Dari channel online Islamik, MAJD telah berlangsungnya suatu program yang bertajuk One Famili, diketuai speakernya, Dr. Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat). Beliau menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam. Ketika mereka menonton tv secara live, broadcast dari Kaabah, orang amerika tersebut menyatakan betapa kagumnya dia melihat sebegitu ramai berjuta-juta orang bersesak-sesak berada di dalam Masjidil Haram.
Dr Yahya bertanyakan kepada orang amerika tersebut, “Pada pandangan anda, berapa lamakah anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?”
“Sekurang-kurangnya 2-3 jam?”, orang amerika itu menekanya.
Dr Yahya menyambung, “Tapi masjid itu (Masjidil Haram) keseluruhannya mempunyai 4 tingkat”
Orang amerika pantas menjawab, “Oh, ini sudah tentu akan memakan masa 12 jam untuk menyusunnya!”
Dr Yahya sekali lagi menambah, “Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza”
Orang Amerika semakin bingung dan terus berkata "Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan dengan apa cara sekalipun!”
Tatkala mereka rancak berbincang, tiba-tiba imam di tv berkata "estawoo" (tetapkan dirimu). Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan berjuta-juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa beberapa saat sahaja untuk menunaikan solat isyak!
Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat dan kemudian terus berkata, “ash-hadu allah ilaha illa allah wa ash-hadu anna mohammadan rasulullah (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)”
Subhanallah!
Selamat hari raya aidil adha diucapkan kepada seluruh umat Islam dan semoga mereka yang sedang menunaikan haji di Mekah, memperoleh Haji Mabrur. Taqabbalalah minna wa minkum!
Cerita asal:
http://sharingknowledgeofislam.blogspot.com/2010/10/estawoo-arrange-yourselves.html
29 comments on "Orang Amerika dan Masjidil Haram"
gempak!!!
alhamdulillah...seorang lagi saudara baru kita..
Allah hidupkan hati hamba ini....alhamdulilah,subhanallah,,,,
HEBAT YA ALLAH!
subhanallah..
Wah boleh jadi bahan dakwah, aku pernah berada dalam situasi yang sama, bersama orang bukan muslim tapi tak keluar ape pun dari mulut aku. Aiseh!
SubhanAllah...Amazing brother. Thank you for sharing this. The beauty of Islam which transcend human race, language & culture. JazzakAllahkhair for this.
SubhanAllah, we all can learn a great deal from this. A good reminder for all our brothers and sisters. Let us all be muslim, and not just on our identification card. :)
Eid Mubarak to everyone in this blog!
love towards Allah unite people without having to have a language to convey it
Allah beri hikmah beliau dalam dakwah, Ya Allah, moga Allah pilih kita juga
Subhanallah... harap kite yang melayu ni semuanye islam.. sy pun masih dlm fasa perubahan
subhanallah.
Alhamdullilah......
semakin ramai org barat mencelikkan hati mereka,
sy juga mendapat tahu bahawa di Britain sudah 6 Gereja sudah bertukar menjadi Masjid.
sesungguhnya perkara yang benar tetap benar di sisi-Nya
subhanallah...tak terkata...
itulah islam..sangat cantik dan teratur.. :)
Alhamdulillah. All praises to Allah :)
Alhamdulillah ... subhanallah ...
subhanallah..takdir tuhan terhadap penciptaannya
Subhanallah... Kewujudan dan Kebesaran Allah itu jelas kelihatan. Hanya manusia yang berhati batu menafikannya...
sy nak tanya sket... Sunnah tue ape???? Admin tolong jawab..
Sunnah adalaha petunjuk yg telah ditempuh Rasulullah saw dan para sahabatnya baik berkenaan dengan ilmu, aqidah, perkataan, perbuatan maupun ketetapan. Phm?
asal lain. sory kalau sy salah, Abih orang kat luar tue kata, pakai serban, jubah, bela janggut , kahwin empat tue sunnah nabi, Mana satu betul?? Petunjuk yang ditempuh tue macammana.?? kurang paham.
pakai serban, bela janggut tu kan perbuatan yg dilakukan nabi? kahwin empat kan ketetapan yg diberi nabi atas perintah Allah? Jadi semua ini termasuk dalam sunnah la.
ooo yeke.. hehehehe sory, sy kurang nak paham sket. hmm.. boleh x Admin bg contoh lain yg lebih meyakinkan. Ada orang bergaduh pasal Sunnah nie, kat tempat saya, sy xtau yg mana betul.
sy menunggu jawpn admin nie.. xcakap pon.. lg 1, org yg berdialog pasal sunnah ari tue ade cakap, Ape sunnah Nabi yg terbesar?? aik?? sunnah pon ade besar ade kecik ker??
Alhamduilillah, semoga lebih ramai orang bukan Islam tertarik kepada agama yang hebat ini!
salafus solih.,,jawab la pertanyaan org ats nie..jgn mendiam pula..
Subhan'Allah! Whomever Allah guides, none can misguide and whomever Allah leaves astray, none can guide. Beautiful story.
Jazak'Allah Khair for sharing,
http://www.StunningHijab.com
bab sunnah nie tak leh nak cakap dalam 1 @ 2 ayat aje...klu nak faham apa tu sunnah ia kena belajar dan berguru...klu takat nak tahu satu2 perkara tu ikut sunnah ataupun tidak mgkin ruangan nie mencukupi...utk pemahaman kena belajar cam gi sekolah..
betul tu..kadangkala manusia yg nak ikut sunnah Nabi tu mmg bagus tetapi ada yg pilih-pilih...Yang dia rasa nak ikut, dia ikut...Yang dia rasa tak nak ikut, dia tak ikut... contohnya; kawin 4 kata nak ikut sunnah Nabi, tapi time menjalankan amanah sebagai seorang suami seperti keadilan dalam rumah tangga tersebut tidak mengikut sunnah Nabi... Amalan-amalan harian kita semua Nabi dah ajar daripada bangun tidur sehinggalah keesokan hari...Belajarlah daripada mana-mana Ustaz bertauliah... Semoga kita hidup mengikut sunnah-sunnah Rasulullah.
Post a Comment