Saya berasa kagum dengan masyarakat kita sekarang, yang cukup prihatin dalam menjaga sensitiviti hal-hal berkaitan Islam. Kita pernah dikejutkan dengan satu video yang mempersendakan zikir tidak lama dulu. Tidak kira umur dan lapisan masyarakat, mereka bersatu terus menkritik empunya badan di dalam video tersebut. Begitu juga dengan iklan yang baru naik disiarkan tidak sampai setengah hari itu. Anda boleh melihat bagaimana di setiap page utama di facebook telah mewujudkan satu post berkaitan ini. Tambah pula, terdapat pelbagai page baru pula dicipta khas untuk mengkritik iklan ini. Ya!, saya sangat-sangat menyokong usaha sedemikian ini. Tetapi saya cukup terkilan, di sebalik kritikan-kritikan atas alasan menjaga sensitiviti hal-hal berkaitan Islam ini, kita sendiri sebenarnya tidak menjaga sensitiviti agama sendiri. Sama ada kita sedar atau tidak, banyak perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian benar-benar menghakis keislaman dalam diri sendiri. Mereka berkata “iklan ini memalukan Islam”, walhal yang sedang komen sedemikian sendiri lupa atau buat-buat lupa yang mereka sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Bukankah itu juga salah satu perkara yang memalukan Islam itu sendiri? Kemudian mereka berkata "Celaka betul kepada mereka yang hina Islam ini", tetapi saya khuatir anda mencelakakan diri sendiri juga, di sebalik anda mempersendakan agama dengan menolak untuk beramal dengan Hukum Islam itu.
Juga dalam isu pembuangan bayi, tidak terkecuali dalam mendapat perhatian meluas di mana-mana sahaja. Saya pernah menonton satu video yang mengisahkan pembuangan bayi yang tersebar cukup meluas di facebook. Video itu tampak menginsafkan sehinggalah ada seorang rakan ini memberi komen “bodoh punya manusia, apa la bangang sangat hidup macam tak bertamadun”. Sekali imbas, mesej yang diberi agak pedas tetapi tidak menghairankan kerana ianya sejajar dengan video yang ditontonnya. Namun amat menyedihkan apabila melihat gambar profilenya terang-terangan memaparkan gambar sendiri sedang berpasang rapat dengan kekasihnya. Jika diikutkan hati, hendak sahaja ingin di’printscreen’kan untuk berkongsi di sini, namun untuk menjaga sensitiviti ramai atas alasan ‘elak pengaiban’ terpaksa dilupakan sahaja niat itu. Mereka menghentam sipulan-sipulan ini berzina, sedangkan mereka sendiri sedang mendekati zina! Astagfirullah...
Dalam isu yang lebih besar lagi, pencerobohan zionis ke atas kapal Mavi Marmara turut menjadi tumpuan kritikan ramai. Masing-masing menukarkan gambar serba hitam pada gambar profile facebooknya. Saya tidak pasti dengan penukaran gambar profile serba hitam itu dapat membantu menakut-nakutkan zionis atau tidak, tetapi yang pasti di sebalik tindakan ramai yang maki hamun zionis itu, mereka tidak sedar sedang mengayakan hidup dengan cara yahudi. “Yahudi, Go to Hell”, “Mampus lah kau Yahudi”. Begitu semangat mereka menghemburkan kata-kata maki-makian, tetapi selang 5 minit kemudian, mereka menggayakan kembali cara hidup yahudi, berkepit antara laki perempuan tanpa batasan, wanita pula terang-terangan memakai pakaian sempit dengan tudung singkat hasil olahan Yahudi sendiri. Sambil-sambil itu, mereka menghirup rokok yang tertulis 'made in Israel'. Tidak hairanlah, apabila musim piala dunia tiba, sekelip mata gambar profile serba hitam itu tadi tiba-tiba bertukar menjadi gambar jersi piala dunia pula.
Bukan niat saya untuk mempertikai sesiapa, malah saya sangat menyokong segala usaha penentangan terhadap mereka yang cuba untuk mempermainkan Islam. Tetapi setiap tindakan kita seharusnya selari dengan gaya hidup kita sebagai seorang Islam. Ustaz Pahrol Md Juoi pernah membincangkan hal ini dalam komentar beliau iaitu Mari Demonstrasi Hari-hari. Beliau menyebut betapa kita lantang berdemonstrasi di sana sini tanpa jemu menghentam serta mengkritik kekejaman zionis, sedangkan kita sendiri secara tidak langsung menyokong zionis. Laungan "Laknat zionis!" bergema, tetapi tengok-tengok yang melaungkannya adalah pasangan kapel. Agak pedih sekali masyarakat kita yang cukup bersemangat sekali dalam menghentam tindak tanduk kekejaman yahudi tetapi sambil-sambil itu mereka mempraktikkan budaya yahudi.
Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang-orang Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (Al-Baqarah:120).
Alangkah baiknya jika setiap kritikan yang kita lontarkan itu dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan. Apa yang penting, kita mempersiapkan diri kita secukupnya. Ingat, Yahudi cukup takut jika jumlah bilangan jemaah solat subuh menyamai jumlah bilangan jemaah solat jumaat. Dengan itu, Insyaallah suatu hari nanti, tiada siapa gentar untuk mempermain-mainkan Islam lagi. Wallahualam
33 comments on "Ada apa dengan iklan raya TV3?"
Amin.
Kat taman perumahan saya ni alhamdulillah, jumlah yang bertandang ke surau maintain penuh biarpun sudah ke penghujung Ramadhan.
Kadang2 kesal juga orang2 Islam kita sendiri terlalu exaggerate isu macam ni. Memang x salah nak bela Islam, nak kritik sesetengah pihak yang cuba menyatukan agama kita dgn agama lain..tapi betul la ape yang saudara katakan tu.
Mengata dulang, paku serpih..hehe
umat islam perlu bljar menguruskan perasaan...
xsalah nk mrh tp biarlah beradap...betullah kate saudara salafussoleh... kita dok maki hamun
, lg depa suka..., sbb depa dh bjya ajar kita ikut telunjuk depa...
belajarlah mengurus perasaan dgn cntoh murabbi terbaek... Nabi Muhammad s.a.w...
ASSALAMUALAIKUM,
saya dh pun tgk iklan tu..
apa yg boleh saya kata,
betul,,org melayu mmg suka mlatah,
dn saya mengaku saya sndiri pun wat ksilapan tp slps melihat dr segala sudut..
apa yg blh sy katakn adalah sedikit sbanyak komen mngenai video tu betul cumanya kita manusia sharusnya lebih prihatin...
jika betul kita ingin mmprtahankn islam,,
usahlah mlatah sesuka hati dn mmbuat spekulasi sndiri..seolah2 kita umat islam ini bagaikn brada dlm tempurung yg dicipta oleh musuh islam
..apa yg perlu kita lakukan adalah sntiasa prihatin trhadap apa jua yg brlaku pada umat islam skrg dn dlm masa yg sama kita wajib muhasabah diri dn mgkaji tahap keimanan kita dn mggunakn setiap ilmu yg ada tuk fikirkn cara BIJAK mnumpaskn musuh islam scara tnpa mereka sedar.....dn dlm masa yg sama kita WAJIB MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH S.W.T DN MENINGGALKN LARANGANNYA..
maaf jika saya salah dlm mntafsir ..
sila tegur...
cumanya saya harap setiap komen itu disusuli dgn akidah yg seiring ..
dari mmbuang masa mmberi komen yg tidak mmberi erti ..lebih baik kita berusaha mengumpul iman di dada
Salam..
hm..sokong pa yg dikata..org mlayu ni cepat sgt nak melatah dan menunding jari.memang pon iklan tu cam sesat jer tp cam apa yg saudara tulis..kita ni banyak ag kelemhan..
Marahkan pelbagai perkara tp solat belum tentu cukup...hmm
Teruskan berdakwah! May Allah Bless u :D
org Islam akan marah dan menentang sekeras2 nya jika org kafir menghina Islam secara terang- terangan melalui peperangan atau media..
tetapi umat Islam selalu tertipu dan leka dengan perang saraf yang dijalankan secara sulit iaitu dengan cara menyebarkan budaya kafir, sosial dan ekonomi cara orang kafir yang mana umat Islam terus hanyut dengan dosa-dosa yang dicipta oleh orang-orang kafir ini...
marilah kita berjihad di jalan Allah.. kembali semula kepada Al-quran dan sunnah Nabi s.a.w.. Allahuakbar..
saya sokong ape yg dketengahkan,,,
moga2 blog anta ni pulak yg tersebar luas sperti iklan tv3 tu,,moga2 anta bole mnyedarkan mnsia2 yg msih hanyut di luar sane,,
kerana hati sy jge tersentuh dgn blog anta,,,
Alhamdulillah,,,
truskan usahan anta,,,
salam,,,
hemmm..
tp, bagaimana pula dgn facebook?
sedangkan facebook itu sendiri terang-terangan dari yahudi. kenapa kita sbgai umat islam menyokong nya?
Tidak salah berurusan dengan yahudi mahupon mengguna teknologi ciptaan yahudi. Tetapi jangan sampai memakan diri. tetapi kalau kita lihat sekarang, semakin ramai di antara kita yang terperangkap, terlampau obses dgn facebook. apa pun, semuanya atas diri masing2.
menarik2.. dah slalu sgt tgk jd cmnie.. mrh bile ade pihak main2 kan islam.. tp yg bercakap pn dlm mse yg sme buat maksiat secara terbuka cm bkk aurat..
salam,
saya faham apa yg cuba disampaikan. saya setuju.
tetapi sy rasa x perlu lar kita nak condemn sape2 yang comment/mengutuk perbuatan yang dilarang oleh Allah (zinar/iklan etc2.
kerana bukan ustaz sahaja yg disuruh untuk menyuruh kebaikan & melarang kemungkuran bahkan semua umat islam, tak kira yang pakai tudung atau tak, yang mencuri atau tak. jikalau orang betul yang tak buat dosa sahaja boleh menegur maka makin teruk la dunia ini.
saya percaya ia membuat org yg mengutuk(yg x sempurna) lebih dekat dengan islam selepas menasihati orang lain. kita berdoa supaya beliau turut berubah.
salam :)
mengata dulang paku serpih...orang wat yang salah kata salah, diri sendiri wat x sedar plak...sama2 kita tegak kn hukum allah...insyallah
mousepad87: sy rasa anda slh fhm ni. apa yg sy tgk, saudara salafus-sholih tdk mempertikai knyataan sape2 yg mlontar pndangan mengenai apa2 tu, tetapi menyeru sambil mlontar pndangan tu, lbih molek jika kita ikut syariat islam yg sbenar2nya juga. dan dia juga menyeru scara terbuka, bkn pegi hentam melulu scara personal kt org tu. btulkan kalu silap saudara salafus-sholih...
quote di atas tu... "saya sangat menyokong segala usaha penentangan terhadap mereka yang cuba untuk mempermainkan Islam"
Nasihat yang sangat bagus dan berguna.
Terima kasih buat tulisan di atas.
:)
this post is like - the best in this blog so far -
jangan cepat melatah..
lihat diri sendiri dahulu ilmu nya,agamanya, amalan nya , hablumminallah, hablumminannas..
InsyaALLAH jika dicermin diri sendiri dahulu nescaya tidak akan merasa untuk mengkritik sesiapa..
pendapat itu layak diutarakan andaikata ilmu dan iman seiring dengan jalan Nya..
wallahualam..
tepuk dada tanya iman..
jazakallah..
*hanya nasihat utk tatapan bersama..ALLAH jua lah yg berhak keatas hamba2 Nya..
pendpt saya ttg iklan ini, ianya xlah seteruk yg dilemparkn oleh sesetgh pihak yg mendakwa ianya memalukan islam, kalau kita perhatikan betul2 mesej iklan ini adh 1malaysia je, bkn mengutuk islam, walaupun iklan meniru perayaan kaum lain, ttp ianya adh mitos semata-mata, adakah kita lebih mempercayai kewujudan santa claus ( kristian) & bunga teratai simbol agama hindu? jelas mentaliti kita cendurung utk memikirkan benda2 yg remeh ini. ingt x slh kalau org muallaf mengabungkan budaya diorg dgn agama islam aslkn x melnggar syariat islam. harap kita jgn cpt melatah dgn isu sebegini, selesaikan isu-isu yg boleh merosakkan ketenteraman negara & gejal sosial, bknnya berdemonstrasi. do more, say less!
Setuju sgt dgn kata2 penulis... kita x sedar yg kita sebenarnya mengikut budaya mereka... Astagfirullahalazim...
salam, sya menyokong apa yang telah dirungkaikan oleh saudara. bahkan sepupu sya sendiri pernah membuat perkara yg saudara bincangkan di atas..kesalahan org lain, keburukan org lain, habis dimaki hamun, diceritakan kepada org lain..tetapi keburukan sendiri tidak nmpak..saya buntu untuk memberi nasiaht kepada golongan seperti ini..sya hanya boleh berdoa agar Allah S.W.T membuka pintu hati mereka agar sedar apa yang mereka katakan...
sangat bersetuju dengan penulisan saudara...semoga usaha saudara dirahmati Allah SWT
semoga Allah memberi pentunjuk kepada kita semua..apa yg di tulis dlm cerita di atas..sy sendiri penah melakukan..tentang gambar profil,demontrasi dan sebagainya..marilah sama2 kita mencerminkan diri..memperbetulkan apa yg salah..alhamdulillah..semoga allah merahmati kita semua..amin
saya sokong 110% pendapat empunya blog...
apa yg mereka lakukan umpama telunjuk lurus kelingking berkait... satu kita tunjuk, 4 menuding ke diri sendiri MasyaAllah.... teruskan memberi pendapat tuan....Allah Bless Us...
syukran jazilan... sungguh amat bermakna...
dan memberikan kesan yang amat mendalam..
sy tertarik dgn ulasan tentang masyarakat kita yang benci kepada yahudi tetapi mengamalkan cara hidup yahudi.. contohnya rokok yang di label made in israel.. itu lah kelemahan kita n di situlah terserlah kebijakkan yahudi.. jika tidak menjadi keberatan saya ingin mencadangkan agar ukhti dapat membuat ulasan lebih lanjut tentang penipuan yahudi yang membuatkan kita leka dengan corak hidup yang mereka telah rancangkan... ia berguna buat kita agar kita berwaspada akan muslihat yahudi... InsyaAllah.. syukran jazilan ye.. ^___^
Perdana menteri pertama Israel, Golda Mier pernah berkata bhw dia tidak takut menentang bangsa Arab secara keseluruhnya selagi mereka tidak solat subuh berjemaah seperti solat jumaat.
assalammualaikum..... saya juga amat setuju dengan saudara2 saya diatas....
saya menyokong empunye blog..krna membuka mata umat islam yg sedang lalai ini..may allah bless you..
antara langkah terbaik untuk mempertahankan dan menegakkan agama Islam adalah dengan menjadi muslim dalam perbuatan, dalam ucapan dan dalam ingatan.
kritikkan yg dilontarkan sgt baik - tapi macam sekadar MENANG SORAK saja. dan bila kita berdepan sesama orang islam / melayu, kita lebih cenderung mengingatkan orang lain tapi lalai mengingatkan diri mahupun keluarga.
waallahualam.
PS: rencana di blog ini sgt menarik. semoga Allah melapangkan segala usaha kearah keislaman.
kami smua sokong...
hidup islam...
berjuanglh...
kalau pergi kl central, kat dpn tgga atas bas lcct 2 ade lg poster iklan ni rase nye..wallahualam ~
hal tentang penyebaran video2 yg mencemarkan islam ada dibincangkan dalam kelas saya suatu masa dahulu. Saya tertarik pada pendapat rakan saya yang mengatakn perbuatan menyebarkan video itu adalh umpamanya menyuburkan sensitiviti perkauman sebab kebanyakan yang buat adalah mereka yang bukan islam. Dan katanya, kita tidak boleh membuat generalisation yg semua mereka adalah sama. Saya rasa idea ini masuk akal. Apa pendapat saudara?
khoibar3x...yahud........
Post a Comment