-------------------------------------------------
Taksub dengan pandangan sendiri
Di kalangan mereka yang asyik mengkritik, wujud sifat ketaksuban yang melampau terhadap pandangan sendiri. Mereka ini akan mengkritik pihak yang tidak sepandangan dengan mereka, yakni kelompok yang berlawanan. Mereka akan menentang segala pandangan baru yang bertentangan dengan mereka kerana merasakan pandangan sendiri lebih benar. Mereka tahu, sekiranya maklumat itu diterima, mereka terpaksa mengubah gaya hidup mereka kini yang agak selesa.
Apabila mereka tidak mampu menerima pandangan baru yang lebih benar, maka untuk melindungi maruah, mereka akan menolak segala pandangan baru. Tidak hairanlah mereka mengeluarkan perkataan “bodoh”, “bangang”, “bahlul” dan sebagainya kepada segala mereka yang membawa pandangan yang bertentangan dengan mereka.
Cepat buat penilaian
Antara sikap yang menjengkelkan di kalangan mereka adalah terlalu cepat membuat penilaian. Baru sahaja mendengar khabar entah dari mana, terus mereka membuat kesimpulan konkrit. Bermacam-macam kata-kata menyakitkan dilontar mereka, tetapi apabila ditanya, "apakah mereka sudah menonton video tersebut?" Tergagap-gagap mereka menjawabnya. Ditanya lagi, "mengenai apakah siri The Arrivals ni?" Mereka menjawab “Meramal masa depan!” Sah, mereka memang tak tengok langsung.
Kadang-kadang agak kelakar apabila melihat cara mereka membuat penilaian. Apabila mereka berjumpa seseorang yang dilihat terlampau obses dengan teori konspirasi, yang hanya duduk menunggu ketibaan dajal semata-mata, maka mereka terus mengisytiharkan teori konspirasi sebagai mengarut. Kaedah mereka pakai ini tak ubah seperti pendokong George W. Bush yang mengisytihar Islam sebagai agama pejuang terrorist hanya disebabkan segelintir kecil muslim melibatkan diri dalam jenayah.
Sebab berlakunya perkara sedemikian ini adalah berpunca dari sikap kemalasan mereka; malas membaca, malas mendengar, malas menelaah, malas mengkaji dan lain-lain malas lagi. Dan akibat kemalasan tersebut, mereka membuat keputusan berdasarkan pengetahuan semasa yang ketinggalan itu. Maka apabila terdapat pihak yang berusaha membuat video dengan harapan mereka yang pemalas ini mendapat manfaat, mereka meneruskan keegoaan mereka memperlekehkan usaha tersebut.
Menyempitkan pemikiran
Mereka yang asyik mengkritik ini, sering berkata lebih baik menumpukan perhatian pada ibadat semata-mata. Mereka beranggapan menuntut ilmu hanyalah terhad kepada pengkhususan agama yang hanya boleh didengar melalui penyampaian ustaz-ustaz yang berada di masjid atau surau.
“Baik baca tafsir Quran daripada tengok video tu”
“Sape suruh belajar agama guna internet? Lebih baik pergi masjid dengar kuliah agama!”
Pemikiran sebegini amat menghairankan, seolah-olah menafikan tuntutan ilmu-ilmu yang lain. Pandangan mereka ini seolah-olah ingin berkata kepada profesion-profesion lain seperti doktor, jurutera dan lain-lain supaya meninggalkan kerjaya mereka dan hanya menumpukan perhatian pada ibadat semata-mata.
Adakah mereka tidak mengetahui, dengan zaman moden sebegini, teknologi dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan dakwah secara lebih terbuka dan tidak terhad di masjid semata-mata? Youtube dapat dimanfaatkan untuk disebarkan segala video-video yang dirakam semasa kuliah di masjid atau dikupas melalui dokumentari secara lebih mudah difahami orang awam. Barangkali mereka yang mengkritik ini, terasa kejutan budaya? Apakah mereka menafikan kreativiti metod pendakwah-pendakwah lain? Atau hanya ingin mengehadkan urusan dakwah kepada di masjid semata-mata? Sudah tiba masanya mereka membuka minda…
Menghukum lebih daripada beri penyelesaian
Apabila asyik mengkritik, mereka lupa memberi penyelesaian. Bagaimana terlupa sekiranya kritikan mereka pun penuh dengan kecelaruan. Apabila mereka menjumpai sedikit kesilapan, mereka terus menghukum sekeras-kerasnya! Mereka seharusnya sedar setiap apa-apa persembahan dakwah, pasti ada cacat celanya. Hatta, tazkirah-tazkirah yang dilakukan ustaz-ustaz di surau dan masjid pasti ada kesilapan. Tetapi adakah kita ingin mengambil tindakan memulaukan ustaz tersebut? Tentunya tidak. Maka tindakan yang sewajarnya adalah menegur secara berhikmah. Cadangkanlah langkah-langkah mengatasi kecacatan yang ada itu. Tegurlah mereka yang terlampau taksub dengan video-video seumpama ini supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Tetapi apa yang dilakukan mereka hanya menilai mereka yang taksub itu dan menjustifikasi mereka yang lain sekali seperti itu juga. Adakah mereka tak pernah mendengar peribahasa “kerana nila setitik rosak sebelanga”? Anda fikirkanlah...
Pesanan buat mereka yang asyik mengkritik ini, anda mungkin cukup hebat, sentiasa beribadat tidak kira siang dan malam. Tetapi sentiasa ingatlah, tidak semua orang hebat seperti anda dan tidak semua orang dapat berfikir seperti anda. Maka tidak perlulah kondem sesiapa dan janganlah menafikan hak mereka untuk berterusan mencari-cari hidayah milik Allah. Kita bimbang jika budaya mengkritik membabi buta ini berlaku secara berterusan akan menyebabkan orang awam akan berasa takut untuk mendekatkan diri dengan dakwah, ini sekaligus membantutkan perkembangan usaha dakwah itu sendiri. Akhir kata, ambillah jalan pertengahan (wasatiyyah), tidak perlulah terlampau menolak dan terlampau obses. Sekian…
57 comments on "Kritik, kritik dan kritik"
subhanallah.. sgt bersetuju dgn pandangan penulis.. mungkin mmg tak terlihat atau tak mahu melihat bhw sikap pemberi komen sebenarnya lebih membimbangkan.. ada yg rasional memberi pandangan, tp sebilangan besar gagal memanfaatkan situasi utk menyeru manusia ke jalan yg lebih sejahtera.. kerap kalah pd emosi.. sangat membimbangkn.. dan mengecewakan..
betull..sy lah salah sorg yg takot nk dkat ngn golongn dakwah sbb mcm masalah n difference ideas between org2 alim berlaku,dlm internet ade,dlm real world mcm in politics la n mcm2 la..huhu..hopefully Allah will guide me to the right path..n i'll try my best
let them be like donkeys.. be warned but still won't listen..
allah knows best ..
assalamu'alaikum...
ana minta izin untuk dikongsikan...
terbaik dari penulis...saya selalu tgk video the arrivals....sebagai peringatan kepada saya dn family saya
tebaik! ana sgt bersetuju dgn apa yg d sampaikn..org yg senyap itu bukanlah org yg kalah dlm pendebatan..Rasulullah juga kita berdebat tanpa ilmu..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya:
“Sesungguhnya Allah meridhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga perkara pula.
Allah meridhai kalian bila kalian:
(1) Hanya beribadah kepada Allah semata, (2) Dan tidak mempersekutukan-Nya, (3) Serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya, dan janganlah kalian berpecah belah
Dan Allah membenci kalian bila kalian:
(1) Suka qiila wa qaala (berkata tanpa dasar), (2) Banyak bertanya (yang tidak berfaedah), (3) Menyia-nyiakan harta”
(HR. Muslim no. 1715)
Yes yahooooo... sy sgt setuju dgn ulasan admin... hahahaha, Pada mula-nya sukar nak percaya The Arrival tue , tapi bila diamati dan dikaji lalu diperhalusi, dgn ilham Allah, Alhamdulillah Allah telah memberi kefahaman yg baik kepada sy,
Sy bersyukur sgt2, Memang betul, dahulunya, dgn sekeras-kerasnya sy menolak. tp seorang sahabat menasihati supaya sy tenang dahulu dan istiqomah menonton siri The Arrival tue, dan akhirnya, Maha suci Allah, Allah telah mendatangkan sy mimpi dan sy menangis apabila tersedar. Hebat betul mimpi tersebut, Memang betul,... mimpi itu mainan tidur, tp tak semua...hahahaha,
Jd kepada sahabat yg masih belum menonton, tontonlah, jgn terlalu percaya dan jgn terlalu menolak, yg penting kita berfikir secara rasional, mungkin ada yang benar dari yg betul, heee... Allah beri kita Fikiran, jd gunalah sebaik-baiknya...kajilah Pro dan contra, hingga anda jg 'PRO' dalam befikir, waakakakakakaka.
Ikhlaskan jiwa anda menerima ilmu baru dan Allah Maha mengetahui apa yg kamu kerjakan.Hingga dia menaikkan tahap kefahamanmu, Sesungguhnya Dia sahaja yg mampu memberi ilmu, Ilmu itu cahaya, bukan buku... huhuhuhuhu.
JIka Anda belum difahamkan lg oleh Allah,..???? Jgn takut...pertama sekali.... Perhatikan diri anda, bersiap sedia untuk perubahan positive, Merdekakan mental dan fizikal anda, Buang segala pengaruh negative. Sy yakin anda boleh,huhuhuhuhuhu, Ummat Islam pasti boleh..
ada sebahagian yg sye x stuju...mnta admin lbihkan pngajian khususi..
Salam.
Saya setuju sangat dengan N3 ini. Lagipun kita tak bole mengatakan orang lain bodoh, dan merasakan kita ni pandai, ini menjadikan kita sombong, ujub dan yang lebih menakutkan kita jadi orang yang terpedaya sama ada dengan diri sendiri ataupun dengan syaitan. Dalam keadaan dajjal berleluasa sekarang yang kerjanya menipu menapakkan yang elok sebagai elok, elok sangatlah kita berfikir menggunakan keintelektualan yang Allah beri berdasarkan belajar dgn org yang arif ttg bahasa al-Quran dan hadis yang kebanyakan maksud adalah tersirat.
maaf "menampakkan perkara yang tak elok sebagai elok".. benar takkan kita nak tunggu kononnya dajjal bermata satu turun.. marilah kita mengkaji surah al-Kahfi ttg ya'juj wa ma'juj.. jgnlah kita biarkan diri kita terpedaya dengan da'yah org yang dimurkai dan yang sesat itu...
SubhanAllah, Thank you brother for another thought provoking post. May we all keep our heart and mind to seek nothing but to be closer to the One and Only. Let us keep in our heart, to be humble in seeking any parts of knowledge and to avoid having the 'holier than thou' kind of attitude towards and among our brother and sister, regardless what their stand, what colour their skin or where they are from. Jihad is something within ourselves, within our struggle with our intentions, our nafs, our everyday choices. It is with our self. Let the judge be from the One and only. JazzakAllah khairan brother for this post, may it bring Barakah and much awareness to all of us, Amen.
Mm.....Namun yang demikian berfikirlah dalam hak. Membongkar rahsia Yahudi 'freemason' yang telah lama di dalam acara menumpas agama Islam dan umatnya dimuka bumi ini,bukan suatu yang boleh dipandang mudah. Banyak fakta yang boleh diguna pakai. Hanya bagi mereka yang punya sifat mujahadah,sifat jihad dalam diri dapat mengambil manafaat daripada kajian noreagaa dan archernahr tentang pergerakan licik Yahudi laknatullah.
adakah artikel ini berkaitn dgn siri arrivals...
berkaitan dgn artikel ni http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/pernah-tengok-arrivals.html
Suka entry ini.. tima kasih kerana memberi pendapat yang bernas dan menjawab kemusyikalan saya tentang seseorang..
salam...
di sini saya juga ingin mengatakan bahawa
adalah benar seperti apa yg di wartakan diatas.
dan bersetuju dengan pendapat di atas.
Semoga yang lain tu membuka mata dan minda untuk menegur jika benar pun salah dengan cara yag lebih baik.
Jika benar mereka yang mengkritik itu warak, dan berpendidikan tinggi dlm ilmu agama. sudah tentu mereka tahu bagaimana untuk menegur sesama manusia yang telah diajarkan oleh Islam sendiri kan...
Setiap perlakuan nabi mengajar adabnya...cuma kita perlu melakukan dengan adab yang baik mengikut budaya yang tidak menyalahi ISlam.
maaf lah jika pendapat saya ini juga merupakan kritikan yang agak kasar pada yang lain. Sama2 lah kita membuat ssesuatu kebaikan dalam perbincangan ini.
hebat!!
biasalaaa,,, semua yg x percaya pasal teori konspirasi ni semuanya yang dah terlalai dgn akademi fatasialll,,, american idol,, dan bermacam2 lagi program yang x berguna,, sedarlaa oiii,,, jgn dok tgk akademi fantaSIAL lagii.. btw,, nice info
HELP! SAPE KAT SINI YANG TAU MACAM MANA NAK DELETE BLOG YANG KITA FOLLOW DRPD LIST BLOGS I'M FOLLOWING? KALAU KITA DAH TK NAK FOLLOW BLOG DIA, NAK DELETE BOLEH TAK? PLEASE HELP ME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
Terima kasih kepada mereka2 yang bersetuju. Kita masing2 ambil la pengajaran... apabila hendak melontarkan setiap kritikan, pastikan tidak menampakkan kejahilan kita.
Akrimee, tak boleh kata sedemikian juga, sebab masing2 ada cara untuk menyiapkan diri menghadapi akhir zaman ini. Biarlah mereka dgn cara mereka, kita dgn cara kita.
abc, anda nak undur dari follow blog sape ni? hehe
salam. mohon nak share. jazakallahukhairankathira. :)
salam kpd semua dn pemilik blog...
boleh x sye nk kongsi bloq saudara nie dgn rakan2 sye..??
niat sye nk sedar kn rakan2 sye yg jauh tpesong dr tujuan hidup...
ayat memula jek dah menceritakan dengan jelas yg hamka ni tak pernah belajar hadis:
"Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur.."
komen aku yg bodoh dan bangang ni adalah:
yg berkata dalam hadith tu adalah Rasullah SAW..
adakah saudara hamka menyamakan Rasulullah dengan tukang tilik ? apa bezanya saudara hamka dengan arab jahiliah yg menyamakan/menghina Rasulullah sebagai tukang tilik ?
kata saudara hamka lagi:
Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)
komen aku yg bodoh lagi bangang ni:
al-quran tu sebagaimana semua orang islam lain tau bukanlah hanya sebuah kitab sejarah. al-quran jugak adalah salah satu mukjizat TERBESAR Rasulullah di mana isi kandungannya bersifat "past - present - future".. bermakna isi kandungan Quran berlaku sepanjang zaman.
jadi...mungkin..mungkin lar kan...teori karut marut yg saudara hamka sebutkan tu mungkin Allah SWT lupa nak include dalam kandungan al-Quran (mengikut pandangan saudara hamka yg bijaksana)
wallahu a'lam
salafus-sholih.
HEHE yg pasti bukan blog anda lah...
Nurul muslimah dan Anonymous: silalah share selagi bermanfaat =)
Anonymous: semua ni berlaku atas sebab yg dinyatakan di atas. jikalau mereka mengkritik secara ilmiah atas hujah2 tertentu xpela. tetapi akibat mengkritik secara semberono membuta tuli lah menyebabkan ketidakpuashatian ramai.
abc: ;-)
aku perantau
salam, artikel yang bagus.. dajal, freemason, illuminati dll
baru amik perhatian dan tahu dalam tahun ni.. sentiasa berfikir pasti memberi anda jawapan..
ada satu peringatan disini, ak tak tahu nak kata golongan ni apa, geng yahudi, freemason n apa2.. cubaan geng ni mengheret seberapa banyak orang Islam untuk ke neraka, pemimpin kita tak amik perhatian langsung padahal nabi sudah berpesan pada akhir khutbah baginda..iaitu RIBA..
tengok disekeliling anda, pasti anda akan terperanjat berapa ramai orang Islam yang mengambil RIBA ini.. hampir 80% jika di KL..(hutang rumah dan kereta).. semoga kita diampunkan oleh Allah Taala atas kesilapan dan kelekaan kita..
Btul kata anda, riba terlampau diambil remeh temeh oleh kebanyakan orang. mereka sensitif isu babi, tetapi tidak pula pd isu riba. isu ini sebenarnya dalam perancangan utk dikupas melalui video. insyaallah, dlm masa terdekat...
aku perantau,
saya amat menanti-nantikan kupasan melalui video pasal riba ini.. secara jujurnya saya juga melakukan kesilapan apabila membeli kereta dengan kaedah pinjaman riba, akibatnya hati tak tenang n mengusutkan fikiran saya, hidup tidak pernah tenang..apabila memikirkan mati sangat sedih kerana tidak bersedia sedangkan hutang masih ada..bergelumang pula dengan riba..
sekarang visi hidup saya sudah lain, jika dulu teringin nak pakai kereta besar n beli rumah besar, skrang tidak mahu semua itu..JIKA TIDAK MAMPU JANGAN BELI.. Islam itu mudah, kita akan selamat jika ikut Al-Quran dan As- Sunnah..
dahulu saya pesan kat kawan beli kereta untuk mudah pergi kerja, skrang kata klo tak mampu beli tunai tak payah beli kereta..
p/s benci kepada pemimpin yang mengalakkan pinjaman @ hutang riba kononnya untuk menaikkan ekonomi negara..
Assalamualaikum...
Sudah lama saya mengikuti teori konspirasi ini.. setiap pendedahan2 yang dibuat oleh pengkaji2 TK sangat hebat dan boleh saya katakan hampir tepat.. terutama noraga dgn siri the arrivalnya.. mereka mampu untuk mengupas setiap tindakan pihak zion..
cuma yang menjadi kemusykilan saya, macam mana , mereka boleh memecahkan rahsiah puak2 zion ini.. samaa ada melalui entertainment atau pun politik diorang ni.. cth mcm filem2 hollywood sebelum 911 byk kod2 rahsia ada dlm stp movie dorg.. dan saya rasa xda 1 sorng pn yg blh perasan melainkan puak2 zion ni jugak yg bocorkan..
jadi apa yang saya risau adalah, puak zion ni sengaja pecahkan plaining dorg ( yg agak2 da boleh jln ) utk api2kn org islam.. klo kita perasan skrng ni sudah byk pihak yg terlibat dgn TK.. terutamanya org islam..
mungkin mereka ada rancangn sbnrnya.. saya rasa ini satu perangkap.. mcm filem.. sblm filem tu kuar dkt pawagam, iklan dia belambak dkt tv paper singbord.. so mcm ni gak la.. sblm 2012 ni, dorng saja pchkan sedikit konspirasi dorg..
ingt.. mascot olyimpic da kkuar.. alian mata satu.. rasa2 ape 2..
penulis ni sakit hati.buta akal nya,pekak nalurinya...kesian dgn kita...
Assalamualaikum..
Kepade penulis kuatkan kesabaran dalam jihad anda.
Allah Hu Akbar.
Jangan lah kite sebagai muslim berpecah belah.
semua yang baik itu islam..
jazakallah!
komen engau yg bodoh dan bangang ni adalah:
yg berkata dalam hadith tu adalah Rasullah SAW..
adakah saudara hamka menyamakan Rasulullah dengan tukang tilik ? apa bezanya saudara hamka dengan arab jahiliah yg menyamakan/menghina Rasulullah sebagai tukang tilik ?
"habis tu kau menyamakan diri kau dengan nabi yang buat ramalan? kalau Nabi buat ramalan, aku percaya 100% tapi jika kau buat ramalan, maka ramalan kau adalah tipu dan siapa yang percaya adalah bodoh!."
ps: kenapa berani menyalak kat sini, pergilah email bhamka jika korang ikhlas, setakat cakap belakang, pondan betul
x perlulah nak ego dan keras hati utk menentang bila melihat teori2 konspirasi ni...masing2 ada akal fikiran yg Allah beri utk berfikir dan membuat penilaian bernas. Gunakanlah ia sebaiknya. Kita umat Muhammad akhir zaman ni telah dijanjikan dgn pelbagai ujian yang hebat2 utk menguji kita dari seluruh pelusuk terutamanya umat ISLAM. Bagi yang menentang teori ni, selidiklah ia dari segenap pelusuk, kajilah ia, ambillah ms utk mendalami fakta teori ni dengan rasional samada ia benar atau tidak. Jgn biarkan ego menguasai diri dan pemikiran yg dungu, bodoh dan kosong. Tidak rugi jika meluangkan masa menilai dan mendalami ilmu daripada menyalak kosong tanpa ilmu di dada...fikir-fikirlah, kita umat akhir zaman. Nabi sendiri pun sebelum wafat masih lagi ingat pada umatnya dengan berkata " ummati..ummati..ummati....renungilah...
assalamualaikum..
cuba tengok2 lecture sheikh imran nazar hosein....
beliau menceritakan dunia skrg berdasarkan alquran dan hadis....yg sememangnya benar belaka tentang konspirasi dajjal
salam,,
em,sy s0kong ngn pndangn tntg kritik2 ni,,
x slh kl0 nk kritik,tp kritikan tu biar la yg membina,,
kdg2 tu kte rse ape yg kte buat tu sume nye bet0l2 belaka,myb pd 0wg len ttp de silap nye,biase la,mnusia ni xpenah lari dr kesilapn,,
xslh kl0 kritik,tp msti kne dgn cara & situasi,,
kte sbgai umat islam kne saling ingt-mengingati..
komen hamka yg pandai lagek bijaksana:
"habis tu kau menyamakan diri kau dengan nabi yang buat ramalan? kalau Nabi buat ramalan, aku percaya 100% tapi jika kau buat ramalan, maka ramalan kau adalah tipu dan siapa yang percaya adalah bodoh!."
pertama sekali, aku rasa ramai yg bersetuju bahawa perkara itu masih disabitkan sebagai TEORI.ko sendiri pun panggil benda tu dengan perkataan "teori"...hari ni tiba2 dari teori terus naik status ke ramalan pulak.make up ur mind lar. orang yg perasan bijaksana cam ko ni memang suka2 aje terus jump into one conclusion.
satu lagek, kalau pun ader individu/puak yg nak mempercayai teori tu 100%, jangan lar sesedap hati nak label orang tu bodoh/bangang. aku rasa ko ni ader masalah riak yg serius...jangan disebabkan tulisan2/pemikiran ko sering diterimapakai selama ni, dengan sesuka hati nak membodohkan dan membangangkan orang lain. mereka tu cuma menyayangi agama dan rasul. kalau mereka tu salah, betulkan aje lar elok. senaraikan semua sebab dan fakta. riak dalam berdakwah cam ko ni lar manusia yg paling celaka dari orang2 yg ko bangangkan kat dalam ni.
keduanya, dengan sesuka hati mak bapak ko yg bijaksana tu pulak melabel aku sebagai tukang pembuat ramalan..aku ke yg buat teori2 tu selama ni samdol ? heh...ko dah start merapu dah ni.
dan untuk pengetahuan ko yg bijak, nabi SAW tak pernah membuat ramalan... baginda SAW hanya memberi PERKHABARAN kepada umat manusia. dengan perkhabaran tu, supaya kiter sentiasa alert bahawa sekian2 event PASTI akan terjadi. kalau bukan kiter yg nak kena alert dengan hadith2 tu, jadek saper lagi ? umat hindu ke ?
wake up !! selepas nabi SAW, takde lagi yg nak membawa perkhabaran untuk meremind umat islam. yg tinggal hanya quran dan hadith2. dengan kata yg lain adakah ko nak menunggu nabi SAW bangkit dari kubur dan sampaikan ke telinga ko dan waktu tu ko baru nak percaya ? jadi apa guna Quran dan hadith tu kalau tak dikaji ? ibadah jek lar jangan pedulikkan yg lain..gitu ?
kalau ko suka orang lain menerima nasihat/pandangan ko, cuba lar pulak "belajar" untuk terima nasihat/pandangan orang lain sesekali. walau sedungu maner pun manusia tersebut. walau pun ko dipihak yg benar. yea lar, tak semua manusia dilahirkan bijak dan terpelajar seperti ko. dakwah lar dengan bijaksana. lawan lar dengan fakta yg tepat bukan terus melabel orang membabi buta. fakta dalam tulisan ko pun bukannya power maner pun. aku rasa lebih bagus cuba ko cadangkan solution2 dari membangangkan orang yg pada ko - eii bangangnya dorang ni.
dan aku rasa ko patut belajar dari leokid. padat dengan argument, fakta dan yg penting takde kedengaran nada2 riak.
"ps: kenapa berani menyalak kat sini, pergilah email bhamka jika korang ikhlas, setakat cakap belakang, pondan betul"
kalau ko bukan hamka, kenapa beria2 sangat nak kena membela dia kat sini? apa dia tak tau ke nak bela diri dia sendiri ke? syoh syoh kanak2 ribena... let the adult talks.
p/s: pesanan ikhlas aku, selama ni kiter asyik disajikan dengan bermacam2 masalah dan fakta dari teori konspirasi. apa kata, dari kita dok asyik membentangkan/memikirkan fakta2 dan problem2 dari teori konspirasi ni...kiter pikirkan pulak apa solution atau apa peranan yg kiter boleh buat untuk umat manusia. memikirkan teori2 ni secara tak langsung melemahkan mental majoriti umat islam yg sememangnya sedang lemah. membuatkan kita rasa cam tak terdaya nak melawan. hmmm pikir2kan dan selamat beramal..heh
korang ni betul la ... tak memahami langsung ape tu "teori" dan ape tu "taksub". kalau sumber tu dari Al-Quran, sunnah, hadis, penjelasan ulama' jelas la tu bukan "teori".. bole la amik dan guna.. tade sape nak larang nak kondem.. nak takut ape? nak pedas ape?.. tapi kalau dah "taksub" sgt sampai sume segitiga nampak mcm simbol illuminati, mcm mane kite nak makan nasi lemak pasni?
Alhamdulillah, good to see muslim in malaysia being more open minded to other point of views. Ilmu datang dari mana2 sahaja tak kira buku atau guru. tetapi berwaspadalah brother. As, information is free and abundant. there are always murtads and kafirs that will try to feed us a negative point of view. nauzubillah! Please keep up the good work and may Allah SWT guide us to the straight path. (sy mintak maaf sy comment dlm bahasa inggeris, susah nak luahkan apa yg ingin luahkan dlm bahasa melayu) You have my prayers with you. Salam.
Dear brother's in islam, there is no wrong trying to understand what is going on in the world today. More so this will serve as an eye opener (pembuka mata) that these people exist and the authors are just trying to berdakwah to "all of humanity" not just muslims
(and we have created you(humans)and made you into tribes so that you may know one another) Surah al-Hujurat 49:13
to save those who allah has given hidayah. This could also be a hidayah from allah to those who that he decrees (only allah knows). So please take things in a positive sense rather than negative and not get emotional when there is a different point of view available. Take the good, filter out the bad. We also learn through life experience.
P.s: I am not claiming i am a bijak pandai..i'm just a muslim finding his way to Allah. Trying to say what is only right and good.
Quran (17:53) "And say to My servants(believers) (that) they speak that which is best; surely the Shaitan sows dissensions among them; surely the Shaitan is an open enemy to man.
May allah guide you to the straight path insyallah. Salam.
assalamualaikum..
belajar utk menilai dan mendapatkan perjelasan terlebih dahulu sebelum mengkritik..
apabila mengkritik...kritik dgn hikmah dan hemah...
apabila dikritik...terima dgn sikap yg terbuka..
wallahualam..
ni macam dlm blog kereta mayat je,saya rasa bengang la lepas baca kritikan tu...
cuba tukarkan perdebatan dengan berdialog. Sy rasa ianya sesuai.
noreaga & archernar bukan pengkaji asal isi2 dlm video the arrivals. kalo ikut interview yg diorg buat ada sebut isi video tu semua hanyalah recollection dari kajian2 yg dibuat oleh org lain seperti Sheikh Imran Hossein, Alex Jones, David Icke, Bill cooper & Abdullah Hashem. Jadi siri2 video the arrivals adalah olahan berdasarkan kefahaman mereka. So sekrg ramai yg dah yakin dgn kedatgn dajjal yg semakin hampir kan? apa solution jangka masa pendek untuk kita usahakan pada masa ini? sekrg ini mereka sedang berusaha untuk 'dismantling' atau meruntuhkan sistem ekonomi fiat money (wang kertas) so mereka nak bawa 1 dunia bangrap. Jadi tukar wang anda kepada emas seperti Dinar & Dirham. hanya emas & perak adalah aset yg kebal dari inflasi & riba.
blog saya adalah salah satu yang telah dihentam sebab perkara mcm nie... jadi saya rasa saya bernaung dengan artikel di atas...
setiap perkara ada pro dan kontranya... jadi tak mustahil setiap yang kita buat ada yg menyokong dan ada yang membantah... kalau semua menyokong, kita takkan tahu dimana kesilapan yang telah kita lakukan jadi saya anggap org yg telah mengkritik saya dalam blog tu adalah penting untuk memperbetulkan kembali keadaan. cuma cara yang membezakan antara siapa yang lebih betul dan siapa yang salah... cuma masing2 punya akal, masing2 boleh fikir baik buruk sesuatu perkara... sekalipun tak setuju dengan apa yang ada pada THE ARRIVALS, jgn hya ikut org ckap xbetul, kita pun turut, tak betul... ambil yang mana baik.. yang rasa tak baik jadikan sempadan.. sekian~
http://aulakalimah.blogspot.com/2010/09/kebenaran-di-sebalik-penipuan-dan.html
slm
jika x salah, saya pernah menonton video 'the arrivals' ni ketika saya menuntut di sebuah uni tempatan, banyak sirinya kan. pada tika itu, saya x berapa ambil peduli sangat walaupun agak tertarik. saya x pernah menonton kesuluruhnnya kerana saya tengok video tu jika rakan saya tengok, itupun bila ada gap kelas. Boleh saudara ceritakan tentang video 'the arrivals' ni(sedikit specific sperti apa sebnarnya yg dibincangkan dan the main idea of the whole serie,please)? apa yang saudara post macam general sgt, bg sy mungkin.lagipula, saya x berapa pandai bhs inggris nih..hehe..
norman: sebenarnya, saya bukan nak bercerita atau menggalakkan org supaya menonton siri The Arrivals ni. Tapi hendak menyeru kpd mereka yg belum menonton, supaya jgn mengkritik membuta tuli. Sudahlah anda malas nak menonton (untuk tujuan mengkaji), kemudian memperlekehkan orang yg menonton serta org yg bersusah payah menghasilkan siri ini. Jadilah mereka umpama org bodoh sombong.
Lain2: benar kata hamba Allah di atas. Mereka yg mengkritik dan dikritik kena bermuhasabah diri masing2. Yang mengkritik kena buat ‘homework’ terlebih dahulu, manakala yang dikritik kena lebih berhati2. Jangan kita terlampau taksub pada mana2, lebih baik bersederhana sahaja.
slm..walau apa2 pun pndpat saudara2 suma..sy disini memanjat syukur ke hadrat Allah swt,..kerana setelah menonton siri 1 hinga 51 THE ARRIVALS nii...asbab hidayat kpd saya dan teman2 serumah untuk memperkukuhkan iman dan amal msg2.. Alhamdulillah~ :)
Assalamualaikum,
ya inilah masalah yg melanda org melayu skrg, mereka lebih suka mncaci dan mengutuk daripada bercakap secara ilmiah. Sy pernah baca di blog kereta mayat, dan saya tahu sememangnya dia tdak menggunakan bahasa yang baik. Terlalu menghukum. Tidak mendidik.
Tapi satu perkara yg saya mahu jelaskan, jgn samakan org sebegitu, dgn orang yg menjelaskan dgn baik, penolakan sebahagian trhdp teori konspirasi. Seperti saudara Leokid, sy rasa dia berhujah dgn ilmu. Dan apa yg dia lontarkan berasaskan Al-Quran dan As-sunnah. (seperti tema blog ini).
(get my point?)
assalamualaikum..
saya dah tgk siri2 the arrival..
sedikit sebanyak membuatkan diri tersedar!
think postif.
entri ni macam emo kat en. hamka jek. hakhak.
setuju !
ok
Assalamu' alaikum.
Saya juga salah seorang yang sudah menonton keseluruhan video The Arrivals, termasuklah mak, abah,dan adik2 saya. Including adik saya yg baru berusia 6 tahun ( walaupun dia tak faham sangat kan )..
Allah meredhai kalian bila kalian:
(1) Hanya beribadah kepada Allah semata,
(2) Dan tidak mempersekutukan-Nya,
(3) Serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya, dan janganlah kalian berpecah belah
Dan Allah membenci kalian bila kalian:
(1) Suka qiila wa qaala (berkata tanpa dasar), (2) Banyak bertanya (yang tidak berfaedah), (3) Menyia-nyiakan harta”
(HR. Muslim no. 1715)
Percaya atau tidak, hakikatnya orang yang kuat bangun dan mengkritik dengan lantang sesuka hati, kononnya kritikan itu membina. Sebaliknya, apa yang saya lihat...lebih kepada membanggakan diri. Bangga kerana mampu menunjukkan 'gah' mereka, dan bangga itu bertamabh apabila melihat 'mangsa' mereka terkial-kial mmbals hujah.
Bidas dalam hujah itu baik sebenarnya,
terutamanya dalam mencari kebenaran...
sayangnya, bidasan yang tidak mahu mnerima kbnaran itulah yang mengjengkelkan.
Islam mnggalakkan mencari penyelesaian.
Yang kena pada tempatnya.
Sementelah kita berbidas menghentam kebnaran dalam Islam itu sendiri,
kafir laknatullah tersenyum sumbing,
bercekak pinggang di sisi.
AKU TERINGAT BILA NABI MUHAMMAD S.A.W BERDAKWAH MENYAMPAIKAN SESUATU YANG BARU, BANYAK KAUM KAFIR KURAISY KATA DIA GILA,AHLI SIHIR..... BERUNTUNG PADA MEREKA YANG DIBUKAKAN KEFAHAMAN OLEH ALLAH S.W.T.
Saya Devina dari malaysia di bandar malacca, saya menumpukan masa saya di sini kerana janji yang saya buat kepada Puan Elizabeth yang menjadi pemberi pinjaman dalam talian firma pinjaman Elizabeth dan saya berdoa kepada ALLAH agar dia dapat melihat jawatan saya pada hari ini .
Beberapa bulan yang lalu saya melihat komen yang disiarkan oleh seorang wanita bernama Arnah dan bagaimana dia telah ditipu meminta pinjaman dalam talian dari Dr James Mowat, menurutnya sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Puan Elizabeth dan Puan Elizabeth meminjamkan Rm35,000, 0Rupiah tanpa tekanan dan kelewatan, sila hubungi Dr James Mowat melalui e-mel: jamesmowatloanfirm@gmail.com untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Saya membuat keputusan untuk menghubungi Arnah untuk mengesahkan sama ada ia benar dan untuk membimbing saya bagaimana untuk mendapatkan pinjaman daripada Puan Elizabeth, dia memberitahu saya untuk menghubungi Puan Elizabeth saya menegaskan bahawa dia harus memberitahu saya proses dan kriteria yang dia katakan itu adalah sangat mudah bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Elizabeth yang saya perlu lakukan adalah menghubungi beliau, mengisi borang permohonan menghantarnya semula, menghantar salinan kad pengenalan saya yang diimbas, kemudian mendaftar dengan syarikat yang selepas itu saya akan mendapatkan pinjaman saya . maka saya bertanya kepadanya bahawa bagaimana anda mendapat pinjaman anda? dia menjawab mengatakan bahawa itu semua dia lakukan, itu sangat mengejutkan.
Saya menghubungi Puan Elizabeth dan saya mengikuti arahan dengan berhati-hati kerana saya memenuhi keperluan mereka dan pinjaman saya telah diluluskan dengan jayanya tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akaun saya saya diminta untuk berjanji untuk berkongsi berita baik tentang Puan Elizabeth dan itu mengapa anda melihat jawatan ini hari ini. kepada kejutan saya yang paling besar saya menerima berjaga-jaga sebanyak Rm25,000 Rupiah.So saya nasihat setiap orang yang mencari sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Elizabeth melalui Email: elizabethchristopherloan@gmail.com untuk pinjaman selamat anda juga boleh menghubungi saya E-mel saya: devinairf128@gmail.com atau anda juga boleh menghubungi Arnah di arnahnana01@gmail.com. Saya percaya satu perubahan yang baik patut mendapat perhatian yang lain.
Post a Comment