Friday, October 1, 2010

Menara jam tertinggi di Mekah

Posted by salafus-sholih at 3:38 PM
Setelah beberapa entry sebelum ini agak serius, kali ini saya ingin berkongsi kisah yang saya kira ramai yang sudah tahu iaitu mengenai sebuah menara jam tertinggi di dunia yang baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Menara jam berketinggian 601 m

Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43 × 43 m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram

Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam

Perbandingan ketinggian di antara bangunan-bangunan lain

Sebelum mengakhiri entry ini, marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW berikut. Walaupon hidup lebih 1431 tahun dahulu, baginda telah mengetahui apa yang bakal berlaku hari ini, membuktikan kebenaran Rasul sebagai utusan Allah. Subhanallah...

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

116 comments on "Menara jam tertinggi di Mekah"

JR on October 1, 2010 at 5:04 PM said...

Subhanallah. Dapat announce waktu solat tu yang best. Bi'ah yang baik.. Tapi betullah, ini antara tanda-tanda kiamat..

Anonymous said...

Oh, takut andai berpeluang ke Mekah lagi, bangunan itu terlebih dahulu mencuri tumpuan dan pujian sebelum Kaabah dan Masjidil Haram.
Melihat gambar je sudah ada rasa "wow", tapi... astagfirullah. Itu tanda-tanda kiamat sudah makin hampir.

MomTom on October 1, 2010 at 8:23 PM said...

memang kta x dpt lari drp kiamat. redha je la dgn bangunan ni.

salafus-sholih on October 1, 2010 at 8:40 PM said...

Kerajaan Arab Saudi mempunyai alasan tersendiri utk mendirikan menara jam ini. Kita bersangka baik shj. =)

Ismi Ijmi on October 1, 2010 at 10:58 PM said...

bersangka baik lebih penting,sebab tu tanah mereka. Cuma tentang pengembala domba, ana dapat maklumat dari seorang saudi, pemimpin dan orang2 besar saudi sekarang ialah dari kalangan bangsa Badwi,. Wallahua'lam.

Pengajaran buat kita, tolong jangan buat rumah besar depan masjid kecil.

Anonymous said...

Nampak 'macam' usaha untuk mengalihkan perhatian ahli ibadat di kawasan masjidil haram, tapi saya percaya mereka yang ada di dalam masjid tersebut lebih kusyu' dengan solat/ibadat. Cuma bimbang dengan mereka yang di luar masjid. Allahuaklam.

Anonymous said...

Ana pun rasa kecewa bila sampai di kota makkah baru2 ni...masjidil haram yang merupakan salah satu bangunan yang penting bagi umat islam terselindung oleh bangunan2 yang tinggi...
ayah ana cakap...mase dia pergi dulu...dia dapat lihat masjidil haram dari jarak jauh....sekarang ni kena pergi jarak dalam beberapa ratus meter baru dapat nampak tiang masjid....

ana pun risau lepas ni bila nak cerita tentang makkah...banyak menceritakan tentang bangunan2 yang tinggi dan megah tu termasuk juga barangan yang dijual di shopping complex yang ade kat situ...dan bukannye menceritakan tentang masjidil haram...

Hamba & Khalifah said...

memberi tahu tentang waktu solat adalah bagus. tetapi tidakkah mencukupi dengan laungan azan yg cukup kuat dan berkilometer boleh didengari dan ditambah dengan teknologi yg hebat dimana semua orang mampu mengetahui waktu solat.akan tetapi, kalian semua perlu ingat,"sekiranya kamu sentiasa mengingati ALLAH,maka ALLAH akan bersama kamu. Dan jika ALLAH ada bersama kamu,maka kepada siapakah kamu perlu takut?". jika kita berniat baik untuk melakukan ibadah di Makkah Al-Mukarramah,kita tidak perlu hiraukan pa yg ada di sekeliling Ka'abah.insyaalah. tetapi waspada itu penting kerana syaitan tetap berada di mana-mana,walaupun di masjid. think the positive, but don't forget the negative. Wallahua'lam

Anonymous said...

memang cepat siap menara tinggi ini.. saya baru saja pergi di mekah taun lepas.. saya amat rindu rumah Allah(kaabah).. semoga saya pergi di sini lagi.. Amin...

adeeb on October 3, 2010 at 12:33 AM said...

antara tanda2 kiamat..
manusia berlumba2 mendirikan bangunan pencakar langit..xsangka mekah pon bwat juga.

mcm madinah takda bangunan yg boleh dibina lebih tinggi dari menara masjid..

wallahualam

Anonymous said...

rasa pelik menyelubungi diri bila baca mengenai jam ini(baca dlm blog yg lain) terdetik dihati, adakah pihak freemason dalang disebaliknya. pelik secara tiba2 tanah arab yang tandus dimajukan dalam sekelip mata...wallahulam...

VisiSufi on October 3, 2010 at 1:17 AM said...

Insya Allah jika diizin Allah tak lama lagi bumi Mekah dah tak ketandusan kerana banyak pokok2... Subahanallah... tak terbayang lah macam mana keadaannya nanti nak dibandingkan dengan keadaannya masa saya buat umrah bertahun-tahun dahulu...

Ini juga antara tanda2 kiamat nak dekat..

adli on October 3, 2010 at 2:13 AM said...

sebelah bangunan jam besar tu,ade hotel hilton.

Burungman on October 3, 2010 at 4:29 AM said...

subhanAllah

Anonymous said...

YA ALLAH apa dah jadi dunia sekarang ni?

arcade on October 3, 2010 at 10:01 AM said...

Maha Suci ALLAH!

Anonymous said...

SubhanAllah.... Allahuakhbar!!!

Anonymous said...

Kite hidup di penghujung dunia. Semoga Allah pelihara iman kita...aminnn...

Anonymous said...

Subhanallah....tanda hari kiamat yg jelas dan nyata dari baginda rasulullah,sama-sama kite renungkan dan ingatlah mati..agar mati kite dlm iman...amin~

Anonymous said...

sudahlah...hanya ALLAH dan DIA sajaha yang tahu apa akan terjadi kepada MANUSIA, BUMI ini, dan akan bilanya berlaku QIAMAT itu nanti..TAKBIR, ALLAHU AKBAR~!

Anonymous said...

Celakalah kamu yang mengatakan tanah mekah itu milik saudi...tanah mekah itu milik Rasulullah,milik ahlil baith dan tanah mekah itu akan di rampas oleh imam mahdi keturunan Rasulullah dari Saudi Dajjal!

Anonymous said...

Ya Allah...dunia sdah goyah..

Anonymous said...

tapi dari ciri2 reka bentuk bangunan nie menunjukkan yang ianya telah direka lama dahulu menyerupai senibina firaun

Anonymous said...

antara cara yang paling mudah untuk syaitan menghapuskan kaabah iaitu dgn meruntuhkan banggunan itu....pemimpin sekarang adalah pemimpin yang fasikh..mereka dah bersengkongkol dgn yahudi/kristian freemason....ya allah lindungilah kami ya allah...

Anonymous said...

subhanALLAH....ape la nk jd pd dunia skrg...?? di tnh suci pn dbina bgnn sbg2..mmg bgus utk wak2 solat, tp bla ade yg lbh tnggi dr msjidil haram...ianya jd pelik... nauzubillah... tanah suci 2...

Unknown on October 3, 2010 at 9:06 PM said...

Masya Allah! Tanda kiamat yang nyata...apabila kaum badwi yang tidak berkasut di padang pasir berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit...

Anonymous said...

makin banyak masjid yang indah dan gah dibina tetapi sangat kurang pengunjungnya dan ramai yang tidak makan ini juga sebagai tanda kiamat

Anonymous said...

membina bangunan tinggi ni perkara baik ke tak baik?

Anonymous said...

salah seorang pakar yg terlibat dlm pmbgnn mekah dn masjidil haram ni adlh org dr malaysia. lect senibina lanskap dan perancangan bandar dr uiam, prof Ismawi Zen. dlm lecture yg sy dgr, tujuan kerajaan saudi wat utk mnpg pertmbhn jumlah pelawat di tanah suci. slh satunyer bina hotel yg tingi2 2..

Anonymous said...

baru seorg kenalan yg sering ke makkah utk menunaikan haji dan umrah.. baru2 nih die kata... ramai umat isalam yg tak penuh solat terawikh di mekah tahun ini... kata nya.. ramai nak pergi tgk dan merasa berada di shopping kompleks disana.. masyaallah.... propaganda yahudi berjaya memasuki mekah juga akhirnya....

Anonymous said...

Akan ramai le umat islam ke mekah untuk melancung...

Rosdi on October 4, 2010 at 12:18 AM said...

bukan salah pun membina bangunan tinggi..tak der dalam Al-Quran atau hadis kata berdosa..so tak perlu di persoalkan..dan tentang sabda nabi sekadar menunjukkan tanda-tanda sahaja..Ia akan tetap tiba..so tak perlulah hairan dengan benda mcm ni..banyak lagi tanggung-jawab kita sebagai muslim yang masih tertunggak..penindasan sesama kita dan propaganda zionist n kristian yang perlu kita utamakan.wallahualam

Anonymous said...

hmmmm............

Anonymous said...

Sesungguhnya pemimpin2 dunia Arab sekarang hanyalah boneka pihak kafir penyembah syaitan. Mereka ini hanyalah menuruti apa yg disuruh oleh Dajjal, dijanjikan dengan kemewahan dunia, lupakan kehidupan selepas mati. Jika mereka mengatakan agama mereka Islam, itu hanyalah nama dan keturunan mereka, bukan dari hati nuraninya.

Anonymous said...

salam,
pada aku, jika Rasulullah s.a.w telah bersabda begitu, bermakna perkara itu akan terjadi.

kamuu patut bersyukur kerna menara tersebut mengingatkan kamu bahawa kiamat sudah DEKAT.

Anonymous said...

Salam,
tidak usah terkejut, negara Arab Saudi itu sendiri bangun dengan menjadi tali barut Amerika untuk menjatuhkan pemerintahan khalifah. Hasilnya sekarang sistem monarki ditubuhkan.

Kajian mendapati kawasan Masjidil Haram adalah kawasan yang mempunyai tenaga paling tinggi di dunia kerana menjadi kawasan tumpuan manusia. Maafkan saya, bagi saya mungkin ini hanya satu strategi untuk mengumpul jumlah tenaga yang besar lihat sahaja contonya di Dubai.

Di harap saudara sekalian membuat satu kajian mendalam sendiri ke atas fungsi-fungsi menara seperti ini didirikan. Semua ini berkaitan dengan 'Orgone Energy' yang kita tidak pernah tahu. Ilmu yang disembunyikan.

Anonymous said...

perasan x developer dia sape?ade kene mengena ngan Osama ke?

Anonymous said...

kalau buat masjid tertinggi di dunia pon korang akan ckp apa nk jadi dgn zaman sekarang ni la..ape la..buat bangsal je senang..

Unknown on October 4, 2010 at 12:44 PM said...

Allahuakbar!!!

http://azzariyat.com/blog/2010/03/26/umat-islam-sekarang-jadi-catur-paderi/


http://www.youtube.com/watch?v=diwYMmCcrX8&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=i00FZzmBV60&feature=related

Anonymous said...

xprlu lah kta bergduh dlm hal nie...lbh baek kta meikirkan cmne cra nk mbwa umat islam ke jaln yg bnr brlndskn quran n sunnah...srta fkrkn cmne nk stukan umat islam...bknnye brpecah2 dsbabkan hal yg kecik...dlm hal nie kta dpt thu yg kiamat smkn mnghmpiri...jd bnyk2kanlah amalan n prsiapkanlah dri kta utk mnghdpi di hri prhtungan...kta hrp per yg trjdi nie mmbwa kbaikan...n adlah lbh baek kta brsgka baik drpd kta brsgka brk...tlh termaktub dlm kalamullah yakni alquran: (يا أيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم و لاتجسّسوا ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه واتقوا الله إن الله توّاب الرحيم )sutah al-hujurat:ayat 12:m/s 517...boleh tgk trjmhn ayt nie dalam mna2 terjemahan ayt al-quran tau mna2 tafsir al-quran...barakallahu lakum. wa ghafara lana jami'an...amiin

Anonymous said...

prgi mekah bkn untuk mlncong...

Anonymous said...

Dunia makin kelam kabut!! nauzubillah

Anonymous said...

kata bapak, arwah atuk pernah cakap ..suatu hari nanti pergi haji mcm pergi melancong makan angin.. dulu naik kapal laut berbulan2.. bawak bekal..now tunggu & lihat sajalah

Anonymous said...

biasanya kt mana mana negara pon, satu bangunan yang bersejarah tk boleh ada bangunan yang lebih tinggi daripada dia.... nanti bila orang cakap mekah.. orang tk ingai kaabah, orang ingat menara jam...

satu soalan.. ini gambar betul ke?? atau ilustrasi je??

Anonymous said...

kiamat pasti dtg

Unknown on October 4, 2010 at 6:23 PM said...

demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian..

Anonymous said...

Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.

Bersangka baik sajalah dan berpesan-pesan kepada yang lain untuk sentiasa beribadat kepada Allah swt

Anonymous said...

ya allah..selamatkan lah kami di akhir zaman ini!!amin..

Anonymous said...

terase perasaan gundah gulana memikirkan tujuan bangunan tersebut dibina. atas tujuan aper sebenarnyer... seperti mengalihkan tumpuan dr masjid ke bangunan pencakar langit tersebut..

Anonymous said...

plz thinking positive..

Vendor said...

Tujuan konco2 dajjal ni membina bangunan tinggi adalah untuk mengumpul tenaga negetif. Cuba kita lihat diKLCC, pada mlm merdeka atau hiburan2 yang diakan, akan keluar satu kabus yg menyelubungi diatas bumbung KLCC....
Dan disebalik pembinaan menara tinggi dimasjid dan tujuan pembinaan menara di Arab saudi adalah untuk mengeluarkan tenaga POSITIF untuk melawan tenaga NEGETIF.
Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu.
Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang
dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar
dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajal
si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia
melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak
dari tenaga posifit dan melalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara
inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.

Anonymous said...

tak kira walau macam mana pun perhatian menara, godaan hawa nfsu,atau sgala larangan-NYA. semua bergantung pada diri kita bagaimana mahu elakkan. jadi,rapatkan lah diri kita kpda ALLAH. Allah akan mlindungi kita. jgn la kita meramalkan tanda-tanda kiamat wlpun kita tahu kiamat sudah dekat. kuatkan diri kita,iman kita. Bersangka baik sajalah dan berpesan-pesan kepada yang lain untuk sentiasa beribadat kepada Allah swt . :) Allah yg maha besar. Allah maha mengetahui .

Unknown on October 5, 2010 at 5:27 AM said...

bg saya apa sekalipun yg brlaku didunia ini kita tdk dapat mgawlnye.hanya diri kita sndiri yg dapat kita kawal.tanda2 kiamat sdh ada.ckuplah untuk kita mgaggapnye sbgi satu amaran spya kita terus terusan beribadat kpdNya sblum 'hari'yg mendatang.usahlah dipertikaikan tntg bgunan yg tak brnyawa itu.cukup kita mgaggpnya sbi petanda.yg buruk itu dtg dr kita dan yg baik itu hanyalah dariNya..hanya diri kita sendiri yg akan mnntukan jalan mane yg kta lalui.asasnya adalah mmbuat apa yg disuruhNya dan mninggalkan laranganNya.dgn brpandukan Al-Quran dan sunah INSYAALLAH.. kita tdk akn trsesat.

