kte jg insyaAllah. hrus bijak mnilai yg mn yg ssuai dtonton atau tidak olh seisi rumh. jgn t'lalu jumud, dan jgn pula t'lalu t'buka.

insyaAllah, sgalanya b'gntung kpd niat kita..

nas,mira,ada on January 4, 2011 at 5:20 PM said...

Salam,saye nk tnye ckit ni...ste klu bleh nk jd mcm Mohd..x nk tgk TV..tp klu sye tgk cite Halaqah ke,ceramah islam ke..salah ke?yelah,awk kte ulama kSA dah haramkn tgk Tv...lg satu,klu sye nk tgk cite klaka bleh x?

salafus-sholih on January 4, 2011 at 6:31 PM said...

muslimah sejati: Ya, saya setuju dengan berpendapat saudari. Golongan lelaki lebih berbahaya menonton TV berbanding golongan perempuan. Disamping pihak penerbit TV mengekspolitasi wanita dalam rancangan mereka, lelaki lebih terdedah dgn aurat wanita berbanding sebaliknya.

..: Benar, ini yang disarankan oleh Syeikh Yusof Qaradhawi. Kita bersederhana sahaja =)

nas,mira,ada: Sesetengah ulama KSA mengharamkan menonton TV walaupon menonton berita. Mereka mempunyai hujah yg tersendiri dibimbangi kemudaratan melebihi manfaatnya. Jadi, kebanyakan daripada kita yg folow fatwa yg lebih 'ringan' seharusnya bijak memilih rancangan yg memberi manfaat. Jadi tiada masalah utk rancangan seumpama Halaqah, Tanyalah Ustaz, Al-Kuliyah dan sebagainya. Cerita lawak tu, kalau sekadar hiburan ringan dan tidak lagho, maka tak mengapa la.

Anonymous said...

Assalamualaikum,ana mohon share artikel ni..Memang agak pedas juga bagi mereka yang gemar menonton tapi memang menginsafkan,alhamdulillah..semoga ramai yang dapat menerima teguran ini

Anonymous said...

TV dan duniaku memang tidak lari. Kadangkala aku rasa seronok melihat tv tambah2 lagi pasang astro.

Antara iman dan nafsu, aku salu pilih nafsu, menonton tv sampai kerja lain x buat. Aku x habis lagi baca terjemahan Quran sampai betul2 faham apa yang aku baca tapi aku terus menonton tv. Sebab apa tonton tv? Tengok berita, lawak.. bila tengok cerita berita kat tv.. dah abis tetiba ada citer best, terus layan sampai abis...

Persoalannya... adakah penting tv buat diriku? sedangkan aku tidak tahu apa kandungan Quran... pentingkah tv dalam hidupku senangkan Allah dah beri aku Quran untuk jadikan panduan hidup untuk aku berjaya dunia akhirat...

Dari menonton tv, walaupun bukan cerita blue, bisikan syaitan bermula, bila melihat cerita yang bercorak kekeluargaan walaupun cerita Melayu, bila melihat perempuan cantik apatah lagi tidak menutup aurat dengan sempurna dan bersuara merdu, nafsuku berporantakan, jarum syaitan pun bermula.

Aku x suka tv sebenarnya, aku x suka tp bila ada media ini aku terhanyut...

Betul, mukaddimah dosa banyak bermula dengan tv, sedangkan channel tv9, astro oasis pun ada cerita yang tidak menutup aurat...

Moga aku dapat jadi seperti Mohd... Bila media dikuasai oleh orang munafik... hanya 1-3% kandungan yang betul Islam.. yang lain.. ????

Pengakuanku...seorang lelaki..

.. on January 5, 2011 at 11:34 PM said...

Abu Hurairah r.a b'kata, Rasul s.a.w b'sbda: "Di antara (tanda) kbaikan keislaman ssorg adlh dia mninggalkn p'kara yg x b'guna baginya." [hadith hassan driwytkn olh Tarmidzi dan lainnya]

subhanallah..anda hrus b'syukur krn Allah mmberi rs ksedrn ini. ibarat mmanah busur ke langit, bimbang juga mnikam diri sndiri. justeru, nasihat ini t'lebih2 ana utarakn utk diri ana sndiri.

iman yg kuat dtg dr aqidah dan ibadah yg mntp.. insyaAllah, mulaknlah secr p'lahan2.. sibukkn diri dgn program2 agama dsb..dan jgn p'nah lupa b'doa. crilah nikmat khusyuk dan kmanisan dlm ibadah. insyaAllah, kita akn b'jaya mnangkis godaan syaitan dgn baik..

ingatlah, Allah lbh mengutamakn usaha b'bnding hasil. smoga dberi kkuatan insyaAllah..

barokallahifikum..

wallahua'lam.

cahaya keharumanku on January 5, 2011 at 11:57 PM said...

sy benci tgk tv..tp kdg2 sy tpksa mnhan tlinga n mata bila org2 di rumah menonton tv..serngkali juga sy berkurung di dlm bilik utk mngelak dari tgk tv tp bimbang hubungan kekeluargaan terjejas kerna tmpat bkumpul family selalunya mmg d ruang tamu n tv mmg tpasang.. sy juga benci tv sbb byk unsur2 xsihat di tayang...budak2 kecik tgk n tiru..skrg. xperlu lg layari laman web xsenonoh utk mlihat adegan2 yg mrnsang syahwat sebab di tv dah byk sgt crita2 yg tayang adegan2 xsenonoh..malu bila org islam sdiri yg mlakonkannya..mnjadi boneka..plakon wanita bpakaian seakan2 org kafir..mdedahkan dada, paha yg smemangnya melemahkan lelaki,,sy bimbang n khuatir dgn keadaan negara skrg..tlalu byk pngaruh negatif yg nyata bisa mruntuhkan iman n institusi kekeluargaan..moga Allah mlindungi dari tkena fitnah dajal almasih..amin..

panda on January 6, 2011 at 3:36 PM said...

salam... byk peringatan diberi.. terima kasih byk2.. minta izin share yer...

Benjamin Ali Rifqi on January 8, 2011 at 4:03 AM said...

salamun alaikum,

well said....well written...
isi hati sye telah diolah disini...
alhamdulillah....

bg sesape yg bace,
analogi nye simple,
pabila Iman dah lekat pada yg Esa,
akan ada pintasan sblm hendak melakukan pkr3 biasa,
dgr lagu cthnya,
"dgr lagu la jap, ala asal x leka x dose..."
*pabila iman terlekat di hati*

akan dipintas dgn mengatakan,
"tp....dr aku dgr lagu, baik aku berzikir agar xlupe Allah...."

wassalam

salafus-sholih on January 9, 2011 at 8:34 PM said...

anonymous, 9: Insyaallah… teguran untuk diri sendiri juga.

anonymous, 10: Sebenarnya bukan anda sahaja begitu, malah kita semua juga. Saya tak pasti ada yang boleh menafikan pengakuan sebegini buat dirinya.

..: Terima kasih atas ingatan anda =)

Cahaya keharuman: Jikalau anda seorang perempuan sudah berpandangan begitu, apatah lagi kaum lelaki yang merasainya sendiri.

yati: Silakanlah =)

Rc: Ya, benar sekali komentar saudara.

Anonymous said...

tv.. ada apa ngn tv... merapu ja lebih..
kbanyakan chanel tv jz jln mudah nk tmbah dosa ja.. klu xtgk tv rsanya xrugi papapun tp lg untung dala.. ^^

muhd akmal on January 16, 2011 at 6:30 PM said...

assalamualaikum...
artikel yang menarik..
teruskan usaha dakwah anda..
apa2 pn...siapa tahu macam mne nak cari TV AL hijrah??..maaf kalau kluar topik...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

saya nak tanya, elok ke kita tengok wayang?

kin nikiyhsa said...

assalamualaikum....
mohon share kat fb...
syukran....

Anonymous said...

boleh tuju lagu

Anonymous said...

Assalam Saundra Mohd, ikhlas saya kagum dengan anda. Kalau lukisan Dan photo , apalah lagi tv. Kita sebagai Muslim yang percaya pada Al Quran Dan Hadith patutlah meyakini melihat tv adalah haram, jangan lah berdalih.

Pada zaman sekarang Kita juga tidak menyedari , ramai yang berbuat dosa termasuk saya setiap hari. Setiap hari Kita mengambil gambar mengunakan talipon bimbit. Ingatlah Kita pada Hadith ' orang yang paling berat azabnya adalah pengambil gambar'

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates