Friday, May 6, 2011

Tawaran dan permintaan

Posted by salafus-sholih at 10:22 AM

Saya mendapat mesej tentang pemberitahuan kewujudan satu page di facebook iaitu “pengumpul gambar awek bertudung” seperti yang ditunjukkan pada screeshot di bawah. Page tersebut mungkin sudah tiada, tetapi kekalutan kebanyakan ramai dalam menghadapi masalah sebegini yang kita ingin ulas.


Secara umumnya, apa yang dapat difahami adalah page tersebut giat mengumpul koleksi gambar-gambar perempuan bertudung dan kriteria utama yang dipilih semestinya adalah mereka yang comel, kiut dan menawan. Tidak jelas apakah motif pemilik page tersebut, barangkali bersangkut paut dengan hobi umpama mengumpul setem, penutup botol, kulit siput dan sebagainya. Siapa tidak marah akan kewujudan page tidak bertanggungjawab ini yang jelas mengeksploitasi “privacy” pengguna facebook. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, mereka yang menjadi mangsa tentu lagi geram dan rungsing melihat bagaimana gambar mereka sewenang-wenangnya terpampang di wall tersebut sambil dikomen berjela-jela oleh orang ramai.


Pasaraya lambak

Perihal sebegini sebenarnya mematuhi satu konsep yang kebanyakan kita sangat mengetahuinya iaitu “supply & demand”. Ia umpama perniagaan jual beli, pengilang-pengilang akan supply botol kicap jenamanya sendiri apabila ianya mendapat demand yang tinggi dan market menjadi orang tengah antara kedua-dua supply dan demand. Maka konsep ini juga diaplikasi untuk perihal page tersebut, ianya hanya bertindak sebagai market yang sekadar memenuhi demander (baca: lelaki miang) yang tinggi tatkala memanfaatkan supplier (baca: gambar awek bertudung) yang terlampau banyak. Sekarang sepatutnya anda memahami, market tersebut yakni page “Pengumpul awek bertudung” hanya bertindak sebagai orang tengah bagi memenuhi keperluan permintaan ramai. Kini, kebanyakkan lelaki tidak perlu lagi menge-add seorang demi seorang perempuan kerana mereka hanya perlu like satu page ini sahaja untuk memuaskan nafsu mereka.


Tindakan lanjut

Sekarang apa yang perlu dibuat untuk menghentikan page tidak bermoral ini? Cadangan kebiasaan yang kita selalu dengar dari kebanyakan orang adalah report page tersebut kepada pihak facebook secara beramai-ramai. Bukan untuk menidakkan cadangan sebegini, tetapi jikalah tindakan ini berjaya, apakah jaminan anda tiada page sebegini akan tumbuh berulang kembali? Seperti yang dikatakan sebelum ini, page itu hanya bertindak sebagai market yang menghimpun segala bagai koleksi gambar, sekiranya market itu runtuh, mereka boleh membangunkan semula market yang lain disebabkan permintaan masih tinggi disamping penawaran yang sangat banyak. Nah, memang berlambak pun market ini tersebar di serata internet atas nama blog. Anda boleh google dan semak la sendiri betapa banyak koleksi gambar-gambar awek bertudung bertaburan di merata-rata.



Syor terbaik

‘Mangsa’ teraniaya daripada page tersebut sering mengaduh mengapa mereka menjadi mangsa, sedangkan mereka bertudung? Amat malang sekali mereka lupa cara memakai tudung yang sepatutnya, yakni menutup aurat dengan sempurna. Mereka juga tak mengendahkan perihal dosa tabarruj. Kedegilan mereka ini menjadi ‘rezeki’ buat sang durjana.

Untuk mengatasi kekalutan ini, maka,kita cadangkan hapuskan terus sahaja tawaran-tawaran yang berlambak tersebut. Dengan berkurangnya penawaran, permintaan makin berkurang, apatah lagi market yang bertindak sebagai ejen ini. Itulah sebabnya Rasulullah SAW telah memberikan peringatan penting tentang perihal ini, namun kita semua mengambilnya sebagai remeh.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (HR Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Apabila gambar mereka dicuri dan dipaparkan di mana-mana, mereka mengecam sebagai pengaiban. Cuba anda perhatikan sendiri apakah yang dilakukan oleh kebanyakan wanita sekarang yang disangkanya telah menutup aurat dengan sempurna, sehingga tanpa segan silu mengupload gambar pelbagai posing di facebook. Mereka sendiri yang mendedahkan keaiban mereka dahulu dan pemilik page tadi sekadar menyambung keaiban mereka.


***

Akhir kata, cubalah bermusahabah diri masing-masing. Kita suka nak menyalahkan orang lain, sedangkan segalanya adalah berpunca dari diri sendiri. Mengapakah kita hendak menyalahkan market tersebut, sedangkan kita sendiri yang bertidak sebagai supplier untuk memuaskan nafsu demander!




Gambar kredit kepada http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/04/wajib-baca-facebook-pengumpul-gambar.html

21 comments on "Tawaran dan permintaan"

Slight Hope on May 6, 2011 at 11:32 AM said...

Allah Taala telah berfirman :
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya", yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya." (QS. An-Nuur : 30-31).

Abu Bakr Al-Jazairi mengenai ayat diatas berkata :
"Hendaknyalah mereka menahan pandangannya sehingga tidak melihat kepada wanita yang tidak halal baginya."

Larangan ini juga berlaku bagi wanita yaitu haram memandang laki-laki yang tidak halal baginya. Pada ayat ini Allah memulai perintah-Nya dengan menahan pandangan sebelum perintah menjaga kemaluan, karena pandangan itu petunjuk bagi hati, sebagaimana demam yang tinggi petunjuk bagi kematian.

Ibnul Qayyim telah menuturkan bahwa secara umum segala kejadian yang menimpa manusia bersumber dari pandangan, karena pandangan itu melahirkan bahaya, kemudian bahaya itu melahirkan pikiran, pikiran melahirkan syahwat, kemudian syahwat itu melahirkan keinginan, kemudian semakin kuat dan terjadilah perbuatan dan pasti tidak akan ada penahan yang dapat membendungnya.

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke tubuhnya”(al-Ahzab: 59)

Mel Az-Zahra on May 6, 2011 at 2:28 PM said...

Emas diuji dgn api, wanita diuji dgn emas dan lelaki diuji dgn wanita.

Maka itu lelaki hendaklah menjaga pdgnnya spt mn yg disebut dlm al-Quran. Begitu juga wanita, mereka juga hendaklah menjaga pdgnnya drpd melihat sesuatu yg jelas haram disisi Islam...

Semuanya bergtg kpd iman masing2,selagi wujudnya penawaran2...selagi itulah permintaan terhadapnya juga wujud...

iza on May 6, 2011 at 9:16 PM said...

Assalam..
Singgah membaca..

Anonymous said...

Orang islam dewasa ini khasnya 'org agama' cakap agama tinggi-tinggi.Orang Tasauf cakap tinggi,Orang Jemaah tarekat tabalik india cakap tinggi,Orang syiah cakap tinggi,Orang sufi cakap tinggi,Orang tarekat cakap tinggi,Orang salafi cakap tinggi,Orang sunni cakap tinggi...Alo brader,Allah tak tengok de cakap tinggi-tinggi nie.Allah tengok amal.Sama tak dengan amal nabi saw dan sahabat ra. Nabi saw dan sahabat ra selepas menerima dan mengucapkan kalimah agung 'saya bersaksi tiada tuhan melainkan Allah,saya bersaksi muhammad utusan Allah' terus menunaikan haq kalimah dengan mendakwahkan kalimah mulia kepada yg belum menerima kalimah mulia(non-muslim).Yg telah menerima kalimah mulia dingatkan maksud kalimah mulia dan diajak kepada perintah-perintah Allah bermula dengan perintah yg pertama,rukun islam yg pertama,kerja muhammad saw dan yg sedia mentaati perintah-perintah Allah diajarkan perintah-perintah tersebut..Rukun islam yg pertam yg telah lama mati tak disibukan,perkara2 lain yg di sibukan..

Anonymous said...

apa maksud anonymous atas ni? x paham la

Anonymous said...

hahhaa...ada org sakit hati la tu...mungkin dia tergolong dlm org2 yg memakai tudung sbb ikut fesyen je....

Norain MT on May 7, 2011 at 2:15 PM said...

Tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh si tanpa nama nombor empat tu. Anda bercakap tentang syahadatul haqkah?

JayJay said...

ni page yg depa curi. da lagi page2 len yg gurl 2 sndri bg pic kononya masuk contest p ntahla myb dpt adiah kot, da yg mnjadi icon page la pe la...
bla masuk pas2 suh org like rmai2 cz sp dpt 'likes' pling bnyk dia la pmenang. sedih aku tgk gul2 yg terpengaruh ngn bnda2 gini.. ;(
pic yg depa bg bknnya ttup aurat smpurna pas2 cam dok merayu plak suh org like rmai2, adiah dpt xtara mna pn drpd dosa yg dpt bertimbun...

Anonymous said...

Syukur Allah bg saya hidayah untuk menutup akaun Facebook pd thn lepas. Dapat jaga mata, jaga amal.

md_saf on May 11, 2011 at 5:18 PM said...

takde pe nk komen...cuma bg wanita-wanita yg berkecimpung & aktif upload gambar kt internet, anda memang berisiko diperlakukan demikian...

zieraQ on May 16, 2011 at 10:04 PM said...

Zaman dulu anak dara malu2 kalo diminta gambar. kebanyakannya jual mahal & x mahu bagi langsung. Sekrg ada pesbuk selamba je bg x diminta pun. lepas tu org amik marah pulak. bukan ke kalo dah upload tu maka kita tayang diri kita ke seluruh dunia secara percuma tanpa had, bukan pada page kita saja sbb gambar tu bole copy-paste or print screen. takkan itu pun x faham. atau terlalu asyik dgn nikmat pesbuk sampai buat2 x faham. kan dlm pesbuk tu bole buat setting untuk connect dgn friends sahaja. malah gambar pun bole disetting untuk akses yg terhad.

mmg sengaja pun sebenarnya nak tayang bodi. gila glamour.

Sekrg pun sebut "awek" bukan "anak dara" atau "gadis" lg. kenapa ye? sy x suka sebut awek sbb macam perempuan murahan GRO bunyinya. malah boleh sy kategorikan tidak bersopan. but who cares anyway?...life goes on...

Anonymous said...

kalau pakai tudung tu bagi la imej yang baik..jangan sampai orang pertikai..dengan memakai tudung bertujuan mengelakkan berlakunya dosa orang melihat aurat, serta menjaga kesucian serta maruah wanita itu sendiri..pakai tudung biar ikut cara yang telah diajarkan..labuhkan sampai dada..kalau nak berfesyen tak pa..kerana islam bersifat murunah..tetapi jangan mengadaikan prinsip berpakaian dalam islam iaitu menutup aurat!!!umat islam perlu ada ilmu mengenai agamanya jangan jadi jahil..kerana ia akan merosakkan dan mencemarkan imej agama..wallahua'lam

Islam and Dajjal on July 12, 2011 at 4:14 AM said...

DAJJAL HAS BEEN IDENTIFIED!!

DO YOU KNOW THE DAJJAL (THE ANTI-CHRIST), THE ONE-EYED GIANT PROPHECISED BY THE MESSENGER OF ALLAH HAS ALREADY BEEN IN EXISTENCE FOR THE PAST 472 YEARS & HAS BEEN IDENTIFIED?

YOU MAY BE AMAZED TO KNOW THAT IT IS COMPLETELY DIFFERENT FROM WHAT IT IS THOUGHT TO BE TODAY. TO SEE WHAT IT ACTUALLY IS – VISIT THE WEBSITE www.hezbuttawheed.com AND READ THE BOOK “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!” AND WATCH THE DOCUMENTARY “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!”.

Anonymous said...

umat akhir zaman........

cahaya keharumanku on November 2, 2011 at 8:13 PM said...

moga Allah beri hidayah pada mereka2 yg pnuh gmbar dlm fb or tenet yg bleh mngundang fitnah n kburukan pd mereka sendri, tuk berubah n delete semua gmbar n stop buat kmungkaran..

begitu juga tukang yg rajin buat page n kumpul gmbar2 anak org,isteri org or mana2 permepuan yg jadi mgsa diorg tu supaya delete juga page tu n bhenti buat kerja2 xbermoral n xbmanfaat tu..

sama2 la kita berdoa agar Islam terjaga n yg plg penting jaga Allah setiap masa..
btw, i like dis blog! =)

Anonymous said...

singgah membaca dn share

Anonymous said...

padah tidak privacykan segala peribadi anda..

Anonymous said...

ndi_ugly@yahoo.co.id

"bumi itu tempat paling brbahaya untuk d huni, bukan karna hewan buasnya tetapi lebih karna ketidak pedulian manusianya"

saya sangat senang masih ada org yg sperhatian anda.
semoga kita tidak hanya berkomentar karna alangkah baiknya bila kita sampaikan langsung kepada yg brsangkutan. Bersegera lah :-)

Anonymous said...

Excellent way of telling, and fastidious paragraph to obtain facts about my presentation subject matter, which i am going to present in academy.


Also visit my web-site The actual emotional outcomes of gynecomastiathat face men

Anonymous said...

Can you tell us more about this? I'd love to find out some additional information.

Feel free to surf to my web blog; Chestfatburner.com

Anonymous said...

I loved as much as you'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored subject matter stylish. nonetheless, you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike.

My web site; Suffering from man boobs? Know how to talk to your physician

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates