Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya: "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat"
1. Menghadap Sutrah (Pembatas)
Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan solat, hendaklah ia letakkan sesuatu dihadapannya. Jika ia tidak menemukan sesuatu hendaklah ia menancapkan tongkat. Jika ia tidak membaca tongkat hendaklah ia menarik garis kemudian apapun yang lewat dihadapannya tidak akan merosakkan solatnya". (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Ibnul Madini)
2. Merapatkan saf
Dari Nu'man bin Basyir, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah)." (HR Muslim)
3. Angkat takbir setentang dengan bahu atau telinga
Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Malik bin Al-Huwairits bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)
4. Sedekap di dada
Dari Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi, ia berkata: "Kaum muslimin diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri mereka dalam solat"
Dari Waails, berkata: "Aku melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam apabila berdiri dalam solat meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri beliau" (Hr Abu Daud dan An-Nasa'i)
Dari Waail bin Hujr, ia berkata: "Aku mengerjakan solat bersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)
5. Rukuk dengan sempurna
a. Meratakan tulang belakang ketika rukuk
Dari Wabishah, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. Apabila rukuk, beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)
b. Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan
Dari Abu Humeid, ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah SAW: "Apabila beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau". (HR Abu Daud)
6.Sujud dengan sempurna
a. Posisi sujud dengan tujuh anggota iaitu dahi (termasuk hidung, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki
Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)
b. Hidung di cecahkan ke tempat sujud
Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)
c. Telapak tangan di ratakan ke lantai dengan membentangkan kedua telapak tanganya, tidak menggenggam jari jemarinya dan tidak pula merenggangkannya.
At tirmidzi berkata: 'Cara seperti inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu" - Kitab Al-Mumti', Nailul Authar dan lain2 (sila rujuk buku Sifatus Solah bil dalil wa ta'lil oleh Syaikh Muhammad bin Salih bin Sulaiman Al-Khazim)
d. Siku dinaikkan
"Baginda mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkan dari rusuknya sampai warna putih kedua ketiak baginda terlihat orang di belakangnya" (HR Bukhari dan Muslim)
e. Kedudukan kaki semasa sujud hendaklah dirapatkan, diteggakkan dan jari jemari di hadap ke arah kiblat
Syaikh Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah, ia berkata: "Ketika aku kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau sewaktu beliau sedang sujud" Kemudian Syaikh Muhammad Bin Utsaimin menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak boleh meraih kedua telapak kaki kecuali bila keduanya dirapatkan." (Al-Mumti')
Di riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,: "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau ke arah kiblat". (HR Bukhari)
7. Duduk antara dua sujud
a. Menegakkan kaki
Dari Abdullah bin Umar, ia berkata: "Termasuk sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari jemarinya ke arah kiblah lalu duduk di atas kaki kiri". (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud dan disahihkan oleh Al-Albaani)
b. Meletakkan kedua tangan di atas paha dan hujung-hujung jari tepat di atas lutut.
Hendaklah ia meletakkan tangannya di atas paha dengan hujung-hujung jari tangan pada lututnya. Atau meletakkan tangan kanan di atas lutut kanannya seta tangan kiri di atas lutut kirinya, seolah-olah menggenggamnya. (Lihat Sisat Solat Nabi. Hlm. 40)
8. Duduk tasyahhud
a. Isyarat tasyahud dengan ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan. Jari telunjuk di naikkan dan dibengkokkan sedikit
"Nabi SAW meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang, tetapi baginda menggenggam semua jari tangan kanannya dengan mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya" (HR Muslim)
Dipetik dari buku Sifat Solat Nabi, http://www.docstoc.com/docs/3856248/Sifat-Solat-(Sembahyang)-Nabi (digalakkan untuk dicetak). Terima kasih kepada Ahmad Humaizi untuk gambar.
82 comments on "Mencontohi solat Rasulullah"
jazakallahukhair..
macam kenal muka2 di gmbor atas..
truskn usaha..
:)
yea :)
rujukan tambahan: Formula Solat Sempurna
mcm pelik jer tangan tu letak kat atas dada..
eish.. dok kg2 mane ade buat mcm nie.. dari kecik sampai besar lani xde diajar mcm tu..
mcm kenal jer mirip ssolat mcm nie
jaga2 kawan...
Bersedekap di mana2 pon boleh... pd pusat, atas pusat, atas dada. cuma dalil yg mengatakan atas dada lebih kuat sedikit.
wahh..cantiknya masjid UTP :D
bukankah sekiranya kita bersujud, tapak kaki kita perlu dijarakkan dan bukannya rapat seperti pictures 6.e???jika sy silap..harap dimaafkan..
Tahniah dngn usaha saudara...
Inilah sebnar2 solat yg mengikuti sunnah Rasul SAW.....
Smoga kita dimasukkn ke dlm golongan org2 yg mngikuti sunnah.....
Wallahua'lam.....
yg biasa sy lihat dan dipraktikan secara adab yg bersandar syara ialah tangan tu bukan letak atas dada..tapi letak atas dari pusat sedikit.. di tengah3.. kita bukan umat yg ditengah3.. tidak lebih2.. tidak kurang3...
psl kaki tu pun sy kurang setuju..rapat sgt.. xpernah di ajar guru2..
pembetulan:
yg biasa sy lihat dan dipraktikan secara adab yg bersandar syara ialah tangan tu bukan letak atas dada..tapi letak atas dari pusat sedikit.. di tengah3.. kita umat yg ditengah3.. tidak lebih2.. tidak kurang3...
psl kaki tu pun sy kurang setuju..rapat sgt.. xpernah di ajar guru2..
http://al-sunnah-bookstore.blogspot.com/2010/03/sifat-solat-nabi-yang-sahih.html >> nie buku bagus. ustaz zamihan..
harap teliti saudara2 sekalian dalam meilih sumber rujukan dlm beragama
Betul kata anonymous di atas, meletakkan tangan atas dada, atas pusat, atau atas perut... semuanya tidak ada masalah.
sy brstuju dgn kta anomymous..
adakah blog ni sumber yg ble d prcyai??
Assalammualaikum,
Alhamdulillah.. rujukan bergambar dan berserta hadis yang shahih amat jelas dan mudah untuk difahami.
sekiranya pembaca inginkan penjelasan lebih lanjut tentang kesempurnaan solat.
saya amat syorkan buku sifat solat nabi tulisan syeikh Al-Albani..tajuk: Sifat Solat Nabi
sekiranya tidak jumpa, rujukan diatas adalah memadai dan sgt tepat dgn Sunnah.
lagi sekali, Alhamdulillah, usaha untuk mendekatkan umat Islam dgn Sunnah ni amt amt baik, semoga diteruskan.. moga moga kita semua dijauhkan dari bidaah dalam agama, terutama dalam solat kita.
kepada yang tidak yakin dgn penjelasan di atas,
usahlah kita debatkan adakah sumber blog ini boleh dipercayai? cukuplah kita meneliti setiap penjelesan disertakan hadis yang shahih.. yang jelas dan tepat.
ingat saudaraku sekalian,
rasullah kata "Solat lah kamu bagaimana kamu lihat aku solat" tidaklah kita berkesempatan untuk melihat rasulullah solat, tapi hadis rasulullah yang shahih inilah panduan kita disertakan pula dgn penjelasan dari ulama as salaf fu soleh yang berpegang dgn dgn hadis yang shahih.
ahady@halimazmin.com
nape x pakai kopiah? tu kan sunnah gak....
harap berbuka/berlapang dada dlm masalah khilaf ni.... jadikan imam2 kita pun sebagai rujukan sebab mereka lebih ahli berbanding dgn kita
Salam.. Bagai mana dgn hukum menggerak2an jari telunjuk semasa tahiyat awal & akhir?
ingat kata Nabi, semua bentuk ibadah hukum asalnya haram melainkan ada dalilnya dari Al-Quran dan Sunnah. tak semestinya kita ikut guru kita dulu. bila dah belajar, tau dalil mana yang lebih kuat, kita gunakan. Wallahu a'lam
abu ilyas sg
salam || a - j . E . E ||,
hukum menggerak2an jari telunjuk semasa tahiyat awal & akhir adalah sunnah yang telah ditinggal.
amalkanlah.. sesungguh siapa yang menghidupkan sunnah, besar ganjaran nya di sisi Allah.
Nabi S.A.W menggerak-gerakkan jari telunjuknya sambil membaca do'a. Beliau bersabda:
"(Gerakan jari telunjuk) lebih keras (dirasakan) syaitan daripada (pukulan) besi"
HR. Ahmad, Bazaar, Abu Ja'far, Bukhtari, dalam Al'Amali, Thabrani dalam Ad-Du'a dan setrusnya.
masyarakat dimalaysia sudah dididik dan ditarbiah dengan mengikut tok guru,betul ke tidak tok guru kita kita xberkesempatan mengkaji latar belakang tok guru...xpenah kita mengkaji sedalam mana ilmu tok guru kita yg terdahulu mengamalkan ajaran islam berpandukan al-quran dan as-sunnah....hadith sahih ke tidak yang diambil sebagai ikutan....xpenah kita mengkaji...sbb tu bila org lain solat lain sikit dari yang kita wat selalu kita dh mula rasa pelik....padahal kalu kita pegi mekah solat seperti inilah yang ramai orang2 arab amalkan sebab mereka lebih dekat dengan Hadith2 sohih yang ditinggalkan oleh nabi dan para2 sahabah...iaitu berpandukan terus kepada Al-Quran dan Hadith tanpa perlu terlalu fanatik kepada imam-imam besar....
Terima kasih kepada yang memberi pandangan dan tolong menjawab persoalan2 ramai. Ya, seperti kata anonymous di atas ni, tidak perlu terlampau bertaqliq buta pada mana2 ulama atau imam. Yang penting, kita laksanakan ibadah supaya lebih bertepatan dengan sunnah. Dan sy berharap tidak perlu dipertikaikan perbezaan yang sedikit, asalkan kita berada dalam kerangka yang betul. Insyaallah...
Kenapa ek ? Ramai sungguh orang menggunakan perkataan "biasa saya lihat" kenapa tidak anda membuka sedikit ruang untuk minda anda semua yg byk melihat dari mengkaji atau bertanya pada alim ulama' ? Malaysia ni mengamalkan mazhab syafie maka apa yg diajarkan mengikut mazhab syafie. tapi jika dilihat sejarah dahulu.. Mazhab Syafie adalah mazhab terakhir(betulkan jika salah) dan tidak belajar direct dgn Rasulullah(tlg betulkn juga).
pandangan.. .. sy tidak senang sgt hal bab2 solat yg bersangkut paut ibadat,aqidah di perbincangan dlm forum siber mcmnie..xelok dan BUKAN ADAB MENUNTUT ILMU pokok pangkal nya. dan CARILAH SUMBER YG DIYAKINI utk membuat rujukan. sedangkan ilmu itu perlu bersanad..berguru.. sy nasihatkan diri sy sndri dan rakan2 lain yg membaca dlm nie adalah baik bertaya pd ustaz2/guru2 yg faqih dlm ilmu nie berbincang secara ilmiah...... inshallah, keyakinan dan keberkatan itu akan dtg dgn keikhlasan hati kita utk mencari kebenaran..
Kepada Anonymous yg memberi link
http://al-sunnah-bookstore.blogspot.com/2010/03/sifat-solat-nabi-yang-sahih.html...
sila anda kenal pasti latar belakang penulis trlebih dahulu...
http://www.islamiq.sg/2010/02/hassan-al-saqqaf.html
Kepada Anonymous yg memberi link
http://al-sunnah-bookstore.blogspot.com/2010/03/sifat-solat-nabi-yang-sahih.html...
sila anda kenal pasti latar belakang penulis trlebih dahulu...
http://www.islamiq.sg/2010/02/hassan-al-saqqaf.html
Dr Mohd Asri juga telah memberi bnyk bukti dr sumber2 yg sohih berkenaan hassan-al-saqqaf...
anda smua blh mmbacanya di http://drmaza.com
Sy mnyarankn saudaraku sekelian mmbuat rujukn di kitab Sifat Solat Nabi tulisan Syeikh Nasyiruddin Al-Albani...Beliau mmberi byk sumber dr hadis yg sohih serta rujukn2 kitab hadis brkenaan.....
Jgnlah bertakliq secara mmbuta tuli tnpa anda sumber2 hadis yg sohih kerana di akhirat kelak kita akn ditanya sumber amalan kita...
Semoga kita dirahmati Allah...
Wallahua'lam...
Terima kasih kepada Jabrullah atas pendedahan tersebut. Mungkin anonymous tu sendiri terlupa meneliti sumber rujukan yang dibuatnya.
Kepada Affeq, sudah menjadi kemestian buat sesiapa yang membaca, menonton atau mendengar apa2 dan di mana2, utk membuat rujukan semula berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Tujuan artikel ini ditulis adalah utk mendekatkan para pembaca kepada pelaksanaan ibadat berdasarkan dalil2 itu sendiri, dan seterusnya membolehkan menilai semula apakah solat mereka menepati sunnah atau tidak. Anda boleh menyemak sumber yg sy beri di atas jika mahu.
Wassalam, nk tye klu perempuan macam mana pula ye, maksud sy masa sujud tu..ibu jari kaki kn terkena atas kain telekung so berlapik la..takpe ker?
salam... juz for inquiry....
cmne pulak dgn mggerak2 kn jari tlunjuk ktika tahyat? adakh itu juga merupakan sunnah nabi MUHD SAW?
syukur..akhirnye sampai jgk hidayah.. cara sempurna untuk menunaikan solat.. terima kasih yea..
terima kasih...last saya belajar solat yang betul masa form 1..dah lama xde orang ingatkan cara solat yang betul...kadang2 kita alpa dengan perkara yang mudah begitu...
Alhamdulillah..usaha yg baik..cubalah mengikut sunnah Rasulullah sebaik mungkin..Yg saya nak komen sikit, sesetengah lelaki payah benar nak terima kenyataan yg menggerak2 kan jari semasa tasyahud itu suatu sunnah, walaupun rujukan hadisnya yg shahih dah dibentangkan..pergilah rujuk..Kalau Bab sunnah poligami tu, cepat jer nak ikut...kalau ikut betul2 takpe jugak..Macam2 ada...ada satu nota di upload fasal bab gerak jari ni, dikomen sangat byk & panjang mengalahkan novel ranjau sepanjang jalan...haiyya...nak ikut, alhamdulillah, tak nak..gi lah duduk diam2, jgnlah dilarang @ dihina, lagi diejek org berbuat demikian...ingatlah mati itu sangat dekat..takut2 nyawa dicabut semasa tengah mengejek sunnah...naudzubillah...Akak nak pesan2 jer...hati2lah sebelum menulis...Fikir2kanlah...
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, ringkas cerita, untuk sahabat-sahabat yang selalu memberi ulasan terhadap blog ini ataupun blog-blog yang seumpama dengannya, ingin saya tegaskan segala ulasan tuan-tuan dan puan-puan yang diberikan harusla merujuk kepada Al-quran Dan Hadith. Serta muafakat jemaah. Janganla kita mengulas atas dasar logik dan pendirian masing-masing, tanyala sesiapa sahaja yang Alim tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan islam. Ini kerana segala ulasan tuan-tuan dan puan-puan mungkin akan menjadi fitnah jika ulasan tuan-tuan ini tidak berfakta. Carila sumber-sumber yang sahih semoga kita dapat menuju kejalan yang benar dan diredhai ALLAH. Pada saya serta sahabat-sahabat lain bersetuju dengan blog ni, dan harap dapat berterusan,sekaligus mempertingkatkan lagi kualiti sesuatu tajuk yang ingin diterbitkan.....sekian assalamualaikum
salam,
saya nk pnerangan tntang cara solat bagi wanita pulak boleh?
Cara solat antara lelaki dan wanita adalah sama. Hal ini berdasarkan keumuman sabda Rasulullah yang memerintahan agar setiap kaum muslim (merangkumi kaum lelaki dan kaum wanita) solat seperti mana baginda mengerjakannya iaitu "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat" (HR Bukhari). Selain itu, dalam sebuah hadis yang berbentuk umum juga, Rasulullah bersabda “Kaum wanita adalah saudara kembar bagi kaum lelaki” (HR Tirmizi).
Adapun hadis2 yg mengatakan perlaksanaan solat antara lelaki dan wanita berbeza adalah dhaif dan tidak boleh dijadikan sandaran hujah.
Berkenaan anonymous yg tanya ibu jari kaki terkena atas kain telekung semasa sujud... bagi saya tidak ada masalah. bukankah kaki termasuk dalam aurat seorang muslimah? Mungkin jika untuk mengetahui penerangan lanjut, saudari boleh rujuk kepada al-fikrah.net.
masjid utp indah,,,
a'ah. mmg sgt cantik =)
kepada saudara yg beri link tadi, bukan tidak mahu berkongsi, tetapi bukan cara yg elok utk menjawab ketidaksetujuan saudara. Jikalau saudara tidak bersetuju dgn cara ini, maka memadailah dgn cara saudara. Saya sendiri tidak mendelete link saudara anonymous yg berkongsi buku sifat solat yg lagi satu. Biarlah para pembaca menilainya sendiri. Selagi kita berada dlm kerangka yg betul, insyallah kita akan berada dlm golongan yg selamat. Cukupkah dgn fitnah2 di blog2 dan forum2 lain, maka kita di sini, lebih baiklah mencari kesatuan antara kita dan seterusnya berusaha menegakkan daulah khilafah kembali. Harap sangat tiada permusuhan antara kita.
salam alaikom
http://www.mashahd.net/view_video.php?viewkey=6f6b2f2a4c16eebfac31
bukankah sunnah sebenar semasa tashahud kita menggerakkan jari telunjuk kita?hadis yg mengatakan Rassullulah S.A.W menggerakkan jari telunjuk telah disahihkan oleh Syeikh Al-Bani...betul kan???
Banyak yang perlu di pelajari lagi, walau pun sudah diamalkan dari kecil tetapi kekadang ada tertib dan adab solat yang kekadang kita terlepas pandang dan tune kita lari sedikit kerana meninggalkan ilmu Fardu Ain selepas sekolah.
ini adalah ringkasan yang baik, untuk semua dan diri sy sendiri. terima kasih kalau boleh tunjukkan cara solat yang betul untuk wanita pula.
Terima kasih
thcoxea: cara solat wanita adalah sama dgn lelaki. "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat" (HR Bukhari). Xde dalil yg menkhususkan cara solat wanita lain dari lelaki.
kepada semua...... kita x perlu trlalu fanatik mmbahaskn masalah khilafiyyah begini.... semua perkataan Ulama kita patut hormati.. kerana mereka mmpunyai hujah mereka sendiri...... jgn kita brpegang kpd satu2 pendapat, shngga kita perlekehkn pndapat2 Ulama yg tidak sefahaman dgn kita........ pada masa sekarang ada golongan yg mencerca Ulama2 muktabar yg dahulu..... diantaranya Imam Ghazali... mereka mndakwa hadis2 yg dketengahkn beliau dlm kitab2 nya adalah doif dn x bleh berpegang dgnnya.... kepada semua Imam Ghazali ini Hujjatul Islam.... menghafaz 300000 hadis bersama sanad... jadi x semoleknya, kita yg baru belajar mengenali Hadis memperlekehkn Ulama......kembali kepada Al Quran, Hadis,Ijmak dan qias Ulama mujtahid.....
Sekitar kitab “ Tanaqudat al Albani wal wadihat “
Kitab ini telah ditulis oleh Tuan Guru kami Sayyidi Hasan Ali al Saqqaf. Telah diterbitkan di Amman, Jordan oleh Dar Imam al Nawawie pada tahun 1997. Tujuan kitab ini ditulis ialah untuk memperjelaskan kontradiksi yang telah dibuat oleh Syeikh al Albani dalam penulisan ilmiahnya.
Kitab ini terdapat dalam 3 jilid. Jilid 1 mempunyai 206 halaman. Terkandung pelbagai hadis yang diperbahaskan. Di antara perkara diperbahaskan dipermulaan kitab ialah perkara yang didhaifkan pada hadis-hadis Bukharie dan hadis-hadis Muslim. Syaikh menaqalkan 8 hadis yang Syeikh albani dhaifkan hadis-hadis Bukharie dan Muslim.
Kemudian Syeikh Hasan al Saqqaf kembali membahaskan pertembungan dimana syeikh albani mensahih hadis dan kemudian menghasankannya di tempat lain. Kemudian diikuti dengan pelbagai kesalahan syeikh Albani antaranya ialah menyalahkan ulamak-ulamak terdahulu, mengtahrif perkataan ulamak, kelemahan beliau dalam bahasa arab dan lain-lain lagi.
Sayyid Hasan juga menjelaskan mengenai kontradiksi Syeikh Albani yang mana beliau mensahihkan hadis dan menghukum hadis tersebut dengan mungkar jiddan di tempat yang lain. Kemudian Sayyid Hasan mendetailkan kontradiksi tersebut dengan lebih jelas apabila beliau mendatangkan 250 hadis di bawah tajuk al Albani rad ala al Albani.
Selepas perbincangan yang panjang dalam membahas kontradiksi, Syeikh Hasan telah mendatangkan contoh kesalahan yang besar yang dilakukan oleh Syeikh al Albani dalam kesenian ilmu hadis, sebanyak 15 hadis.
Sayyid Hasan membentangkan pula hujah yang mana Syeikh Albani telah banyak tersilap dalam ilmu jarah ta’dil. Sayyid Hasan memberi 10 nama perawi yang Syeikh Albani telah tersilap mengenai kedudukan mereka.
Di akhir kitab ini, telah menunjukkan kejelasan tujuan kitab ini di tulis, apabila Sayyid Hasan telah pun memberi nasihatnya secara baik dan tidak kasar kepada Albani. Kemudian Sayyid Hasan telah memberi harapan agar dapat membetulkan segala kontradiksi ,apa yang ditulis Syeikh Albani. Kemudian kitab ini diakhiri dengan penutup.
Daripada pembacaan saya, saya dapati buku ini sarat dengan pembentangan ilmiah yang mudah dan tidak membelitkan. Bahasanya pun baik, tidak kasar. Saya sendiri tidak faham, bagaimana golongan yang membela Syeikh Albani telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik. Mungkin kerana merasai yang Tuan Guru mereka tidak akan salah, maka mereka terlalu beremosi.
Saya sendiri, bila membaca buku –buku mereka yang membela Syeikh Albani , tidaklah beremosi seperti mana mereka membaca buku Sayyid Hasan. Hanya Allah yang tahu di dalam hati dan jiwa masing-masing. Maka, kita semua boleh menilainya sendiri melalui pembacaan kita sendiri.
Kalau pun Sayyid Hasan memang tersalah, tetapi adalah tidak wajar untuk mengguna pakai perkataan yang akan menguris perasaan orang lain. Sayyid Hasan masih dalam lingkungan manusia. Ia mampu melakukan kesilapan. Apabila kita membaca sebuah kitab, demi mencari kesilapan dan bukannya kebenaran, dan tujuan utama untuk kritikan sahaja, nescaya kita tidak akan menemui kebenaran.
http://hasansaqqaf.blogspot.com/2009/10/sekitar-kitab-tanaqudat-al-albani-wal.html
bagus lah panduan solat begini! banyak manfaat pada semua!
seelok nya rukuk dan sujud dipanjangkan. baca tasbih 7@ 15 kali. sekarang ni imam ramai yang solat express. tapi wirid panjang. sebenarnya solat kena panjangkan. yang nabi marah tu bila sahabat baca surah baqoroh, imran, nisa' dalam satu rakaat. ramai yang guna dalil ni nak cepatkan solat.
Salam...Wahai jiwa yang inginkan kebenaran....jangan membelenggu hatimu sesama saudaramu....Jangan kamu makan daging saudaramu.....Jangan biarkan perbezaan membutakan persamaan yang ada.....Hindarkan jurang perbezaan dan tingkakan persefahaman.....Kalau tidak boleh terima elok berlapang dada daripada membiarkan hati dibelenggu perasaan syaitan sehinggakan syaitan mentertawakan mu melihat ilmu mu hanya untuk melonggarkan tali persamaan...ingat biarpun kita berbeza pandangan kita masih menyembah satu tuhan...Kepada saudara moderator bukalah isu atau tajuk yang membawa kesedaran ke arah persamaan bukan ruang untuk ke arah perbezaan...May Allah Bless You....
Salam. Alhamdulillah, moga2 kita sume menjadi hambanya yg sentiasa mengingati-Nya setiap saat. Kita jgn mempersoalkan segala khilaf selagi mana tidak menyentuh soal pokok. Kita juga jgn taksub mazhab. Semuanya relevan mengikut zaman msg2. Tapi bagi saya, Mazhab Imam As- Syafie antara yg paling tertib. Tidak salah kita ikut mana2 satu. Yg plg penting d awal waktu, cukup sifat, ikhlas dr nurani kita. Sprti mana bla ada meeting dgn bos, biasanya kita dtg awal, begitu jgknya bab solat. Moga2 kita saling tegur-menegur antara satu sama lain. Insya allah
Nice article..
Minta izin dikongsi eaa..~
boleh tolong tunjukkan cara2 yang sebaiknya/sebetulnya utk perempuan solat? mostly tunjuk cara lelaki je...
| Myra | Anna | Neza | : Sudah dinyatakan pada komen2 di atas =)
maafkan saya... cuma saya rasa mcm mazhab wahabi saja... betulkan sy jika sy salah..sy pon kurang ilmu..ini sekadar perkongsian~
isbal n g pake jenggot?ga kyk salafus sholih
ni bukan ke wahabi??
wahabi tu apa? xtau lak ade mazhab wahabi... x pernah dgr
Beristighfarlah wahai saudara dan saudariku sekalian.... Cukuplah utk kita mengatakan seseorang itu pendusta berdasarkan kepada apa yg didengar... Jd, kita sbg seorang yg sempurna, perlu mencari dan mengkaji ilmu dgn berdasarkan kepada sumber yg sohih agar kita tidak tergolong di dlm org yg bertaklid dan melakukan bidaah. Jgn cpt menunding kesalahan kpd org lain kerana mungkin org yg kita katakan salah itu adalah lebih baik dari kamu....
assalamualaikum..kalau boleh tolong beri penerangan tentang solat untuk wanita...terima kasih..
assalamualaikum...
saudara, badan sy agak gempal dan sy xmampu nak menegakkan kaki semasa duduk diantara dua sujud. i menyebabkan kaki sy sangat saki dan mungkin terseliuh. sy duduk bersimpuh sbb mmg sy xdapat nak buat seperti yg ditunjukkan. sy tahu cara yg betul adalah sebegitu, tp sy masih tak boleh nak tegakkan kaki saya.
macam mana ye dengan solat saya tu? sy agak risau dalam hal ni.
sy na minta saudara terangkan time tahiyat,,kedudukan jari yg btl mcm mn?
mengikut sunnah nabi dan mazhab imam as-syafie .
wallahu a'alam.
untuk muslimat nak ikut contoh spe...???
cukuplah al-quran dan hadis jadi pegangan, xperlu taklid pada individu2 yg tidak memakai al-quran dan hadis sbg hujah .
Yang penting Ikut Al-Quran dan hadis yang sahih dan amalkan....kalau asyik cakap iti dan ini tapi tak amalkan pun tak guna juga.
Rasulullah tidak ada membezakan cara solat antara lelaki dan perempuan. Bagi yg mempunyai masaalah kaki yg terseliuh buatlah semampu kamu. Ikutlah cara yg di tunjukkan diatas kerana ianya adalah cara yg dicontohi oleh Rasulullah. Bagi individu yg memberi komen dgn memperlekehkan cara yg di tunjukkan diatas maka ingatlah...AMALAM PERTAMA YG DIHISAB DI AKHIRAT KELAK ADALAH SOLAT KAMU.
Sebagaimana sabdanya: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat."
Segala ibadah yg di lakukan tidak ada contoh dari Rasululah maka ianya akan tertolak.
Wallahu'alam.
masjid an-nur utp nie
solat sempurna segala ibadah lain mnjadi sempurna
assalam. nak tnya, bukankah setiap mazhab yang telah disusun mengikut sunnah rasullah ? so, knp masih ada lagi wujud artikel seperti ini yg menyatakan cara solat rasululah? maaf, ana cuma ingin bertanya ...=)
Anonymous 67, untuk menjawab soalan anda ni, anda kena tahu dulu kenapa wujudnya mazhab2? kenapa tidak satu mazhab sahaja?
maaf, ana kurang pengetahuan. so nak penjelasan lbih lanjut. syukran. =)
Anonymous 69
semasa nabi mmbaca kn sesuatu hadith,x sume sahabat ada..
pas nabi wafat,sahabat x jmpe sume tabien n sume tabien x jmpe sume sahabat..
pas sahabat wafat..tabien x jmpe sume tabie tabien n sume tabie tabien x jmpe sume tabien..
jd sume org x dpt sume mklumat dari nabi..kitab hadith juga tiada...jd,ada sebahagian ulamak yg berijtihad dgn sumber yg mereka ada...kerana itu sahaja yg mereka ada,jd mereka berijtihad dgn itu utk mmbantu umat yg bertanya..
berbeza dgn sekarang..kiatb hadith telah terbuku..jd ulamak zaman sekang lebih mudah utk berijtihad atau mngeluar kn hukum...
sy bukan mngata kn ulamak dlu x bgus,tp mereka tdak ada sumber yg ckup...bkn sy mngata kn ulamak skang lebih bgus dari tokoh dahulu,tetapi ulamak skang lebih byk sumber dn lebih sahih sumber nye...
semoga bermnfaat..
Ada juga yg bawak rujukan dari Zamihan ahbash. Ada juga yg pertikaikan kenapa perbuatan dlm solat berbeza dgn yg biasa dibuat. Tak baca hadith tu ke? hadith dah ada. HADITH! faham tak?
Apabila kita nak bersolat mengikut sunnah kita tak boleh katakan setuju atau tak setuju spt merapatkan kaki bila sujud. Ini yg lebih afdal, bila kita buat ikut Rasulullah kita dpt pahala jika tak nak ikut tak apa tapi takde pahala. Solat tak batal. Allah melihat kualiti solat kita dari mula takbir hingga la salam bukan kuantiti semata2.
ini wahabi...senang cerita jgn ikut..
ambil makna zahir hadith sahaja..
Sebelumnya saya telah membaca buku dan mendengar ulama yang sholeh yang ittiba' pada nash-nash hadits yang shahih, tuntunan di atas sudah pas dan sangat memadai, dapat dijadikan pegangan.
Wahai saudaraku sesama muslim, ketahuilah bahwa tuntunan di atas sudah benar sesuai hadits shohih, silahkan cari ilmunya di Alqur'an dan Hadits. Karena belajar Alqur'an dan Hadits wajib (fardu ain) bagi setiap muslim. Jangan taqlid (ikut patuh tanpa didasari ilmu) pada kebiasaan lama yang menyimpang dari tuntunan hadits shohih, Wassalam Hanafi
perkara shalat adalah bagaimana engkau menghadap sebaik-baiknya engkau menghadap kepada Allah. Allah adalah asma (nama) Tuhan jabatan nya, apakah engkau ber-Tuhankan kepada nama? apakah engkau menghadap kepada nama? siapa Allah itu? sudah kenal kah engkau kepada Allah? jgn sampai engkau shalat hanya sebatas kewajiban saja. memahami makna isi yang terkandung dalam shalat itu yang terpenting. bukan hanya bicara adab dalam tatanan tuntunan bagaimana shalat yang benar secara syareat saja. ingat Allah,. apa yang di ingat dengan Allah? huruf nya kah? ciptaan nya kah? mungkinkah kita bisa mengingat sesuatu yang sebelum nya belum pernah kita kenal? mustahil dan tidak mungkin engkau mampu untuk mengingat nya.
astaghfirullah apakah kalian menganggap Al Bani makshum ? bertaubatlah..
bisa bisa nya kalian yg baru belajar memvonis madzhab 4 tidak berpegang pada Qur'an dan hadits ? astaghfirullah
.
kalian bilang imam Syafi'i imam terakhir berarti jarak nya jauh dengan nabi jadi mengira banyak kekeliruan kl mema
ng begitu apalagi Al Bani yg jauuuuuuh banget apakah dia 100 % benaaar astaghfirullah
ada kata kata dishohihkan Al Bani berarti yg ga di shohihkan Al Bani hadits palsu ya allaaah kalian menganggap Al Bani paling benar padahal beliau manusia jauh dari jaman nabi yg masih bisa keliru ..
kami tidak boleh bermadzhab tp kalian taqlid kepada Albami lebih dari kami ke para madzhab..
Terimakasih admin,anda sudah memberikan ilmu dan pelajaran yg lengkap,gambar,hadis shohih,sumber yg kuat itu.orang yg berpegang teguh sma agama nenek moyang itu sdh ad larangannya di dlm alquran.smoga amal ini diterima disisiNya
Silahkan anda belajar dari guru2 mna saja.mau yg udeng udengnya besar atau jenggotnya ngengser ketanah.tpi jgn lupa tanya dasar hukumnya.apakah dri alquran kah?,atau dari hadis kah(klo hadis shohih ambil,klo dhoif jgn)hadis shohih aj kita blm menguasai ngapain ambil hadis yg dhoif
Post a Comment