Sunday, January 9, 2011

Dari ‘grand dinner’ bertukar ‘grand mungkar’

Posted by salafus-sholih at 8:03 PM

‘Fenomena masquerade’ pernah melanda negara kita.

Tahukah anda masquerade berasal dari pesta topeng yang dijalankan secara turun temurun oleh kelompok bangsawan eropah pada satu ketika dulu? Apakah kaitan pesta topeng ini dengan festival St. Stephen’s Day yang diraikan pada 26 Disember setiap tahun?



----------

Okey, kita sudah memasuki tahun baru, maka kebanyakan institusi pendidikan di negara kita semestinya sudah melangkah ke semester kedua. Pada waktu ini, sudah pasti kebanyakan organisasi pelajar pulun menyiapkan satu majlis yang dinamakan grand dinner. Eloklah kita berbincang perkara ini terlebih awal bagi memastikan mereka tidak tersengaja menukarkan majlis mereka menjadi ‘grand mungkar’.

Buat sesiapa yang belum tahu, grand dinner di universiti, kolej dan juga terdapat di sebahagian sekolah merupakan satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar senior yang bakal meninggal pembelajaran di institusi tersebut untuk suatu kos, fakulti atau kelas. Pada luaran, majlis ini tampak molek tetapi malangnya majlis ini dicemari dengan pelbagai anasir ‘tambahan’ yang tak sepatutnya.


Tema

Tema menjadi perkara wajib untuk dibincangkan dalam suatu grand dinner. Selalunya yang menjadi pilihan selalunya adalah yang ‘unik’ dan ‘luar biasa’. Tema seperti retro, english atau black and white mungkin lebih kontemporari berbanding tema batik, tradisional, ketimuran dan sebagainya. Tema sebegini tidak menjadi masalah namun yang hendak kita bincangkan di sini adalah tema yang lahir akibat daripada pemikiran yang terlebih ‘kreatif’. Tema sebegini yang sering dipilih sejak akhir-akhir ini agak merapu dan secara ‘kebetulan’ pula menyamai penampilan kaum kuffar. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Pakaian

Juga akibat daripada tema yang terpilih terlampau agak unik, sudah menjadi satu kerja pula hendak memadankan dengan pakaian. Maka dengan itu, ramai bersusah payah hendak mencari pakaian yang sesuai, kononnya ingin mengikut tema yang dikehendaki. Dan apabila ‘terbeli’ pakaian yang terlampau unik, dengan harga beratus-ratus, tambah pula ianya hanya boleh dipakai semasa grand dinner sahaja, bukankah ia jatuh dalam kategori membazir?

Sekali lagi, muslimah tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Muslimah yang sebelum ini terkenal dengan tudung labuhnya, mula menyingkat sedikit tudungnya. Muslimah yang sebelum ini berpakaian serba longgar, memilih pula untuk berpakaian ketat. Muslimah yang agak janggal bermekap, mula berjinak-jinak dengan mekapnya. Bagi mereka inilah peluang yang susah ditemui, apa salahnya sekali sekala, setahun sekali pula. Tidak syak lagi, walau apa pun alasan, muslimah yang mengenakan perhiasan keterlaluan sebegini untuk dipertunjukkan pada orang awam jatuh pada kategori tabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dan paling menggusarkan adalah mereka yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan ini sering menjuarai anugerah yang mereka panggil King & Queen. 'Terima kasih' buat mereka yang menggalakkan orang ramai berpakaian sedemikian.


Persembahan

Nasyid? Dikir barat? Ahhh, lupakan sahaja kerana agak ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat majmuk, maka sudah tentu persembahan yang boleh diterima semua kaum menjadi pilihan. Akibat daripada sikap terlebih bertoleransi ini, maka nyanyian, joget dan tarian menjadi tidak menjadi masalah buat mereka. Lebih-lebih kaum perempuan diberi ‘tiket’ untuk menunjukkan bakat terpendam mereka sekaligus mampu menarik perhatian ramai. Buktinya, apabila tamat persembahan, satu dewan gamat bersorak tanda restu mereka. Padahal Allah SWT telah berfirman dengan jelas sekali:

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu. Tampilnya muslimah untuk menyanyi dan menari di pentas bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga bererti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram.


Sesi bergambar

Sedangnya berlangsungnya majlis, pasti ada selitan bergambar atau dibuat khas sesi bergambar pada penghujungnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya hendak bergambar-gambar demi kenangan. Tetapi yang tidak moleknya, apabila mereka ini bergambar ‘berlebih-lebihan’ dan ini mencetuskan kebimbangan. Sesetengah daripada mereka di antara lelaki dan perempuan sudah tidak ada ‘dinding’, bagaikan suami isteri pula. Sudahlah bergambar dengan pakaian ter’over’, mendedah aurat satu hal, kemudian menjadi rutin pula menyebarkan segala bagai gambar kenangan ke dalam rangkaian sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Kita bimbang apabila individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib seperti mana disebut oleh Rasulullah SAW dalam suatu hadis:

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



----------

Jelas sekali, grand dinner yang selalu kita bangga-banggakan selama ini lengkap sebagai satu pakej yang mengundang ke jalan kemaksiatan. Amat menghairankan sekali, grand dinner sebegini yang disukai ramai sehingga tanpa segan silu diberi taraf 5 bintang. Kita tidak pernah cuai dalam menunaikan solat, tidak pernah ketinggalan berjemaah ke masjid, senantiasa berpakaian menutup aurat, tetapi apabila tibanya grand dinner, kita hancur sama sekali.

Jadi apa yang disimpulkan di sini adalah kita sebagai umat Islam perlulah bertindak menghayati segala garis panduan yang ditetapkan Allah dan RasulNya dalam kesemua aspek kehidupan. Penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya.

Maka, selepas ini kita nilaikan semula sebarang grand dinner yang hendak kita anjurkan. Kita hendak meraikan para senior, bukan hendak meraikan maksiat. Kita hendak melangsungkan grand dinner, bukan grand mungkar! Sekian.

66 comments on "Dari ‘grand dinner’ bertukar ‘grand mungkar’"

Anonymous said...

thank you! good entry! tak ada button like ke?

nur ain samsuri :) on January 9, 2011 at 10:12 PM said...

betol betol betol !
setuju sangat2..
hmm..

Anonymous said...

1 kbimbangan jg d tmpt ana ble dsebut tntg dinner ni. Dgn pakaian yg b'tema, pastinya rmai yg mngejar glaran ratu dan raja bg mjlis t'sbut. yg lbh mnyedihkan, muslimat kte mlaram mlebihkn yg non-muslim.

ana x tau di IPT lain, tp d tmpt ana memg diwajibkn. p'nah juga bokiot sbb x pgi, then kne tindkn undg2 (adeh!)

then, pgi mkn je pastu trus balik. p'nah juga iudulkn tema yg lbh b'sopan dan dsokong olh jwtnkuasa MPP..then pnsyarh pulak yg mmbnth n ttpkn tema yg mngarut. mslh2..

Dr. Yani on January 10, 2011 at 12:01 AM said...

good article :)

Anonymous said...

huhu, tetiba terfikir dinner lagi 3 minggu nie.

cahaya keharumanku on January 10, 2011 at 11:57 AM said...

stuju sgt2 jugak..huhu sy student final year..mmg akan diraikan last sem ni..tp sy xnak ikut tema kalau mereka buat tema mgarut..huhu satu lgi masalh psl dinner nih..habis lewat mlam..kdg2 sampai ke 2 3 pagi...moga Allah beri ptunjuk n mjauhkan kita semua dari tlibat dgn grand mungkar ni,,huu

md_saf on January 10, 2011 at 4:59 PM said...

buat la dinner ala ketimuran @ keislaman...adakan kenduri sembahyang hajat, jemput penceramah agama, artis nasyid dsb....

kalau korang kreatif sgt, buat sesuatu yg membanggakan & mendirikan ajaran Islam itu sendiri!...bukan membelakangi Islam!

kasut puteh on January 10, 2011 at 11:30 PM said...

nice one...;)

Anonymous said...

sangat menarik! sy stuju2~

salafus-sholih on January 11, 2011 at 10:03 AM said...

ainakhani: Terang2an ada button ‘like’ kat atas tu… tak perasan ke? Hehe.

Nur Ain Bt Samsuri ♥: Alhamdulillah jika anda sedar apa yg tak kena dgn grand dinner kita ni…

Anonymous, 3: Ada benar kata saudara/i. mungkin boleh datang sekadar untuk makan, menghormati jemputan utk meraikan senior. Tentang pensyarah pula, jika para pelajar muafakat berbincang secara baik dengan mereka, insyaallah boleh.

Yani: Terima kasih =)

aisya: Harap dapat bantu mana yang patut k…

cahaya keharumanku: Tak pernah pula dengar grand dinner habis selewat 2,3 pagi. Memang grand dinner anda terlebih ‘advance’. Semoga Allah memelihara anda semua daripada perkara yg tidak elok.

mdsaf_kyo: Sebenarnya sukar nak lakukan spt saranan saudara, lebih2 lagi ianya melibatkan masyarakat majmuk. Tetapi itu bukan juga alasan untuk mengadakan persembahan melalut2 seperti nyanyian yg melaghokan serta tarian wonder girls dan lain2 lagi terutamanya melibatkan kaum perempuan.

CuteApplePie: Terima kasih =)

Anonymous, 9: Terima kasih juga =)

Unknown on January 11, 2011 at 11:15 AM said...

bagus bagus. suke entry ni !

Anonymous said...

pernah melihat grand"mungkar" cm nie...
memang lurut dada jer la..
budaya barat dah serang bnda ni dari zaman p.ramlee ag...
muga2 hidayah di limpah kan kpd kiter smuer

abdills on January 11, 2011 at 3:08 PM said...

share ek.

Mardhiah Razally on January 11, 2011 at 7:58 PM said...

sangat membina entry ni

salafus-sholih on January 11, 2011 at 8:52 PM said...

Ada yg bertanya pada sy, adakah kita patut mengharamkan terus sahaja grand dinner ni? Kita kata TAK. Islam tidaklah sekejam itu untuk sewenang2nya mengharamkan segala2nya tanpa sebab. Tema yg dipilih tidak perlu merapu, pilih yg ringkas dan tidak bercanggah. Dengan itu, pakaian yg hendak dipadankan lebih snang dicari dan pastikan mnutup aurat. Menghafal sajak2 atau syair yg indah buat senior lagi mudah daripada menghafal rentak tarian wonder girls. Bergambar pula, tak perlu dgn aksi2 melampau dan gambar2 anda yg mengaibkan pula tak perlu dihebohkan kpd satu dunia. Mudah bukan nak ikut syariat?

Anonymous said...

thanks..mohon share

Anonymous said...

betul2..
mcm mane ye nk ajak kwn2 kite supaya tak ikut sangat benda2 cmni..
tkot mereke tak boleh terima, biasalah remaja.
coz pun dulu saya macam tu jugak..hmm

berdosa ke kalau kite nak berubah tapi tak ajak kwn2?sy belum ade kekuatan lagi nak bagi nasihat sbb saya sendiri pn tak betul lagi..

nadia mustafa on February 4, 2011 at 6:56 PM said...

Terima kasih atas perkongsian~

Intan Liana on February 10, 2011 at 10:43 AM said...

=) suka blog ni

Anonymous said...

thankz utk pringatan dn mklumat..
mntk share blh.. :)

Anonymous said...

Apa la hampa smua nie. Nak njoy pun xleh ka?kolot! Aku malu.

farah said...

mohon izin utk share ye..

Anonymous said...

mohon tanya. apakah kaitan masquerade dengan st stephen's say? atas hujah apakah anada mengaitkan? fakta kurang jelas. lagi satu, jika ia ada kaitan, st stephen itu pada bulan disember, manakala masquerade pada sejarahnya di bulan februari. mohon penjelasan.

Anonymous said...

oh. maaf. dah dapat penjelasan dah.

salafus-sholih on February 25, 2011 at 6:23 PM said...

Apakah penjelasan anonymous yang dah dapat? Boleh berkongsi di sini sekali?

Anonymous said...

kalau nak buat majlis,buatlah secara sederhana,jangan sampai melalaikan,jangan ada unsur maksiat,jangan berlaku pembaziran...jangan sampai lupa agama,adat kesopanan..,semoga Allah memberkati setiap majlis yang kita hadiri

Anonymous said...

apasal cakap pasal fenomena masquerade in the beginning? ingatkan nak cakap pasal tu, after reading the whole blog, it's about something different pulak...

orang biasa said...

saya setuju juga dengan anonymous (27). saya ingat cerita pasal fenomena masquerade tapi alhamdulillah, pengisian yang sangat menarik dan menyedarkan saya

zaza aziz on March 4, 2011 at 12:51 PM said...

betul apa penulis cakap...sebelum ni kita solat berjemaah,baca al-quran jap lepas solat maghrib..tetiba bila ada grand dinner ni,solat maghrib mcm lipas..ada yg sampai xsempat nk baca doa..yg lg satu,bleh plak majlis start pukul 7.30...mmg seksa sgt bg umat islam yg join malam tu...

Anonymous said...

alhamdulillah study kt isum..
semoga tak tercemar dgn budaya kuffar cam 2
nauzubillah min dzalik

Anonymous said...

sory ye nk comment sket..if btl la sume xnk ikot cre barat meaning tat mkn ngn sudu n garfu pon xleh la..tu kan mengikut cre kafir..sye nk cite sket la sal ma fwen ni, mmg alim, solat xtgl, cite blue xtgk, sume la yg baek2 de kt die..tp minat korea mmg superb r, pe je cite yg die xtau psl korea..nk djadikan cite 1 ari, cmpus kitorg de actvty n dorg wajib bt persmbahan sbgai assaigmnet tuk subject tu..ma fwen ni mmg xlyn n kutuk la pe pnye malay la yg nari2 cmtu..then sok plak continue activity yg sme, ade 1 group ni mnari lgu korea, mmg lompat2 die dgr lagu korea n nari2..pe jadahnye tu??korg pk la snirik..mmg kite xleh mgikut cre brt tp sume lahir dr niat msg2..w'hualam..

Anonymous said...

nak tanya wanita tidak boleh melembutkan suara, tapi boleh tak wanita menyanyi nasyid depan orang ramai?

Muhammad Zuhair Masiran on March 9, 2011 at 2:52 PM said...

minta izin nk share...

salafus-sholih on March 12, 2011 at 7:43 AM said...

Anonymous 31, anda tak baca dengan teliti ni. Kita tak kata tak boleh ikut barat, tetapi apabila membabitkan penyerupaan yang bersangkut paut dengan agama maka perlu dielakkan. Kisah kawan anda tu tak boleh dijadikan hujah membenarkan segala maksiat yang berlaku. Kita bimbang anda akan berfikir sekiranya ada kawan anda yg sangat alim berzina, maka adakah ini bermakna zina tu boleh? nauzubillah

Anonymous 32, wanita boleh menyanyi nasyid di depan kaum sejantina mereka sahaja dan termasuk famili masing2.

Anonymous said...

Setuju. Besok malam ada grand dinner utk meraikan pelajar2 yg akan grad x lama lagi bertemakan 'Hollywood Red Carpet'. Dengar tema je sy dah seram sejuk, betul ke dorang ni atau dah tak betul. Saya setuju dengan penulis...adakah mlm besok akan jadi grand dinner atau grand mungkar. Yang pastinya acara2 nyanyian dan hiburan menjadi aktiviti utama. Inilah yang menjadikan alasan utama utk saya tidak menghadiri majlis2 sebegini. Tidak boleh terima hakikat pelajar2 ni berpakaian seksi dan menjolok mata. Serta bersosial melebihi tahap sepatutnya. Sedih melihat pelajar Islam, di kelas bertudung, tp bila ada acara luar, tudung entah hilang ke mana.

Anonymous said...

sangat amat bersetuju tapi bleh x tlg explain pasal masquerade party 2? still do not understand....

syahid on March 20, 2011 at 7:04 PM said...

terima kasih untuk pencerahan. pesta topeng juga ada meraikan kematian di mexico. juga topeng debu, topeng... kikiki

Muaz Mokhtar on March 24, 2011 at 12:27 PM said...

bru lpas dinner bertemakan "masqurade" mlm td...trasa t'sgt ruginye sbb lmbt dpt info ni...=(

razif on March 24, 2011 at 4:17 PM said...

sangat setuju!! malahan ada dalam kalangan mereka juga menganggap majlis itu hancur jika tidak diselitkan dengan unsur-unsur maksiat ini.. erm...

Anonymous said...

..berlaku kt kampus ana jugak,sampai dilema nk pergi ke x.bila xpegi dituduh lak mcm2..last2,memang xg laa..
alasan:mjlis yg ana rse xbg ketenangan kt ana,xperlu pergi..sori to say^_^

Anonymous said...

tersedar dari leka dan alpa..xsngke leh terjebak dgn majlis tu..astaghfirullah~

intanurulfateha on March 31, 2011 at 11:34 AM said...

yang penting niat :)

Anonymous said...

like like like...:D

Anonymous said...

thanks for this sharing..

don said...

(42) yg penting niat..tp klu g majlis yg jelas ada maksiat, agak2 ape niatnya tu.....

Anonymous said...

kesalahan dari diri kita sendiri....

Anonymous said...

Alhamdulillah, pengarah di tempat kerja saya sangat menitik beratkan pasal Islam, malahan grand dinner pun bertema padang pasir...alhamdulillah semua menutup aurat..

tiada tarian menjolok mata... tiada percampuran lelaki dan wanita... semuanya berjalan dengan lancar tanpa adanya unsur maksiat..

moga Allah menempatkan pengarah saya itu ke dalam syurga dan lebih ramai lagi pengarah seperti beliau.

raihan on April 7, 2011 at 1:20 PM said...

mohon share

cikSpanKuniNg on April 8, 2011 at 2:08 PM said...

mohon share.=)

Anonymous said...

nk shre~

Anonymous said...

pergi makan je... bkn dye marah kalo kita pakai x ikot tema... kita pkai sunnah je pergi.. jgn risau org ckp pe..

aziah firdaus on April 14, 2011 at 2:35 PM said...

hmm..btol2..nsb sy bkak blog nyh..actually x taw paper pn sal bnde nyh..pkai ikut jer..bru nyh pn ader grand dinner course sy tema cmnyh..astaghfirullahalazim..t'kjut sy bce article nyh td...btw than~

~mohon share yer..

Anonymous said...

salam wbt..

thanx for this great article. jzkk~

kepada yang asyik menekankan bahawa yang penting adalah niat, ingatlah dalam Islam niat dan cara harus bergerak selari dengan syarak.

niat betul, cara tak betul tetap tak boleyh.
cara betul, niat tak betul pun tak boleyh.

:)

Zurina J. on April 21, 2011 at 11:02 AM said...

Astaghfirullohal'azim...
sy harap ramai yg sedar kemungkaran ni...dgr perkataan "grand dinner" pun sepatutnya hati kita jd tak tenang. tp, ada sebilanagn manusia yg dgr perkataan tu trus jd excited & riang gembira...

Astaghfirullohal'azim...

Anonymous said...

mohon share :)

Anonymous said...

Minta izin nak share ......

Mizz Iffah on December 17, 2011 at 3:16 PM said...

Assalamualaikum..
Pengisian yang bagus..Alhamdulillah setakat ni universiti sy xpernah mengadakan grand dinner utk senior yg akan meninggalkan uni..

Anonymous said...

buat kakak2 n abg yg akan orgnise event cam ni,,
ingatkan la kwan2,,mmg susah nk tgur org,,
but we have to try right?:)

i need to know said...

sorry hope bleh expalain soalan (23)

^_^ said...

terima kasih atas peringatan, perkongsian..insyaAllah akan selalu diingatkan diri ni..:)

Unknown on March 22, 2013 at 4:17 PM said...

'grand dinner' huhu....zaman jahiliah ketika stdy dulu...terima kasih berkongsi mengenai batas-batas yg prlu dijaga trutamanya kaum Hawa...

Anonymous said...

cara makan itu bukan cara sambutan or perayaan.

Tapi kalau tema tu menyerupai satu kaum, baik cowboy, ala Red Carpet..pompuan tak tutup aurat mahupun lelaki...pulak siap buat contest sapa pakai paling cantik..naik atas stage berposing dah tak kena la tu...

nak pakai sudu ok je.. jgn fikir cam tu sgt.,..nak duduk atas kerusi pun tak boleh cam tu..naik kereta pun cara org kafir coz dorang yg cipta.... nak guna internet pun tak bolh sbb dorang yg cipta..tak leh sampai cam tu kita berfikir...

ms.flamberry on December 24, 2013 at 2:02 PM said...

Thanks for the entry. It really helps :)

Anonymous said...

Ok.sy nk tmbh..bgaimana pula kalau dnner tu dah asing meja laki dan pmpuan ,tp still ad org yg ambil gmbr bdua-duaan..mcm mane plak kalau persmbhan hnya dr lelaki,tetapi menyebabkn pmpuan xdpt nk tndukkn pndgn mereka..n mcm mane plak kalat pkaian x menjolok mata tp mbuatkn kta rasa cntek dan membwa kpd perasaan riak dan tkbur?

Anonymous said...

Biar org ckp kta kolot drpd kta kolot dan hina d mata Allah..bt ape kte nk rase smua tu,sdgkn islam life kte x rase.

sporttoto4d@gmail.com on September 12, 2015 at 7:12 PM said...





PAK Ibrahing DI MALAYSIA-SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
ANGKA NAIK YAITU,DI.169169
SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,2-09-2015
….
SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
angka ritual gaib kuda lari
TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

jalan salafus sholih Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates