Wednesday, August 18, 2010

Beliakkan mata anda!

Posted by salafus-sholih at 6:44 PM

(sila klik untuk besarkan pada skala penuh)

Fahamkah anda akan graf di atas ini? Graf di atas adalah berkenaan dengan tempoh masa dari penyebaran Islam di Tanah Arab sehinggalah pada masa kini. Cuba anda lihat, di manakah tahap kita berada sekarang? Di manakah zaman yang sedang kita berbahagia berada? Ya Allah… terlalu sukar untuk kita bayangkan. Adakah zaman kita sekarang setaraf dengan zaman Jahiliyah dahulu kala? Wallahualam. Kepada mereka yang belum memahami setiap butiran yang berada pada graf di atas bolehlah membaca sedikit penerangan di bawah ini.

Sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab, era ini dinamakan sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Masyarakat ini asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. Mereka mempunyai semangat assobiyah yang sangat tinggi dan ketika ini sangat berleluasa berlakunya perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan dan juga penindasan terhadapan golongan miskin dan anak yatim.

Selepas penurunan wahyu pertama, era ini kemudian dinamakan sebagai era Mekah. Era ini berlansung selama 13 tahun (610 – 623M). Selama berlangsungnya era ini, Rasulullah s.a.w. beserta para sahabat terbabit dalam pendakwahan di mana ianya bermula dengan mereka yang terdekat dan dipercayai serta seterusnya kepada seruan terbuka. Dakwah Islamiyyah ini tetap diteruskan walaupun mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi seperti penentangan oleh kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if. Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah, hanya 300 orang sahaja yang menerima Islam (anggaran).

Dengan perintah Allah, Rasulullah s.aw. berhijrah ke Madinah. Kaum muslimin terpaksa meninggalkan kampung halaman, harta dan ladang-ladang mereka. Negara Islam Madinah telah dibina dengan mengangkat Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin. Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M). Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam. Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam (dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijrah).

Era Khulafa’ Ar- Rashidin bermula pada 633 sehingga 661 masihi sejurus selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ianya bermula dengan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, diikuti Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan Ali Abi Talib. Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.

Era umayyah pula bermula pada 661 hingga 750 masihi. Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan menandakan di mana bermulanya era pemerintahan berbentuk dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam dan antara tokoh pemerintah yang terkenal dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz. Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran.

Era Abasiyyah pula bermula pada 750 hingga 1265 masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman Kejatuhan. Kerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China dan Khalifah Al-Makmun yang terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Ketika era ini, pelbagai tokoh Islam yang dikagumi seperti Ibn Battutah dan Ibnu Nadhir yang terlibat secara tidak langsung dalam Baitul Hikmah, tokoh-tokoh ilmu fiqh seperti Imam Syafie dan Imam Malik serta tokoh-tokoh ilmu hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim. Tatkala Kerajaan Abbasiyyah berada di kemuncak kegemilangan, serangan monggol berlaku pada 656 Hijrah (1258 M).

Dengan kejatuhan era Abasiyyah, Kerajaan Turki Uthmaniyah mulai naik. Kerajaan ini diasaskan oleh ‘Uthman Gazi. Kerajaan ini bermula pada 1265 hingga 1924 M dan pernah menguasai sehingga Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania. Antara pemerintah yang terkenal adalah Sultan Muhammad II Al-Fateh di mana beliau berjaya membuka Kota Constantinople pada 857 H (1453 M). Beliau juga menguasai Selatan Greek, Albania dan Ukraine. Beliau mengarahkan misi ke Rom dan tentera Islam berjaya menawan Otranto. Tetapi misi ini terbantut dengan kematiannya pada 886 H (1481 M).

Era kejatuhan khalifah berlaku sejurus Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan Perang Dunia I. Sultan Abdul Hamid II17 (1876 – 1909 M) merupakan sultan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Kejatuhan ini dibantu oleh kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat. Selepas itu, Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang menaungi umat Islam secara global dan segala usaha untuk menghidupkan kembali pemerintahan khilafah belum mendatangkan hasil.

Amat malang sekali, kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku? Tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan mengikut geografi. dan mengikut kawasan seperti Palestin, Mesir, Algeria, Maghribi, Tunisia, Syria dan negara-negara Islam yang lain. Dengan wujudnya wilayah-wilayah yang berasingan ini menjadikan setiap negara hanya mempertahankan negara sendiri sahaja tanpa mempedulikan negara Islam lain yang diserang. Tidak hairanlah ketika Palestin diserang, apakah yang dilakukan oleh negara-negara Islam yang lain? Wallahualam.

(Artikel ini merupakan ringkasan daripada artikel penuh yang boleh diperoleh pada http://www.scribd.com/doc/2149551/Ini-Sejarah-Kita-Analisa-Sejarah-Sebuah-Ummah. Semua digalakkan membaca bagi membolehkan pemahaman secara lebih terperinci)

20 comments on "Beliakkan mata anda!"

Muhamad Fazli on August 18, 2010 at 7:28 PM said...

terima kasih saudara..peristiwa kejatuhan nie tak ramai yang tahu dan cuba ambil tahu..kesedaran golongan remaja Malaysia tentang apa yang berlaku pada agama islam nampak begitu lemah..mudah mudahan, golongan remaja kembali di landasan dan ajaran islam yang sebenar dan mengembalikan kegemilangan islam..Aminn..

Unknown on August 18, 2010 at 11:09 PM said...

setuju dgn fazli.. moga Allah memberi kesedaran kpd kite semua.. AAMIN..

Abe Am on August 19, 2010 at 10:28 AM said...

Ini Sejarah Kita?!
perghhh, ana ambil masa sehari suntuk join program ni untuk fahaman ni...
ISK perlukan follow-up, yakni usrah...
^^

Anonymous said...

Program apa tu? Apa2 pon mmg perlu remaja skarang didedahkan dgn sejarah kebangkitan dan kejatuhan islam ni. sbab kita smua tlampau selesa hidup sekarang seolah-olah tidak perlu untuk membangkitkan islam seperti dahulu.

ChocoMate on August 19, 2010 at 11:21 AM said...

informative!...=)..syukran for sharing this...

Ayu Saidi on August 19, 2010 at 4:02 PM said...

ISK!!!
follow la ngn artikal IPK plak saudara... ^_^
p/s: mohon copy ye!
cdangan: buatla pulak video psl ISK, bleh dguna pkai ramai utk pmbntgn ISK..

salafus-sholih on August 20, 2010 at 10:06 PM said...

Salam. Saya tak pernah terlibat secara langsung dengan program ISK mahupon IPK. Sekadar berminat dengan kaedah dakwah yang digunakan. Memang kita semua perlu mengetahui sejarah ini supaya kita tidak terus hanyut dalam permodenan hidup. Insyaallah... moga khilafah akan cepat didirikan semula.

Anonymous said...

salam.. mohon kebnarn utk copy.. moga sama2 dpt manfaatnya ya..

Anonymous said...

Di tempat kita pun sama...hidup dijajah di negara sendiri... Terkebil2 mata, panas teliga, tersentak hati bila seorang saudara seislam mengadu pada saya... kenapa beliau meletak jawatan sebagai Jurutera di Syarikat (GLC) terkemuka di Malaysia yang merupakan sebuah negara islam ..cuma dengan satu soalan daripada beliau kepada ketuanya (GM)....terjawab semua teka teki.....alasan selama ini kononnya bangsa dan saudara seislam kita kerana bahasa...kerana kurang kemahiran komunikasi...kurang kemahiran employability dan susah untuk diterima bekerja….tetapi SEBENARNYA adalah... kata GM “lihat pada IC…U.. if U boleh ubah itu islam jadi agama macam I…I bleh bagi apa yang U nak…. U punya bangsa ..U punya agama 3rd class maaa…..” Semoga kita sama-sama renungkan nasib generasi kita dan generasi akan datang…pasti sukar untuk memperjuangkan islam dalam negara islam sendiri….

adilah on August 26, 2010 at 9:46 PM said...

insyaAllah...

Anonymous said...

Sesungguhnya..dunia ni ibarat kan penjara bg org muslimin dan syurga bg org kafir...jd x heran skrg dorg nek kite jatuh....tp yg pasti kita tetap bjaya dunia n akhirat..insyaallah...Allah e2 Maha Adil,Pengasih dan Penyayang...

KEPADA GOLONGAN MUDA MUDI... BANGKITLAH DR LAMUNAN DUNIA YG TIDAK KEKAL NI.....SMPI BLE KORG NK MMPI DAN BRANGAN....SMPI SUATU MSE KORG JUGA YG AKN MENYESAL APABILA ALLAH SWT PGGIL UTK BGUN DI HARI PENGADILAN....PADA WKTU 2 XDE SAPE NK TOLONG KORG....

Sejarah e2 pntg...tanpa sejarah byk bnda yg kita x tau...even dlm Al-quran pn byk sejarah yg d ct kan...dan skrg kita kepada kembali ke zaman jahiliah d mane byk pkare d zaman jahil dlu tjd kembali mlah lbih truk lg skrg berbanding dahulu....Waallahualam..
Wassalam...

Unknown on September 2, 2010 at 2:47 PM said...

terima kasih link ke artikel penuh dalam note akhir .. terima kasih., ulasan menarik,
keep up the good works!

Anonymous said...

rasa nye di skolah dlu sudah diajar tentang sejarah tamadun islam . tetapi macam di kelirukan dengan subjek sejarah yg lebih diutamakan diperingkat skola . harap hal ini diselesaikan segera . sayang pada generasi islam akan datang .

hanani said...

trima kasih sgt2 sbb da mnyedrkn sy....

syazana on December 10, 2010 at 12:01 PM said...
This comment has been removed by the author.
syazana on December 10, 2010 at 12:09 PM said...

sy suka baca setiap artikel di sini!

Anonymous said...

semasa pemerintahan turki tu lah tentera Dajjal mula bergerak...1 hari bagai setahun sudah berlalu (Dajjal memerintah british sehingga 1935)...sehari bagai sebulan (Dajjal memerintah USA sehingga 2015 akan berlaku)...1 hari bagaikan seminggu (Dajjal memerintah israel sehingga 2034)...37 hari lagi seperti hari-hari biasa Dajjal sebenar akan dizahirkan...ini adalah kiraan matemtik daripada petikan hadis sahih 40 hari dajjal memerintah dunia bersandarkan bagi fakta rumus dalam al-quran...sehari kamu di azab disisi tuhanmu menyamai 1000 tahun selama mana kamu hitung..(surah Al-hajj ayat 47)...

Renung-renungkanlah...

Anonymous said...

isk-ini sejarah kita,....sape nak kopi n sebar kan mmg boleh...tp sejauh mana penghayatannya????good move bg yang tulis blog salafus sholih...moga Allah membalas usaha yg di curah kan...dan bagi yg tergerak hati nya utk bangkit bersama islam....usaha lah utk tingkat kan diri dengan amalan2 sholih...dan kalau x silap saya ada program tarbiah di luar sana(dunia keliling)tempat kita(masyarakat)yg bergerak dalam jamaah meng islah kan umat....bersam2 lah diri kita ke arah islah....

Anonymous said...

mohon share ye ...

Anonymous said...

x phm la graf 2....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates