Monday, June 28, 2010

TABARRUJ di facebook

Posted by salafus-sholih at 8:17 PM
Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

238 comments on "TABARRUJ di facebook"

«Oldest   ‹Older   201 – 238 of 238   Newer›   Newest»
uLFa WaFiAh on March 7, 2011 at 7:14 PM said...

syukran laka salafus_sholih dngn nasehat yg berguna ini....saya memang tidak akan meletakkan gambar di facebook biar ada yg ingin melihat wajah saya sekalipun...kalau kita sudah tau tentang hukumnya dan kita maseh juga buat kan dosanya jadi double...biar aje siapa yg tidak mau berkawan gara2 tk dpt melihat wajah saya yang saya tau Allah melihat saya...

Anonymous said...

tak salah hadis pasal wangian tu ada lagi banyak rujukan, dan lebih terperinci penerangannya.

Anonymous said...

WnSal
saya stuju sgt pndapat saudara ttg gmbar2 wanita di fb tpi pd pndapat lgi, gambar2 lelaki juga perlu diberi perhatian krn wanita akn tertarik utk mengenali lelaki melalui gambarnya yg hensem. secara x langsung, ini menggalakkan pergaulan 'bebas' lelaki dn wanita secara on9 tanpa ada sbb syarak wanita dan lelaki itu berkenalan. betul ke? atau pendapat saya ni dikra fanatik?

anna on March 9, 2011 at 8:56 AM said...

assalam..mohon shre ye..sesungguhnya kejahilan je dirasai ms ni..tanQ

Anonymous said...

alhamdulillah...sangat bermanfaat...mohon dishare ye...syukran....

Khair An-Nisa' on March 14, 2011 at 1:02 PM said...

assalamualaikum ...
mohon share ...

sitimaisarah on March 16, 2011 at 3:05 PM said...

woshh ! mulai sekarang , kena delete gmba2 facebook nih !

norazah binti abdullah on March 17, 2011 at 8:32 AM said...

assalamua'laikum wbt
saya ada soalan nak tanya
bagaimana kalo dengan blog...
jika di blog kite selalu bercerita mengenai hal-hal kisah idup kite seharian...
contoh arini wat apa...macam diari

Wajasetia on March 21, 2011 at 2:53 AM said...

salam
alhamdulillah dan tahniah atas usaha murni tuan. harap diteruskan

Miecyber on March 31, 2011 at 4:06 PM said...

Berpada padalah menggunakan Facebook...

Earth Hour 2011

Anonymous said...

minta izin share ye

ewl0rkz on April 2, 2011 at 11:55 AM said...

mohon share.:)

Haji Muhammad Zulkhibri Bin Dato' Musa @ Munir on April 3, 2011 at 8:33 PM said...

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.. ("YA ALLAH TUHAN MALAIKAT JIBRAIL, MIKAIL DAN ISRAFIL, PENCIPTA LANGIT DAN BUMI, ALAM GHAIB DAN NYATA, ENGKAULAH YANG MENGHUKUM DI ANTARA HAMBA²MU TENTANG APA YANG DIPERSELISIHKAN OLEH MEREKA, OLEH ITU KURNIAKANLAH HIDAYAH KEPADAKU DENGAN KEBENARAN TERHADAP APA YANG DIPERSELISIHKAN ITU DENGAN IZINMU, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU MAHU KE ARAH JALAN YANG LURUS" DIREKODKAN OLEH BUKHARI) BACALAH DO'A INI TIAP² HARI DIWAKTU SOLAT SUNAT SEPERTIGA MALAM SEBAGAI KESIMPULAN YANG MOGA² DAPAT MENJADI PENUTUP @ PENENANG KEPADA HATI² INSAN YANG MASIH TERCARI² JALAN MANA YANG MENUJU KEREDHAAN ALLAH S.W.T. DALAM MENJALANI KEHIDUPAN HARIANNYA SEBAB DIALAH TUHAN YANG MAHA ESA DAN KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI UNTUK DIHISAB ATAS SEGALA 'AMALAN DI DUNIA YANG SEMENTARA INI. SENANTIASALAH IKHLAS SEMATA² KERANA ALLAH S.W.T. INSYAALLAH ALLAH S.W.T. AKAN MENUNJUKI JALANNYA DI DEPAN KITA DENGAN CARA YANG TIDAK DISANGKA². BERSABARLAH DENGAN SEGALA UJIAN²NYA DAN BERSYUKURLAH KERANA DAPAT NI'MAT MENJADI SEORANG MUSLIM (IMAN), MOHONLAH DO'A SETIAP MASA AGAR DAPAT MENJADI HAMBA YANG DEKAT DENGAN ALLAH S.W.T.

Anonymous said...

izin share (: terima kasih

violet lily on April 13, 2011 at 6:54 PM said...

terima kasih atas peringatan yang diberikan..moga2 kamu sentiasa di berikan ilham untuk membantu saudara2 kita yg lain ke jalanNya insya'allah...^_^

QH Chief Editor 0809 on April 19, 2011 at 3:13 PM said...

minta izin share di http://www.qudwahalhasanah.blogspot.com/

.zaty. on April 22, 2011 at 7:04 PM said...

sangat bernas.saya mohon share.

: on April 26, 2011 at 11:04 PM said...

InsyaAllah...
maaf ade persoalan y brmain di fikiran,,,
sering kali kte mnyentuh "tabaruj" dlm klgn kaum hawa,dn mmg x dpt dinafikan prkre ini mmg prlu ditekankan dlm klgn kaum hawa,krn kaum hawa y lbh cenderong akn kecantikan..
dlm entry di ats ade mentioned prempuan2 y mltkkn gmbr dgn plbgai gaya (mmuncungkn mulut,mmbeliakkn mata) dikira sbg tabaruj,,bagaimana pula dgn llki?llki y juge mltkkn gmbr2 spt itu dgn intention u mnnunjuk2 kecomeln or kehenseman mreka...itu dikire tabaruj or x?adkh ade exception u llki?

i-am-imah on April 30, 2011 at 5:46 PM said...

ooOopsS.... dah share sebelum mnx izin..
halal kan eyh.. thank u

Anonymous said...

mintak share..huhu

Anonymous said...

yeah.....good job bro....PEACE

sinar ilahi said...

sy adalah kaum hawa yang dulunya meletakkan gmbr di FB..tp,alhamdulillah..Allah menyedarkan sy . kini sy telah delete semua pic brkenaan..sy rase wanita2 lain juga perlu melakukan hal yg same..kerana wajah yg Allah kurniakan ini tdk prlulah dtygkan pd yg ajnabi..wallaualam..mohon share..

liyana on June 9, 2011 at 4:11 PM said...

tengz 1

liyana on June 9, 2011 at 4:11 PM said...

tengz

Anonymous said...

salam..saya juga mohon share..nk cari pahala di fb...

Anonymous said...

mabruk!!.share haa..tq

Anonymous said...

thanks f0r share info . :)
sy nak share dkt email b0leh ?

Anonymous said...

mtk izin utk share utk pkongsian ilmu

Anonymous said...

...salam,,usaha yang bermaanfaat...m0ga sentiasa berterusan...harap remaja islam sedar n berubah...begitu juga diri ini...amin...

Anonymous said...

menarik :)
boleh tak bagi banyak lagi video pasal taksub facebook nie ?
lagi-lagi pasal mereka yang gilakan LIKE yg sanggup buat ape saje untuk dapatkan like yang banyak semate-2 nak dapatkan perhatian orang ramai .

Anonymous said...

alhamdulillah , sedikit sebanyak mengajar kita erti islam yang sebenar dari pelbagai aspek . moga-moga kita sama-sama memanfaatkan dan mengambil iktibar darinya .

Anonymous said...

sedikit pertanyaan buat pemilik blo ini . bagaimana caranya menegur sahabat baik yang gemar ber'facebook'?

Anonymous said...

mtk izin nk share..

Anonymous said...

jazakallahu khairan kathiran..mohon share..syukran.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
may I ask something related to this topic? sekiranya gambar yang dipaparkan di social website tidak jelas, (tidak menampakkan wajah) apakah hukumnya? adakah berdosa? terimakasih :)

Nur on March 20, 2013 at 9:42 PM said...

Salam

Ramai di antara kita yang memandang remeh tentang isu bergambar di dalam facebook.

Contohnya bagi kaum Hawa yang tidak menutup aurat. Selagi gambar tersebut ditatap oleh kaum Adam, selagi itulah kita sedang mengumpul dosa.

Bayangkan, jika umur kita tidak panjang dan gambar tersebut masih ditatap oleh kaum Adam, apakah yang akan berlaku kepada kita?

yathi on February 16, 2014 at 4:48 PM said...

masaallah,tpi klo hnya untuk berknalan gmna kta memasng foto& d lhat dg teman kta

Wan Nurul Akmal on June 3, 2015 at 3:31 AM said...

Mohon share yer...semoga bermanfaat utk wanita2 diluar sana.

«Oldest ‹Older   201 – 238 of 238   Newer› Newest»

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates