Monday, November 15, 2010

Apabila muslimah berani beraksi

Posted by salafus-sholih at 10:02 AM
Siapa di sini yang tidak pernah mengenali youtube, satu medium perkongsian video yang cukup terkenal sekali. Jika mulanya kita sekadar menonton video-video orang lain, tetapi kini kita sudah berani mengupload video sendiri. Pelbagai kegunaan dipraktikkan, baik dari segi hiburan, pendidikan, komersial, malah juga untuk tujuan dakwah. Namun, sejak akhir-akhir ini pula muncul satu trend untuk mempopularkan diri dengan youtube. Mereka ini muncul dengan pelbagai kreativiti, antaranya menyanyi, menari, malah miming juga turut dijadikan modal untuk menjadi popular. Amat malang sekali apabila trend sebegini telah menjangkiti kaum muslimah yang kita sayangi. Dikalangan mereka ini, ada yang muncul dengan membawa imej islamik, penampilan dengan baju kurung serta bertudung labuh sambil memegang gitar!


Respon ramai yang membimbangkan

Apabila melihat jumlah bilangan yang telah menonton video aksi muslimah tersebut telah mencecah hampir 100,000, di sini lahir suatu kehairanan. Betapa jumlah mereka yang tertarik pada video sebegini lebih tinggi mengatasi video-video lain yang cukup hebat seperti video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Dr. Maza dan lain-lain lagi. Jumlah bilangan yang ramai ini seolah-olah memberi restu kepada penggiat video-video sebegini sehinggalah mereka berani tampil membuat fan page sendiri seperti yang terdapat di laman sosial facebook.

Terlampau banyak komen disalurkan tanda sokongan mereka. "suara awak ni sedaplah", "comel la awak ni", "pandai awak main gitar", "jarang perempuan bertuduh labuh macam awak" dan macam-macam komen pujian melangit diberikan. Dan si muslimah tadi, tersipu-sipu malu kononnya tidak mengharapkan pujian-pujian sebegitu tetapi berani pula berjanji untuk berusaha membuat persembahan video yang lebih baik lagi.

Apabila muncul si pengomen-pengomen yang menegur akan tindakan muslimah itu, maka si pengomen yang mempertahankan si muslimah tadi akan mencantas mereka. “Malaikat internet!”, itulah gelaran yang diberi mereka. Pelbagai hujah diberi untuk mempertahankan si muslimah tadi dengan mengatakan suara bukan aurat, membandingkan dengan pertandingan tilawah quran, menyatakan dakwah cara baru dan sebagainya. Alangkah jahilnya mereka menyempitkan definisi penutupan aurat. Bagi mereka, asalkan memakai tudung, maka telah terlepasnya tanggungjawab penutupan aurat. Buat mereka ini, saya berharap anda tidak membawa ‘fatwa’ baru dan dinasihati merujuk pada ustaz yang lebih arif lagi sebelum menjadi penyokong tegar!


Suara wanita adalah aurat? (update)

Di sini ramai mempertikaikan, sekiranya suara wanita adalah aurat, bagaimana pula dengan guru-guru, pensyarah-pensyarah, malah pelajar-pelajar itu sendiri untuk berinteraksi dengan kaum berlawanan? Menjawab persoalan ini, pada dasarnya suara wanita itu bukan aurat. Ini berdasarkan pangangan majoriti ulama berdasarkan dalil berikut:

Wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majoriti ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya..." (Riwayat Muslim)

Namun, apabila suara wanita tersebut dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan, ianya adalah haram untuk diperdengarkan kepada jantina berlawanan secara ijma'. Allah telah memberi amaran:

Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Di sini, para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini. Imam As-Suddi berkata, larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.

Malah bukan sekadar suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga. Kebiasaannya mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang menarik perhatian di samping duduk menjadi tontotan lelaki. Jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata, apatah lagi mereka yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. [1]


Mainan sentimen

Berbalik kepada isu tadi, apabila si muslimah ini yang bertindak sebagai perintis tampak berjaya di pentas, muncul pula si peniru-peniru yang lain, berharap dapat muncul popular seperti yang dihadapi oleh si perintis itu. Cubalah buka satu video si muslimah ini, nescaya akan muncul suggestions di belah tepi mempamerkan deretan pelbagai wajah muslimah, bertudung sambil memegang gitar.

Malangnya segelintir daripada mereka tidak mengalami nasib yang sama. Apakan daya, selain suara tidak sedap, wajah pun kurang comel, maka mereka dikritik begitu teruk sekali. Berderet fan page anti beliau diwujudkan di facebook semata-mata kerana menyampah akan muslimah seorang ini.

Di sini, jelas kita boleh melihat betapa berbezanya respon terhadap dua ‘darjat’ muslimah ini, padahal hukum agama yang perlu ditegakkan adalah tetap sama. Apakah masyarakat kita lebih ‘redha’ akan kemunculan wajah yang lebih komersial berbanding wajah kampungan? Mereka ini memang lebih suka meletak ke tepi hukum hakam, asalkan dapat memenuhi kepusan nafsu diri sendiri terlebih dahulu!


Pelaburan dosa

Buat muslimah yang sudah terjebak, ketahuilah terdapat sesuatu yang unik mengenai salah satu fungsi youtube iaitu total views. Tahukah anda, ianya mempamerkan bilangan pengunjung yang telah menonton sesuatu video? Apa signifikannya fungsi ini? Ya, ianya dapat menganggar dosa anda! Jikalau 1 view adalah bersamaan dengan 1 pandangan lelaki bukan mahram, maka 1 view juga adalah bersamaan dengan 1 dosa (anggaran). Sudahkah anda dapat mengganggarkan jumlah dosa anda sekiranya view video tersebut mencecah 100,000 views? Ini belum lagi, ditambah dengan video yang diupload secara berasingan di laman-laman sosial seperti facebook dan juga blog. Malah sekiranya, penonton mendownloadnya secara peribadi dan ditonton berulang-ulang serta diedar kepada kawan-kawan yang lain, tentu lebih padah lagi!

Juga buat peminat-peminat mereka ini, cukuplah dengan ‘keredhaan’ anda itu. Sekiranya anda berterusan menyokong kebathilan tersebut, secara tak langsung anda turut menyumbang kepada pelaburan dosa tersebut. Kita sangat bimbang sekiranya fenomena itu berlaku secara berterusan, akan menyebabkan sesuatu kebiasaan muslimah menonjolkan bakat terpendam mereka dikhayalak ramai. Cukuplah dengan suggestions video yang berlambak-lambak itu, benar-benar mencemarkan imej seorang muslimah itu sendiri.

***

Youtube, suatu teknologi ciptaan yahudi yang cukup hebat sekali. Namun, bukanlah untuk menyalahkan yahudi, juga bukan untuk menafikan hak anda untuk menggunakan youtube. Tetapi setiap penggunaannya, hendaklah dilaksanakan dalam kerangka yang betul. Islam tidak pernah menghalang kita untuk berhibur, bergembira dan berseronok tetapi hendaklah di dalam patuhan syariat yang ditetapkan. Mengapa perlu memberi tahu seluruh dunia akan kelunakan suara, kecomelan wajah, kemantapan skil bermain gitar dan kemahiran-kemahiran lain anda yang mengagumkan itu? Cukuplah sekadar keluarga, kawan-kawan sejantina serta bakal suami anda sahaja yang menyaksikannya. Sudah tiba masanya anda memahami bagaimana dosa anda dapat digandakan hanya dengan satu upload video!


[1] Bolehkah Wanita Berdakwah Dengan Nashid?, http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/495-bolehkah-wanita-berdakwah-dengan-nashid.html

100 comments on "Apabila muslimah berani beraksi"

Anonymous said...

salam..
saya amat2 bersetuju ngan pndgn tersebut..
harap bykkn lg tazkirah melalui video..
amat berkesan skali..

fezaL Mohd on November 15, 2010 at 11:16 AM said...

itu la manusia .

Anonymous said...

betul. setuju sangat !!!
kita dah la banyak dosa, tambah lagi dosa bila ramai org view.. masyaAllah !
thanx 4 dis entry !! thumbs up!

Anonymous said...

saya turut setuju sgt dgn ape yg ditulis... :) setiap kali video/ gmbr yg diupload berdosa, tp nak tanya pendpt..klu mcm saya, saya tak upload gmbr saya, tp saya suka upload gmbr anak2 saya, vid anak saya. adakah itu di anggap berdosa dari segi islam? anak saya kedua2nya lelaki..sorang berusia 6bln manakala seorg lg sethn stgh..saya suka upload vid mereka krn saya jarang dpt keluar dirmh berjmp keluarga & kwn2..dan mereka kerap menanya berita n perkembangan anak2..dan juga saya suka upload kerana org suka megetahui langkah anak2 saya, kerana anak2 saya ni ade gelagat lucu, comel, active n fast learner..jadi org cam suka tgk..adakah berdosa? sb sy takut tindakan saya ni riak..sb ade jgk golongan ibu yg pernah mjadi kwn saya bergaduh krn gmbr anak saya, krn kwn2nya lbh memberi tumpuan pd gmbr & vi saya..dan memuji2 kecomelan anak saya, alhamdulilah..anak wpon dia lelaki tapi alhamdulilah, wajah seakan2 baby perempuan..ciri2 rmbt, bulu mata..membuat kwn2 sy yg ibu2 kurang senang....

- Adrianna -

hajar aman shah on November 15, 2010 at 1:45 PM said...

good intentions. i'm still hoping you speak more on the beauty of Islam, instead of the 'mistakes' everyone around you is doing. Like in your previous post, we stand in everyone's way with criticism. But is this the only way of spreading da'wah? by condemning those who made a 'wrong' turn? displaying mistakes over mistakes of our own brothers and sisters? Of course, we learn through mistakes, but i also believe "attract goodness with goodness". Speak of the beauty of the Quran, that everyone should read it. Speak of the beauty of Zakah, how it brings out the mercy and humbleness among ourselves and Love towards the ones who are less fortunate. There's many beauty in Islam, why not share it to those that yet to see it. :)
JazzakAllahkhair brother, for your effort. May God bring barakah in your effort and guide you well.

Ayu Saidi on November 15, 2010 at 3:21 PM said...

saya dh agak salafus sholih pasti akn brbicara soal ini.. :)
sbbnye sy dh lama tgk video muslimah tdg labuh main gitar tu.. bg saya, sesama muslimah, tiada mslah tp bila tgk komen, ramai lelaki yg suka n sebarkn di fb. sy kesian kn muslimah trsebut. sy harap dia sedar.
i think i understand what hajar aman shah wanna say.. but i think it is ok for salafus-sholih to talk about this. yes, this is not the only da'wah way but at least someone should stand up n say, 'hey, thats not correct'. but at the same time the beauty of islam must always be spreading out.. we(all of us) should do that together isnt it? InsyaAllah.. ^____^

Eera Shera on November 15, 2010 at 5:15 PM said...

btol.sgt stuju.vdeo psl muslimah ni mmg popular la di kalangan kwn2 sy.mula2 tgk pn sy terkejut.kwn sy yg boleh dikatakn kuat agama tu pn suka lyn vdeo ni.dia yg tunjuk 1 vdeo muslimah ni kt sy.sy pelik la..eh, bleh ke nyanyi cm tu?bkn suara tu aurat ke..so, sy mmg x nah menyokong pe yg dibuat muslimah ni.bg sy x manis la.kn rmi yg tengok.pelik jgak.die x de rasa malu ke bile rmi tgk die...emm malu kn sebahagian dr iman

Muhammad Aiman on November 15, 2010 at 7:18 PM said...

erm.. Saja nak menambah , org skrg nie da terlampau arif dengan Islam sehingga yang salah dibetulkan dan betul disalahkan...http://amalnyaimar.blogspot.com/

nlia on November 15, 2010 at 8:20 PM said...

malunya ada perempuan berani buat mcm ni .

Anonymous said...

kalau azan pun x dibenarkn, inikan pula menyanyi

Dang Intan Duka on November 15, 2010 at 9:38 PM said...

sy juga da terpk berkenaan ngn entry di ats..
sy sbg salah seorg wanita turut malu ngn perbuatan di ats..

Azam Adam said...

Inilah antara senjata halus non muslim untuk menghancurkan Islam. Dari tidak bertudung dah bertudung, lalu dipelbagaikan fesyennya... dan sekarang ini pula... Kemajuan teknologi itu tidak salah, malahan Islam lebih moden tapi ada batasannya. Sedarlah wahai kaum muslimah, pihak musuh kita akan sentiasa berusaha mempergunakan kalian dalam apa bentuk sekalipun bagi menjauhkan kita semua daripada rahmat Allah. Fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

Inilah antara senjata halus non muslim untuk menghancurkan Islam. Dari tidak bertudung dah bertudung, lalu dipelbagaikan fesyennya... dan sekarang ini pula... Kemajuan teknologi itu tidak salah, malahan Islam lebih moden tapi ada batasannya. Sedarlah wahai kaum muslimah, pihak musuh kita akan sentiasa berusaha mempergunakan kalian dalam apa bentuk sekalipun bagi menjauhkan kita semua daripada rahmat Allah. Fikir-fikirkanlah...

Azam Adam

Benjamin Ali Rifqi on November 15, 2010 at 11:47 PM said...

erti kata lain....

"NIAT TAK MENGHALALKAN CARA"

Anonymous said...

syabas pd admin sbb mengupas isu ini yg semakin menjadi2 dipaparkan di fb.Dgn teknologi sekrg ni kaum wanita makin mudah menonjolkn diri mereka dengan mengapload gmbr dan video-video mereka dengan hrpn mdpt pujian dr sume.. dgn adenyer n3 cmni hrp dpt mmberi kesedarn pd sume

SaiFuLLaH a.k.a. DaNisY FiQri on November 16, 2010 at 12:28 PM said...

hidup kita bukanlah selamanya..jangan sampai kita menutup mata sebelum sempat bertaubat.....
http://danisyfiqri.blogspot.com/

Anonymous said...

Dengan ade nyer teknologi sekrg makin mudah untuk mereka menonjolkn diri kononnye mereka la paling pandai bergaya, bkn sekadar video, gmbar yg di upload di fb.. tp juga melalui blog peribadi.. kdg2 meyampah juga kalo dah melebeh sangat..

Anonymous said...

hajar aman shah - admin ni ade menerangkan kelebihan dan kebaikan ttg islam..cuma kali ni bg saya xslah dia nak memberitahu ttg kesalahan yg kebykan kita sedar, lupa atau tidak mengetahui ttg batasan aurat wanita..bkn niatnya utk mengkritik saudara sndr spt diperkatakn..tapi niat beliau adalah menyelamatkn saudara islam kita..sb jelas skl, spt yg diperkatakn dah ramai pengaruh yg terpengaruh dgn aksi ni, sehingga mereka membuat fanpage sndr.ramai lupa atau kurang pendedahan ttg kebenaran aurat islam, yg sebenarye suara tu aurat, dan wanita ni diharam kn bertabaruj..apa2 elemen yg ada yg boleh perhatian pun diaggp berdosa..dia memperingatkn..sb dunia akhir zmn ni ramai dah terkene penyakit wahan, lupa dan terkejar2 dgn perubahan zmn, smp tudung, baju pun..mengikut peredaran zmn tapi tidak blh sebegitu, wanita bkn diciptakn utk menonjolkn diri, tapi di sorokn..tu je..insyallah nnt mgkn admin ni akan mempertimbangkn post awk ttg kebesaran & kelebihan dalam setiap maksud dan bacaan Al-Quran. mintak ampun dn maaf jika ayat ini menyinggungkn.. :) a'skm

- s -

salafus-sholih on November 16, 2010 at 11:40 PM said...

hajar aman shah: thanks for the opinion. sebenarnya sy ingin fokus kepada isu2 semasa mengenai masalah yg melanda umat islam masa kini. kadang2, kita tak perasan diri kita terjebak dgn sesuatu yg tidak betul... kita hidup tlampau selesa sekarang. sebab itu, perlunya saling menegur. insyaallah... sekali sekala akan berusaha ke arah spt saudari nyatakan =)

jarijemariwangi.blogspot.com on November 17, 2010 at 6:27 AM said...

salam,1st,tq tok salafus-sholih sbb info2 bernas yg kurang diberi perhatian oleh sume org.act, br sye bru jmp blog nie.and 1st impression sye,its gud to all people.
bout this entri,kte as muslim mesti paham ngn ape yg kte kerjakn,dan kte sebagai manusia xsempurna.kesilapan msti akn berlaku tnpa disedari.so,jgn kte tros hukum insan2 yg melakukan kesalahan.harus utk kte tegur dgn baek kepada insan yg melakukan kesilapan.
sye pown insan biasa,kdang2 melakukn kesilapan tanpa disedari.credit tok admin atas usaha menyedarkn insan2 lemah tntang kesilapan masa kini.double thumb ups!!

hajar aman shah on November 18, 2010 at 10:12 AM said...

Salam to those who took attention to my opinion,
Sememangnya kesilapan adalah 'tool' dalam mengajar/menyedarkan/mengingatkan sesuatu keputusan yg kita lakukan. Saya faham dengan apa yg saudara admin nyatakan tentang 'terlampau selesa', we tend to 'leka' with worldly life, that we take for granted about the life after. I hope the fellow commentor also understands the entry as a reminder, not to those who made mistakes mentioned, but also to ourselves. As a fellow muslim brothers and sisters, we should also remind each other to avoid 'judging'/menghukum those who've made the mistakes. Saya insan yg juga pernah melalukan kesilapan, we all have in one point of our lives. sebelum kita cepat melatah and terus memanggil orang 'jahiliah/kafir', beringatlah beristighfar dan ingatlah tentang kesilapan sendiri.
please do forgive me for any of our words/comment that offended anybody. Mistakes comes from my human self, and i ask for an apology . Thank you for those who took the time to highlight some points for me. :) jazzakAllah khair.

Anonymous said...

Anas-Assalamualaikum..syukran salafus-sholih..saya setuju sgt2 ngan info ni..tapi saya ada 1 pndpt la..kalo salah,betulkan saya ek..admin ade ckp,
"Mengapa perlu memberi tahu seluruh dunia akan kelunakan suara, kecomelan wajah, kemantapan skil bermain gitar dan kemahiran-kemahiran lain anda yang mengagumkan itu? Cukuplah sekadar keluarga, kawan-kawan sejantina serta bakal suami anda sahaja yang menyaksikannya."
nape BAKAL SUAMI pn diizinkan??BAKAL bkn beerti sudah boleh sume tu kn?
Akhir kata,saya budak baru belajar,kalo salah,tolong ajarkan=)
k,terima kasih..

Jiwa Kacau on November 20, 2010 at 2:43 AM said...

salam..klu blog nak dpt traffic tinggi, cubalah buat entri @ tag pasal benda2 yg menyalahi hukum islam (tak perlulah dinyatakan, sendiri maklum)...pasti ramai yg akan berkunjung...

sp3d2 on November 20, 2010 at 7:17 AM said...

saya rasa muslimat ni hanya nak tarik perhatian sahaja, tapi tindakan dia byk keburukan daripada kebaikan.

kalo yang view youtube ni muslimat sahaja tak pe lah, tapi yang dok terlompat2 adalah golongan kaum lelaki. Kepada muslimat gitar tersebutm cukuplah jika anda ber'gitar' kepada kepada ahli keluarga dan suami anda :)

Siti Hajar said...

saudara,saya nak bertanya..saya seorang pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan,saya menghadapi masalah psikologi iaitu terlalu takut akan janji2 Allah seperti kedatangan dajjal dan kiamat dan saya terlalu memikirkannya hingga kehidupan dan pelajaran saya terjejas.mungkin saudara boleh berkongsi nasihat bagaimana saya ingin mengurangkan masalah saya.

Anonymous said...

izinkan saya share di facebook ya...untuk maslahat umum insyaAllah...saya akan letakkan link ini pada notenya...

Anonymous said...

terima kasih untuk input anda.. satu ilmu baru buat sy....

luv islam said...

Moga muslimahku terpelihara..seindah hiasan adalah wanita solehah..jangan mudah terikut budaya yang merosakkan imej muslimah kalian..

Anonymous said...

Nastaghfirullahal'azeem...

thcoxea on November 24, 2010 at 5:53 PM said...

salam....saya setuju dengan pandangan admin.
dan ini tidak bermakna saya menghukum si muslimah tersebut sesungguhnya Allah sahaja yang berhak mengadilinya.

Dengan komen saya disini bukan lah untuk menunjukan sy ni baik sgt, tetapi apa yang Islam perintahkan itu lah perlu kita turuti.
Pada saya suara wanita adalah aurat kerana itu adalah ketetapan Allah. Dan juga kurang bersetuju dengan penampilan wanita bertudung menyanyi dipentas. cuma kekadang senario tersebut sy juga terbawa-bawa untuk mendengar dan melihatnya. Astaufullahalazim....

Saya juga ingin bertanya bagaimana pula seorg muslimah mengunakan suaranya untuk berdakwah tetapi dengan mengunakan suara yang lantang. saya bukan mempertingkaikan tindakan itu, cuma kekadang2 terpikir apakah hukum dan pandangan yang betul dari segi Islam untuk pengetahuan sendiri. Dan juag jika tidak keberatan, bolehkah admin menceritakan sedikit adakah zaman Nabi SAW, pernahkah wanita berdakwah secara umum dan lantang.

Maaf sekali lagi dengan pertanyaan ini.

joegrimjow on November 25, 2010 at 7:05 AM said...

kena susuli dengan entry pasal berhibur yang dibenarkan islam untuk muslimah. kondem dieorang nanti dieorang nampak islam berat. bagi alternatif kat dieorang

Sharinginfoz on November 25, 2010 at 8:26 AM said...

kena tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh kan

zool on November 25, 2010 at 8:28 AM said...

kadang2 kita terlupa.. bagus untuk diperbincangkan

Anonymous said...

semua org x perfect..
mungkin di sudah inssaf..
igtla wahai wanita yg hodoh tgh mengomen..
korg sebenar nyer jelas kn..
dan yg lelaki yg x hensem tu..
korg tgh frust sbb dia x layan korg kan..
tu yg kuar entry mcm nie..
masyallah!

salafus-sholih on November 25, 2010 at 3:20 PM said...

Anonymous(22) : mungkin ade silap paham di situ. maksud 'bakal suami' tu ialah suami setelah bernikah.

joegrimjow : Sebenarnya alternatifnya sudah disertakan di atas. Islam tidak pernah menghalang kita semua untuk berhibur tetapi hendaklah di dalam kerangka yg betul. Jika mereka nak menunjukkan bakat pon, xde masalah tetapi biarlah sesama muslimah sahaja. persoalannya, mengapa perlu untuk menghebohkannya sehingga satu dunia?

Anonymous(34) : 'semua org x perfect' tu bukan alasan utk membenarkan mereka melakukan kemungkaran. sebab tu kita perlu saling menegur, membetulkan mana yg silap. dan anda kata 'dia'? sapa 'dia'? ni teguran secara umum bukan pada satu2 individu. ntah2 anda yg 'dia' tu?

salafus-sholih on November 25, 2010 at 3:28 PM said...

okey... ini adalah untuk sesiapa yg belum tahu

asal suara muslimah itu adalah bukan aurat , tetapi sekiranya gaya atau tempo suara itu membuatkan mereka yg berlawan jantina terasa naik nafsu, maka itu mendatangkan dosa.

sekarang nak tanya. siapakah di sini, mereka yg berlawanan jantina terasa terpikat, tergoda atau tertarik dengan video seumpama ini? tgk komen2 pujian kat youtube tersebut pon dah tau... wallahualam

Anonymous said...

apabila muslimah yg bertudung menyanyi kita hentam dia....
tp bila seorang muslimah yg tidak memakai tudung menyanyi kita xdak masalah...
kenapa hanya kes dia yg diperbesarkn di sini?
kenapa xperbesarkn kes penyanyi2 wanita laen?
adakh kerana dia bertudung??

Anonymous said...

lol. anynomous atas ni ketinggalan keretapi ya? muslimah x btudung tu, kalu nk watpe pon tetap berdosa sebab x pakai tudung. x payah nk tego pon, diorg mmg da tau berdosa. yg artikel ni ulas 'muslimah solehah' yg menyangka diri mereka dah tutup aurat sepenuhnya maka mereka mendedah diri sewenang2nya. itu yg perlu diperbetulkan.

Anonymous said...

bagaimana pula dgn pelakon2 filem dan drama yg mencemarkan kesucian islam tu sendiri dgn jelas??
didalam filem dan drama,mereka bertudung litup,mempamirkan sifat2 keislaman yg sgt jitu hingga terkadang terkesan dihati sesiapa yg melihatnya..walhal di luar filem mereka2 ini berpoya2,berpakaian seksi,bersosial tanpa batasan,merokok,meminum arak dll...bukankah ini satu penghinaan yg amat jelas kepada pegangan agama itu sendiri....adakah kerana mereka ni artis..maka setiap perbuatan mereka kita boleh pejam mata je??ala...diorg tu artis..nak buat mcm mana???
Mentaliti manusia kini
Artis = buat la apa sahaja...semuanya baik..ala tu berlakon je (leh jawap mcm tu agaknya depan Allah nanti)
Bukan Artis = semuanya buruk,semuanya salah,haram,dikutuk,dimaki,dikeji

kalau nak kata viewer internet,katakanlah 100k yg menenguk...telecast di TV..lebih 20 juta rakyat Malaysia yg menonton...

thcoxea on November 26, 2010 at 8:10 AM said...

salam...dalam Islam tidak melarang untuk menjadi pelakon yang Islam melarang adalah wanita yang mengunakan suaranya untuk mengoda. Oleh itu menyanyi secara umum tak boleh.means...wanita sebagai penyanyi tak boleh tetapi sebagai pelakon yang menutup aurat dan penceritaan yang berunsurkan dakwah tidak dilarang dalam Islam.

Apa yang artis itu lakukan itu diantara dia dengan Allah, sebagai masyarakat kita tak perlu menyokong rangcangan yang boleh meruntuhkan ahklak. Contoh ~'reality TV (yg berunsur kelalaian)' mengajak masyarakat mengundi dan kita juga bersalah dan menangung dosa yang sama kerana memberi lampu hijau perkara itu berlaku. masyarakat mengutuk artis2 itu berkelakuan sedemikian tetapi kita tak sedar bahawa kita menyokong mereka sebegitu.kita juga sama seperti mereka.

ingin penjelasan said...

apa sumber rujukan artikel ni?sila nyatakan...

salafus-sholih on November 28, 2010 at 11:53 AM said...

anonymous (37): boleh tgk jawapan anonymous (38)

anonymous (38): terima kasih tlg jawabkan =)

anonymous (39): bukan di luar lakonan pon kita pertikaikan, malah di dalam lakonan pon sama. yela, konsep yg saudara/i terang tu sama di sini. boleh dipakai juga...

thcoxea: kalau kita tgk filem2 'islamik' pada hari ini, susah nak kata begitu. terdapat adegan2 suami isteri yg x sepatutnya, tambah dgn pemakaian tutup aurat yg tersasar. patut boleh mencontohi industri filem iran, tgk bagaimana filem yg betul2 islamik.

ingin penjelasan: okey, artikel di atas dah update. boleh semak balik.

Anonymous said...

Yang baik kita terima sbg teguran untuk kebaikan bersama.. Tak payah jd pertikaian. walau diri krg sempurna sbg muslimah tapi apa yang baik menjadi panduan sy untuk memperbaiki diri. Tak perlu kita terus menerus mempertikaikan hukum.. Apa yang kita pertikaikan adalah ajaran yang di tuntut oleh Agama kita.

Anonymous said...

mntak izin share

Anonymous said...

Sy rsa entri ini bgus krn kita pun rsa mcm org2 yg main gitar xda slhnya wlupun dh tutup aurat...sy phm mksud hjh aman shah..mgkn perlu diperbaiki sedikit dgn tidak perlu meletakkan gmbar...

Anonymous said...

Yg ni yg betul-Sy rsa entri ini bgus krn kita pikir org2 yg main gitar xda slhnya wlupun dh tutup aurat...tp suara itu sbnrnya aurat jg...sy phm mksud hjh aman shah..mgkn perlu diperbaiki sedikit dgn tidak perlu meletakkan gmbar...

thcoxea on December 7, 2010 at 12:54 PM said...

salam...yea saya setuju..
pernah juga saya menonton filem arab Iran. lakonan dan penceritaan seperti mereka wajar diambil contoh.

thcoxea on December 7, 2010 at 12:58 PM said...

Salam....kekadang drama2 islamic hari ni hanya berimej kan islamic tetapi isi penceritaannya kosong tida menceritakan kefahaman tentang Islam pun but sy tau bukan semua...kebanyakkannya...

Burungman on December 8, 2010 at 12:15 AM said...

Assalamualaikum

Sekiranya Muslimah ingin berhibur, masih ada alternatif lain yang boleh dilakukan. Di Timur Tengah, Muslimah-muslimah yang ingin berhibur selalunya akan menentukan hari yang sesuai dan berkumpul sesama mereka di mana-mana tempat yang telah dirancang. Dan tempat tersebut hanya wanita sahaja yang boleh memasukinya. Ketika itu, Muslimah boleh berhibur seperti menari, menyanyi, membuat jamuan makan, bermain permainan bersama-sama tanpa perlu risau dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.

Kan lebih bagus sekiranya Muslimah di negara kita pun buat macam tu daripada membuat miming lalu dipost ke youtube. Kan sikap suka meminta perhatian orang itu adalah satu sifat tabarruj. Maafkan saya sekiranya apa yang saya sampaikan tidak tepat.

Wallahu'alam

Anonymous said...

membandingkan nyanyian wanita bergitar dengan tilawah? cara dakwah baru?? >O< ape nak jadi~~~

!.~@Dark Kurosaki@~.! on December 10, 2010 at 10:23 AM said...

nak tiru macam yuna tu..pakai tudung sambil main gitar..

Anonymous said...

dlm x sedar sy pun dpt dosa jg.... ini menandakan sy masih byk kena ambil tahu bab remeh yg boleh membawa kpd dosa besar............

Lina said...

salam.. terima kasih kerana berani menegur kesilapan yg dilakukan oleh muslimah yg tidak disedari. Terus kan memberi teguran walaupon dikritik. Jgn peduli dgn org yg suka memberi kritikan kerana mereka sbnrnye benci dgn kebenaran. semoga Allah memberkati usaha anda. Amin

Adlin Nazifa Mahadi on December 10, 2010 at 6:28 PM said...

tnye siket boleyh., bgi perempuan yg menyanyi pon dikira berdosa ke

salafus-sholih on December 11, 2010 at 1:42 PM said...

Adlin Nazifa Mahadi: Tiada halangan buat muslimah ingin menyanyi, asalkan mengikut patuhan syarak yang ditetapkan. Pastikan liriknya tidak melalaikan dan dalam keadaan environment yg btul spt disarankan saudara Nordin.

Anonymous said...

hajar aman shah: pada pandangan saya bila kita berpegang pada "kesilapan mengajar atau memberi pengalaman pada kita sebelum kita mendapat jalan yang lurus" adalah tidak sependapat dengan beberapa pandangan ustaz yang pernah mengajar saya. kerena kehidupan hendaklah bermula dengan panduan al-quran dan hadis bukan berpandukan keinginan (nafsu) dan akhirnya menyedari kesilapan.kecuali kes2 yang tertentu. namun tetap juga harus kita tekankan bahawa " dalam mencari jalan yang lurus bukan bermula dengan kesilapan kerana sememangnya kesilapan tidak harus dilakukan kecuali takdir Allah SWT atas kekurangan diri kita".

Anonymous said...

hm kadang2 aku sendiri tak faham muslimah sekarang ni. kalau yg pakai tudung singkat tu, kalau ada lelaki yg pandang arah dada diorang tu, marah pulak, yg pegi pakai singkat2 pehal? pastu kalau budak2 uni suka sgt pakai tag nama kat pinggang dekat2 dengan kemaluan diorang. pastu kalau ada lecturer lelaki yg baca nama diorang, diorang kata mata liar. hakktuihh! yg hang pegi tunjuk sangat pehal??!!

Anonymous said...

artikel yg menarik.alhamdulillah,satu teguran dan nasihat yg amat berguna untuk kaum hawa..
sy setuju dgn admin kita xlbh nk b'pegang pd ayt "semua org xperfect" sbb manusia mmg makhluk yg lemah sbb itula kita kena sentiasa b'pesan2 dan saling mengingati..
namun, satu hal yg menyedihkn sy bilamana masyarakat sekarang suka m'buat fatwa sendiri; m'halakan yg haram & m'haramkn yg halal.sampai ada yg b'gaduh m'bicarakan hal2 keagamaan.pesan sy (utk diri sendiri juga) b'hujahla dgn ilmu agama & andai ilmu itu masih cetek, rujuk la pd arif agar tidak t'pesong dari landasan sebenar..
maaf kalo dh lari tajuk..sorry =(

Anonymous said...

syukur alhamdulillah..muslimah bertudung (gmbr diatas) telah pun sedar akan kekhilafannya dan tidak lagi mengupload vid2 nyanyiannya.. semua vid2 telah dipadamkan..hanya yg tertinggal di youtube itu sahaja kerana ianya dimanage oleh org lain. Dan muslimah itu meminta agar sesiapa yg mengupload vidnya supaya segera dipadamkan..
harap selepas ini tidak ada lagi kontroversi berkaitan muslimah berkenaan.terima kasih.

Anonymous said...

mcm2 sungguh manusia akhir zaman...

Anonymous said...

cover la sket saudara, sbb blur pon sy bleh nampak siapa org tu

shahjiehan on December 27, 2010 at 10:36 PM said...

SJ cadangkan supaya anda tegur direct dengan beliau~ lebih mudah..

.. on December 30, 2010 at 2:59 PM said...

salam 'alaik..

pnjgnya masukn dan kritikn.

ana simpulkn aje, blh ya?
doakn si plaku b'taubat..mn tau, 1 day die lbh baik dr kita. hidyh 2 kn milik Allah.

bykkn refleksi diri.. knapa msih lg rmai plaku2 maksiat dsb.. adkh kita x mnjlnkn tugs sbg khalifah dgn baik.. nasihat-menasihi dgn kebaikan dan KESABARAN...

adakalanya kita b'bicara tntg dosa si pelaku ttp kita lupa akn dosa yg kita tanggung krn tidak mnegur.

wallahua'lam.

p/s: smoga Allah meredhai p'juangan kita, insyaAllah

medan on January 7, 2011 at 3:59 PM said...

mintak izin share dan link ngan blog saya.http:// medan-sawahbaru.blogspot.com

Anonymous said...

salam...great job...berani kerana benar...huhu hope she will read dis blog...

fara said...

kalau nak bagi nasihat adelah lebih baik bagi nasihat terus-menerus kat perempuan tu. jangan nak malukan dia kat sini. nampak sgt tk pro lgi ni. blur pun macam tak blur. saje nak malukan dia ke apa? malah, ramai lagi gadis melayu bertudung yang beraksi menyanyi petik gitar bagai. -______-"
haih, mang tak pro lgi nak bagi nasihat. sekian.

faraa said...

maaf, saya sangat menyokong pendapat anda . 100% T_T

t@wanie on January 12, 2011 at 12:17 PM said...

fara:nk malu apenye,name pon nasihat kenelah terima...sepatutnya ble org bagi nasihat kite kane ucap tq...bknnya malu...agpon owner kan da blur kan muke die uhhh....batang idung pon x nmpk...so pd pendapat saya owner tlh melakukan yg terbaik...berani kerana benar...

Anonymous said...

assalamualaikum...
mmg benar ape yg diperkatakan... suara itu adalah aurat muslimat..100% entry ini juga tepat tp pada pendapat ana, elok dibuang gambar itu... sbb ia menyebabkan si empunya gambar itu merasa tidak senang dan ramai yg mengkritiknya.. Dalam Islam juga kita dilarang menjatuhkan air muka, dengan kata lain, menjatuhkan maruah diri sendiri atau orang lain.. tak salah kita menengur sesorg itu tapi xperlulah menonjolkan seseorg muslimah itu... kita juga diajar cara2 untuk menegur tingkah laku seseorgkan...diharap pemilk blog ini dpt membuang gambar tersebut..

Anonymous said...

wlupun da blur kn gmbr..kn lagi bgus jika gmbr tu xda.. mengaibkan juga nme nye... skali tgok pun da knal.. budak 2 da delete semua video dia.. da taubat la sng cte.. xda pun update video die.. sume org wat slap kot.. tuan punye blog nie pun xterkecuali.. xslah nk berdakwah.. tp biala dengan cara yg baik.. diharapkan tuan punye blog lebih teliti sket k..jgan pandang sebelah mata je..pape pun.. selamat beramal~=)

Anonymous said...

http://www.solihinzubir.com/2010/08/150-juta-gadis-tudung-labuh-suara-sedap.html

Anonymous said...

http://dirtychapoi.blogspot.com/2010/11/eh-gadis-tudung-labuh-terlampau.html

Anonymous said...

bukannya susah pun nak carik video/gambar aweq tu ... jd x ada maknanya ADMIN nak malukan budak tu dgn blurr kan mukanya....

FPI said...

Assalamualaikum...

Imam Syafi'i pernah berkata " aku mungkin menang berdebat dengan 10 orang alim tetapi aku tidak menang berdebat dengan orang Jahil kerana orang jahil tidak mengenal landasan ilmu. "

Teruskan usaha dakwahmu wahai salafussoleh.. usah dengar kata2 dusta daripada mereka yang xguna dan ingin dilihat benar.. raja putar belit..kerana orang seperti merekalah Islam semakin mundur.

Kita tidak tahu apa permainan dunia. media semuanya dikawal Amerika Syarikat. Adakah logik Hizbullah menang dengan Israel?? adakah logik PWTC dirempuh kapal terbang Al-Qaeda.. sedarlah.. jangan jadi bodoh.. hanya orang yang buta dan percaya kepada media palsu sahaja yang ditipu.. Al-jazeera dan semua media Amerika Syarikat kawal.. Pergilah sendiri ke sana.. Mungkin kamu akan mengetahui kebenarannya..

- Jangan mengelirukan sesama Islam.. Semoga Allah merahmati Ahli sunnah Wal-jamaah dan memberi hidayah kepada orang2 syiah :D

Berpegang teguh kepada Al-quran dan Al-hadis~

Wallahualam bis-sowab..

ayujamal on February 17, 2011 at 8:30 AM said...

setuju sgt dengan apa yang diperkatakan, tapi tu la, kita cuma boleh berharap moga apa yang mereka lakukan tu benar2 ikhlas, bukan dgn niat nak menunjuk2 dan pemes...

Anonymous said...

kepada muslimah, jangan mudah terpengaruh dengan perkara yg mudah menjerumuskan kita ke lembah neraka...seperti isu ini...bukankah lebih bagus muslimah berdakwah melalui tulisan dan dengan cara-cara yg tidak mendatangkan fitnah...lepas ni jgn buat lagi...klu dah tersilap..bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat..yakinlah bahawa Allah akan ampunkan dan tunjuk jalan yang lebih baik

MasterMind on March 4, 2011 at 2:17 PM said...

dlm tu ad dalil yg ckp psal perempuan x boleh lmbutkn atau manjakn atau merdukn suara kn....
Jd kalau qariah mcm mana pulak ek??
sbb contoh yg msuk pertndingan persembhan dpan ramai lelaki jugak.. dan yg lg enting tarannum itu berlagu kn??
x faham bab yg ni....

kayah on March 10, 2011 at 11:17 PM said...

Salam, harap admin dpt jwb pertanyaan saya.

Kalau seseorang muslimah tu, buat video dan upload di youtube, tp bukan menyanyi/menari ataupun apa2 cuma mungkin mengajar cara memakai tudung, mengajar memasak dsb. Tetapi muslimah tersebut tidak pun mendedahkan aurat cuma muka jela boleh nampak. Adakah itu dikira tabarruj?

Terima kasih. And keep the da'wah going :)

salafus-sholih on March 12, 2011 at 7:34 AM said...

Amirul Hadi: Ulama berbeza pandangan dalam soal ni. Ada pandangan yang lebih ringan mengatakan pertandingan tarannum, tilawah dan seumpanya itu tidak melibatkan penggunaan suara yang lembut, mendayu-dayu dan menggoda.

Kayah: Jika tiada kepentingan mustahak untuk muncul di hadapan orang awam, maka lebih baik dielakkan. Kita sangat memahami keperluan guru wanita yang terpaksa mengajar di hadapan pelajar2 lelaki yang ramai atas dasar kekurangan guru lelaki dan manfaat yang tinggi. Jadi soalannya di sini untuk kayah, adakah memang satu keperluan untuk muncul di youtube dengan beribu2 audien semata2 untuk mengajar memakai tudung dan sekiranya tidak mengajar mereka tidak reti memakai tudung? :D

Anonymous said...

Salam, saya cadangkan tukar perkataan "bakal suami anda sahaja" kepada "suami anda sahaja" (ada di penghujung artikel ini)

Terima kasih.

Anonymous said...

aLHAMDULILLAH..SAYA SANGAT BERSYUKUR KERANA MASIH DIPELIHARA DARIPADA PERKARA SEDEMIKIAN...MUJURLAH DI SEKOLAH SAYA ADA BAKTI YANG MENJALANKAN AMANAH MENCEGAH KEMUNGKARAN...BERSAMA MEWUJUDKAN BIAH SOLEHAH DI BUMI INI...(pelajar ting 3 Ibnu Taimiyah,SBPIBR-Sek Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit,Terengganu)

kin nikiyhsa said...

assalamualaikum....
mohon share kat fb...
syukran....

mikasan88 on March 19, 2011 at 9:29 AM said...

2 la...harap ramai lg yang baca ruangan ie...dose sndiri yg dilakukan sengaja and xsengaja nie pn dah xlarat nk tnggung...tmbh upload video, xthu la nk letak mn lg..

venomontrick_10 on March 26, 2011 at 9:33 PM said...

assalamualaikum...saya ingin menanyakan 1 soalan..sya dn rkn2 tlh mendaftarkan diri untuk memasuki pertandingan nasyid sekolah..tetapi slpas berfikir msak2...saya trsadar bhawa aurat tetap aurat...jdi kmi sekumpulan ingin membbarkan kumpulan tersbut...ttp slpas memberitahu ustaz yg bertgas dlam hal itu...dia memujuk agar kmi sertai jga pertandingan...nmun..sya terpaksa berbohong kpada ustaz bhawa mak cik saya tidak membenarkan saya menyertai pertandingan itu...saya rsa ckup berdsa krna mnipu ustaz ttp sya jga tdak mahu berdosa krna menonjolkan aurat...ahli kumpulan sya jga berstuju dngan pendapat saya..mlah..smsa kmi mengdakan latihan bnyk halagan yg berlku spt rkan sya pindah,pemain bonggo blum mhir dan seorang ahli kerap tidak hadir k sesi latihan srta ahli kmpulan tdak brlatih bersnggh2 ..smsa itu..sya berfikir adakah ini petunjuk Allah SWT agar kami tidak menyertai pertandingan itu...ttp kwan sya berpendapat bhwa ini hanyalah dugaan Allah ...utk melihat kesungguhan kami...jd kmi selesaikn kes itu..dngan brkata ianya rahsia Allah...jdi saya ingin meminta pendapat saudara tntang hal ini ....terima ksih..salam

Anonymous said...

ya Allah, ini senior sy !

226Hime said...

something needed to solve this,,,with this era nowdays,,,it can be difficult,but rather we try than staying down...

Zurina J. on April 21, 2011 at 10:26 AM said...

SubhanAllah...
sy setuju dgn teguran ini..
mudah²an sy & muslimah lain tidak terjebak dgn permainan halus yahudi ini...

Terima kaish atas perkongsian yg amat baik...

+AnamuSafir+ on June 2, 2011 at 1:35 PM said...

video ade je lagi.. baru tgk td

fenifu said...

http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/apabila-muslimah-berani-beraksi.html#comment-6849526410641307166

fenipulah.....siap ada fanpage lagi... tak nmpak pon insaf. masih bangga2 orang puji sore + kecantikan dia... tang mana insaf entah...

Anonymous said...

najwa latif la tuu

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hurm 2 lah...sy pn x tau cm ne nk nasihatkn gadis d sekitar sy y jahil ttg agama...sbt bile d tegor,die kate kite pn jahil...sb sy(lelaki) y x bape ske pamer kn kebaekkan dpn org...sbb x nk t jadi riak....tp d sbb kn itu,sy plk x mampu nk tego gadis2 d sekitar sy y terang2 melakukn dosa....

OWEika on November 2, 2011 at 12:02 PM said...

lepas tgok sume nie...saya terus delete pic2 saya yg x pakai tudung...manakala gmbr yg saya pakai tdung saya hya mengunci gambar2 saya..takut ade yg tidak menutupi aurat dgn sempurna...thx ustazzz,,

prince-tengku on November 8, 2011 at 3:51 PM said...

satu perkongsian yg menarik...tima kasih...

Anonymous said...

terima kasih kerana telah membuka mata saya :)

Anonymous said...

kdg-2 na nasihad urg . nasihad lha urg ruma dulu . tenguk mak,kakak,adik pompuan dulu . kalau dah smpurna . bole lha na nasihad :)

Anonymous said...

ada manusia di atas berkata , urg yang ta pakai tudong tak payah di tego sbb diri gal tu dah berdosa . ad komen ? dosa pahala di tangan allah kawan . sedangkan bini nabi n anak lelakinya pun masuk neraka . akan tetapi bini firaun pula masuk syurga . anda sebagai manusia biasa tak ade hak na ckp pasal dosa pahala . yang betudung hanya perlu di beri didikan moral yang membina . bukan di aibkan sebegitu . sekadar bincang untk isu semasa .ingad ,ALLAH pun ciptakan neraka untuk org-2 yang solat n kuad ibadat . yang penting hati tulus kerana allah .bukan nak mngkondem wanita bertudong . kdg-2 kte tak seda dri sdri yangmelakukan keslpan . ower blog bertujuan baik sbb na mnyedarkan perbuatan ini salah . tetapi , cara anda salah dan boleh mengaibakn org . harap FAHAM :)

Syoknyaniaga on October 7, 2012 at 8:34 AM said...

teruskan berdakwah..teguran berniat baik.Al quran ada bnyk nasihat dan teguran kpd manusia.nak nasihat kat sapa lagi klu bkn manusia.bkn nk mengaibkan .lg pun owner pun dah mengedit pic tu bg samar2.nak bagitau pengkritik ,ingt senang ka nak berdakwah dizaman ni, 1 amal yg baik 100 godaan yg datang.

man said...

ainan tasneem atas muka

yathi on February 18, 2014 at 2:58 PM said...

subhanallah mudahan muslimah2 pada membaca posting ini

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates