Tuesday, March 29, 2011

Masih selamatkah membaca akhbar tempatan?

Posted by salafus-sholih at 8:39 PM

Tatkala sedang membelek satu persatu muka surat akhbar hari ini, terdetik di fikiran, benarkah ini sebuah akhbar? Benarkah akhbar ini dijual secara terbuka yang dibaca oleh semua peringkat umur? Adakah akhbar inilah yang diberi secara percuma di sekolah-sekolah rendah?


Kisah sensasi

Siapa yang tak kenal dengan beberapa akhbar tempatan yang sering menyiarkan tajuk-tajuk panas di setiap muka depan akhbar mereka. Bahkan memang bukan menjadi satu kebetulan, setiap hari ada sahaja kisah-kisah sensasi berlaku di negara ini untuk dimuatkan ke dalam akhbar. Ini diakui sendiri oleh seorang editor akhbar tersebut dalam satu rancangan temu bual di salah satu stesyen radio popular yang menurutnya memang disengajakan untuk meletak cerita-cerita sedemikian untuk menarik minat para pembaca untuk membeli akhbar mereka. Tidak hairanlah apabila kita sering melihat trend akhbar-akhbar utama yang berlumba-lumba meletak cerita dengan tajuk-tajuk sensasi, sedangkan isinya agak merapu dan entah benar atau tidak ceritanya. Malah, memang terdapat bukti mereka sengaja mengada-adakan cerita.


Berunsur lucah

Kisah sensasi tersebut pula sering dikaitkan dengan unsur-unsur menggoda, mengiurkan serta mengghairahkan. Masakan tidak, setiap kali menjenguk kedai, ternyata gambar-gambar wanita berposing sana sini mendominasi muka depan kebanyakan akhbar yang kadang kala dikaburi dengan pelbagai tajuk berunsur ‘nasihat’. Malah jika hanya ingin membelek ruang sukan sekalipun sudah tidak ada jaminan selamat buat anda daripada melihat perkara tidak sepatutnya. Pihak akhbar dengan sengaja menonjolkan gambar-gambar pemain wanita sedang tunduk menanti balingan pukulan bola pihak lawan yang kebanyakannya diletakkan hampir sebesar saiz separuh muka surat! Ditambah pula dengan selingan iklan-iklan yang menonjolkan wanita-wanita berpakaian ketat dengan pelbagai promosi, perkhidmatan dan sebagainya. Barangkali mereka sudah memahami ‘kelemahan’ lelaki dan ini membuatkan kita berfikir bahawa tidak perlu lagi nampaknya bersusah payah mengeluarkan duit mahal membeli majalah "playboy" yang berada di pasaran gelap sedangkan di pasaran terbuka pun sudah berlambak koleksi gambar sedemikian rupa.



Di manakah fungsi akhbar?

Jikalah benar apa yang dicoret ini, maka kita tertanya-tanya apakah fungsi sebenarnya akhbar pada masa kini? Apakah hanya sekadar mengejar title akhbar nombor satu negara sahaja sedangkan segala kandungan isi merangkumi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat diabaikan begitu sahaja? Secara asasnya anda membongkar kisah kejatuhan moral masyarakat, tetapi pada hakikatnya laporan yang anda tulis terus menerus memburukkan lagi keadaan, ditambah meningkatkan lagi remaja terangsang, berkhayal dan seterusnya membuka lorong mendekati maksiat!

Jikalah keuntungan diutamakan, kita teringat satu kisah si penggali kubur pencari makan, gembira tak terkata apabila setiap kali seorang demi seorang meninggal di kampungnya. Adakah si penggali kubur itu dapat disamakan dengan pihak akhbar yang menanti berlakunya peristiwa-peristiwa kontroversi untuk dimuatkan dalam akhbar mereka? Kita harap tidak. Dan amat menyedihkan sekali apabila memikirkan fungsi akhbar pada hari ini amat jauh sekali untuk dibandingkan dengan akhbar-akhbar sebelum merdeka suatu ketika dulu seperti “Warta”, “al-Imam” dan sebagainya.


Seruan buat akhbar

Kita menyeru akhbar-akhbar kita supaya disamping mencari keuntungan, janganlah sesekali mengabaikan tanggungjawab sosial. Anda melaporkan berita “Kes rogol kian parah”, tetapi disebelah ruang berita tersebut tersiar pula iklan memperagakan susuk tubuh wanita. Anda melaporkan berita “Artis wanita paling seksi”, sedangkan di ruang sebelahnya menceritakan tentang “Indahnya hidup bersyariatkan Islam”. Ternyata amat bahayalah buat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan, tetiba terangsang dek pekena dajal oleh akhbar sedemikian rupa, maka seringlah terjadinya insaf ekpress.

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (An-Nur : 19)

Jikalah pihak akhbar masih teruskan sikap sebegini, kita cadangkan supaya mereka menklafikasikan akhbar mereka dengan tanda 18+ untuk dijual secara tertutup, atau lebih baik ditanda sebagai ‘only for non-muslims’. Jika tak mampu, elok dibakulsampahkan sahaja akhbar-akhbar sebegini!

20 comments on "Masih selamatkah membaca akhbar tempatan?"

iza on March 29, 2011 at 10:14 PM said...

As salam..
Dah lama tak membeli akhbar..
berita pun dah jarang2 tgk sbb lbh byk isu politik, bosan betull

Teratak Usang

Muhd Iqbal Samsudin on March 29, 2011 at 11:27 PM said...

Ana baru ja berhenti jadi penjual surat khabar,
mmg dahsyat. Kadang-kadang, bila adik ana suruh beli, ana tak tau nak pilih yg mana. Sebab kebanyakannya, mmg lucah dan boleh mengghairahkan..mereka hanya fikirkan periuk nasi mereka ja, pemikiran rakyat habis tercemar..!!

Unknown on March 30, 2011 at 12:08 AM said...

Saya dah lama tak membeli akhbar, tak seronok membaca akhbar sekarang..
Seperti " berat sebelah" Dan cerita pun Berkisar ttg perkara yg agak sensasi Dan tak membaiki aqidah kita sbg islam

Ismi Ijmi on March 30, 2011 at 10:20 AM said...

assalamualaikum

saya pernah berbual dgn seorang yg tak baca paper. dalam paper ada 3 perkara wajib

1.pasal harta ; saham,sport toto,ruangan bisnes. ni kegemaran orang yahudi.
2.sukan ; part yang komfem @ most org kaan buka dulu,w/pon kt belakang. sukan ni kesukaan org majusi.bina badan tegap2, dan sbgnya.
3. wanita ; yang ni tayah explain. dari berita rogol sampai artikel dan gambar menaikkan nafsu. gambar2 artis dan sbgnya. ni kesukaan org nasrani.

ni kata dia. wallahualam

cahaya keharumanku on March 30, 2011 at 4:24 PM said...

sy pon da benci nk baca paper..tgk pon dah meluat..apatah lagi nk beli n baca..mmg konfem dpt dosa free sbb byk sgt gmbar lucah..mmg btolla..skrg ni dah xpyh beli mjlh lucah, beli paper je da cukup...memalukan agama..sedih ngn dunia skrg..=(

nadbaptist on March 30, 2011 at 5:10 PM said...

assalammualaikum saudara..
ada suatu ketika saya dah tak tahu nak pilih akbar mana yang hendak dibeli kerana rata2 memang ada unsur lucah..last2 saya beli majalah Asuh..hehe
teruskan usaha saudara dgn artikel ni..saya sokong

Ummu Syaheed on March 30, 2011 at 11:12 PM said...

betul2..dulu suka baca berita harian...bila masuk u,dah tau mana salah mana betul,sekarang dah tak baca akhbar langsung sebab banyak berita tak betul..tak tahu mana fakta mana auta....baik baca blog:)

Anonymous said...

akhbar sekarang boleh percaya ke, ntah betol fakta atau tak, semua ditayang...bagi berita yang betul..barulah pemikiran orang islam malaysia boleh maju...

Anonymous said...

lecturer kat u dlu pernah cakap, kalau nak tau tahap pemikiran rakyat sesuatu negara, lihat pada akhbar hariannya...

Anonymous said...

Betul, nak nafikan pun tak boleh, memang itu kenyataannya sekarang ni.. Jadi apa, nak cerita, tengok dan dengar je? Selagi fenomena mencari keuntungan yang tak mengira sensitiviti ni masih berleluasa, jangan beli akhbar! Tengok berita kat tv je. Buat akhbar tempatan, memanglah kena publishkan mengikut kehendak pembaca, tapi kami semua mahukan maklumat yang benar, bukannya cerita-cerita propa.

adibafifi93 on April 3, 2011 at 12:58 PM said...

salam.di sekolah saya pun setiap pagi akhbar diedarkan ke kelas2,pelajar2 yg 'terpelajar' ini berebut-rebut untuk membelek 'Hip' dlm akhbar 'Daily News',sedangkan sekolah tsbut antara sbp yg hebat.Pagi2 lagi sudah dicemari,bagaimana hendak menimba ilmu??Bukan ingin membuka pekung,cuma hakikat yg pahit utk ditelan.

Anonymous said...

hmmm..nsib baek sejak sy bljr di universiti ssh nk mmbaca akhbar dek byk sgt assignment.. lbih baik sy siapkan assgnment yg dberikan dripada mghabiskan masa mmbaca akhbar yg bnyk auta dri fakta.. rsenya klau fakta pun cuma berita sukan je..wallahualam.

Anonymous said...

Harakah akhbar yg terbaik!

Anonymous said...

Subhanalloh..

Fenomena yang sama terjadi di Indonesia ):
Kita, Malaysia dan Indonesia, harus bersatu untuk selesaikan masalah ini

and do really agree with the 'only for non-muslim' tag - so it's forbidden for muslim to take any part of it (:

Anonymous said...

mak saya dah lama berhenti beli paper :) same dgn tengok berita. lebih dari propaganda dari kebenaran katanye.

Anonymous said...

dah lama jg sy lihat keadaan ni. rupa-rupanya ada y sependapat dgn diri ni..apa nk jadi dgn dunia. maksiat yg dikaburkan dengan nasihat.(konon2 nk bg tauladan lar kat readers)

En. W on May 3, 2011 at 3:50 PM said...

baca surat khabar mingguan I Luv Islam

Anonymous said...

salam wrt,

mereka (akhbar2) akan dpertanggungjwb kelak akan apayg yg mereka hidangkan/tuliskan kpd pembaca2 akhbar... moga sebarang penulisan kita akan mendekatkan lgi kita kepadanya..amiinn..

Anonymous said...

berita fasik?

Islam and Dajjal on July 12, 2011 at 4:17 AM said...

DAJJAL HAS BEEN IDENTIFIED!!

DO YOU KNOW THE DAJJAL (THE ANTI-CHRIST), THE ONE-EYED GIANT PROPHECISED BY THE MESSENGER OF ALLAH HAS ALREADY BEEN IN EXISTENCE FOR THE PAST 472 YEARS & HAS BEEN IDENTIFIED?

YOU MAY BE AMAZED TO KNOW THAT IT IS COMPLETELY DIFFERENT FROM WHAT IT IS THOUGHT TO BE TODAY. TO SEE WHAT IT ACTUALLY IS – VISIT THE WEBSITE www.hezbuttawheed.com AND READ THE BOOK “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!” AND WATCH THE DOCUMENTARY “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!”.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates