Sunday, February 13, 2011

Valentine's day vs Maulud Nabi

Posted by salafus-sholih at 9:21 PM

Saya ditanya untuk memberi sedikit ulasan mengenai Valentine’s day dan Maulud Nabi. Kedua-dua sambutan ini kebetulan belangsung pada hari bersebelahan. Jadi, apabila ditanya antara kedua-dua tarikh tersebut, yang mana patut kita sambut? Saya yakin lebih 90% daripada kita akan jawab Maulud Nabi. Saya tak mahu berbincang secara khusus perihal mengapa kita patut menentang Valentine’s day atau mengapa kita patut meraikan Maulud Nabi. Sudah ramai yang membincangkannya, anda boleh mencarinya. Cuma saya ingin memberi sedikit ulasan tentang semangat orang kita sekarang yang begitu teguh berkempen tentang kedua-dua perihal ini.



Tentang Valentine’s day, alhamdulillah semakin ramai mendapat info tentang kesedaran di sebalik sambutan songsang ini. Kesepakatan kita menentang sambutan ini bukan sahaja digempur oleh para ulama, ustaz, ustazah, malah mereka yang bercouple, pasangan boyfriend dan girlfriend atau kekasih-kekasih di luar sana turut turun padang menyertai kempen membanteras sambutan ini. Amat menakjubkan bukan? Dengan menyertai kempen anti-Valentine's day ini, adakah ini bermakna mereka yang bercouple akan bersetuju untuk duduk diam di rumah, tidak berdating dan tidak akan memberi bunga ros kepada pasangan mereka pada tarikh tersebut? Bagaimana pula setelah tamat tarikh keramat tersebut, adakah mereka akan kembali bersambung menikmati kehidupan sebagai kekasih semula? Ini yang kita mahu mereka fikirkan.

Mengenai Maulud Nabi pula, apabila tiba tarikh tersebut barulah kita sibuk menyebut nama baginda Rasulullah SAW. Kita mula kembali masuk ke masjid mendengar ceramah perjuangan baginda. Kasih sayang terhadap baginda ditunjukkan menerusi semangat berarak di jalanan sambil berselawat dengan kuatnya. Namun amat malang juga, selang sehari selepas itu, semangat itu entah hilang ke mana. Sunnah baginda pula dibuat tidak endah. Adakah cinta kita pada Rasulullah SAW hanya layak diberikan pada tarikh kelahiran baginda sahaja? Mengapakah kita sibuk berarak yang entah kita tak tahu sunnah atau tidak, sedangkan sunnah yang dituntut lain kita tinggalkan sama sekali?

Berdasarkan persoalan-persoalan yang diberikan pada kedua-dua situasi di atas, saya ingin mengajak anda berfikir, mengapakah tindakan kita hanya dilakukan bermusim sahaja? Apakah tuntutan agama hanya khusus terhad pada satu-satu hari tertentu sahaja? Alangkah indahnya jika semua orang menganggap setiap hari adalah Valentine’s day dan setiap hari juga adalah Maulud Nabi. Maka setiap hari juga kita menentang segala gejala songsang membabitkan pasangan kekasih, dan setiap hari juga kita sentiasa menjunjung baginda Rasulullah SAW dengan sentiasa melaksanakan sunnah baginda. Mulai sekarang, ubah cara kita berfikir!

42 comments on "Valentine's day vs Maulud Nabi"

izzati wanie on February 13, 2011 at 10:16 PM said...

Salam...bagaimanakah untuk kita terus mencintai Rasulullah saw secara istiqamah?

Anonymous said...

Salam.

"Alangkah indahnya jika semua orang menganggap setiap hari adalah Valentine’s day dan setiap hari juga adalah Maulud Nabi. Maka setiap hari juga kita menentang segala gejala songsang membabitkan pasangan kekasih, dan setiap hari juga kita sentiasa menjunjung baginda Rasulullah SAW dengan sentiasa melaksanakan sunnah baginda. Mulai sekarang, ubah cara kita berfikir!"

Subhanallah, setuju dengan kalam saudara. Semoga Allah membantu usaha dakwah sunnah saudara.

Anonymous said...

dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW

Unknown on February 13, 2011 at 11:07 PM said...

btol btol.sokong. anggap setiap hari maulud nabi..

Anonymous said...

seperti saat hadirnya ramadhan dan syawal. sebulan ramadhan yang dihiasi amalan, belum tentu mampu untuk terus dipertahankan setelah hadirnya syawal. amalan kunjung mengunjung dan bermaafan di pagi syawal, hanya dilakukan ketika tibanya bulan syawal.

sungguh bermusim. hal dunia begitu berat dalam hati...semakin sempit ruang untuk saham akhirat. tak kuat bila bersendiri. lebih kuat bila bersama. dalam jamaah. sama2 saling mengingatkan, saling mencari.

anakucing on February 13, 2011 at 11:32 PM said...

betul kata pemilik blog...
hidupkan n amalkan sunnah2 Rasulullah S.A.W...
yang paling senang, berjemaah la kat masjid...

salafus-sholih on February 13, 2011 at 11:52 PM said...

izzati wanie: Para sahabat dulu tak sambut maulud nabi, tapi mereka mengikut sunnah Rasulullah SAW secara berterusan =)

alghorib: Alhamdulillah… kita sama2 boleh mainkan peranan masing2 =)

Anonymous,3: Ya, benar sekali…

wannurakmal: Harap2 begitu. Hehe

Anonymous,5: Ya, tepat apa yg diperkatakan. Kita bimbang dgn pemikiran bermusim ni melemahkan umat Islam. Apa hendak diisi antara musim tersebut?

anakucing: Berjemaah sunnah paling senang… tetapi tu la yg paling gagal dilakukan.

Anonymous said...

pandai sembang jaaa korang nei... bila orang cuba hidupkan kembali ingatan org islam terhadap nabi.. korang tentang kata bid'ah.. tp apa yg korang buat utk igatkan generasi muda tentang perihal nabi muhammad.. xda... hanya pandai salahkan orang dan membid'ahkan org....

Anonymous said...

aik, xde pon citer pasal bidaah2 kat atas tu. awat anonymous atas ni panas punggung lak?

Nicholas Wong Eei Hui on February 14, 2011 at 10:01 PM said...

salam , sesungguhnya ALLAH menciptakan akal itu sendiri untuk digunakan kearah makruf dan mencegah mungkar dalam kehidupan seseorang muslim itu sendiri. Renunglah kembali kepada alQuran n Hadis , insyallah hidup akan sentiasa berpaksi atas siratul mustaqim. Tidak perlu untuk merasakan kekaburan dalam hidup kerna segala jawapan ada pada 2 sumber tersebut dan terpulang kepada kita untuk menilainya. Wallah ul alam .

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aik anonymous yg ckp pasal bid'ah uh... nape deh? maulid ditentang kerana ia bid'ah.. ta diamalkan semasa zaman rasulullah dan para sahabat... tapi kamu na marah tntg tggungjawab igtkan generasi igtkan anak muda... first, gune internet ni kira peringatan la n kedua perkara uh perlu ditanam dalam hati oleh setiap individu.. lagipun.. hari2 berselawat kan dikira igt kpd Rasulullah s.a.w... penulis un da ckp para sahabat ikut sunnah secara berterusan.. kite un berusaha la begitu juga.. ikut manhaj salaf.. jgn na marah melulu.. berfikir dulu sblom ckp sesuatu

si jahil said...

jd berdosa erk kwn2 jika kita sambut maulid...

thcoxea on February 17, 2011 at 6:08 PM said...

Salam...
Alhamdullilah.......sejak kebelakangan ini kesedaran terhadap V day sgt berkesan, effect dari kempen beberapa pihak. pada hari V day yg lalu rata-rata artis juga mengambil kesempatan untuk mengatakan tidak dan mengajak para peminatnya untuk melupakan V day. Ini salah satu fenomena baru dalam negara.

Berkenaan dengan Maulud Nabi junjungan kita, rasanya rata-rata masyarakat juga semakin matang dalam keperihatinan isu ini. Juga saya perhatikan fenomena baru media massa semakin banyak mengambil perhatian terhadap Maulud nabi. Seperti kata admid, Ianya juga bermusim. tapi saya yakin diluar sana ramai umat Islam yang mengamalkan selawat nabi untuk harian. Marilah kita sama2 menjadikan selawat nabi sebagai kegunaan harian. Contohnya memulakan minuman pertama pada waktu pagi dengan selawat nabi tanpa memberus gigi.

thcoxea on February 17, 2011 at 6:23 PM said...

Salam....
Ya betul Maulud nabi ini salah satu perbuatan bidaah, but ianya bidaah yang baik.
dan betul juga zaman nabi tiada sambutan kelahiran Nabi kerana nabi tidak melakukannya. tetapi Rasullah tidak mengeluarkan fatwa yang mengatakan tidak boleh. As long as bidaah itu tidak mendatangkan kurafat dan menduakan Allah ianya dibenarkan.

Jika sesuatu perkara yang tidak pernah berlaku di zaman nabi tidak semestinya kita tak boleh melakukan kerana sepanjang hayat Rasullah tidak menafikan dan tidak ada pengakuan yang mengatakan salah untuk melakukannya. kekadang masyarakat perlulah open dalam beribadah. Islam itu kan mudah. As long as nawaitu kita itu memperjuangkan ke jalan Allah dan mentaati suruhan rasul-Nya. contohnya 'jihad', jihad tidak semestinya dimedan perang, jihad juga boleh terjadi dalam pekerjaan kita jihad dengan ilmu, dengan harta dan jihad dengan melawan nafsu.

Anonymous said...

thcoxea, para sahabat la paling menyanyangi nabi, tp napa depa tak wat? awk kata kita kena open dlm beribadah? jadi boleh x kita wat solat sunat dhuha berjemaah? nabi x pernah menafikan dan x pernah kata salah. jeng2~~

si jahil said...

thcoxea pendapat anda lebih lembut... saya suka.. kita kena sedia menerima pandapat orang,jgn terlalu radikal dengan pandangan sendiri @ pegangan tertentu .. pecahnya umat islam sekarang ini adalah disebabkan sikap terlalu tabsub dengan pandangan dan pegangan kumpulan ikutan sendiri.. sampai kadang2 berani menjatuhkan dan memalukan sesama saudara seagama.. sedangan sepatutnya persaudaraan itu lebih dititikberatkan..

thcoxea on February 18, 2011 at 2:43 PM said...

Salam to Anonymous 16
:) hehehe…


‘Maulid Nabi’ pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gabenor Irbil , di Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi (1138-1193). Ada pula yang berpendapat bahwa ideanya justru berasal dari Sultan Salahuddin sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah dalam upaya perebutkan kota Yerusalem dan sekitarnya.
Terdapat beberapa kaum ulama yang berpaham Salafi & Wahhabi yang tidak merayakannya karena menganggap perayaan Maulud merupakan sebuah bid'ah, Mereka berpendapat bahwa kaum muslim yang merayakannya keliru dalam menafsirkannya sehingga keluar dari esensi kegiatannya. Namun demikian, terdapat pula ulama yang berpendapat bahwa peringatan Maulid Nabi bukanlah hal bid'ah, karena merupakan pengungkapan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
So, terpulang pada kamu untuk menilai semua perkara tersebut. Kerana Kerajaan Arab Saudi juga tidak melakukan Maulud. Dan bagi sy juga ianya tidak salah untuk kita melakukan maulud nabi asalkan tidak memesongkan akidah & tidak dicampuri aktiviti yang melanggar syariat Islam. Selain untuk mengingati Rasullah dengan Maulud Nabi, Adalah lebih baik kita menteladani akhlak Nabi SAW. Sesungguhnya Ahlak Nabi Muhammad itu adalah Al-Quran.

‘Open dalam beribadah’ yg saya maksudkan diatas bukan lah kita nak memesongkan akidah dan juga dan mengubah perintah Allah semata2 kehendak kita. Tetapi apa yg maksud sy adalah dalam masyarakat melayu kita mencantumkan agama dengan adat, contoh, apabila seseorang itu meninggal, masyarakat kita nak buat kenduri arwah pada hari yang ke-100, sedangkan perkara itu tidak pula diperintahkan oleh Islam. Yang disuruh oleh Islam adalah bacaan ayat2 suci bertujuan sedekah pada simati. Kerana adat yang telah menjadi kebiasaan membuatkan sesetengah masyarakat memandang pelik bagi org tidak ingin melakukan sedemikian. Maksud ‘open dalam ibadah’ pada pandangan saya adalah selagi sesuatu perkara yang tidak menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya, dan tidak menyalahi undang2 negara selagi itu kita perlu bersikap terbuka walau sesuatu perkara itu bukan dalam kebiasaan kita. Contoh satu lagi ye…dalam masyarakat melayu yang menjadi kebiasaan. Apabila Ramadhan kita melakukan solat Terawih di masjid. Apabila salah seorang makmum hanya melakukan solat Terawih hanya 4 rakaat sahaja di masjid kemudian hamba Allah ini ada meeting selama 1 jam di tempat lain dan kembali menyambung semula solat Terawih tadi di rumah. Situasi ini mungkin janggal tapi tidak menyalahi mana2 undang. Tetapi masyarakat akan mengata hamba Allah ini kerana meninggalkan solat tadi. Dalam erti kata lain berdakwah dengan sifat yang terbuka....tak kira apa sahaja cara yang tidak menyalahi undang2 Islam dan negara.

‘Solat dhuha’ Memang pada umumnya dianggap solat sunat (tathawwu’) yang tidak disunnahkan/disyariatkan berjemaah.(Imam nawawi,Raudhah Atn-Thalibin, 1/22;As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin,1/272)
Namun, sebahagian ulama telah meneliti ulang permasalahan tersebut. Dan mereka menemukan dalil bahawa solat dhuha ternyata boleh dikerjakan secara berjemaah. Syeikh Mahmud Abdul Latif ‘Uwaidhah , misalnya mengatakan “Solat dhuha ini dapat dikerjakan secara bersendirian dan dapat pula dikerjakan secara berjemaah”. Beliau lalu menyebutkan dalilnya, iaitu hadis dari “Itban bin Malik RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Bukhari,Muslim, dan ibnu Khuzaimah.(Mahmud Abdul Latif ‘uwaidhah, Al-Jami’li Ahkam Ash Shalah,2/399)
Dalam kitab Fathul Bahri(Syarah Sahih Bukhari) karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, dinukilkan hadis ‘Itban bin Malik RA tersebut, bahawa Rasulullah Saw telah melakukan solat dhuha (subhata adh-dhuha) di rumah baginda(rumah ‘Itban bin Malik), lalu orang-orang berdiri di belakang baginda dan mereka pun bersolat dengan solat baginda(fa-qaamu waraa’ahu fa-shallu bi shalaatihi).(Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, Fathul Bahri.4/177)

Anonymous said...

Mengapa Aktivis Agama Berpecah Sebegitu?
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/982-mengapa-peminat-agama-berpecah-sebegitu.html

Anonymous said...

Sultan Salahuddin Al-Ayub yg punya ide ttg maulud nabi?? hmm coba baca2 yg benar...

thcoxea on February 19, 2011 at 10:57 AM said...

Salam… to Anonymous 20
Tada…. :)

Maaf maybe sy kekurangan sumber dalam research saya…tentang sejarah maulud nabi . setakat ini sy membaca ada beberapa pendapat dari beberapa pihak ulama dengan pendapat mereka sendiri. Tetapi fakta yang paling kuat adalah Maulud nabi ini terjadi di Mesir. Disekitar zaman Fatimiyyah dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Iaitu sebelum zaman Sultan Sallahuddin juga sudah ada perayaan maulud. Kerana ini adalah salah satu dari beberapa perayaan yang berlaku pada zaman itu.

Saya tidak mengatakan Idea itu adalah dari Sultan Salahuddin kalau kamu baca apa yg saya tuliskan yang sebelum ini. Dalam ayat itu “Ada pula yang berpendapat bahwa ideanya justru berasal dari Sultan Salahuddin sendiri.” ayat ini adalah ayat andaian dari segelintir masyarakat.

Apa yang pasti ianya berlaku untuk menaikkan semangat umat islam dalam kecintaan pada Allah dan Nabi SAW. Jika sy tidak berapa tepat apakah permulaan Maulud nabi yang sebetulnya? Bagaimana pun Dizaman Rasullah, para sahabat sering memuji Nabi.

Sahabat memuliakan hari kelahiran Nabi saw
Berkata Abbas bin Abdul Muttalib ra : “Izinkan aku memujimu wahai Rasulullah..” maka Rasul saw menjawab: “silahkan..,maka Allah akan membuat bibirmu terjaga”, maka Abbas ra memuji dg syair yg panjang, diantaranya : “… dan engkau (wahai nabi saw) saat hari kelahiranmu maka terbitlah cahaya dibumi hingga terang benderang, dan langit bercahaya dengan cahayamu, dan kami kini dalam naungan cahaya itu dan dalam tuntunan kemuliaan (Al Qur’an) kami terus mendalaminya” (Mustadrak ‘ala shahihain hadits no.5417)

Kesimpulannya, jika sesuatu pekara itu dilakukan dengan tujuan yang baik dan meningkatkan kecintaan kepada Allah dan rasulnya lebih baik diteruskan. Dan terpulang kepada individu itu untuk meraikanya atau tidak kerana kedua2nya tiada permasalahan. Dan saya percaya jika sesuatu perkara itu menyalahi perintah Allah, para ulama Malaysia pasti menekankan dan mengambil timdakan sepatutnya. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara2 ku..
pasal maulud ni la kan..
rase2 nyer x yah nk gaduh2 la..
saper2 yg rase nk bersama2 dgn nabi d akhirat kelak..
maka teruskan mengasihi nabi dgn pelbagai2 cara..melalui maulud,bersalawat..berqasidah,berzanji,marhaban,
mengikuti sunnah nabi..
klu sape2 yg nk pegang maulud ni bidaah,
maka teruskan...dan bidaah itu sesat dan sesat itu ke neraka..
saper yg nk pegang kate2 itu..
teruskan lah..
penyambutan kelahiran nabi ini asl2 nye dari abu lahab yg maner bapa saudara kpd nabi..
pada ketika nabi hendak menyebarkan da'awah secara terbuka...
abu lahab la yg paling kuat menentang usaha nabi utk menyebarkan da'awah...
tp pada masa mula2 kelahiran nabi dahulu..
abu lahab telah menghantar hambanye kpd siti aminah utk melihat keadaan nyer..
dan apabila siti aminah melahirkan MUHAMMAD...
maka hamba abu lahab menyampai kan berita itu kpd abu lahab..
pada zaman itu..
kelahiran anak lelaki merupakan khabar yg gembira berbanding kelahiran anak perempuan..
maka abu lahab dgn gembira nyer memerdekakan hambanyer itu..
dan telah sedekah kan 100 ekor unta...
daripada perbuatannyer itu Allah telah meringankan azabnyer pada setiap ari isnin dgn menghisap kedua ibu jari nyer sndiri..
di cn dpt kiter rumuskan..
klu abu lahab yg sejahat2nyer gembira mymbut kelahiran nabi,maka apatah kiter lagi?
sedangkan nama abu lahab sendiri dilaknat dalam AL-QURAN..
maka renung kan lah pendapat sy yg x seberapa ini...
nabi paling merindui umatnyer yg x pernah berjumpa dgn nyer,tp tetap mengasihi nyer...
barang siap berselawat kpd nabi skali,maka ALLAH
akan berselawat yg bermaksud merahmati ke ats kiter 10 kali..
kira sendiri la cmner 2..
klu ader tersalah kater dr pendapat sy ni...
sy minx maaf byk2..
smuer sumber ini sy ambil dr guru2 yg alim...
dari kitab2 jawi lama...
saper ader yg x setuju dgn pendapat sy.
maka teruskan lah..
ALLAHUMMASOLLI WASALLIM WABARIK A'LA MUHAMMAD WA A'LA ALAIH...Wallahualam

thcoxea on February 23, 2011 at 6:29 PM said...

hehehehe....
caya lah :)

Anonymous said...

banyakkan selawat kepada nabi, contohi peribadi nabi,ingat sejarah tentang nabi, seterusnya beramal dengan Quran dan sunnah kerana Quran adalah cerminan peribadi nabi...marilah kita bersama-sama bersyukur kerana menjadi umat nabi Muhammad...perbincangan antara sahabat di atas sangat bagus dan menarik...

Anonymous said...

LAILLAHAILLAH....alangkah jahil nya kita ini...
sbnr nya ikhwan sekalian...
Maulud itu adalah satu perkara bid'ah...
jika ia adalah satu perkara sunnah nescaya PARA SAHABAT dahulu yg akan membuat nya...
ana tahu ramai ikhwan diluar sana susah nak menerima apa yg ana ckp...kerana di sana tiada dalil yg mengata kan MAULUD itu adalah sunnah...
(SABDA RASULALLAH SALAWWAHSOLLALLAHU ALAIHI WASSALAM:PADA AKHIR ZAMAN AKAN TIMBUL NYE BANYAK PERKARA BID'AH.)(SESUNGGUHNYA PERKARA BID'AH ITU ADALAH SESAT DAN SESUNGGUHNYA PERKARA SESAT ITU LAYAK KE NERAKA..)

salafus-sholih on February 25, 2011 at 6:20 PM said...

Sebenarnya bukan tujuan artikel ni ditulis untuk kita bincangkan sama ada maulud nabi itu boleh dilakukan atau tidak, sama ada ianya bidaah atau tidak. Para ulama dah bahaskan panjang tentang soal ini dan memang ada perbezaan pandangan antara mereka yang perlu kita hormati. Cuma apabila tibanya maulud nabi, barulah kita terhegeh2 nak meraikan baginda sedangkan hari yg lain kita buat tak peduli, itu memang confirm bidaah!

Anonymous said...

setuju dgn admin...
Anonymous 25....
memang maulud itu bidaah..
tp bidaah hasanah...
klu cm 2..
saudara x perlu la naik kereta,tdo ats katil,pakai fon,gune laptop,main fb..
2 smuer bidaah..
rahimakumullah Dr sayid ahmad alawi maliki pernah
berkata,perkara bidaah yg paling nyata skali ialah hanyer mymbut maulud iatu meraikan kelahiran baginda ketika bulan rabiul awal ni sahaja..bulan rabiul awal ialah bulan kemuncak dalam bulan2 islam yg lain...tiada siapa yg kate maulud ini sunnah..
ttpi bermaulid ini adalah satu cara utk memperingati nabi..
konsert2 yg diadakan d malaysia ini dgn bermaulid,maner lagi satu yg bidaah????
agak ssh utk membuka fikiran golongan yg byk membidaahkan bnda2 baik nih..
kamo rase x nk wt maulid..
teruskan..
tp jgn nk cuber2 hasut2 org laen plak...
wallahualam

si jahil said...

Wahai kwn2 jom kita renung kata2 nei,

''To be one, to be united is a great thing. But to respect the right to be different is maybe greater''

Jgn kita bergaduh dgn perkara2 furuk

Menurut Syeikhul Islam, Dr. Yusuf al Qardhawi, pada hari ini adalah haram bagi umat Islam atau pergerakan Islam untuk bertelagah tentang perkara-perkara furuk seperti masalah janggut, jubah, hijab, tawfid dan beberapa masalah lain lagi.
Umat Islam hari ini menurut beliau, perlu lebih menumpukan perhatian terhadap masalah-masalah yang lebih besar selain daripada perkara furuk, kerana masalah yang diabaikan itu akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada ummah.
Pada hari ini jelas menurut beliau, sebahagian daripada kelompok aktivis Islam yang lebih tertumpu kepada masalah-masalah khilafiah, sehingga masalah tersebut menjadi lebih penting daripada masalah yang sebenarnya lebih utama dan lebih penting untuk diperbincangkan.

Beliau juga menyeru para da’i Islam yang memiliki kesedaran yang sama untuk menekan dakwah mereka lebih kepada perpaduan dan penyatuan sebelum pergi ke persoalan yang lain. Syiar Islam ini perlu diangkat dengan cara bekerjasama kerana kerjasama itu merupakan kewajipan dan keperluan yang dituntut oleh syarak.
Menurut Dr. Yusuf al Qaradhawi lagi, masa dan tenaga yang digunakan untuk pertelingkahan dan pertikaian serta perbezaan pendapat mengenai perkara khilafiah ini sepatutnya adalah lebih baik sekiranya ia dijuruskan kepada perbincangan untuk pembangunan struktur keagamaan dan kerohanian, ilmu pengetahuan dan peradaban.

Ada tujuh masalah umat Islam, menurut beliau yang utama dan perlu diberi perhatian secara serius iaitu :-
1Ketinggalan dalam ilmu pengetahuan, teknologi dan peradaban
2Ketempangan sistem sosial dan ekonomi
3Kediktatoran dalam sistem politik
4Pembaratan budaya hidup melalui serangan pemikiran
5Permusuhan dan pergerakan Zionisme
6Perpecahan dan persengketaan di Dunia Arab dan Islam
7Kejatuhan moral

Beliau juga menyeru agar para da’i dan masyarakat Islam berdakwah dengan memberi penekanan kepada tujuh perkara yang pada pendapat beliau perlu diutamakan untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Pada hari ini setiap Muslim bertanggungjawab untuk menyampaikan keutamaan mengenai ilmu, iman dan amal kepada generasi tua dan muda. Keutamaan umat Islam hari ini adalah untuk mengusir segala bentuk fitnah dan nista yang dicipta oleh golongan tertentu yang bertentangan dengan nilai-nilai kebaikan dalam Islam.

Selain daripada itu, umat Islam hari ini perlu membuka pintu persepakatan untuk membantu generasi muda Islam hari ini daripada dijangkiti wabak fahaman ateis yang menyerang pemikiran melalui pelbagai sumber yang boleh mengancam dan menghakis akidah umat Islam.

si jahil said...

sambungan di atas:
apa yang penting menurut beliau, umat Islam perlu mengamalkan sikap toleransi terutama dalam hal-hal yang melibatkan perbezaan dan perselisihan pendapat.
Katanya lagi, ulama Rasyid Reza telah meninggalkan cara yang paling berkesan dalam menjaga persepakatan dan perpaduan di antara masyarakat Muslim iaitu dengan bekerjasama dalam masalah yang disepakati dan bertoleransi dalam masalah-masalah yang diperselisihkan.

Sikap Imam Hassan Al Banna dalam perbezaan pendapat begitu selari dengan kaedah yang dihasilkan oleh ulama Rashid Reza. Beliau sentiasa berpegang teguh kepada nasihat tersebut baik dari segi pemikirannya dan juga amal.

Sikap toleransi dan terbuka dalam menerima perbezaan pendapat perlu diamalkan oleh umat Islam hari ini demi untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Sikap jumud dan taksub tidak akan membawa apa-apa kebaikan bahkan kelak akan menimbulkan bencana umum yang lebih besar lagi terhadap umat Islam.

Di dalam Islam, umumnya mengetahui bahawa perpecahan itu tidak boleh dianggap sebagai satu perkara biasa. Banyak nas-nas Quran dan juga hadis yang menegah dan melarang umat Islam daripada berpecah belah dan bersikap menjurus ke arah perpecahan.

Islam jelas sangat membenci perpecahan dan ini jelas dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Jundab Abdullah yang bermaksud : “Bacalah al Quran selama bacaan itu dapat menyatukan hati kamu, tetapi jika berselisih, maka hentikanlah bacaan itu”

Jika terjadi sebarang perselisihan dan perbalahan yang akan menyebabkan perpecahan, maka hendaklah bacaan tersebut ditinggalkan dan berpegang teguh kepada muhkam yang membawa kepada perpaduan.
Seperti mana Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Iran ayat 105 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai berai dan berselisih (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata ( yang dibawa oleh Nabi-Nabi Allah ) dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar,”

Begitu juga dalam surah al Anfal ayat 46 di mana Allah s.w.t. melarangkan agar umat Islam berbantah-bantahan dalam mentaati Allah dan Rasul.

Maksudnya : “Dan taatilah kamu kepada kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kami, dan sabarlah (menghadapi kesukaran dengan cekal hati);sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar,”

Begitu juga sikap-sikap yang menjurus kepada masalah perpecahan seperti adu domba, dengki khianat dan sebagainya. Ini adalah sikap yang ditiup oleh syaitan dalam usaha iblis untuk menghancur dan memecah belahkan umat Islam agar menjadi lemah dan hina.
Kata beliau lagi, hari ini golongan bukan Islam, sedang bersepakat dan cuba untuk menjalinkan kerjasama di antara mereka, seperti golongan Kristian, bangsa Eropah dan sebagainya.
Sedangkan umat Islam hari ini pula dalam keadaan lemah dan berpecah belah. Ilmu tidak lagi menjadi keutamaan umat Islam sehinggakan umat Islam hari ini sanggup berbunuhan demi hanya kerana perselisihan pendapat.

Oleh itu kata beliau, adalah haram bagi umat Islam pada hari ini, bertelagah dan berbeza pendapat dalam perkara furuk, sehingga akhirnya merobek dan memecah belahkan kesatuan umat Islam.

Anonymous said...

nampak mcm wahabi ja kau ni..kau kata sambut maulud nabi tu bkan sunnah..buat apa berarak ke hulu ke hilir..nampak sgt kau ni mengaji x habis lagi..ikut sedap akal ja kau kata..entah2 hukum akal pon kau x tau..sedangkan nabi pon raikan hari kelahiran baginda..dan aku nengok kau ni bnyk sgt pengaruh org dgn video MAZA tu..wahabi la tu..ish3..senang2 kau je ambek barang tiruan kan..sedangkan barang yg asli tu kau x pi cari..ish23...

Anonymous said...

memang la bab furuk x perlu nk dI bahaskan..
tp ni sbb mencintai nabi...
mengapa Allah memilih nama nabi slps name DIA?
LAILAHALILLAH MUHAMADDUN RASULLAH?????
bkn calang2 name bleyh duk sblh name yg KHOLIK nih..
malas la nk cte pnjg..
saper2 rase wahabi ker,ahbash ker...
lantak pi la...
yg penting ak nk syafaat nabi...
saper x nk sudah

Anonymous said...

wah sekarang nei terlalu ramai yang rasa setanding dengan ulama'.... kalau kata ulama' kita xnak ikut, cakap sape lagi kita nak ikut.... nei laa orang panggil sikap bodoh sombong... ulama' keluarkan fatwa jgn bincang hal2 furuk sebab memecah belahkan umat, tp dengan relak jaa tolak, mcm ilmu tu tinggi sangat.. mcm nei nk dapat syafaat nabi... kalau ulama' punya nasikat pown xpandang... kan ulama' tu pewaris nabi... pikir-pikirkanlaa...
kalau xsetuju dgn mana2 pandangan org lain, lebih baek diam dari menimbulkan perbalahan... tepuk dada tanya iman....

Anonymous said...

yang si wahabi nei pown... kalau xsetuju dgn mana2 pandangan.. diam jaa laa.. hormat pandangan org lain... nei ikut suka-suki jaa nak hina orang, kutuk org, salahkan org yang xsekepala dgn diorg.. relax ar... yg penting kita semua sembah tuhan yang sama dengan cara yang sama... cuma ada sedikit berbeza pendapat.. biasala tuu... yg penting akar pokok masih sama... jgn laa duk perleceh sesama sendiri.. jom kita pikir masalah lain.. yang lepas tu saudah2 laa... sekarang kita pastikan umat islam bersatu hati.. barulah musuh islam bertambah takut.... apaa daaaa...

Anonymous said...

bkn wahabi ke yg x nk ikut ulama?
nk pakai quran dgn hadis???
hurmm

Anonymous said...

memang btol x perlu bncg bab furuk..
tp klu x bncg gak sal furuk..
x leyh ugak..
nk wt amal ibadah cmner?
yg pegang mazhab syafie lain,
mazhab yg ni lain..
kter d malaysia majoriti mazhab syafie..
tp bg ak...
mencintai nabi adalah akidah jgak..
pelbagai cara untk menunjukkan kter mncntai nabi..
bermaulud,berqasidah,mengikuti sunnah nabi dll..
jd x kesah la...ak sbnr nyer dah muak sal wahabi nih...mcm2 bnda nk membidaahkan sal 2 sal nih..so..
moral of story..
nk pegang2,x nk pegang sudah,byk kan belajar ag sal usuludin,syariat,ihsan..saling melengkapi smuer nih...
insyallah slmt dunia akhirat..
wslm..

Anonymous said...

memang maulud itu bidaah..
tp bidaah hasanah...
klu cm 2..
saudara x perlu la naik kereta,tdo ats katil,pakai fon,gune laptop,main fb..
2 smuer bidaah..
_________________________________________________
bid'ah adalah perkara baru dalam DEEN...
agama....dalam ritual beribadat...kalau perkara selain agama tidaklah dipanggil bid'ah....faham ke tak faham...

Anonymous said...

Salah satu ciri2 munafik ialah berlebih2 dlm pertengkaran. Sudah2 la tu, maulid ialah cara utk mengingati rasulullah, sekarang ni nk tanya, slh ke kita nk mengingati rasulullah? Salah ke? Soal bidaah atau bkn bidaah tu kita lupakan, yg tu bergantung pd niat. Bkn pd kita, yg nk menentukan yg itu niat seseorang itu bagaimana.

Allamah Alauddin on April 14, 2011 at 11:29 PM said...

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا

Zurina J. on April 15, 2011 at 10:09 AM said...

SubhanAllah..indah..

Anonymous said...

Aneh,persoalan tentang mawlid telah dibincangkan oleh ulama setelah sekian lamanya dan jumhur ulama membenarkannya. Kenapa baru sekarang isu ni ditimbul2 kan ye? Sahabat2 ada bau konspirasi musuh Islam utk memecah belahkan umat Islam tak?

Ada satu puak ni, sebelumnya amat pro yusuf qardawi namun setelah yusuf qardawi memuatkan dlm fatwanya mawlid sbg amalan yg mulia hbs dicaci makinya Dr Yusuf Qardawi lantaran tidak sehaluan dgn beliau. Allahu Allah..

Marilah kita bersatu wahai umat Islam, janganlah mudah bertengkar hanya kerana perkara khilaf.

Jauhi mrk yg terlibat dgn masalah khilaf dan champion dlm berdebat mencari kesalahan org lain takut t'msk dlm sabda nabi mengenai umat akhir zaman di mana pemuda pemudi menghabiskan masanya dgn perdebatan yg disangkakan ilmiah walhal tak bermanfaat malah membawa kpd perpecahan. Wallahu'alam.

Anonymous said...

Apa pendapat anda anonymous kat atas ni tentang apa yang diperkatakan oleh Yusuf al-Qaradawi berhubung dengan Nisfu Syaaban?

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Adakah Yusuf Qaradhawi ni sengaja nak timbul isu yg kononnya khilaf? nak memecah belahkan umat islam??? =)))

Islam and Dajjal on July 12, 2011 at 4:19 AM said...

DAJJAL HAS BEEN IDENTIFIED!!

DO YOU KNOW THE DAJJAL (THE ANTI-CHRIST), THE ONE-EYED GIANT PROPHECISED BY THE MESSENGER OF ALLAH HAS ALREADY BEEN IN EXISTENCE FOR THE PAST 472 YEARS & HAS BEEN IDENTIFIED?

YOU MAY BE AMAZED TO KNOW THAT IT IS COMPLETELY DIFFERENT FROM WHAT IT IS THOUGHT TO BE TODAY. TO SEE WHAT IT ACTUALLY IS – VISIT THE WEBSITE www.hezbuttawheed.com AND READ THE BOOK “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!” AND WATCH THE DOCUMENTARY “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!”.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates