Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.
TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!
Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!
237 comments on "TABARRUJ di facebook"
«Oldest ‹Older 1 – 200 of 237 Newer› Newest»mintak izin utk share...
silakan =)
salam...maklumat yg b'guna..terima kasih..
salam...
saya rasa sgt2 jahil saat ini...
perubahan saya rupa2nya x berada di garisan yg betul lg...
mohon dipanjangkan lg topik ini...
anonymous 1: mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama
anonymous 2: kita sama-sama rasa sangat jahil. apa-apa pon berubah la perlahan-perlahan. mudah-mudahan kita berjaya menjadi seorang muslim yg soleh/solehah
Assalamualaikum.
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Hadis ni boleh refer dekat mana?
harap dibantu, terima kasih.
Maaf, terlupa nak letak riwayat.
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan” (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
jahilnye diriku ini..
Tuan..bagaimana pula dengan lelaki? adakah juga tidak boleh meletakkan gambar2? =)
great job.....ia myedar kan sya...terima kasih :)
terima kasih~~
jazakallah..
pdedahan yg amat b'gune..
juz depends 0n indvdual,nk ikut kata iman or kte nfsu..
nk tnye tntg wangi2an 2..
if prmpuan 2 pkai wangi2an yg tdk ktrlaluan baunye mksudnye if 0rg jln sblh xdela bau die nye myk wngi smpai 0rg leyh hidu..b0leyh ke?
riduan= apa yg saya tahu, lelaki tiada masalah, asalkan menutup aurat..
anonymous= nak pakai minyak wangi untuk menutup bau badan tidak mengapa, dan jgn terlalu kuat baunya, tidak ada masalah jika baunya tidak dapat di hidu oleh orang lain, itu lagi baek..
admin= syukran di atas perkongsian ini, minta share ek^^
p/s: kalu ade salah penerangan kat atas, minta maaf byk2..huhu
syukran jazilan utk peringatan..
sy nk tanye...macam mane plak dgn yg berpurdah... rata2 yg stgk yg berpurdah suka menunjukkan gambarnya dlm facebook... bagaimana plak tu???
syuhada: penerangan detail boleh di baca di..http://syaeirah.blogspot.com/2010/05/berpurdah-tapi-tayang-gambar-sunnah.html
salam..bagaimana pula dgn pemakaian make up?ini kerana wajah sy agak pucat dan suami meminta agar sy memakai sedikit make up seperti lipstick dan pemerah pipi yg nipis..bagaimana?
anonymous: Make-up are like accessories, needed if it can please your husband, haram if it is to attract outside people or harm yourself. Makruh if it is for personal grooming.
copy n paste from : http://blogs.muxlim.com/F_C_786/is-makeup-haraam-im-confused/
salam..
saya mrupakan salah seorang pengguna FB dan mrupakan kaum adam..apa yg saya ingin nyatakan ini bkn berniat berat sebelah ttp adalah realiti..mmg tidak dpt dinafikan, sbhgian besar pengguna FB dalam kalangan wanita / perempuan lebih teruja utk meletakkan pose atau gmbar mereka dlm plbagai aksi dlm FB foto, berbanding kaum llaki..bukan lah sy nak katakan kaum llaki tdak prnah meletak gmbar, ttpi yg lebih ketara dan teruja utk upload pic ni ialah kaum hawa sndiri..apa yg dpt sy phatikan dlm snarai fb list rakan2 sy dari kaum hawa, tnpa mngira status sama ada yg masih bujang, bertunang mahupun yg sudah berkahwin smuanya teruja meletak gmbar berbagai pose malah sehinga beratus2 gambar...
prkara ini sdikit sbnyak mngingatkan saya bahawa wanita itu mrupakan salah satu senjata syaitan utk mnyesatkan manusia (kaum adam)...nauzubillah...betulkan saya jika tersilap kata...salam...
stuju sangat2 dengan pendapat saudara..itulah yang menjadikan masalah besar..sbb tu admin telah menitik beratkan berkenaan masalah ni..memang tidak dapat di nafikan lagi, nafsu perempuan adalah perhiasan dan kecantikan..tak sah kalu dia tidak tayangkan kecantikannya di khlayak ramai..tp bagi yang mempunyai iman tinggi sahaja, yang menjaga aib mereka
adakah ini permainan yahudi yakni penemu Facebook? wallahu'alam
bukan facebook sahaja agenda yahudi, segala hiburan kat atas muka bumi ni adalah agendanya..di arahkan oleh iblis, di laksanakan oleh yahudi, di ikuti oleh seluruh manusia di dunia ni yang lalai daripada ALLAH S.W.T..
assalamualaikum....
saye penggune FB.. masalah saye ialah, macam mane pula kalau gambar itu di TAG oleh sahabat2 kita..?
wsslm, bagi saya, awak remove jelah gambar tu..dan kalu ada gambar awak yang tidak menepati aurat yang di tetapkan oleh Islam..awak suruhlah kawan2 awak delete jer gambar tersebut..
salam....saya nak tanya....mcm mana kalau ada sorang laki tu print out gambar wanita...dan bila suruh buang dia xnak buang malah dia akan tengok berkali2 gambar wanita tue....mcm mana kita nak suruh dia buang gambar tu ye?...
pls respon...
wslm, yg ni kena tanye orang yg lagi ariflah..tp kalu kita dah tegur dia byk kali, tapi dia wat der jer..rsenye dosa kita dah lepas, sebab kita tak redha gambar tersebut di pertontonkan..harap ada yg lebih arif perjelaskan
Salam alaik.
Minta izin share.Moga manfaat bersama.
Syukran
salam...
minta izin share...
utk peringatan bersama rakan2 yg lain...
trm ksh.
Salam..perkongsian berguna.thanz..
Assalamualaikum..
Q : salam....saya nak tanya.. ..mcm mana kita nak suruh dia buang gambar tu ye?...
A :minta dia buangkn gmbar tersebut..
dan jika dia wat derk jer.. biakan, dia yg tanggung.. sedari cuma perlu bertaubat dan kmbali ke jalan sebenar.. bukankah Allah tu Maha Pengampun.. sebnyak mna dosa kita pernah lkukn, pintu taubat sntiasa terbuka..
mintak izin nak share....
minta izin nak share.................
salam
minta izin share..syukran
kenapa saya tak boleh view video? :O
Sebab mana ada video sini. hahahah
satu lg info dn pendedahan yg sgt brgunan kpd umat islam sejagat trutama kaum hawa..teruskan prjuangan fisabilillah...
minta izin nk share
Like this entry.
salam .
nak tnya pndapat .
adakah salah utk meletakkan gambar fi fb ?
walaupun tiada aksi spt peace , memuncungkan bibir etc.
contohnya gambar graduasi, sambutn raya.
mohon beri pandangan .
terima kasih .
saya doakan semoga saudara/saudari mendapat ganjaran pahala yg berlipat3x kali ganda, & diredhai Allah atas perkongsian ilmu2 yg bermanfaat ni, insyaAllah, ameen~~~
subhanallah.....
ttp kenapa x leyh pkai minyak wangi plak ???
enta hebat sheikh...smoga usaha ini lah yag akn m'jadi saksi enta di akhirat bgi mnunjuk kan usaha enta m'perjuagkan islam..allahuakbar..
-allah pastikan bersamamu,bila kau selalu bersamanya,allah pastikan menolongmu,bila kau menolong agamanya-
salam.
walaupun sy bnyk buat dosa..
ttp usaha awk bgus dteruskan utk mnyelamatkn remaja islam kita ini...
trimas bro :)
info yg sgt berguna sbb sblm ni tak pernah tahu dan terlintas pun berkenaan hal ini. :)
mohon izin share ya- ct
jazakallah khairan kathiran..
mohon dicopy..:)
syukran
Salam. Tidak salah meletak gambar, tetapi jangan berlebihan dan mempunyai aksi menggoda. Cukuplah letak gambar sebagai tag pengenalan diri yang boleh orang cam kita. Dan mengenai minyak wangi, gunalah sekadar untuk elak badan berbau sahaja... bukan sampai menarik perhatian orang di sekeliling. sama seperti mekap, gunalah sekadar elak muka pucat. wallahualam
salam..mohon dishare akhi.syukran
salam...
saya pun bersetuju dgn admin. baguslah ada juga insan yg melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam facebook atau blog. sama2lah kita semua nasihat menasihati agar kita dpt memanfaatkan facebook ni, kalau tidak pun tinggalkan jer fb ni sbb kehidupan tetap sempurna tanpanya...wallahua'lam.
http://razuha.blogspot.com/
Nice sharing, Smg Allah merahmati penulis artikel ini, ingin mencadangkan supaya meletakkan button share (fb dan lain2) spy mudah skit sharing :)
terima kasih
assalammualaikum.
ini isu sangat menarik. kebanyakkan kaum wanita tidak mengambil berat berkenaan aurat, dan kebanyakkan mereka salah faham erti sebenar menutup aurat.
saya pernah menegur kenalan(wanita) berkenaan pemakaian yang dikenakan oleh nya. tapi, respon yang diberikan amat buruk. dia menganggap menutup aurat bermaksud memakai tudung. semakin saya memperjelaskan lagi, semakin dia berdolak dalih. saya sangat terkilan, dan berharap dakwah saudara dapat disebarkan lagi, agar kaum2 wanita di negara kita lebih sedar dan peka berkenaan pemakaian menutup aurat.
Salam. Terima kasih kepada yang mencadangkan perletakan button share tu. Alhamdulillah... berjaya meletakkannya =). Dan semoga kita semua berusahalah menyebarkan amar makruf nahi munkar... bertepatan dengan sabda nabi, "Sampaikanlah walau satu ayat". Wassalam
Assalamualaikum...
Alhamdulillah lagi 1 artikel yang bermanfaat dlm koleksi, mabruk akhi..
Mohon izin share artikel ni ya, Syukran :)
best r blog ko..
hope ko akn b'jya dalam usaha menegakkan daulah khilafah & dpt mengubah paradigma para remaja..!!
ak doa an!!
actually, da lama ak nk tgok blog ko ni,,tp xberkesempatan le plak =)
so, can i share what u wrote in dis blog??
tQ
Assalamualaikum,ana minta izin share ea..asif,amik dlu bru mnta izin..
minx izin utk share...
salam..nk mtk izin nk nk share kat fb n blog sye boleyh?
salam..
isu ni mmg sgt best dibincang'n..klu bley sy nk bg semua kenalan wanita baca post ni.
da ramai gak kenalan yg sy da tegor berkanaan isu ni..bile sy ckp xpyh la letak gambo byk2 nk watpe pn..salah satu respon yg sy dpt "alaa biase la 2..saje nk tnjuk pe aku wat n mane aku gi"..xpn jwpn pling ringkas tp mnyakit'n ati slalu sy dgr "saje je pn.."
tp nk wat cmne'n..kite juz bley tego..samada dorg nk trime ke x b'gantung pd dri dorg gak..hrp2 klu de yg t'bace ni nnt bley pikir2 kn la ek..
mnta izin share..
minta izin share juga.
nk tnye..tabarruj ni umtuk wanita je ke??klu laki ltk gmbr dlm FB cmne lak??
em..mcm ni.soklan saye pelik sikit.mcm mane klu ade yg letak gamba2 yg sperti dinyatakan td, merupakan kwn baek sgt2 or family.klu kite share, mungkin depa pkr saye kecikan hati depa.n depa maybe akan ckp mcm ni, "eh, ko!mcm bagus lak ai ko, da smyg?" ha, mcm mane?tak ke saket ati klu mcm tu...?
Salam. asalkan lelaki meletak gambar menutup aurat, maka tidak mengapa. bagi saya, jangan dihiraukan pandangan manusia, tetapi tumpukan pada pandangan Allah dan RasulNya. cuba tegor mereka dengan berhikmah. Insyaallah... lama kelamaan diorg akan tersedar dengan sendirinya.
nk tye.perempuan xbole dedah aurat sbb akan naik kan keghairahan lelaki kan?then, mcm mane klu perempuan tu xcantik langsung?maksudnye, die buat aksi ape pun, die dedah aurat pun, lelaki tak akan rase ghairah biler tgk die.(mintak maaf klu soklan ni radikal sikit).
Sy tlg jwbkan. mereka yg cantik atau x cantik, hukumnya tetap sama. tidak ada beza di antara mereka. cantik itu subjektif... ada lelaki yg ttp rasa anda cantik walaupon anda rasa anda x cantik. kalau salah sila betulkan. sekian...
terima kasih banyak2 sbb mengingatkan,,
hrmmmm...... dulu saya mcm menolak pandangan ni. tp makin dibaca, saya semakin menerima perkara ni.
trimas.
terima kasih
asalam...
saya juga adalah salah seorg pengguna Fb...tapi hanya niat memcari kawan lama...terutama nye masa belajar di sekoleh rendah dan menegah...memandangkan saya duduk di negara org....gambar yg saya selalu up load adalah untuk tatapan saudara marah yg jauh dan kawan2 yg lama tdk berjumapa...adakah saya tergolong dlm golongan itu....skt
Salam, seperti yang dinyatakan pada artikel di atas, kalau hendak letak gambar pon, hendaklah tidak melampaui menarik perhatian ramai. cukuplah sekadar meletak sekeping dua gambar supaya orang dapat mengenali tuan punya profile. Wallahualam
syukran akhi...
sabda Rasulullah SAW
"Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (Hadits Riwayat Imam Muslim)
islam itu indah. tiada kesukaran dalam melaksanankan tuntutannya bg yg beriman. tiada alasan terhadap perkara yang disyariatkan. insyaAllah selagi kita berpegang pada al-Quran dan sunnah maka selamatlah kita didunia dan akhirat
jazakallah Khair
kalau kita private kan gambar2 kita, boleh tak?
Terima kasih atas perkongsian hadis di atas.
Ya, private gambar2 kita adalah satu tindakan yang tepat, tetapi hanya sekadar mengurangkan risiko sahaja. mereka yang dapat melihat gambar private tersebut masih lagi boleh save gambar tersebut ke dalam komputer dan berkongsi dengan rakan2 yang lain.
salam....izin ntuk dishare
Salam, hrp dpt share...
salam..mntak izin tuk dsebarkn ye...
private je gambar sudehh
Assalamualaikum..saya amat suka dgn perkongsian ilmu ini..mohon share ye..syukran :)
salam
very informative tq
minta izin nk share
salam..
minta izin share...
lagi satu,para muslimah tidak bole meletakkan gambar di facebook kerana pihak anti islam mengfokuskan gmbr2 muslimah untuk di edit. perkara ini bole mendatangkan fitnah. terutama skali muslimah yg bertudung.
saya nak share.....
blog yang sesuai ntuk semua lapisan masyarakat , terutamanye remaja sekarang . teruskan usaha anda ! saya skong !
Assalamual'alaikum
mohon izin untuk share
terima kasih
salam..sy saudara baru,nak tny. mcm mn dgn gmbr2 kita yg dahulu sblm memeluk islam & kdg2 ada kwn2 lama atau saudara mara yg upload gambar kita yg dahulu meaning yg x pakai tudung,dll.-tapi gambar sebelum memeluk islam. macam mana tu?
sori soalan tunggang langgang.x dapat cari ayat sesuai nak luah kan..kalau ada siapa2 yg dapat faham tolong lah jelaskan ye.Thanks.
Assalamualaikum.. mohon izin untuk share ya..
Mohon share
saya upload bermacam macam gambar saya dan keluarga dlm fb, tp gambar yg tidak menutup aurat sy khaskan utk suami shaja sebagai 'viewer'.private setting kan ada, guna la hehe.
saya juga memakai minyak wangi ke tempat kerja, tp atas niat supaya anak murid (sekolah rendah)suka shj.saya juga pakai mekap, tp itu atas permintaan suami.hari cuti duduk rumah pun sy diminta melawa.jd kire takpe la kan?
semoga kita semua dpt buat apa yg kita suka tanpa melanggar batas dan hukum islam ;)
like it..
thanks..peringatan yg berguna
ma kasi atas peringtan yang berguna nie....
n nk minta izin share,,,,,,,,,,..
salam.. mintak kebenaran utk share =)
salam ........... terima kasih atas peringatan...mohon kebenaran untuk share... jazakallahu khairan kathira...
Salam...mintak izin share ye.....(,^^)
salam ...minta izin share
like it..
:D
any new topic share wif me..
terima kasih kerana mengingatkan pada yang terlupa
izin untuk share ye,shukran
info berguna yg menyedarkan sy,terima kasih.
trima kasih..info yg bguna..ilmu yg bermanfaat..mintx izin share..:)
minta izin untuk share :)
Salam...Bagus jugak entry ni.. Mintak izin nk share link dalam facebook...
Mmm.. Kalu tgkkan, bukn dalam facebook aje,
dalam tv pon,ustazah² ramai sangat dah makeup berlebih lebihan... Dengan blusher,mascara..
Malah ada yg mencukur bulu kening.. Alahai...
Wanita oh wanita...
salam. sy juga mohon izin utk di kongsikan kpd rakan2 yg lain
salam...mohon izin untuk share...trima kasih
MINTA IZIN UTK SHARE YA..TRIMAS
perubahan gaya bertudung juga merupakan salah satu tanda2 akhir zaman di mana di dalam hadith ada tertulis antara tanda2 akhir zaman adalah di mana wanita wanita memakai tudung berbunjut bunjut seperti belakang unta..
salam minta izin di share ya ^^
Assalamualaikum,boleh mintak izin utk share?Allah sahaja yang dpat membalas budi baik tuan.
mintak share yea..
mudah-mudah'n kita bukan dr kalangan itu..
nauzubillah..
Assalamualaikum
Sy tertarik dgn artikel ini
slps sy mmbaca ni,sy merasa kn diri ini benar2 jahil..
Mengenai gambar yg du tayang-tayangkan,sy mmg bnyk upload gmbr2 sy di Facebook..klu nk ikut kn mcm2 gaya,mmg bnyk....
tp,jika kita menanam kn niat bukan lah untuk menunjuk-nunjuk,mcm mne pula?
Sejujurnya sy kata kn,sy baru mngetahui semua ini..
sy ingatkan,sy sudah berada di posisi 'selamat' drpd azab api neraka...tetapi,ternyata jauh lgi..
semoga anda memperbanyakkan lgi artikel seperti ini..
-mintk share juga ye-trima ksih
salam,mohon kebenaran untuk share..
salam...sesuatu info yg amat b'guna utk renungan kita semua sebagai seorg muslim & muslimat.. mohon kebenaran utk share..
Salam. Bukan setakat facebook aje...myspace, friendster, tagged & macam² lagi. Sib baik ader blog ni untuk dibuat peringatan.
i like the fst tmnt that.."Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini,"tpi nak tmbah sdkit..namun di sblik pggnaan FB ini,pmbuat FB n hsil tuan mmbuat FB nih dan data2 kita smuanya d smpan dlm data CIA..tgok lah link nih..
http://www.youtube.com/watch?v=B37wW9CGWyY
disinilah para pengikut kesesatan telah bertobat dan mengikuti jalan salaf sholih
minta izin untuk shre
Assalamualaikum =) Mintak izin untuk share di fb n kawan2 =)
Assalamualaikum...
Sy benar2 ingin berubah... sy cbe buang mane2 gambo sy yg sy rse agak keterlaluan mungkin... tp sy de mslh dgn gambo2 yg d tag kwn2 ataupon gambo2 yg d upload kwn2... sy rse x smpi ati ... mungkin ayt yg lbh sesuaii... sy risau nk b'ckp ngan mereka utk membuang gambo2 sy 2.... de sape2 leh tlg cmne sy nk selesaikan mslh sy ni?
Terima kasih sgt....
Mohon share ye...
saye rase xslh bergamba... sumeyer bgantung pd niat dan bntuk rupe gamba .. mcm sye.. sye upload gamba (insyaallah gamba yg sopan) supaye kwn n kuarga sye tahu perkembgn sye.. bkn skadar mnunjuk2 atau aper2 niat yg tak baik.. ini sume dgn izin Allah.. islam itu tidak sekejam mne
same je.ko tunjuk kt fb jual muka dan open ur position still 'haram' laki leh berimaginasi tgk pic wanita. ngaji dulu betul2.
salam nk share...
salam...nk share ni, trima kasih kerna mengingatkan...
Niat tak menghalalkan cara. Memang Islam itu tidak kejam, tetapi kita sendiri yang melakukan kekejaman kepada diri sendiri. Tanpa sedar kemungkinan gambar-gambar yang kita rasa berada di dalam rupa bentuk yang sopan itu mendatangkan rasa ghairah kepada orang lain yang melihatnya. Tanpa sedar dan rela kita telah pun melakukan kekejaman kepada diri sendiri.
(30)
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(31)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Surah An-Nur 30-31
artikel ini mnulis.."Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini".so xslah ape sye ckp.. mmg niat xmghalalkn cr tp jika niat itu belandaskan islam... insyaallah
salam.. sye sukakannye.. =)
salam...minta utk share di fb ya..
minta izin share..bnyk info2 menarik..keep up da good work..buang yg keruh..ambil yg jernih..betol kn yg biasa..biasa kn yg betol..=)
mudah2an ramai yang akan mengerti......
smoga umat islam menyedari kesilapan yang tidak sengajakan.......
sebernanya mreka melakukan smua ni kerana tidak tahu......
oleh kerana itu, diharap agar info ni diperluaskan lg dalam pelbagai bentuk....
sedarlah wahai umat islam......
assalamualaikum. . mintak izin share. . trima kasih~
mohon share~!
ijinkan share ya
assalamualaikum..mohon share ye..trme ksh..
assalamualaikum.. minta izin untuk share.
assalamualaikum.
nak tanye, kalau pakai tudung labuh lebih ke bawah bahu dan lepas paras dada, lepas tu ditarik sikit tepi tudung tu ke atas bahu, kira tabarruj ke? sebab kalau tak buat macam tu nampak tak kemas.
salam..mohon share ya...
izin untuk share
salam,izin untuk share,info berguna.
salam. pertama kali membuat komen di blog ini.
memang kena senantiasa berhati-hati ketika menggunakan laman sosial FB nie..rasanya tak perlu upload gambar2 peribadi @ kawan2 yg mendedahkan aurat terutamanya kaum hawa...
Ana kaum adam. mmg tidak dinafikan, melihat foto2 kenalan perempuan di fb, ada juga yg mampu mengoncangkan iman ana. malah ada yg bisa menaikkan nafsu ana. ana yakin mereka tidak sedar foto mereka bisa mendatangkan perkara2 tersebut kerana mereka begitu yakin (pada dimensi wanita) foto itu adalh sopan dan tidak mengghairahkan. (padahal mereka tidak tahu daya imaginasi pemikiran kaum adam). Astagfirullah al azim.
tiga perkara mampu merosakkan (iman) kaum lelaki:-
1) Arak (benda2 memabukkan)
2) Judi
3) Perempuan
Lihat.. perempuan termasuk dalam kategori perkara yg mampu merosakkan kaum lelaki JIKA mereka tidak menjaga kehormatan & maruah mereka... Tabarruj boleh tergolong dlm perkara "JIKA". Wallahualam.
Saya Suka Blogspot awak ni.
Terima Kasih Utk segala Informasi keagamaan yg berguna ni :)
Assalamualaikum, ana dari Brunei, Alhamdulillah blog ini berguna.. mohon izin utk share
Salam..Minta izin utk share apa2 artikel yg d tulis..tQ..Moga kita sama2 mendapat kebaikan dan keberkatan..InsyaALLAH.. =)
izin share..
salam..minta izin share..jazakallah
khairil, kelana jaya
btol2..kkdang kte da share,tp sorg pon xmau bce dan amik pengajaran!
renung2kan dan selamat beramal...;))
minta kebenaran nk share ayt di ats :)
Trima Kasih untuk artikel yg amat brguna ini. Truskn usaha murni anda..
minta izin utk d share.tq
minta izin untuk di share . Syukran~
mtak izin share,
maaf tershare dulu baru mtak izin.
entry ni sgt berguna..menambahkn ilmu..
sy copy utk sebar kan kpd kawan2..[mnta izin]
teruskan usaha anda ... maklumat yang disumbangkan sgt berguna...tahniah atas kerja2 tersebut
nak share dan minta izin
izinkan ana share di fb ya...syukran
salam..
saye masih dalam proses nak blajar tentang ilmu agama yang cukup luas ni.saya nak tanya,kalau kita remove gambar2 which ada pose2 yang tak sepatutnya,tapi realiti sebenar kita masih berpakaian tidak mengikut hukum syarak.dan macamana nak bagitau kawan2 perempuan yang lain,tapi saya pun sama jugak?tapi niat saya tuk kawan2 jugak kat facebook?takut di kata saya ni pandai cakap je.
syukran:)
utk aku.Dan.farhana; alhamdulillah kalau ada niat yang demikian; ukt berubah menjadi lebih baik. sesungguhnya Allah membuka ruang dalam diri anda untuk berubah. Bila dah ada niat, perlu disertakan sekali dengan tindakan. Anda perlu berani utk berubah. mungkin ada cara terbaik bagi menyampaikan nasihat kepada kawan2 anda sebelum jauh dihanyutkan dalam kelalaian. antaranya; tag kan makluman ini di dalam akaun FB mereka. Semoga Allah merahmati niat murni anda.
mohon share~~
10q..mohon kongsi ya..
baru tau ek..
terima kasih atas penerangan nie..
mintak nk share ea..
mohon share
trima kaseh..
izin share :)
mohon share ya..syukran.=)
depend on us because we have our own thinking, we should differ what good n bad!
mohon share
Assalamu'alaikum,,saudara,adakah benar bahawa anda adalah salafus-sholih? maksud saya,orang yg memilik nama bersejarah itu.
mintak share ye. thanks!
terima ksh ats ingatan yg sgt bermanfaat ni..
Assalamu'alikum..ana izin share.
saya kena delete photos skarg!
saya suka blog nie...ada facebook...tapi private kan semua gambar...
bahaya buat wanita skarang nii
terimakasih. mdh2an saya mampu memperbaiki diri. untuk share dg teman, saya belum berani
SALAM ALAIK....mtk izin u share...syukran
Assalamualaikum.mohon izin share ye..
Syukran..
assalamualaikum..m0hon izin nk share..syukr0n2
assalamualaikum....mohon hidayah DARINYA..
sama2 kita berubah..
andai lelaki yang 'lebih gambar'???
boleh ka??
dianggap tabarujj ka???
nk share ya??
analysis on October 7, 2010 11:43 PM said...
126
"artikel ini mnulis.."Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini".so xslah ape sye ckp.. mmg niat xmghalalkn cr tp jika niat itu belandaskan islam... insyaallah "
sorry, saya komen sikit... walaupon niat berlandaskan Islam, juga tidak menghalalkan cara...sontoh, saya nk derma RM 1 juta utk bina masjid...caranya : saya mencari wang dgn hasil riba/curi/rasuah...
ni saya bg contoh utk mudah memahami maksud matlamat tidak meghalalkan cara...
kpd pembaca2 lain yg ingin share dlm blog/fb, ini adalah satu kerja dakwah oleh admin utk memberi peringatan kepada setiap umat Nabi Muhammad SAW.
kita kembali bagaimana Baginda Rasulullah menyampaikan dakwah....
hendaklah kite menyampaian dakwah/ilmu yg telah disampaikan. lebih2 lagi ayat2 Allah yg wajib kita beriman kepadanya.
bagi saya tak perlulah kita mintak izin, bahkan ilmu Allah ini hendaklah kita share kepada kawan2 dan saudara terdekat...
mengapa ilmu Allah begitu sukar didapati sekarang? buktinya tgk sahaja komen dari pembaca, masih ramai lg yg belum tahu secara terperinci aurat2 wanita?
ini kerana system yahudi, barat yg berkiblatkan harta kekayaan, sehingga ilmu Allah itu tenggelam. bagaimana? siapa yg hendak belajar pasti memerlukan belanja yg besar...yuran kolej, tiket belajar keluar negeri? tampung kos gaji lecturer & mcm2 lagi...
lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW menyampaikan ilmu Allah? percuma! malah die yg berhabis harta demi menyampaikan ilmu Allah!...sahabat2 begitu juga, menyampaikan apa yg telah Nabi sampaikan percuma, habis harta utk berdakwah...
jadi, tiada royalty utk ilmu Al-Quran. sampaikanlah walau 1 ayat...
erk...sorry, panjang sikit...terpulang admin kalau nk delete posting saya....
Wallahua'alam....
salam....
sye adlh sorg hmbe ALLAH yg hina..cume nk tny,jd skrg nie kite boleh ke tdk gne FB nie??kalau niat kite hny untk m'cri rakn lame,adkh itu d'kire slah jge??tq
Anonymous 169 - Eh. bukan.
IsKaNdAr - Kalau anda rasa gambar anda mampu meruntuhkan iman para wanita maka tidak digalakkan =)
mdsaf_kyo - Satu pandangan yang baik. Tidak perlulah nak delete. hehe
Anonymous 185 - Facebook hanyalah satu alatan teknologi. Halal haramnya bergantung kepada penggunaannya. Jika kegunaannya berlandaskan syarak, hukumnya adalah harus.
em.. sy pn daa xnk daa ltk gmba d pro5 , sjnak sy bfkir , untk apalah mltakkn gmba jika hnya untk mmpamerkn kcntikan dri.. tidak brfaedah lngsg.. ku ingin brubah
salam 'alaik..
panjang btul diskusinya.
biarlah ana simpulkn, niat utk b'FB 2 blh dcerminkn mlalui pmbawaan akaun FB t'sbut.
kalau niatnya utk b'temu kwn lama..ya udah, b'sederhana sjlah dong gmbrnya.
apa pn yg anda lakukan, set dl nawaitu btul2.. dan refresh slalu imannya l0h..
supaya nggak t'pesong pmbwaanya.. insyaAllah.
(sjak ble la ana jd org Indon ni..xpela 1 AQIDAH!)
salam,,
ini sangat2 menyedarkan saya,,
thankz a lot,,
Alhamdulillah.....
Salam...
minta izin untuk share..
ni pengalaman saya...
wanita adalah anak panah syaiton.
dan wanita itu adalah yang paling bengkok.
apabila ditegur contoh seperti menjaga aurah,maka akan dikeluarkan pelbagai pemikiran logik akal (islam liberal).ramai di kalangan siswi begitu,dan yang berpendidikan tinggi juga mahupun bekerja.bagi mereka bila mereka tinggi belajar-maka mereka dikurniakan akal untuk berfikir hukum2 ALLAH ini-boleh pula wt critical thinking pada hukum ALLAH.
sebagai contoh,mereka berkata "ada kajian saintifik ada kuman yang kebal dari musnah dalam daging babi,dan sebab tu Haram babi"
SEPATUTNYA kenyataan benar adalah begini:
pengHARAMAN babi adalah Hukum ALLAH semata2 & kita sebagai hamba ALLAH.hamba mengikut tanpa waktu,tanpa soal.
& hikmah apabila diHARAMkan babi tu salah satu nya adalah sebab adanya kuman kebal dan byk lg, Allahu'alam.
anda nampak??Alhamdulillah
anda tidak nampak???sila cari bagaimana "aurat wanita yang dituntun oleh ISLAM"...maka anda akan sedar betapa SANGAT ramainya mereka ini yang JAHIL
tabarruj juga bukan sahaja berpakaian cantik & dipertontonkan pada yang tidak hak...tetapi berpakaian selekeh & koyak rabak untuk diprtonton oleh orang yg tidak hak juga adalah TABARRUJ.
senang kata mereka wanita ini meletak gambar begitu & begini adalah untuk mengharapkan pujian semata2..."BETULKAN WANITA?????"
sedangkan dahulu ada cerita benar seorang wanita buta sabab memberikan matanya disebabkan hanya ada orang memuji kecantikan matanya.
Allahua'alam .... sila betulkan saya jika salah
WANITA!!!!
wanita adalah perhiasan & dunia adalah perhiasan.
sedarlah berhias pada wanita itu & perhiasan itu hanyalah untuk suami mu sahaja.sedarkah????
berapa ramai wanita dirumah yang berhias untuk suaminya SAHAJA?????xde kan???
maka sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah
Allahua'lam
salam.sya penguna fb..sya photograher..saya selalu uploud gmbr model2...bile sya t'bace blog nie..aty sya jdi brubah n br'slah..model sya mmng dri sudut aurat mmng x lengkp..pkai je tudng,tpi b'pakai ketat.dri smlm sya da krng shoot model..rse b'dose je..abis shoot trs uploud kt fb...biase lak nk tnjk skil n teknik b'gmbr...kalo sya shoot bhagia muke je..b'dose tak..
thx 4 sharing
mohom share yaa akhi...
shukran...
syukran jazilan.
saya letak gambar kucing saya mandi bogel
artikel yg bmanfaat..nohon share..
syukran laka salafus_sholih dngn nasehat yg berguna ini....saya memang tidak akan meletakkan gambar di facebook biar ada yg ingin melihat wajah saya sekalipun...kalau kita sudah tau tentang hukumnya dan kita maseh juga buat kan dosanya jadi double...biar aje siapa yg tidak mau berkawan gara2 tk dpt melihat wajah saya yang saya tau Allah melihat saya...
Post a Comment