Pertamanya saya ingin syukur ke hadrat ilahi di atas limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan sebuah blog yang tidak seberapa ini. Saya tidak menjangkakan kandungan blog saya ini termasuklah video mendapat tumpuan ramai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong perjuangan saya ini dan tidak dilupakan juga kepada mereka yang menegur saya. Saya ingin meminta maaf kepada mereka yang tersingung dan terasa pada video-video tersebut. Tak terlintas sekali di fikiran untuk mengaibkan sesiapa pon. Mungkin kedaifan diri ini yang kurang berpengalaman dan berpengetahuan dalam mengedit gambar-gambar dalam video tersebut menyebabkan berlaku ketidakpuashatian ramai. Harap kekurangan pada diri ini dapat dimaafkan oleh sekalian.
Dengan itu saya mengumumkan pengantungan 5 buah video yang dibuat oleh salafus-sholih.blogspot.com iaitu 1.Dosa 24 jam di facebook, 2.Mereka berzina!, 3.Jahiliyah moden, 4.Pesanan Rasulullah yang dilupai Muslimah, 5. Di manakah anda?
Saya sudah merujuk kepada Ustaz Zaharuddin mengenai isu ini, dan berikut merupakan pandangan beliau:
a. Isu Aib : Bagi saya tidak timbul krn gambar2 tersebut pembuat video ambil dari facebook mereka yang mana mereka sendiri dgn bangganya memaparkan kepada khalayak umum semua aksi2 itu, mengapa perlu mereka berasa aib?. Kecualilah jika gambar itu diambil dari private picture. Justeru, apa yg pembuat video itu buat hanyalah memaparkan kembali gambar umum yg dibanggai oleh pemilik, cuma dia hanya menambah dengan mengutarakan teguran utk manfaat awam. Ini bermakna dia membuat teguran secara terbuka. Hampir sama seperti ahli politik membuat surat terbuka kepada mana-mana tindakan menteri yg dirasakan salah.
b. benar, tindakan memadam wajah mereka adalah tepat, cuma ada gambar yg mgkn pembuat video terlepas dari padam atau terlalu sikit sehingga masih boleh menampakkan wajah. Alhamdulillah, pembuat video baru menghantar email kpd saya memohon nasihat, justeru saya telah mencadangkan di lain kali, dia memadam wajah mereka gunakan kotak segi empat warna hitam.
c. Aurat : Pertanyaan yang ditimbulkan adalah valid, justeru saya juga telah mencadangkan kepda pemilik video untuk mengelamkan di bahagian yang dikira terbuka aurat agar tiada sesiapa boleh menghayatinya tapi masih boleh mendapat faham mesej yg ingin disampaikan. Isu ini ada sbhgian persamaan dgn jawapan saya berkenaan 'Filem Islamik Tetapi Dedah Aurat'i http://www.zaharuddin.net/content/view/904/72/.
Walau menyedari kelemahan yg wujud pada video itu khususnya isu aurat, namun melihat kpd manfaat, maslahat & mudarat yg boleh diterima oleh awam melebihi mudarat ( ini subjektif dan berdasarkan penilaian masing2 yang sukar didedahkan mekanisma & alasannya di ruangan kecil ini), maka saya menyiarkannya di sini. Saya menyedari akan ada individu yg tidak setuju atas penilaian mereka. Bukankah di dalam kaedah fiqh menyatakan maslahat awam didahulukan atas masalah persendirian. Juga :
إن المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلجة الكبيرة
Ertinya : Kemudaratan yang kecil tidak diambil kira dalam usaha meraih kemaslahatan yang besar.
Anda masih boleh utk tidak setuju, jadi we agree to disagreesekian
Saya berharap selepas ini tiada isu pengaiban lagi dibuat dan saya juga akan berusaha membuat pindaan pada video-video saya tadi seperti disarankan Ustaz Zaharuddin. Jika berkesempatan, video-video ini akan dihasilkan semula dengan menggunakan pendekatan lebih ‘mesra’ orang ramai. Insyaallah apabila sudah siap, akan saya umumkan di dalam blog ini dan diharap lebih menepati syarak.
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih di atas segala cadangan yang dilontarkan untuk memperbaiki segala metod dakwah yang digunakan dalam blog ini. Dengan penggantungan video-video ini, apa yang penting tiada lagi pertengkaran dan perselisihan di ruangan komen dan saya berharap sangat tiada permusuhan antara kita semua. Apa yang dilakukan sekadar ingin mendapat keredhaan Allah semata-mata... Insyaallah. Wassalam
Admin
salafus-sholih.blogspot.com
74 comments on "Pengumuman: Penarikan semula video"
ALhamdulillah, moga anda mempertingkatkan lagi kualiti dalam penyampaian melalui video. Serta lebih menepati syara'
Sudah menjadi lumrah kehidupan, hanya yang pernah buat je merasa terhina..dan memang zaman berzaman lagi Allah menjatuhkan darjat orang2 yg melakukan perkara2 salah ni..
Jangan gentar dengan tekanan, teruskan perjuangan!
Alhamdulillah, pendekatan yg berkesan!
Mungkin saudara boleh mengkategorikan kepada 2 jenis video:
- Tegas
- Lemah-lembut
Pandangan saya, PENGHEBAH sendiri yang perlu meletakkan tahap 'berhikmah'nya video ini, bergantung kepada siapa yang ingin disampaikan mesej ini..
Sebagai contoh:
- Video tegas sesuai kepada orang Islam yang sudah tahu amaran Allah SWT tetapi buat-buat x tahu.
- Video lemah-lembut sesuai buat mereka yang baru berjinak-jinak nak buat maksiat.
Semoga video dan mesej saudara menjadi lebih berhikmah dan berkesan, sesuai dengan tahap umat Islam kini! =)
Wallahualam
teruskan perjuangan:)
saya menyokong dakwah anda :)
insyaallah .. tingkatkan lagi
saya menyokong anda................pemilik facebook ialah yahudi.............kalau hendak menggunakan facebook banyakkanlah dengan agama
tahniah dan tegaslah dalam agama.....saya menyokong perjuangan anda....
semoga sentiasa dikurniakan kekuatan dan rahmatNya untuk terus beramanah dlm menyampaikan kebenaran....ameen
tp nape buat yg pkai tudung je, video tak pakai tudung taknak buat plak?
yang tak pakai tudung tu phm2 lah kalau dah pakai tudung tak mengikut syara'...
saya menyokong alafus-sholih.blogspot.com. Ada manfaat yang blh kita ambil... teruskan perjuangan islam.
ALLAH HUAKBAR!!!! TAKBIR!!!! sy b'stuju dgn tndakan saudare dgn mnarik blik video2 nie & d edit semula ntok kesesuaian totonan umum..mahu pon jgn lah saudare gntar kerana saudre tdak b'seorangan..kami sentiasa mnyokong sgale tndakan saudare...semoge usaha saudare akn tros d kmbang kn kapada semua umat islam!!!!! SUBHANALLAH!!!!
Assalamualaikum...
saya ulaskn salah satu vdeo yg sy smpat tgk..
byk persoalan yg xptut dtimbulkn tlh pon ditimbulkan oleh golongan2 yg perlu dipimpin..
Q: kenapa pic wanita brtudung shj..?
A: kerana ingin perbetolkn salah paham wanita tntang pemakaian mnurut islam.. xjarang, xsingkat dan xketat.. maknanye perlu tebal, labuh dan longgar.. tp masalah skrg wanita suke memakai pkaian ketat dan singkat.. kekadang ade yg jarang.. sedangkn trend skrg nie tudung yg jenis baru, senang dipakai dan ketat.. dah la pkaian ketat.. tudung pon ketat.. sedarlah wanita bhawa mnutup aurat itu bukan dengan mnutup kulit mu dari pndangan.. tp mnutup bntuk badanmu dari pndangn.. jika kamu berpakaian ketat itu seumpama kamu x mmakai ape2 pkaian pon.. serta haram bagi mu wanita jika mnimbulkn keghairahan kepada lelaki.. tatkala jika bibir ataw hidungmu juga mndatangkn keghairahan, wajib bgi mu mnutupnya (purbah)..
purdah*..
silap eja.. =.="
Tahniah!!
Well done akhi!!
Zahid Naser
Cairo
Saya menyokong usaha saudara ini. Memang manusia begitu, bila video nasihat begini ditayangkan, macam2 bunyi yg akan kita dengar, aib la, memalukan la, jatuhkan maruah la. Tapi bila video hiburan mcm konsert AF dishare ramai2 dalam Youtube, Facebook tak ada siapa pun nak bising, bahkan suka dan tolong share lagi. Jangan risau saudara, masih ada org yg memahami niat murni saudara. Abaikan org2 yg selama ni tak pernah nak sensitif pun pada video2 hiburan tetapi tiba2 kini amat sensitif pulak pada video2 dakwah. Allahu Akbar!!
nk wat mnde baik....bnyk tentangannye..
truskan dakwah!!
salam...
bagi saya, saudara x bersalah dlm hal ini.. teruskan perjuangan & sedarkan umat Islam yang buat2 x tau tentang hukum Allah..
haha tau pun takut ... kena saman baru tau..
salam...tahniah saudara, jgn gentar dalam berdakwah..
pada yang terkena, minta pada pembuat video supaya delete video anda..dan satu lagi, insaf2 la..
pembuat video tu tak salah, yang salah tu yg share gambar2 dedah aurat..
tu baru teguran di dunia..diakhirat xde mase dah nak delete..so, fikir-fikirkan..
teruskan usaha saudara, klu boleh tahu, macamne nak belajar edit video ye?
org yg baru je comment kat ats ni kan..ko nak saman gune defence ape? admin xde ltak name atau pic yg sgt2 jelas..gi blaja undang2 kay..xpon try ar cr buku tort ke..kalo nak kate saman ats ceroboh privasi org..bknnye ADMIN pecah msok album yg tlh di PRIVATE kan pon.dah empunya set album utk TONTONAN umum, kita amek lahh..ea..jgn ar sensitif sgt bab2 ni..unless u slh seorg dlm video tu lah kann opps!!!
bila ditegur terasa diri diaibkan, memang patut merasa malu pada diri sendiri, dan moga belajar dari kesilapan dan cepat2 bertaubat, saya menyokong saudara 100%, teruskan perjuangan !!
saya sokong saudara..,teruskan perjuangan,kami sentiasa menyokong anda... ^_^
saman dunia x takot sgt beb... saman akhirat yg kite patot cuak tuh.. da smpai sane, hukuman berlipat ganda kot..
erk.. kalo malu, xperlu lah share gambar2 yg memalukan tuh =)
Salam. Terima kasih kepada mereka yang beri sokongan, cadangan mahupun teguran. Kepada sesiapa yang berminat ingin mempelajari edit video, sila emel kepada saya. Insyaallah saya akan berkongsi pengetahuan saya yang tak seberapa ini. Wassalam.
syabas saudara...moga video yg dipaparkan dapat memberi teguran dan keinsafan kpd yg melihat dan yg mendengarnya.terus pejuangan ini.
salam..
tahniah saudara..
bersabarlah dlm mmperjuangkn agama Allah,ssguhnya Allah sentiasa brsama2 org yg brsabar..
sy akn sentisa myokong dan mndoakan yg trbaik utk saudara..
saya tetap myokong saudara...amar nakruf nahi mungkar...teruskan prjuangan fisabilillah...
sy sokong komen Abang..tiada perubahan pun takpe.."mereka" dan "rakan mereka" terasa la tu..
teruskan usaha..biar Allah yang nilai..
boleh tahu ur email add??
alhamdullilah....terusjan usaha anda...
Sdr, sy bangga dengan hasil kerja sdr.. teruskanlah tanggungjawab sdr sbg khalifah Allah utk menyedarkan umat Islam, sedangkan kami yg lain ini tidak punya kehebatan spt sdr.. inilah anugerah yg Allah telah beri pd sdr.. teruskanlah, pedulikan manusia2 yg jahil itu..
ha amek....mak bapak x tegur biar pendakwah yg tegur baru korang tauh....lelaki sekarang kira hebat melawan suma neh sbb menda neh da merata2 skrang....teruskan sj bior sedar sket....
have a comment on my entry...
teruskan perjuangan...
Assalamualaikum...
Teruskan perjuangan sahabat..insyaAllah, umat islam yg masih berpegang teguh ajaran islam akan terus menyokong kerja2 dakwah anda
Nak jadi pejuang tapi penakut,macammana ni.kena tegur sikit dah ketar lutut.
Pejuang apa macam ni
KENAPA KO MALUKAN AWEK AKU DLM VIDEO HAH,DAH X DE KERJA LAIN KE
KALAU KO TAK NAK GUNA FB SUDAH LAH JGN NAK HASUT ORG PULAK
Biarkan sahaja mereka yang tak puas hati dengan anda. Apa pun saya tetap penyokong perjuangan anda.
Kepada yang terasa atau tak puas hati, jangan marah-marah nanti kurang pahala puasa. Hehehe.
bagus
salam..sebenrnya... itulah matlamat..kalu takde y tegur, atau takde yang terasa...maknanya meseg y kita tak sampai..tp, bila ada yang bangun bangkit kata itu dan ini..maknanya..usaha anda telah mencapai matlamat... " org y makan cili saja akan merasa pedasnya " betol tak? ..
alhamdullilah
sy brasa bngga dgn prjuangan saudara dalam menegakkan syiar Islam..TAKBIR !!
mmg mnjadi kebiasaan skrg apabila kebaikan ditentang.....ap2 pn teruskan perjuangan anda....ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!
salam..
baso bengong...
ore delete maroh plop..
nasio gapo mun nie..
pah private la pic mun tu..
mun g upload wat nate apo...
geram la...
gnie la mnusia...
laen la mun kafir..
aku x kisah mano..
ore wat baek mun marah..
doh ore delete..
senyap sudoh la..
gere sggh la..
sori desh tuan blog
kecek kasar..
teruskan perjuangan... well done
teruskan perjuangan... pada saya sngt berkesan apa yg saudara telah lakukan... ramai rakan saya melakukan perubahan pas tgok vdeo saudara.. Alhamdulillah... teruskan....
Allhamdulillah...tapi mcm mana dgn wanita kerja beruniform.pakai tudung tapi pakaian menampakkan bent.tubuh.mcm mana pula media massa dan media cetak yg byk memaparkan gbr wanita.kita yg melihat dan pic empunya badan pun berdosa...memang tidak boleh dielakan...kecuali wanita jgn keluar bekerja..duduk rumah.media cetak dan media massa jgn dilihat dan ditonton oleh wanita dan lelaki.juga jgn buka internet kerana byk iklan2 yg x sepatutnya terlepas...kembalilah kita kezmn rasulullah dimana wnitanya hanya perhiasan tuk suami dan duduk dirumah sj...tak ada teknoloji canggih masa tu.. xda sek dan pengajian tinggi spt hari ini byk wanita... jgn ada pekerjaan beruniform spt polis,jururawat dsb ..yg mana tak da yg memakai tudung labuh..wanita2 yg berwajah cantik jgn memperlihatkan wajahnya ...kerana iman lelaki akan goyah dgn kejelitaannya...sila saudara buatkan satu video yg lebih menyeluruh...
teruskan usaha saudara..
syabas.
teruskan usaha saudara.
smoga prjlanan anda lbih brmakna.
ruginya orang-orang yang berteman dengan SYAITAN.. Na'uzubillah.
moga usaha saudara diberkati, jalan dakwah memang berliku2.. shukran for the reminders.
selagi ianya tidak bertentangan agama yang di redhai ALLAH.. saya akan sentiasa menyokong..
tringin saye nk komen cket pndgn ttg wnita beruniform n yg ad kt media massa...
skdar bkongsi pndgn.., sila tegur jika tersalah..
bg yg beruniform.., kan saiz baju ad byk... pilih la yg besar ckit... kalu bdm saiz m jln la gatai nk amek saiz s... amek la l ke xl ke kn...
n yg terpampang kt merata2 2 kan..., itulah perlunya golongan cam pemilik blog ni... n kita yg jd pengunjung pn ad kwjpn laksanakan dakwah... bahkan seluruh umat islam...
pendek kate..., bknlah kite kne bkurung lam umah..., kalu x cmna umat islam nk maju... n jgn ingat zmn rasulullah 2..., pmpuan lgsung xdak peranan... lupakah kita yg sayyidatina Khadijah adalah bussiness woman yg berjaya... n bg lelaki..., ituylah perluny menundukkan pndgan... tundukkan pndangan bukan mkneny kne pndang bwh je smpai langgar tiang... mksudny..., elakkan pndgn bernafsu... kalu xleh..., larikan la pndangan 2... banyakkan istighfar... zikir byk2... ingt..., pnca kita xleh khusyuk solat..., salah satunya sbb xjga pndgn time luar solat...
n bg pakwe pd awek yg terselit dlm video 2..., pndai lak reti malu... yg ko bg dye wat freeshow 2 xlak reti malu... n ko pn..., kalu ko org yg baek.., ko akn pilih pmpuan yg baek jgk... maaf la ye kasar bhse... org nk tlg sdarkan xnk... xkan nk mati lam dosa cm2 je... n umur pn bukan ko leh gerenti smpai tua kan...
bgos2... truskan prjuangan anda salafus sholih...
DAKWAH IS A WAY OF LIFE.... jom brdakwah...
marilah kwn2ku smua kte taat printah Allah & ikut cre Muhammad S.A.W.. mke ad kjayaan dlm hdup kmu d dunia & akhirat...
d sini sy ingin b'psan kpd dri sy & dri rakan2 smue spaya jauhknlah dri anda dr sgle bntuk yg bleh mnjerumus kpd zina...
kita semua inginkn syurga & bknnye nrake...
mrlah mnuju syurga dgn b'bkalkn Iman...
salafus sholih anda ni seorang pndkwah bbs / ad group sndiri?
salam, terima kasih kepada mereka yang beri pandangan. kepada khair ad-din, saya hanyalah individu, belum ada group lg =)
Alhamdulillah.. Saya mendoakan agar tuan salafus-sholih beroleh keberkatan dan sentiasa dilimpahi hikmah didalam melaksanakan segala kebaikan ini. Kalau ikut kepada pandangan orang ramai, memang begitu jadinya, tak boleh lah, memalukan lah, aib lah.. Adakah kita sedar bahawa, sekiranya hukuman mereka yang berzina (suami /isteri) wajib direjam sampai mati. Dan orang ramai boleh lihat hukuman yang dijalankan untuk diambil pengajaran. Adakah ini akan memalukan si penzina itu?? -> Dari manakah datangnya hukuman ini? Mana sumber2 nyer? Manusia kah, jin kah, setan kah , yahudi kah atau ALLAH SWT? Hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui Segalanya..Takbir!! Sebab itu, apabila kita baca kisah Sultan Salahuddin Al-Ayubi baginda akan melawan dan memerangi orang2 Islam (pemimpin) yang tidak mengikut perundangan Islam dan orang Islam yang hanya memikirkan kepentingan peribadi dan bukan Ummah, yakni umat Nabi saw yang memerlukan pertolongan. Kadangkala terdetik di fikiran saya, akan ada pemimpin Islam yang ada sekarang dipenggal kepala oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi ini kiranya baginda masih hidup.. Wallahu'alam.
perempuan saje kee????
Ayat tak bleh blah kat atas.. yang nak emphasize kes ade vid perempuan saje kenape. you ingat penulis blog ni tak keje ke. tunggu je la. nnti2 ade la tu pasal lelaki tak membimbing wanita ke ape plak kan.
kita semua ada flaws. we're too much damaged by the western lifestyle. it takes time to do damage on our lifestyle, and such it should take more time to revert it back to what Islam teaches us.
when we do realize this, don't delay it anymore. klu masih nak tangguh perubahan ke arah kebaikan, bila lagi kita nak habis berubah menjadi seorang mukmin. maybe we're muslim, but are you sure we're mukmin? think it back, don't gives -ve comment to this blog writer. you should support the writer. not the other way around.
jangan gentar..teruskan dakwah secara maya ini!
Salam perjuangan ya akhi...(◕‿◕)
jangan marahkan admin
marahkan diri sndiri
ingat bila tayang gamba camtu rasa bangga la share ngan kawan apa semua
tapi x sedar itu semua bakal diaibkan kelak di Hari Pengadilan. lagi malu waktu tu tak tebayang di depan juta2 manusia..ni da masuk bab lain.
so maknanya, sebelum marah orang lain, fikir dahulu kenapa dia usik / jentik isu ni?
jangan cop orang sebegini menggelabah ke hapa, niat dia baik nak menegur.
dah memang kau salah, suck it up la kan..lighting dont strike the same place twice. same with our attitude. biarlah menjadi makin baik bukan berulang kali buat keburukan yang sama berulang kali
:)
saya rase keliru sgt2...x tahu yng mana
soleh atau khotob?...siapa benar dalam semua ni?
ada yg menolak video akhir zaman.. http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman
walau pape pon..saya menyokong usaha saudara!..
teruskan perjuangan melalui media seperti internet ini...teruskan..jangan mudah mengalah
salam..btol komen2 yg kat atas tu..salahkan diri anda sendiri dulu baru salahkan diri orang lain..cpenulis blog ni mungkin sekadar nak bagi peringatan..jadi jangan la cepat gelabah..sekadar teguran tu xsalah..kita sebagai orang yg cetek ilmu agama terima lah dengan hati yang terbuka..kepada penulis blog ni,syabas atas usaha anda..saya juga ada group di facebook dan banyak juga dapat komen..tapi sabar lah..cara kita berdakwah kadang2 xsemua orang dapat terima dan mungkin juga kita ada kesilapan diri..sama2 kita muhasabah diri..semoga apa yang kita perjuangkan diberkati dan membawa manfaat kepada semua umat islam di dunia ini..insyaalah
kebenaran itu pahit....apabila jiwA NGAK MAU MENCERNA.
pahitnya kebenaran itu ubat kepada yg redha pada yg benar.....
tEruskan pErjuangan ya akhi..
mEmang kEbenaran itu kadang pahit untuk ditElan..:)
teruskan dakwah ya akhi..
nk komen sket sal vdeo aurat pmpn,
jgn la salahkan admin,coz dia bukan bt jahat pun ngan gambar tuh,jz tuk berdakwah,k
taw malu lak,..lenkali xyah letak gambar cute2 awk,simpan tuk suami tercinta lagi bes...
mf kalo agak kasar...
alhamdulillah, testing comment hehehe...
Bukan dakwah namanya kalau tiada tentangan:)
Truskan pjuangan akhi..!!!
paling kelakar nkomen no 37 dan 38..erm..papepun, saya sokong sedara..kadang2 video macam ni yang tarik balik kita ke pangkal jalan bila kita tak sedar kita dah tersasar...pendekatan menarik sesuai dengan zaman..Alhamdulillah..
Haha ada penyibuk di komen no 37 dan 38. Tapi biarkan. Dia bukan dapat apa pun dengan komen macam tu, sekadar melepaskan kemarahan saja. So, kepada tuan blog, teruskan usaha anda. We'll support you till the end.
p/s: fitnah dajjal sudah bermula. akan timbul individu2 yang akan menolak usaha2 dakwah seterusnya memberikan fitnah kepada kebaikan. sesungguhnya mereka itulah pengikut dajjal (pemimpin yang hanya menggunakan satu mata dalam setiap tindak tanduknya kerana hanya mementingkan dirinya bukan orang lain)
wallahu'alam
Penarikan video hnyalah semata2 sb AIB...bkn sb ISI nya yg betul/xbetul..
Bt anonymous 37 & 38: "KENAPA KO MALUKAN AWEK AKU DLM VIDEO HAH,DAH X DE KERJA LAIN KE" dan anonymous yg nak saman...
Tindakan menarik video bkn sb kalah dr segi undang2 M'sia,tp sb Ustaz Zaharudin xnak pembuat blog dpt dosa t'sirat..xnak org yg b'jihad & baik dpt dosa sng2...jgnla kamu pikir KAMU TU BETUL plak anonymous...
Klu xsuka dgn blog ni,xpyh kunjung...tgok youtube(byk lg pic2 kamu jd cth kt situ)..
Sy tetap menyokong p'juanngan org2 utk menegakkan islam..
Salam. Terasa kelakar bila melihat ada yang ibarat terjerit2 memarahi saudara empunya blog.
Bila dah rasa bersalah atau malu, apa salahnya jika mengambil teguran ini sebagai iktibar? Perbaiki diri. Itukan lebih baik daripada bersusah payah untuk menegakkan benang yang basah? Tidak akan rugi walau sesen pun rasanya. :)
Atau mungkin bagi yang melatah ini terasa privasi diri terganggu? Wahai saudara/saudari anda lupakah? Facebook itu social network???? Privasi bentuk apakah yang anda mahu dari alam maya ini??? Jangan hanya menjadi pengguna, jadilah pengguna bijak ya.
org yg marah admin tuh, kurg pendidikan SYARIAH ISLAMIYYAH.. so, marilah sama2 kite blaja agama ALLAH secara mendalam supaya kita tahu mcm mane ulama' mentafsir ayat, menetapkan hukum dan sebagainya.. saudara2 ku seIslam.. Dlam Khutbah terakhir Rasulullah (berpeganglah kamu kpd alquran & AsSunnah nescaya kamu Tidak AKAN SESAT BUAT SELAMAYNYA)... setiap kali solat jumaat kat masjid mesti terpandang.. jd.. saudara2 yg komen , marah kat admin or menylhkan org yg perjuangan KEBENARAN, INGATLAH... SIAPA YANG AKAN KITA KEMBALI STELAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR.. LAST WORDS (the member of Philosophy said " I AM ONLY ONE, BUT I AM ONE, I CANNOT DO EVERYTHING BUT I CAN DO SOMETHING, AND THAT WHICH I CAN DO, BY THE GRACE OF ISLAM I MUST DO" ... TAK SEMUA ORG BAIK AKN TERUS JDI BAIK, TAK SEMUA ORG JHAT AKN TERUS JDI JAHAT. MELAINKAN DIA TAHU SIAPA DIA YG SBNRNYER DI MUKA BUMI INI.. WALLAHU'ALAM
be strong.
Moga Allah sentiasa bersamamu.
Post a Comment