Unknown on October 5, 2010 at 5:46 AM said...

bg saya ckuplah kta mgaggapnya sbgi satu tanda bhwa'Hari'yang mndatang kian hampir.spttnye kita harus mngambilnya sbgi satu langkah utk kita terus mnerus melakukan ibadah kpdNya.usahlah dipertikaikan tngtg tujuan dsebalik pmbinaan menara tersebut.ssgghnya akal fikiran kita amatkah cetek brbandingNya.dgn hanya brpandukan Al-Quran dan sunnah INSYAALLAH kita tdk akan tersesat dan selamat dunia dan akhirat...amin..

Anonymous said...

sepatutnya ada zon bebas dari sebarang pembinaan di kawasan sekitar masjidil haram. ini kerana jumlah jemaah haji semakin bertambah setiap tahun. apabila masjidil haram tidak dapat menampung jumlah jemaah haji yang semakin ramai zon tersebut boleh digunakan untuk meluaskan lagi kawasan. ia boleh menambah kuota jemaah haji seterusnya memberi keselesaan kepada jemaah haji untuk beribadat. sebarang pembinaan bolehlah dibina di luar zon tersebut secara terancang.

addy on October 5, 2010 at 1:20 PM said...

saya sokong semua pendapat di atas...

Anonymous said...

akan menimbulkan fitnah yg sgt hebat.bersediakah kita?

myrayza on October 5, 2010 at 7:06 PM said...

Semua yang telah disabdakan oleh Nabi SAW pasti akan berlaku. Kalau tidak berlaku, pasti orang kafir akan mentertawakan kita umat Islam.

fathuze on October 5, 2010 at 7:33 PM said...

aku pun hairan le kenapa pemimpin2 kerajaan negara Islam yang Islam duk biarkan aje raja wahabi saudi buat mcm2 menda kat kota madinah n mekah ni.. abih smua kesan2 peninggalan sejarah Islam diorg pi robohkan..

aku amik contoh masjid kucing diorg nak robohkan utk wat hotel, parit perang khandak di madinah diorg pi kambus wat jalan, sebahagian masjid2 tujuh yg kat area parit tu diorg pi rombak wat tpt parking bus.. ni aku dgr2 plak tempat rumah kelahiran Baginda Rasullah s.a.w dan tempat tinggal baginda dgn Saidatina Khadijah r.h maybe akan kena roboh jgk utk memberi laluan pembinaan di Kota Mekah.. cuba bayangkan even ada cubaan untuk pindahkan makam Ibrahim daripada ruangan tawaf.. namun dengan kuasa ALLAH, even dengan berpuluh2 jentolak pun tak mampu nak pindahkan makam Ibrahim tu.. aku mmg betul2 sedih and frust masa aku 1st time pi umrah sblm ramadhan baru ni bila tengok semua mende ni.. moga2 sesiapa yag ada rezeki pegi mekah n madinah slps ni, mintak tolongle doa semoga pemerintahn kerajaan Badwi ni ditamatkan utk mengelakkan drpd berlaku lebih bnyk kerosakan di 2 kota suci ini.. amin..

cuba bayangkan umat agama lain (buddha, hindu, kristian, yahudi, etc) kalau bab sejarah yg melibatkan agama mereka ni, selagi termampu kuderat diorg, selagi itu lah diorg akan pelihara or preserve walaupun tpt sejarah tu bukan dlm kawasan diorg.. ini kerajaan saudi wahabi mengaku Islam ni dahle jd tuan punyer n penjaga, tapi duk musnahkan sejarah Islam ikut suka diorg jer.. yg negara Islam lain pun Buta n Tuli jer semua tu..

kalau nak tgk kesombongan pemimpin kerajaan Saudi wahabi ni x yah le fokus kat Menara Jam Mekah ni.. apsal tak fokus kat Istana Raja Saudi yg duk tinggi sbelah dgn Masjidil Haram tu?? apsal tak fokus atas gelaran 'KING' or 'RAJA' yg diorg pakai tu.. instead gelaran 'Sultan' diorg amik gelaran 'KING' n 'Raja'.. diorg ni x sedar diri siapa KING or RAJA yg sebenarnya..

Anonymous said...

syukran jazilan atas perkongsian.. sy stuju.. mekah mmg pusat bumi... n bnyk kajian da buktikan meccah is the centre of the earth...subhannallah.. memang tiada keraguan lagi dalam agama islam.. 'sungguh aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain dari Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhnya'

Anonymous said...

Subhanallah,, sekarang ana masih remaja.. masih sempatkah ana untuk sampai ke mekah menunaikan haji yang ikhlas atau untuk sekadar melancong??? Subhanallah.. Allahuakbar!!

Anonymous said...

Kalau di eropah orang kristian akan cuba meninggikan gereja dari bangunan lain, kerajaan badwi yang kaya dengan harta benda cuma mampu meninggikan jam dengan hotel yang melindungi Kaabah??

Anonymous said...

Usah kalut, sememangnya kita sudah berada diakhir zaman, tingginya bangunan disebabkan oleh tingginya ilmu teknologi manusia..ukuran teknologi tinggi bermaksud..pencapaian manusia sudah berada dikemuncaknya..pujian kepada kerajaan arab saudi yang bertungkus lumus menyediakan tempat terbaik untuk para2 umat Islam seluruh dunia menunaikan Haji.. Jika tak dibinakan perasana yang terbaik.. anda sekalian pun susah nak kesana sebab demand untuk kesana semakin tinggi..usaha dari Kerajaan Saudi akan dapat menambahkan lagi bilangan rakyat Malaysia menunaikan haji..
Akhir Zaman tetap akhir zaman..yang bersediakah anda, sudahkah anda perkemaskan iman anda?

Anonymous said...

Di puncak menara jam tu bulan sabit ke apa?
Saya tengok macam tanduk je....ade makne ke?

Anonymous said...

sahabat sekalian,,teguhkan akidah anda semua..
fahami akidah dengan lebih mendalam..
insyaallah..segala muslihat musuh akn kita 'kenal' dengan sebenar2 kenal...

Anonymous said...

hurmm..
umrah & ziarah.
nak ziarah apa lg kalau segala peninggalan sejarah dihapuskan satu persatu atas nama pembangunan.. xkkan kt mekah sndiri pn nak tgok model/replika je. tlong jgn hilangkan benda ni. rosak islam.
biar2 lah kota lain sibuk duk kejar buat mall& hotel tinggi2. bukan itu mtlamat makkah. makkah kota ibadat. ibadat itu yg perlu dihighlightkan. kalo setakat nak tiru n nk kejar jd hyper city mcm kota2 lain di dunia trnyata itu sudah sesat.

xleh bayang mcmana la nak berak/buang air kt dalam bilik hotel aras 50 hotel trsbt.
sedang Kaabah berada sgt hampir dibawah. ini seolah satu penghinaan. boleh bayang x?

semoga mendapat haji mabrur.

Anonymous said...

sekiranya kita di zaman ini, apa patut kita buat...cepat cari ilmu..apa perintah ALLAH pd waktu sekarang ni..

Anonymous said...

Masya Allah. Kenapa ini tak dihalang oleh ulama2 Salafi di Saudi?

Menyediakan prasarana yang baik adalah dipuji, tetapi dengan mendirikan satu binaan yg tersergam seperti ini, yang boleh menduga orang yang lemah imannya patut dipersoalkan, apatah lagi dekat dengan Baitul Haram.

Roboh rumah Nabi s.a.w dgn Siti Khadijah tapi bole bina bangunan yang macam ini. Macam ada agenda yang tersembunyi

Anonymous said...

mohon share post ini. syukran

Anonymous said...

SUBHANALLAH...peringakatan pada saya dan kita semua utk mempersiapkan diri menghadapi hari kiamat..semua perkara pelik akan terjadi...

Anonymous said...

haji dan umrah itu ditunaikan kerana Allah...
kalau niat betul n ikhlas, biar istana emas atau intan terbina berdekatan baitullahilharam pasti hati tak goyah malah iman bertambah...

tanamkan dalam hati bahwa kita kesana bukan melancong dan melihat2 tempat bersejarah tetapi beribadat kerana ALLAH...

Skype Crew on October 7, 2010 at 9:42 AM said...

Skype xstuju langsung dgn pembinaan menara tersebut.

Anonymous said...

jdi tkut tgok menara nie d buat b'hampirn mekah...subhanAllah..
mohon share artikel ni....syukran...

kamilhasan on October 7, 2010 at 12:34 PM said...

sesungguhnya aku semakin takut dgn ape yg terjadi dalam alam ini n diri aku sendiri.diharap ramai sudi bimbing aku ke jalan yg benar..mohon doa dari kalian yg membaca komen ini agar mendoakan aku menjadi anak yang soleh dan sentiasa takut akan allah..terima kasih kalian.

Izza JB said...

Ape yg saya fhm, utk menampung jemaah haji yg semakin bertmbah dan trlalu ramai, maka kerajaan arab mengambil inisiatif utk mndirikn hotel brhmpiran dgn msjidil haram memandgkn kabnykkn jemaah agk berumur dan kurg brupaya..dsbbkn hotel dibina agk byk dan tinggi,maka bgnn disebalik hotel2 trsebut ditenggelami dr pndgn masjidil haram. Ditakuti jemaah sesat, maka menara jam dibina sbg panduan jemaah utk ke msjidil haram. Mmg bgnn pncakar langit ni ant tanda2 hari kiamat tetapi jelas mnnjukkn yg kte xbole lari dr hari trsebut. Betulla kta saudara di atas..bersangka baik adlh yg trbaik..moga satu hari nnti aku brpeluang mnjejaki tanah suci mekah..amin..

Anonymous said...

jangan ada yang nangis tgk menara tu daripada tgk ka'bah...

Anonymous said...

bukan kah ade teori yang mengatakan sesetengah pihak sengaja mempercepatkan proses ke arah kiamat itulah sebabnya mereka sengaja berlumba2 membina bangunan pencakar langit?

Anonymous said...

innamal a'malu binniat....hehehe
Bila kita ke Makkah, ia adalah jemputan istimewa dari-Nya. Niatlah yang menjadikan kita siapa di sana. Kalau semata-mata2 ibadat, Alhamdulillah.lain dari tu, Astagfirullah...Hakikat melihat bangunan dibina oleh manusia, sebenarnya Allah jua penentunya.Terima hakikat dan bertawakallah, Dia lebih mengetahui dari segalanya.

Anonymous said...

FIKIR POSITIF...

Perancangan baik manusia adalah ilham dari Allah. Manusia diberi akal.

SYUKUR kepada Allah.
Bukan bangunan tinggi tu menjadi fokus topik perbincangan tapi IMAN dan TAQWA kepada Allah yang harus dijiwai, dibajai dan disuburkan.

Anonymous said...

btol ke penubuhan menara jam 2 untuk mengalihkan tumpuan untuk beribadah?subhanallah....hmm

Aryna on October 9, 2010 at 4:53 PM said...

tatkala takut melihat perubahan2 yang semakinnn dilakukan. wallahuallam. yang penting niat.

Anonymous said...

Salam.

boleh tak tolong besarkan dan jgn mewarnakan hadis tu dgn warna merah. bukannya nak merungut tp sy sakit mata bila baca tulisan kecik dgn warna merah. perkara ni boleh membuat org tak nak baca hadis2 yg sgt bermanfaat tu.

salafus-sholih on October 10, 2010 at 3:38 AM said...

Salam, memang hendak dihitamkan tulisan tersebut, namun entah mengapa apa2 perkataan yang di'quote'kan pasti berwarna merah juga. Mungkin ia terpaksa mengikut tema template blog ini.

Anonymous said...

Salam,
Saya bersetuju dgn apa yang dibincangkan, kita kena kaji dari segala sudut samada positif dan negatif tapi jadikanlah al-quran dan sunnah sebagai pegangan dan pedoman terutama apabila timbul kemusykillan.

Wallahualam

Ikhwan said...

Salam
Benar..sesungguhnya Al-Quran dan Sunnah sbgai pegangan dn pedoman kita apabila timbul segala kemusykillan....

Anonymous said...

pandangan saya yag kerdil ni, mungkin itu juga merupakan dugaan Allah kpd hamba2NYA yang ingin menunaikan Haji/umrah. Pada saya apa pun yg ada disekeliling masjidil haram, jika kita benar2 ingin menunaikan satu drp rukun Islam... kita lah yg menentukannya (niat dan segala ibadatnya) hanya untuk NYA....

Anonymous said...

Salam..
Saya rasa, tujuan Menara Jam ini dibina kerana ianya akan tunjuk kepada jutaan jemaah di Mekah bahawa masa itu amat singkat dan sementara kita masih ada waktu, berimanlah kepada Allah S.W.T.

Setuju?

Anonymous said...

salam....
subhanallah pabila saya melihat gmbr ini....
namun...
apa yang boleh sye kata kn...
kte sebgi umt islam perlulah sentiasa berfikiran positif tntg kejadian atau ketentuannya...
sentiase bersedia tntg kemungkinn yang akn mendtg...
sentiase merujuk semula al-quran n hadith sekiranya berlaku kekusutan tntg sesuatu itu..
dan paling penting...
sentiasa berdoa agar kte ditetapkn iman kte...
amin.....

Anonymous said...

fikir positif la... yang penting nawaitu kita...

Anonymous said...

subhanallah ..

Anonymous said...

Allahhuakbar, kiamat itu pasti kerena Allah telah menentukannya, dan manusia pulak adalah penyebab datang nya kiamat, semua yang tertera di atas adalah tanda2 kiamat dan pelakunya adalah manusia, selamtka diri kita dengan mengerjakan sunnah2 Rasul "Insya Allah"

zahmaz on October 20, 2010 at 12:09 PM said...

Kalau mereka yg pergi benar-benar mengerjakan rukun islam kelima ini insaallah moga-moga diberi kalapaangan.
Sekarang ini bila pergi je ke mekah ada je sedara2 yg pesan itu pesan ini, akibatnya niat hanya tinggal niat. Tumpuan dah jadi lain
Apa tidaknya asik teringatkan pesanan sedara itu dan ini. wallahualam

Anonymous said...

YaAllah selamatkan kami dari daiyah dajjal yang di bawa oleh tentera syaitan yang cuba memesong akidah umat islam. Kota Mekah mungkin dirancang oleh mereka dijadikan tempat perlancongan dan disusuli dengan tempat maksiat. Tetapi Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa yang akan melahirkan Imam Mahdi untuk menyelamatkan bumi Mekah (bumi para anbia) yang suci tempat umat islam beribadat sehingga hari kiamat

Anonymous said...

sesungguhnya Allah tetap akan memelihara haramaini (2 tanah haram) dari dicerobohi oleh anasir jahat.... jng kita bimbang ttg itu... kalau kita ke Mekah maka hendaklah kita betulkan niat kita.... jng jadikan kemewahan pemimpin saudi sebagai kebanggan kita... ibadah yg paling utama...
semoga Allah memelihara kita dari fitnah Dajjal dan musuh2 Islam pada akhir zaman...

Wayfarer on October 25, 2010 at 7:36 AM said...

Saya dah ikuti perkembangan projek ni utk bbrp ketika (lihat link nama saya, komen saya no. 3 dkt ms tu). Tak taula sapa yg mampu duduk dkt hotel2 tu. Baik atau tak bergantung kpd keperluannya. Dulu saya pergi 'umrah pintu masuk hotel (lbh kpd flat, masih ada aircond) dkt celah2 kedai pasar antara bukit Marwah & masjid kucing. Setiap hari ust. yg bawa kami akan beli makanan dkt pasar & masak (ada antara ahli jemaah selalu beli makanan dkt kedai tp saya sbg pelajar ketika tu x ada duit, pegi kedai pun beli buah tgn sikit2). Ntahlah pengalaman haji nanti mcm mana. Wallahua'lam Wsslm

Anonymous said...

Subhanallah. Semoga ianya diredhai dan di berkati Allah SWT. Kepada yg lain xusah lar bercelaru dan melatah. kiamat pasti tiba, bfikiran positif sahaja anggap ia sebagai kemudahan untuk kte beribadat di sana memandangkn semakin ramai umat islam di Tanah Suci. Jangan lepaskn tenaga Negatif (prasangka buruk) dajal laknatullah pasti suka.

Anonymous said...

Teringat satu kisah Nabi pada satu ketika Rasulullah s.a.w. junjungan kita sangat bersedih apabila dihalau dan dibaling batu di Thaif, lalu baginda berdoa kepada Allah, 'Ya Allah, engkau tunjukkanlah tempat yang paling engkau sukai.' Lalu Rasulullah ditunjukkan Madinah.. Jelas sekali Madinah adalah tempat yang paling disukai Allah. Dan Negara Islam pertama akhirnya muncul di Madinah.. Sebab tu kalo sekarang sape2 yg pernah ke Mekah dan Madinah (saya ke sana menunaikan umrah dulu pd tahun 2000) pasti bersetuju yang Madinah lebih tenang berbanding kota mekah.
Tapi Allah dah berjanji bhw, tidak ada satu daerah pun yang akan terlepas dari fitnah dajjal melainkan makkah dan madinah. so, mungkin ini salah satu petanda kiamat n yg lain2 kite sangke baik je la..x mungkin fitnah dajjal dah ke makkah berdasarkan janji Allah cuma mungkin hidayahnya ialah menyedarkan kita akan kiamat yg semakin hampir.. Wallahu'alam..

dira said...

assalamualaikum.
sy msih lg remaja belasan umur dn sgt bmint dgn isu2 spt ini. stlh membca kesemua komen di atas, sy msih ragu2 utk mmbuat kesimpuln. sy sgt sgt menghrpkn saudara salafus sholih dpt merumuskan semuanya dgn ringkas. tq :)

Anonymous said...

PERANCANGAN YANG HALUS PIHAK WAHABI UTK MEMISAHKAN UMAT DENGAN NABINYA. DI MENARA INI HANYA TERTULIS ALLAH, TAPI DIMANA MUHAMMAD YANG DIDALAM SYAHADAH ALLAH KEPILKAN SELAKI. FIKIRKAN

Anonymous said...

Ya Allah selamatkan orang2 mukmin..dan tunjukanlah jalan yang lurus pada hamba2 mu yang masih belum mengerti tentang kehidupan..sensungguhnya engkaulah Tuhan Maha Pengampun terhadap hamba-hambamu..Ya Allah.

Zuhail on December 2, 2010 at 2:05 AM said...

tapi dalam pengetahuan aku...keturunan arab saudi mmg dah corrupt......sejak dari kejatuhan zaman pemerintahan khalifah..........baru2 nih plak suh amerika serang iran....ada ke patut suruh serang negara islam.....

tgk balik mcm para pengkaji dalam dokumentary the arrival....
reka bentuk banggunan ini mmg banyak kesamaan dengan dengan semua banggunan2 pencakar langit yg lain kat negara2 yg lain...yaitu satu menara paling tinggi,2 pillar dan satu pintu gerbang(dlm gambar nih saya masih x nampak bentuk banggunan mirip pintu gerbang).contoh mcm kat kl ...menara klcc dan menara berkembar dan satu pintu gerbang....
adakah ini satu kebetulan ?fikir-fikirkan lah

Zuhail on December 2, 2010 at 2:18 AM said...

lebih baik kita kaji balik elok2...lagi satu ade saya dengar pengkaji hadis meramalkan dalam masa 2 tahun dari skrang akan berlaku satu gema yg menyebabkan 3/4 populasi manusia mati...Ini saya dengarlah dari orang yg baik2 dan selalu hadiri majlis ilmu..

saya tgk plak dari sudut kajian saintis luar negara...

saintis tu cakap ade satu planet atau bintang yg mempunyai tarikan graviti yg kuat .pada waktu tu akan berlaku gerhana matahari atau bulan pada waktu yg sama .ble planet tu dalam keadaan sejajar.dari hal ini akan menyebabkan satu gema atau menghasilkan satu gelombang yg kuat yg boleh menyebabkan semua teknologi manusia tidak boleh digunakan.maksudnya kita akan berbalik hidup mcm zaman dlu.no more computer n other technology.


kalau ada salah sila betulkan.....

Anonymous said...

Hakikatnya manusia dah semakin ramai dan kawasan perumahan semakin kurang.
Manusia akan membina bangunan yang tinggi2 untuk menjimatkan ruang tanah.

Mungkin kiamat berlaku bila manusia sudah menjadi sangat ramai.

Lagipun bangunan2 tinggi bukan perkara baru.
Kiamat memang semakin hampir, menara jam ni bukanlah sangat signifikan jika dibandingkan dengan bangunan2 lain seangkatan dengannya utk mengaitkan dengan kiamat.

Anonymous said...

Wahai hamba2 Allah s.w.t dan Pengikut Rasulullah s.a.w.. Jangan kamu semua gunakan ruang minda mu untuk membuang masa kepada sesuatu kejadian yang terjadi diakibatkan manusia dan dizahirkan allah taala itu.. kerana syaitan dan nafsu yang ada diruang jiwa kita akan bersatu dan meluputkan iman dan taqwa dalam diri kita semua. menjadikan kita:
1.bertengkaran sesama sendiri
2.mengadu domba
3.membuang masa dgn tak sepatutnya
4.membincangkan sesuatu perkara yang telah Allah dan Muhammad saw perkatakan.Hari ini setiap yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis telah DIZAHIRKAN dalam umur dunia dipengakhirannya.
5.menyalahi antara satu sama lain. sesungguhnya islam itu bersaudara.
6.suka menyalahi org lain.
"SEPATUTNYA KITA HANYA PERLU BERISTIFAR SUPAYA KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DIMURKAI ALLAH S.W.T"
"WALLAHUA'LAM'

Anonymous said...

assalamualaikum,
sekadar nk kongsi....dulu ustaz saya pernah ckp...
dtgnya dajjal menyesatkan manusia bukanlah salah dia, yakjuj&makjuj membuat kerosakan bukanlah salah dia, manusia berlumba2 membina bangunan pencakar langit bukan lah salah mereka, hujainya bumi arafah bukanlah salah pemaju...tapi semuanya itu adalah ketentuan dari Allah....rasanya tak perlulah kita insan yang hina ini melaknat kaum2 kafir dan musyrik kerana Allah lah yg paling berhak dan Dia Maha Melaknat sesuatu...sebaiknya kita perbanyakkanlah amalan semoga tidak tergolong dalam kaum yg di laknat...
yg baik dtg dari Allah..yg buruk dtg dari saya...

Anonymous said...

saya risau jika orang yang melakukan tawaf, tidak khusyuk dan seronok melihat kaabah, tetapi lebih terpegun dan tertarik untuk melihat jam tersebut...

Anonymous said...

nak beramal ke nak tengok jam

Anonymous said...

jika tunai Haji atau Umrah katalah sungguh besar rumah Allah (Masjidil Haram)jangan pandang menara jam itu akan tersergam tingginya, namun pandanglah dengan hati di rumah Allah

SHAH said...

salam semua..,telah diketahui semua.,melalui lidah Rasullulah s,a,w sendiri,bahwa mekah dan madinah adalah tanah yg dilindungi oleh ALLAH s,w,t daripada segala fitnah2 didunia termasuk fitnah dajjal laknatullah..,dan anda tidak berhak mempersoalkan apa yg berlaku disana kerana ia seperti mempersoalkan kebenaran Rasullulah s,a,w...,
setiap apa yg berlaku ada hikmahnya,dan ia mungkin satu peringatan untuk kita..,
adakah benar anda beriman pada qada' dan qadar ALLAH s,a,w?..,dan jika benar,marilah kita bersama2 dan terus berdakwah,memperbaiki iman dan amal kita supaya apabila Imam Mahdi muncul nanti kita telahpun bersedia untuk bersama2 berjuang dengannya didalam menghapuskan musuh2 ALLAH s,a,w...., insyaALLAH...,

jasa ekspedisi on May 31, 2011 at 11:26 AM said...

mampir nich dari JAKSEL

Anonymous said...

Shah, di dalam hadis tidak disebut terlindung dari segala fitnah dunia jangan berdusta atas nama rasulullah walaupun niat kamu baik kami faham. Madinah itu sendiri pernah berlaku fitnah yg amat dahsyat dalam sejarah Islam tidak lama selepas kewafatan rasulullah sndiri di mana abdullah b. zubair dibunuh, Madinah dibedil oleh UMAT ISLAM sendiri. Maksiat itu norma di mana jua tanpa mengira tempat, syirik hukumnya mempercayai Makkah & Madinah bebas fitnah maka penduduknya dianggap maksum? tiada bezanya anda dan syiah kalau begitu.

Anonymous said...

Raja Saudi yang berfahaman wahabi kuasai negara lalu terjadilah apa yang kita tak inginkan.Tak heran lah Rasulallah menyatakan tugas pertama Imam Mahdi nanti ialah memenggal semua kepala pembesar wahabi.

Anonymous said...

semoga apa yg berlaku akan menebal keimanan kita jadilah apa yg kita lihat sebagai iktizan kearah keredaan allah yg hakikidan beroleh rahmat dan syafaatnya amin.................

Anonymous said...

Al quran n hadis adlh pnduan hidup kt sbg org islam..hanya Allah maha mgtahui sglanya...

sporttoto4d@gmail.com on September 12, 2015 at 7:36 PM said...





PAK Ibrahing DI MALAYSIA-SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
ANGKA NAIK YAITU,DI.169169
SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,2-09-2015
….
SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
angka ritual gaib kuda lari
TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>

IBU TUTI TKI SINGAPUR on May 27, 2016 at 9:38 PM said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
















saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
















Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates