Solat merupakan ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama. Seperti yang kita ketahui, solat itu mencegah kemungkaran. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Tetapi persoalannya, mengapakah kita masih lagi melakukan banyak kemungkaran di sana sini tanpa mengira waktu. Di manakah silapnya solat kita sehingga tidak dapat mencegah kemungkaran sedangkan kita tidak pernah meninggalkan satu waktu solat pun. Memang ada yang tidak kena dengan solat kita. Saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian supaya menilai sendiri tahap solat kita, di manakah tahap solat kita berada sekarang. Imej dibawah menunjukkan sembilan tahap solat bermula dari tahap satu sehingga tahap sembilan. Tandalah di mana tahap solat anda berada dan berusahalah perbaiki mulai dari sekarang. Janganlah ditangguh-tangguh lagi kerana solat kita tidak terlepas dari untuk ditanya ketika di akhirat kelak. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Wallahualam.
(Sila klik imej di bawah untuk pembesaran skala penuh)
16 comments on "Di manakah tahap solat kita?"
Insyaallah. info yang bermanfaat buat semua :)
Terima kasih atas info yg bguna, truskan usaha saudara.
anda awesome :)
salam,
byk perkara yg saya terleps pndg slame nih..
tq !!
Ya betul, saya sendiri pon terlepas pandang. Bersama-samalah kita cuba mendaki tahap solat sehingga tahap yang terbaik... =)
Mohon share ya saudara..-ct
info yg sgt bgune...
hurmnnn...
masih byk yg sya kne perbaiki...
mcm baru thp 4 jee..
huhuh :(
terima kasih.
terima kasih untuk perkongsian
assalamualaikumwarahmatullah
minta izin untuk publish dalam artikel majalah university.
akan ditulis link kepada empunya blog salafus sholih.
info yg sungguh bmanfaat...mohon share ya?
mohon syer info, sama2 kita ambik iktibar...
jauhnya lg solat saya ya sahabat terima kasih dengan info yang diberi semoga Allah SWT sahaja yang membalas kepada saudara yang memberi info yang terlalu berguna ini insyaAllah sama2 kita membaiki solat kita Amin...........Ya Robbalalamin.
syukran ya akhy.
aduh hinanya rasa diri...byk yg kene blaja lagi....
Alhamdulilah syukur pada Allah aku terjmp informasi sebegini..tima ksh.minta izin utk share di blog saya.
Post a Comment