Sunday, November 7, 2010

Video pilihan anda?

Posted by salafus-sholih at 11:56 AM
Tidak ada input yang hendak diberi pada entri kali ini, sekadar ingin berkongsi pandangan antara kita semua. Pertamanya, alhamdulillah... syukur kehadrat ilahi, blog salafus-sholih.blogspot.com masih dapat bertahan sehingga kini. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya blog ini ingin menumpukan perhatian terhadap penghasilan video-video yang diharap dapat membuka mata, dan artikel-artikel yang disiarkan di sini hanyalah sekadar sampingan semata-mata.

Setelah bermula sejak penghujung bulan 6 tahun 2010, kami telah mengasilkan 10 buah video bermula dengan video di manakah kita dan sehingga kini dengan video penyakit wahan. Tidak sekadar itu, kami juga telah mempersembahkan video-video luar yang sangat hebat, yang tidak dapat ditandingi oleh video-video kami seperti video shift your paradigm dan dunia akhir zaman. Terdapat pelbagai cabaran dihadapi, bermula dengan isu pengaiban melalui video dosa 24 jam di facebook dan sehinggalah isu pertikaian teori konspirasi video dunia akhir zaman.

Alhamdulillah, segala rintangan ini dapat diatasi dengan berkat kesabaran. Oleh sebab itu, kami di sini memohon jasa anda semua untuk memberi feedback kepada semua video yang dihasilkan oleh salafus-sholih.blogspot.com untuk tujuan rujukan akan datang. Kami menjemput anda semua memilih tiga video pilihan anda daripada kesemua 10 buah video yang dihasilkan oleh salafus-sholih.blogspot.com melalui poll di bawah ini. Dan di sini juga, anda boleh menyampaikan pandangan dan kritikan terhadap video-video yang lepas dan menyalurkan cadangan untuk video-video akan datang melalui ruang komen.

Akhir kata, terima kasih atas sokongan semua... =) wassalam.


Sila buat 3 pilihan

21 comments on "Video pilihan anda?"

syaza nazura. on November 7, 2010 at 1:29 PM said...

Assalamualaikum;

Tahniah kepada penulis salafus-sholih. Teruskan usaha di blog ini. :)

*two thumbs up*

salafus-sholih on November 7, 2010 at 1:36 PM said...

Salam, terima kasih syaza... =)

TZ on November 7, 2010 at 2:09 PM said...

Assalamualaikum...

teruskan usaha yg baik.. sy suka konsep kalian utk fokus pd penghasilan video-video yang menarik dan bermanfaat.. wasilah yg baik n syabab-friendly.. ^___^

cuma komen saya, lbh brhati2 dlm mletakkn gmbr sprti kes video 'dosa 24 jam di facebook' tu..
its might hurt somebody out there... sentuh hati, jgn sakitkn hati.. skadar pndangan.. tp InsyaAllah tak akan ada lg kes mcm tu kn?

~sekadar pndangan

fezaL Mohd on November 7, 2010 at 2:22 PM said...

penulisan anda , saya sangat suka .
terima kasih kerana
kongsi input iput yang berguna yea :)

Faizal Tauhir on November 7, 2010 at 3:00 PM said...

teruskan usaha anda memberikan input2 berguna untuk generasi kini..terima kasih diucapkan

hajar aman shah on November 7, 2010 at 9:26 PM said...

salam,
May Allah bring barakah to all your effort and your good niiyah, for sharing your knowledge.

Moga ditetapkan hati kepadaNya, di atas usaha saudara.
Saya juga ingin cadangkan, anda kupas tentang 'orientalism'. cuba baca dari edward said and those who made study and expose about it. Orang 'kita' patut mendengarnya, from the west point of view..

salafus-sholih on November 7, 2010 at 10:05 PM said...

TZ: Pasal gambar pd video 'dosa 24 jam di facebook' tu telah dijawab pd artikel sebelum ni. Tiada masalah sebenarnya guna gambar2 tu, cuma gambar perlu diblur secukupnya. apa2 pon terima kasih ya =)

fezaL Mohd: ooo... penulisan ya, bukan video ek? hehe. terima kasih =)

Faizal Tauhir: sama2, insyaallah... =)

hajar aman shah: whoaaa, topik bgitu berat ni. kena ambil masa stadi. hehe. pa2 pon, thanks ya =)

Anonymous said...

salam ...Saudara telah memulakan usaha yang amat bermanfaat untuk perjuangan Islam ..Teruskan berjuang..Moga ilmu dan video saudara akan mengetuk pintu hati manusia untuk berubah..harap dapat dibuat video seperti shift-your-paradigm agar membangkitkan semangat generasi muda untuk kembali menghayati Islam dan punya tauhid kepadaNYA ..Insyallah Usaha Saudara akan senantiasa di berkati ...

Anonymous said...

salam..
bg sy sume vdeo menarik..
pendekatan mggunakn vdeo lbey lekat d hati n mnda brbnding bacaan..

insyaAllah, smoga usaha kalian dilancarkn..
Menyambut Khilafah..

salafus-sholih on November 8, 2010 at 9:57 AM said...

Anonymous 1: Insyaallah... sebenarnya dlm perancangan untuk membuat video spt tu... cuma perlu ambil masa utk dinilai lebih teliti. terima kasih ya =)

Anonymous 2: Harap2 begitu la. UZAR pon ade ulas mengenai kaedah video ni pd post terbaru nya. =)

ku iNsaN bIasa on November 8, 2010 at 3:28 PM said...

assalamualaikum...semua video yg dhasilkn sgt mantap dan byk mmberi impak kpd org yg menontonnya..teruskn usaha mu..yg paling suka tgk
"ya rasulullah layakkh kami mnjadi umatmu"

jemput ke blog sy semua http://lovesunnahnobidaah.blogspot.com

Anonymous said...

thumb uppppp

Anonymous said...

keep up the good work..

Anonymous said...

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya kepada anda...Amin..Good work

salafus-sholih on November 10, 2010 at 4:06 PM said...

ku iNsaN bIasa: terima kasih. inyaallah... akan bertandang ke sana =)

Anonymous: terima kasih atas sokongan juga =)

dai'e said...

diharapkan agr saudara salafus-sholih dpt truskn dkwah saudara smpai ke akhirnya...

truskan usaha b'dkwah melalui vdeo2.. p'bnyakkan lg.... ana sokong nta dr blakang...

sape yg cr agama maka Allah S.W.T akn tarbiyah dye.
dakwah, its true way of life...

afieSyarafi said...

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kepada Allah.

pertama skali sy nk berterima kasih kepada admin..sebab dari sini lar sy berubah..mula dgn video "dosa 24jam di facebook"..video itu sgt memberi kesan pada sy..perubahan sy yg mendadak dpt sahabat2, saudara mara dan ahli keluarga sy lihat..kemunculan video "dunia akhir zaman" secara tidak langsung telah memantapkan keimanan sy kepada Allah..walaupun banyak spekulasi yg muncul..seterusnya video "di sini mulanya zina" jga tidak kurang hebatnya juga telah menyedarkan sy yg selama ini asik sibuk mengejar cinta sesama manusia yg dpt kita lihat oleh remaja zaman skrg ini..mmg susah untuk mengubah pemikiran remaja zaman skrg..dan yg terakhir video "ya rasullullah" telah membuatkan sy terfikir tentang diri sy skrg ini..itu sahaja yg sy ingin kongsikan..kesimpulannya kesemua 10 video yg dicipta oleh admin amat berguna dan dpt memberi panduan kepada remaja zaman skrg walaupun sedikit tetapi amat bermakna..ape2 pun teruskan aktif..sy akan menyokong dari belakang..^^

salafus-sholih on November 16, 2010 at 5:03 PM said...

dai'e: terima kasih saudara/i. insyaallah akan terus berusaha selagi mana Allah memberi kekuatan pada sy =)

afieSyarafi: terima kasih atas perkongsian pengalaman itu. sesungguhnya hidayah dtg drpd Allah, dan sy berdoa semoga saudari terus istiqamah dlm prubahan itu. =)

Anonymous said...

salam salafus sholih, video yg anda keluarkan semuanya sgt menarik. input yg sgt baik dan mampu membuka mata semua org. Tahniah.Ia mampu menyedarkan saya bahawa jika ingin berdakwah, tidak smestinya dgn komunikasi lisan atau tulisan kan. :-) Jika kita punya kelebihan lain, boleh di gunakan utk berdakwah. :-)

Dari segi penghasilan video, sy amat tertarik dgn video dunia akhir zaman. grafik dan cara persembahan yg sgt menarik! Boleh sy tahu, software apa yg mereka gunakan utk bt video tersebut? mohon penulis dpt kemukakan.

~miss Ara~

salafus-sholih on December 1, 2010 at 11:29 PM said...

terima kasih la atas sokongan. insyaallah... kita masing2 boleh memainkan peranan, ikut kemampuan. Video dunia akhir zaman tu bkn sy yg buat, tetapi saudara brofat. beliau guna software adobe flash, sebab tu agak mantap. kalau nak ikut dia gune software tu utk video2 lain, alamatnya berkurun la nak siapnya. hehe. kalau tak silap, video dunia akhir zaman tu sniri ambil masa 6 bulan utk disiapkan...

Anonymous said...

Video EARTHLING kt YouTube tu bagus jugak,memaparkan ttg penganiayaan terhadap binatang semata-mata utk membuat pakaian dan makanan,sedih la saya tengok video tu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates